salam alaik.
"seboleh-bolehnya, hidup ini biarlah dijalani dengan memberi manfaat kepada orang lain , walau sekecil-kecil perkara , apatah lagi sebesar-besar perkara"
hari terakhir di kalender 2012. dan setakat ini , 2012 ialah tahun paling drama dalam hidup aku. tahun yang aku boleh letakkan semua perkataan "paling" didepannya . tahun paling gembira , paling sedih , paling berdebar , dan semua paling-paling yang lain.
dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku tahun ini , aku nak petik dua peristiwa yang sememangnya tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
1 ) Pemergian ibu selama-lamanya.
2 ) Result A-level.
* * *
ibu aku bertarung dengan kanser semenjak awal 2011 , dan sejak awal-awal lagi , dia bertarung dengan kanser paru-paru tahap 4. sepanjang penderitaannya itu , aku banyak menulis artikel dan post mengenai dia , mengenai kebencian aku terhadap rokok , mengenai harapan dan doa aku. mengenai apa yang pembaca boleh lakukan dan sedikit sebanyak aku nak bawa pembaca kembali kepada ibu bapa mereka .ya , ini penderitaan dan ujian kepada keluarga aku , tapi juga ingatan kepada semua.
aku sangat-sangat terharu kerana ramai yang menerima penulisan aku . ramai yang share artikel itu di facebook .yang berpesan-pesan kepada kawan yang lain.ramai juga random people yang menegur dan memberikan sokongan padahal aku langsung tidak mengenali mereka.terima kasih banyak-banyak. tidak ada perasaan paling gembira bagi seseorang penulis , selain daripada penerimaan positif dari pembaca.
dan seperti rancangan Allah , ibu pergi juga tanggal 21 June 2012. tarikh yang sudah terpahat dalam hati. tamat juga segala penderitaan , segala kesengsaraan dia yang tidak ada tara.
selamat tinggal ibu. : )
* * *
tahun 2012 juga tahun yang amat penting untuk aku. tidak ada seorang anak pun yang lahir di-dunia ini , yang tidak mahu menggembirakan ibubapa , yang mahu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah , apatah lagi si ibu nya sedang tenat di rumah .tidak ada cara lain untuk sang anak membantu dari jauh , hanya doa dan mungkin dengan keputusan peperiksaan yang membanggakan. mungkin itu penawar kepada semua duka yang menimpa keluarga.
aku menghadapi peperiksaan Alevel pada bulan Mei 2012 . apa yang aku perluka ialah 13 points dari 15 points total untuk melayakkan aku terbang ke bumi Australia. berat juga bebanan pada waktu itu. cuba kau bayangkan bagaimana kau nak fokus untuk peperiksaan sedang kau memikirkan keadaan ibu dirumah , meraung dan merintih derita akibat kanser nya. serba salah aku dibuatnya.
tapi itulah ujian yang aku hadapi tahun ini . dan apabila result Alevel diumumkan , seperti rancangan Allah , aku gagal secara merit ke Australia . keputusan di umumkan pada 13 Ogos 2012 , kira-kira 2 bulan selepas pemergian ibu . aku pernah berdoa kepada Allah ,
"Ya Allah , setelah dugaan demi dugaan yang kau berikan kepada aku tahun ini , bantulah hamba-Mu ini mendakap sedikit kebahagian dengan keputusan yang bagus ya Allah "
ketika result Alevel tidak menyebelahi aku , aku seolah-olah "sudah jatuh ditimpa tangga " , ibarat menerima dugaan berat berdas-das .tapi sesungguhnya Allah itu maha adil.
* * *
Allah tidak memberikan apa yang kita mahu , dia memberikan apa yang kita perlu.
aku berjaya juga untuk ke Australia selepas MARA bersetuju menerima rayuan yang dibuat oleh pihak kolej khusus nya guru-guru aku . selepas setahun yang dilalui penuh kesedihan , ada juga ruang untuk aku senyum dan gembira. walaupun mungkin aku tidak dapat kongsi kebahagian ini dengan ibu tercinta , tetapi cukuplah aku menyempurnakan impiannya.
begitulah berakhirnya 2012 dalam sejarah hidup aku . dan 2013 ialah cerita baru , setting baru , tempat baru. tapi mengharapkan Anas yang sama.
terima kasih semua. goodbye 2012 !
