salam alaik.
Bukit Tabur , Taman Melawati.
Bagi aku bukit ini memang tempat dakian yang bukan takat celah-celah gigi. bukan bukit biasa-biasa .kalau nak mendaki , mohon ketatkan lutut dan bawa air berbotol-botol . di sana kita akan merasai pengalaman rock climbing secara
true tanpa diiringi apa-apa tali dan pakaian keselamatan. dan juga sebilangan kecil dakian hampir 90 darjah yang mencabar. pheww.
Agak gila sebenarnya nak mendaki bukit ni..ada 13 checkpoint kesemuanya. last time aku datang , aku
give up di checkpoint 10 , kerana laluan nak turun ke checkpoint 11 tu agak gila. Tracknya sempit , kena lalu celah batu.dan boleh menempah maut jika tersilap langkah.kitorang decide nak turun balik lepas tengok curam depan. last time aku pergi juga, ada satu sarang tebuan sebesar sepeluk tubuh menunggu dekat-dekat dengan checkpoint 3.kalau silap step memang naya la jawabnya.Tapi hari ini . aku habiskan juga kesemua checkpoint bersama kawan-kawan walaupun sesat pada dakian turun. lol. bab sesat tu aku rasa dek kerana confuse dengan signboard. sampai-sampai je kat signboard terakhir tu , ada dua cabang , signboard pulak samar-samar. turun turun dah sampai ladang getah mana pun tak tahu. haha.
anyway ,enjoy the photos.
nampak macam rilek , tapi sebenarnya gerun juga.
helping a Japanese boy climbing up the rock .
Japanese family . salute them !
nampak macam dekat tapi sebenarnya kena turun satu juram yang dalam.
view Kuala Lumpur.
kasut mesti grip baru sedap memanjat.
nampak macam turun biasa aje kan? padahal tinggi ni .serius tinggi.
berehat sebentar menikmati keindahan.
Bukit Tabur.
Empangan Kelang Gate.
dah sampai puncak banyak pulak lumut.
peserta.
nampak tak curam tak curam? nampak tak? haha. *ehsan gambar Amin Jabar
apa yang aku suka ialah perasaan bila berada di atas , pendaki dapat menikmati udara segar , pemandangan takungan air dari Empangan Klang Gate dan sekitar Lembah Klang.ada beberapa pesanan yang nak disampaikan, nak panjat bukit ni , stamina kena ada , dan juga kasut yang grip dan mempunyai konfiden tinggi. pastikan dah tengok keadaan cuaca pada hari pendakian sebab kalau track basah , memang sangat sangat bahaya.tak perlu la bawa beg berat-berat. cukup beg nak dibuat isi botol dan juga tuala kecil.
Bagi aku bukit ini tempat riadah yang harus dilawati oleh penduduk-penduduk Lembah Kelang. buat apa pergi jauh-jauh nak riadah , tempat sendiri dah cukup.
selamat mendaki !
Post dan gambar-gambar lain ketika dakian pertama .
p/s :ada beberapa kemalangan jiwa di catatkan di Bukit Tabur ini dalam tahun kebelakangan , jadi sentiasalah berhati-hati.
p/s : lepas ni hiking kat Aussie pula InsyaAllah.