salam alaik.
satu ketika dahulu , ibu pernah berkata ,
"mak tak minta pun keluarga kita kaya raya , mak taknak pun harta banyak2.tapi mak bersyukur sangat keluarga kita takda kena penyakit berat-berat , macam keluarga orang lain kena "
tapi ibu , langit tak selalunya cerah bukan? Allah menguji keluarga kita. dan Allah kini menguji ibu khususnya dengan penyakit berat , yang buat ibu duka dan sengsara.
tabahlah ibu , tabahlah.
* * *
setiap manusia dan makhluk di uji oleh Allah. pada waktu yang berbeza dengan cara yang berbeza .jangan sangka yang sakit saja diuji dengan penyakit , bahkan kita yang sihat ini juga diuji dengan kesihatan yang baik. tapi norma seorang manusia , bila rasa senang dan selesa , mana nak anggap sesuatu itu sebagai ujian.
kini sudah hampir satu setengah tahun ibu berjuang melawan kansernya. ada pasang dan surut dalam perkembangannya. dan saat ini , ibu hanya mampu terbaring di atas katil sehari-hari, seminggu-minggu .
* * *
perkara yang paling aku takutkan kini sudah tiba. jika dulu , ibu dalam keadaan sedar , menahan sakit dan terus melawan , dia sedar dia dimana , dia sedar apa yang dituturkannya ,apa yang didengarnya dan apa yang dilaluinya , kini tidak lagi.
kanser itu sudah merebak ke bahagian otaknya. dan perkara yang paling aku takutkan kini sudah tiba. ibu tidak lagi sedar dia di mana , tidak lagi sedar tentang apa yang dituturkannya , hanya tangisan dan rontaan yang menjadi rutinnya.
dan aku harus redha dan bersabar. dan terus bersabar. apa yang paling aku syukuri ialah disebalik kesan kanser itu pada sistem saraf dan pemikirannya , dia masih mengenali anaknya , dia masih mampu memanggil nama aku dan adik beradik lain , dia masih cam anak lelakinya ini , tetapi kesan buruknya ialah dia sudah tidak mampu berfikir dgn baik.
"anas , cepat kemas barang , kita balik rumah ye? , kita balik rumah."- kata ibu yang terbaring di katilnya.
"kita memang dah dekat bilik mak ni ,kita tak pergi mana2 pun , mak memang baring atas katil kat bilik mak je ni. kita tak pergi mana2 pun mak" - balasku.
"anas jangan tipu mak , jangan buat macamni pada mak , mak nak balik rumah. mak taknak duduk sini,panggil abah , panggil cik, kita kemas barang"-pintanya.
dan hanya tangisan antara aku dan ibu yang mengiringi situasi pagi itu dan seterusnya. aku tidak mampu berbuat apa-apa. dan air mata terus turun dan turun . aku mahu buat dia kembali sedar seperti biasa.
tetapi lebih dalam aku mahu membuatnya sedar , lebih teruk yang akan terjadi.aku boleh tenung pada raut wajah abah .yang sugul. yang masih terus bertahan.
"mak tak sedar pagi tu nas , dia minta maaf pada anak-anak semua , kalau dia ada cakap apa2, dia tak sedar , dia sakit , dia tak boleh fikir elok2 dah" - balas abah keesokan hari.
* * *
begitulah keadaan ibu ketika ini , begitulah ujian yang Allah timpakan pada abah. dan pada anak-anaknya. dan seharusnya aku tidak boleh mengalah dan mengeluh. kerana ujian ini tandanya Allah sayangkan ibu , Allah sayangkan abah .
aku coretkan post ini bukan tujuannya apa-apa. aku cuma ingin memberi peringatan kepada sahabat-sahabat yang masih punya ibubapa yang sihat lagi kuat , jagalah mereka seadanya , kerana kalian tidakkan dapat menahan sakitnya melihat tangisan seorang ayah dan seorang ibu bila nikmat kesihatan itu ditarik.
buat rakan-rakan yang tidak henti-henti memberikan semangat dan berdoa , terima kasih aku ucapkan. tidak ada daya untuk aku membalas usaha-usaha korang semua. semoga Allah merahmati.
mohon tolong saya sebarkan kesedaran.
http://kumbangterbang.blogspot.com/2012/01/permohonan-pada-perokok.html
p/s : jika ada rezeki aku untuk terbang di Australia , aku harap ibu masih kuat untuk melihat aku pergi , kerana aku tidak tahu sama ada aku mampu untuk meninggalkan ibu dalam keadaan itu.
kuatlah anas. jangan pernah berhenti doa pada Allah.
ReplyDeleteSesungguhnya ujian Allah itu bersesuai dengan tahap dan kekuatan iman seseorang hambanya.. be strong Anas, insya Allah.. semuanya pasti ada hikmah.. teruskan doa and tawakal pada Allah.. gud luck a level nas.. :)
ReplyDeletetabah Anas. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kuatkan hati, teruskan berdoa.
ReplyDeletetabahkan hati anas. jangan pernah berhenti berdoa. Allah sentiasa dengar doa kita. Insyaallah.
ReplyDeleteAnas T_______T
ReplyDeleteAku pun taktau nak cakap apa dah, bila baca ni, aku teringat apa yang aku belajar, err err...(taknak sambung) cuma doa doa dan doa. Sungguh Allah nak uji orang-orang yang beriman dan dia tahu kau satu family mampu hadapinya.
Kitorang kat sini pun hanya mampu terus doakan agar mak kau dan satu family kau kuat! Moga Allah permudahkan!
InsyaALLAH
anas.. sedihnyaa. insyAllah doa bnyk2 :) kawan2 sekeliling aku ada parent yg kena cancer.. dan aku faham sngt perasaan dyorg.. ada yg baru2 ni meninggal, tp kawan aku jenis yg sngt positif.. dy cerita bnyk hikmah dri ayah dy yg sakit cancer tuh smpi kitaorg rasa klu kitaorg ada dkt tmpt dy, tak tahu mampu x nk kluarkan kata2 smgt mcm tu.. sabar eh anas:) moga tuhan beri kau kekuatan!! :)
ReplyDeleteAllah takkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu..be strong..
ReplyDeletesedihnya anas... takde apa lagi yang boleh aku cakap, ini mungkin cliche, but be strong! Allah ada.
ReplyDelete