My Polaroid Experience.
Facebook Badge
Monday, December 31, 2012
Saturday, December 29, 2012
hampir.
salam alaik.
bila dah start beli barang-barang kelengkapan ni baru la hati rasa berdebar-debar sikit.
"eyh? aku dah nak fly ke? "
* * *
excited pun ada. sedih pun ada.teruja pun ada.
"hidup ini tidak akan pernah ada tanda berhenti , selagi udara ini dapat dihela , selagi bumi berputar pada paksi dan selagi degup jantung ini masih sama ritmanya , selagi itulah hidup ini tiada henti. cuma dari setiap kepul-kepul langkah yang kita bina ini , adakah mempersiapkan kita untuk menghadapi tanda berhenti , yang terakhir kali"
p/s : amboih , post blog macam post status twitter dah.kih3
bila dah start beli barang-barang kelengkapan ni baru la hati rasa berdebar-debar sikit.
"eyh? aku dah nak fly ke? "
kolej mara seremban.rasa macam semalam je aku memulakan hidup di situ.
* * *
excited pun ada. sedih pun ada.teruja pun ada.
"hidup ini tidak akan pernah ada tanda berhenti , selagi udara ini dapat dihela , selagi bumi berputar pada paksi dan selagi degup jantung ini masih sama ritmanya , selagi itulah hidup ini tiada henti. cuma dari setiap kepul-kepul langkah yang kita bina ini , adakah mempersiapkan kita untuk menghadapi tanda berhenti , yang terakhir kali"
p/s : amboih , post blog macam post status twitter dah.kih3
Thursday, December 27, 2012
pengumuman.
salam alaik.
http://instagram.com/anassaif
p/s : kadang-kadang satu gambar pun sudah cukup untuk menzahirkan kisah-kisah hidup.
Wednesday, December 26, 2012
this is why I love analogue #13
salam alaik.
baru-baru ni aku melapangkan masa aku untuk pergi ke Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh.Di situ , terletaknya sebuah klinik kamera yang dimiliki oleh encik Albert Cheah. tidak pernah sebenarnya aku pergi berjumpa dengan pembaiki kamera. lagi-lagi kamera lama atau kamera vintaj.
teruja sungguh melihat dia dan adiknya Mr Andy Cheah , tengah membedah kamera-kamera yang dihantar pelanggan. pergh.kalau lah gua ada ilmu-ilmu membaiki kamera , syok juga. paling-paling boleh buka bisnes kecil-kecilan .kah3.
mr Andy Cheah. adik kepada mr Albert Cheah. department film camera. kah3
* * *
sebenarnya antara risiko bila menggunakan kamera-kamera vintage ialah risiko untuk menghadapi kerosakan pada bila-bila masa.yang paling aku fed up sekali ialah , timing bila kamera tu nak rosak , mesti timing yang sungguh cantik. hari event la , hari pergi trip la , hari-hari yang memang kau amat memerlukan kamera-kamera kau berfungsi dengan baik.
itu yang aku alami.sedih sedih.
* * *
bak kata Mr Andy Cheah ni , "awak tak boleh jangka maa bila kamera itu akan rosak , anytime , any second, because itu barang sudah lama. sebab itu kena selalu servis ".
cewah ayat Mr Andy Cheah ni ada bau-bau marketing juga. kah3.Abangnya , mr Albert Cheah dah berkecimpung dalam scene baiki kamera ni sejak 30 tahun yang lepas , dan waktu aku datang tu , anak kepada mr Albert Cheah ni pun dah boleh repair DSLR.
kos nak repair satu kamera bukannya kecil , ibaratnya kau boleh dapat sebiji lagi kamera yang sama .tapi kamera baru itu tentu tidak dapat mengganti kenangan-kenangan dan nilai yang ada pada kamera lama , jadi sebab itu , masih ramai lagi yang sanggup membaiki walau kosnya tinggi.
nilai estetika bak kata orang-orang bahasa.
