sudah lama benar kamera-kamera itu di dalam kotak . sudah lama kamera-kamera itu tidak diisi dengan film dan digunakan. sudah lama benar aku tidak keluar berjalan di bandar , memerhati gelagat warga kota yang bermacam-macam . berjalan ke sawah padi untuk merakam kehijauan alam , ke pantai memerhati ombak-ombak membadai dan ke bukit menyaksikan luasnya bumi tuhan.
mungkin kerana aku sibuk untuk menghabiskan peperiksaan Alevel yang sungguh penting,sehingga aku terpaksa meninggalkan hobi dan minat ini.diselit pula dengan tahap kesihatan ibu pada ketika itu , menyukarkan lagi aku untuk keluar bergembira .tak sanggup juga membiarkan hati ini bersuka ria sambil teringatkan ibu yang derita.
* * *
camera : zenit TTL
camera : lomography sprocket rocket.
camera : zenit E.
hasil pure dari kamera film yang saya gunakan.tidak di-edit dari segi composition dan warna gambar.hanya di-edit secara suka-suka dari segi alignment gambar di lomography.com
* * *
camera : Superheadz UWS.
camera : LCA.
camera : LCA.
dan kini aku boleh kembali aktif dalam film photography. menggunakan kamera-kamera film untuk mendapat kepuasan diri.keluar melihat dunia .keluar memerhati gelagat kota dan menyusuri desa.
ingin tahu tentang lomography?
bagaimana untuk bermula?
ada pertanyaan? jangan segan untuk bertanya aku.jika mampu dijawab , pasti akan dijawab. kerana film photography dan lomography ini ialah hobi yang sangat menarik. dan tak sama dengan photography yang lainnya.
lomo on!
cool!
ReplyDeleteminat tapi takut nak mencuba :(
ReplyDeleteteyhah : ofcourse!
ReplyDeleteWAAOCA : jgn takut mencuba.kalau permulaan beli yg murah2 je dluu.