* * *
bila berjumpa dengan orang-orang lama dengan kisah-kisah retro dorang membuatkan aku jadi lebih bersemangat untuk mendalami film photography. walaupun untuk permulaan , aku kena baiki banyak kamera-kamera aku yang rosak , kerana perangai aku yang rakus.
lol.
jadi jika korang ada kamera-kamera lama , mungkin milik family korang yang ingin di-repair , boleh la ke Cheah Camera Repair ,tingkat satu ,Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh , dan cari klinik kamera ni di sebelah kedai DGcolor.
last but not least ,
The best camera is the one you have with you." - wise man
Labels:
this is why i love analogue
Tuesday, December 25, 2012
a step further.
salam alaik.
24 june 2010 , Tanjung Bungah , Pulau Pinang.
16 Disember 2012 , Strait Quay , Pulau Pinang.
berjumpa keluarga dia. makan malam bersama. dan aku bertukar dari seorang yang banyak cakap , menjadi seorang yang pemalu aww aww.
lol.
* * *
semoga kita dapat berjumpa lagi. : )
countdown.
salam alaik.
hari ini sudah 25 Disember. lalu boleh la dihitungkan bahawasanya cuma tinggal kurang dari 7 hari kita akan meninggalkan tahun 2012.
bulan Januari 2013 pula ada 31 hari.
* * *
orientasi aku di University of Queensland bermula pada 18 February.bermakna seperti kata-kata senior ,InsyaAllah berangkatlah aku ke bumi Australia kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum tarikh tersebut.
jadi kiraan mudahnya ialah , 7 hari bulan Disember + 31 hari bulan Januari + 8 hari bulan Februari = 46 hari.
* * *
ya. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk kaki aku bertapak di Malaysia. lebih kurang 46 hari saja lagi untuk merasa roti canai dengan kuah kari , nescafe ais , rojak , cendol , nasi lemak , dan apa-apa jua makanan Malaysia.
* * *
lebih kurang 46 hari saja lagi.
-so close , but yet , so far-
p/s : oh sedih pulak tiba-tiba.
Labels:
Journey to Brisbane
Monday, December 24, 2012
cerita darjah satu.
salam alaik.
dah lama aku tinggal sekolah. kalau masuk tahun 2013 ni , kira-kira dah hampir 4 tahun juga meninggalkan bangku sekolah.zaman penuh cita-cita dan harapan.pergh.power betul ayat ni.
* * *
seperti sedia maklum,zaman sekolah ialah zaman dimana cikgu-cikgu akan tanya kita soalan paling penting dan mencabar pemikiran akal,iaitu "besar nanti awak nak jadi apa?" .soalan ni aku rasa soalan wajib tanya.cikgu-cikgu yang pergi kursus perguruan diajar untuk tanya soalan ini dengan nada yang betul.waktu itu ,disebabkan kita kurang konfiden untuk bercakap sebab gigi pun tak cukup lagi , kita taknak bagi jawapan yang pelik-pelik.lagipun kita memang diasuh untuk tiru jawapan kawan sebelah ,jadi bila sampai giliran kita untuk bagitahu cita-cita kita,kita cuma ada beberapa pilihan jawapan iaitu,
1) doktor.
2) polis.
3) tentera.
4) ahli bomba.
aku taknak ulas la pilihan jawapan kanak-kanak sekarang ,sebab sekarang ada pilihan jawapan baru iaitu,
1) artis.
2) retis.
3) penyanyi.
4) najwa latif.
didikan program tv betul.
bila difikir balik ,aku tak faham macammana kerjaya ahli bomba boleh jadi popular jugak ketika zaman sekolah rendah.sepopular profesion pegawai polis.kah3.mungkin kerana proffesion2 seperti itu mirip adi wira dan superhero.jenis kerja tolong orang yang dalam kebakaran,tolong jaga keselamatan , tolong tangkap orang jahat , kena pula zaman-zaman darjah satu ni ialah zaman cerita Power Rangers dengan Kluangman paling up waktu tu.Naruto dengan Upin Ipin tak wujud lagi.jadi aku dah faham ada logiknya juga budak-budak umur enam tahun macam aku dulu suka karier-karier yang berwatakkan superhero.nampak berwawasan dan mampu menambat hati awek-awek sekelas.
* * *
dulu aku ingat lagi masa aku darjah satu , dimana cikgu kelas akan tanya soalan di atas dengan harapan kanak-kanak macam aku ni akan ada la hala tuju di masa hadapan , tapi aku tak ingat pulak aku jawab aku nak jadi apa.
yang aku ingat ialah bila aku balik rumah , aku ternampak seorang pemotong rumput sedang menjalankan tugas di depan rumah dengan penuh bertenaga ,serius jugak dia buat kerja. siap pakai spek hitam.lalu aku masuk ke rumah dan tanya kakak aku ,
"kak , kerja potong rumput best tak? "
yang aku ingat waktu tu akak aku hanya gelak terbahak-bahak.boleh jadi jawapan pemotong rumput kelihatan sungguh rare dan diluar batas-batas budak darjah satu.
* * *
sebenarnya tak kisah pun kita end up sebagai apa , yang penting karier itu karier yang halal.dan tak buat naya kat orang. kalau jadi polis , jangan jadi polis pemberi rasuah. kalau jadi doktor , jangan jadi doktor yang jual ubat larangan.kalau jadi pemain bola , jangan jadi pemain bola yang kuat dive ,dan yang terakhir ,kalau jadi ahli politik , jangan makan duit rakyat, jangan manjakan isteri dengan wang dan cincin berjuta-juta ,dan lepastu bagitahu orang ramai , kita hendaklah hidup bersederhana! puih.
amboih yang last itu tiba-tiba serius.kah3
p/s : aku pernah tanya kakak aku , kenapa nama aku bukan Borhan? sebab waktu tu Borhan ialah watak utama KluangMan.
rare betul tie aku sorang warna merah.ehem ehem.

idea.
salam alaik.
aku paling banyak idea untuk menulis sesuatu perkara ialah ketika aku sedang berak. waktu tu , idea untuk menulis mencurah-curah. banyak betul topik dalam otak. topik serius-serius politik. topik hipster. topik bagi nasihat ala-ala fazilah kamsah.topik-topik merapu.
tapi malangnya sesudah aku flush dan berlalu pergi ,topik-topik itu hilang bersama bau-bauan yang pekat.
* * *
jadi akhirnya aku stuck disini , tak tahu nak tulis apa-apa.
kembalikan idea ku jamban !
apa kejadahnya orang masuk blog aku sebab nak tengok zakiah anas berkemban? lol.tolonglah sesiapa beri dia idea yang lebih menarik.
tapi malangnya sesudah aku flush dan berlalu pergi ,topik-topik itu hilang bersama bau-bauan yang pekat.
* * *
jadi akhirnya aku stuck disini , tak tahu nak tulis apa-apa.
kembalikan idea ku jamban !
Saturday, December 22, 2012
My First Polaroid Experience.
salam alaik.
sedar tak sedar panjang jugak aku tulis post kali ini.
I like the smell of film. I just like knowing there's film going through the camera.- Steven Spielberg.
* * *
aku sebenarnya teringin mencuba sesuatu yang baru.lebih 3 tahun aku mencuba kamera film , kamera mainan ,dan juga kamera-kamera kawan.kih3 walaupun skill yang aku ada tak langsung kena dengan kamera yang aku pakai, tapi setiap percubaan itulah pembelajaran sebenarnya.takda apa yang patut dimalukan.
seronok sebenarnya guna kamera film ini.proses dari kau load-in film , kau shoot dari satu angka ke satu angka , kau keluar ke bandar-bandar ,bendang-bendang , ke mana-mana saja yang kau boleh tempiaskan nafsu menangkap gambar ,asal ada subjek yang boleh ditembak, kau shoot satu-satu dengan penuh perasaan ,kau kena marah dengan pakcik tua sebab dia cakap kau ganggu privasi ,tapi kau shoot jugak muka dia. kau roll-back balik film yang dah habis diguna , kau redah hujan hantar film ke kedai kamera ,kedai kamera tutup , lepastu kau datang balik hari esoknya , kedai kamera tutup lagi , kau datang balik hari esoknya , kedai kamera tutup lagi , akhirnya kau pulang kehampaan walaupun sebenarnya kau tak sedar , dia dah tampal notis besar-besar dia cuti raya cina.
lepas tu kau hantar film untuk dicuci , kau tunggu berjam-jam ibarat bakal bapa yang tengah tunggu isterinya meneran di bilik bersalin. kau rilek-rilek hisap rokok tepi bus stop, usha-usha gadis dua tiga minit , lepastu kau ambil balik film kau , kau arahkan negatif kau ke arah cahaya lampu, dan akhirnya , ahhhh,kau tersenyum , melihat negatif2 itu dipenuhi gambar. dan petang itu , kau tidur gembira dan tanpa kau sedari ,kau tertinggal solat asar.
* * *
tapi tiba-tiba aku terfikir dalam hati,
"what if aku dapat jimatkan masa dan tenaga dari ke kedai2 film untuk develop film aku , dan what if aku dapat terus hasil gambar aku di telapak tangan? "
instant camera.itulah yang aku nak cuba sebenarnya.
* * *
dan ketika itulah aku membeli sebuah kamera Polaroid .aku memilih Packfilm Folding Polaroid iaitu Polaroid Land 440 , yang dihasilkan sekitar tahun 1971-1976 , kira-kira 40 tahun dahulu ! aku membelinya dari seorang jejaka jambu menerusi laman web Polaroidkl.com , sebuah persatuan yang sungguh power dan padu, untuk peminat-peminat polaroid serata Kuala Lumpur.kah3
* * *
jadi hasil dari kamera ini?
*maaf , aku tak berkesempatan nak scan negatif filmnya , jadi aku tangkap gambar terus dari gambar yang dihasilkan.haha
* * *
aku baru menggunakan kamera ini beberapa kali , ada banyak gambar yang tak berapa nak jadi sebenarnya.itulah cabaran guna kamera lama. sebenarnya guna kamera apa-apa pun memerlukan pengalaman.belajar dari kesilapan.harga yang perlu dibayar oleh setiap kesilapan itulah yang akan membuatkan kita lebih berhati-hati dan akan mengimprove skill-skill sedia ada.
apa-apapun , aku sangat happy dengan kamera antik ini. usianya hampir 40 tahun , tapi masih mampu menghasilkan gambar-gambar berkualiti seperti kamera-kamera baru yang lain.
* * *
jadi? Hail Polaroid !
tekan untuk pergi ke page Polaroid Kl -
http://polaroidkl.com/
tekan untuk baca review lain mengenai kamera ini.
http://filmphotographyproject.com/store/polaroid-440-hollywood-dog-automatic-land-camera
feel free to ask me anything ; )
sedar tak sedar panjang jugak aku tulis post kali ini.
gambar milik Haafiz Nordin , Polaroid KL.ditangkap menggunakan Polaroid SX70.

Polaroid Land 440.
kenapa aku memilih Polaroid asli dan bukannya Fujifilm Instax?
secara jujurnya , aku lebih menyukai sesuatu yang vintage , barang lama , tapi pada masa yang sama ,barang itu tidak gagal untuk menghasilkan gambar-gambar bermutu. Instax bagi aku ialah kamera yang baik , harganya jauh lebih murah dari sebiji Polaroid ,teknologinya lebih maju ,harganya filmnya murah, tapi ada beberapa reason yang akhirnya membuatkan aku mengenepikan Instax :
1) Folding Polaroid yang aku beli dilengkapi rangefinder , memastikan gambar yang ditangkap sharp. Instax dilengkapi focus zone , dan kita yang kena estimate sendiri distant kita dengan objek.kalau salah setting membuatkan gambar tidak sharp.Polaroid juga kurang parallax error.
2) Polaroid yang aku beli menggunakan peel-off film ,bermaksud , aku bukan saja mendapat gambar secara terus , tapi aku juga mendapat negative film dari gambar itu , negative film tu aku boleh simpan dan scan di kemudian hari.(konsep seperti 35mm film)
3) Polaroid ialah sebuah jenama terkenal dalam penghasilan instant camera.jadi why not aku cuba?
4) Polaroid yang aku beli menggunakan film iso 3000 , aku berani menggunakannya walaupun indoor tanpa menggunakan flash !
5) Aku sememangnya suka camera vintage.
6) Kualiti gambarnya baik !
* * *
ada yang menggelarkan hobi menggunakan instant camera ialah antara hobi paling mahal. ada betulnya , tahukah anda 10 keping film Polaroid harganya rm85 ! bermakna sekeping sekitar rm8.50. kalau ada yang menggunakan kamera ini secara berterusan dalam sebulan , aku hanya mampu ternganga.cuba kau bayangkan , kau snap gambar yang sekeping harganya rm8.50 , sekali tak jadi. tak ke mengguris hati , jiwa serta perasaan? kah3. tapi itulah risiko namanya. bagi aku itulah thrill bila menggunakan kamera2 film , baik instant ataupun tidak. setiap gambar yang ditangkap tidak boleh di-delete sesuka hati.dan setiap gambar ialah duit yang dilaburkan.
jadi kenapa aku beli juga kamera ini walaupun filmnya susah nak cari dan mahal?
film black and white , fp3000b. -gambar dari skinpinhole.com
jawapannya mudah, kerana ada alternatif. Fujifilm ada menghasilkan film fp3000b dan juga fp100c yang boleh digunakan oleh Packfilm Polaroid seperti yang aku miliki.sebenarnya ada satu lagi film yang boleh digunakan iaitu dari Imposible Project , tapi kerana aku tak berapa nak kaya , memang terpaksa lupakan film dari company itu. harga film dari Fujifilm ini? aku melihat kepada pasaran harga di internet tidak jauh bezanya . sekitar rm55- rm65 untuk 10 keping. bermakna sekitar rm6.50 untuk sekeping.masih lagi mahal bukan?
tapi ada juga kedai di Kuala Lumpur yang menjualnya jauh lebih murah. sekitar rm35 untuk 10 keping , iaitu rm3.50 sekeping. masih mahal lagi bukan?nak alternatif yang paling cantik , bukak e-bay dan beli bulk. boleh dapat semurah rm2 sekeping.
* * *
mari kita compare. fujifilm instax mini , harga filmnya sekitar rm25 untuk 10 keping , dan aku menjumpai kedai yang menjual film untuk Packfilm Polaroid pada harga rm35 untuk 10 keping. Instax film jauh lebih murah bukan?tapi harus diingat ! film polaroid jauh lebih besar saiznya dari film Instax mini. sekitar dua kali ganda saiznya.tambah pula dengan reason2 yang aku berikan kenapa aku lebih memilih Polaroid berbanding Instax tadi.
kesimpulannya , hobi ini masih lagi tetap mahal. aku tak pernah katakan ia sebagai kos yang murah baik Instax mahupun Polaroid , tetapi mesej aku simple , kos kedua2 brand ini sebenarnya tidak jauh beza, jika pandai mencari lubangnya. haha.
jadi hasil dari kamera ini?
*maaf , aku tak berkesempatan nak scan negatif filmnya , jadi aku tangkap gambar terus dari gambar yang dihasilkan.haha
shoot di sawah padi. ini ialah film color , fp100c , iso-nya 100. jadi sesuai digunakan outdoor.
sebenarnya nak test dalam indoor.TERcamwhore pulak.kah3
ini test film. takda subjek lain selain kaki.
ini namanya shoot kenang-kenangan. : )
semua gambar ini dari film black and white , fp3000b
.
.
.
.
.
.
.
.ini yang tak jadi . hitam dan blank terus jadinya , jadi terpaksa lah menggunakan liquid paper dan membuat sedikit art. kah3.
.
.
.
setakat ini , ini favourite aku. seorang kanak-kanak yang sedang menunggu hasil tangkapan.
* * *
aku baru menggunakan kamera ini beberapa kali , ada banyak gambar yang tak berapa nak jadi sebenarnya.itulah cabaran guna kamera lama. sebenarnya guna kamera apa-apa pun memerlukan pengalaman.belajar dari kesilapan.harga yang perlu dibayar oleh setiap kesilapan itulah yang akan membuatkan kita lebih berhati-hati dan akan mengimprove skill-skill sedia ada.
apa-apapun , aku sangat happy dengan kamera antik ini. usianya hampir 40 tahun , tapi masih mampu menghasilkan gambar-gambar berkualiti seperti kamera-kamera baru yang lain.
* * *
jadi? Hail Polaroid !
tekan untuk pergi ke page Polaroid Kl -
http://polaroidkl.com/
tekan untuk baca review lain mengenai kamera ini.
http://filmphotographyproject.com/store/polaroid-440-hollywood-dog-automatic-land-camera
feel free to ask me anything ; )
Labels:
Polaroid.
Subscribe to:
Posts (Atom)