Wednesday, November 24, 2010

tips hadapi exam.

salam alaik.

Mr. See owned a saw.
And Mr. Soar owned a seesaw.
Now, See's saw sawed Soar's seesaw
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Had Soar seen See's saw
Before See sawed Soar's seesaw,
See's saw would not have sawed
Soar's seesaw.
So See's saw sawed Soar's seesaw.
But it was sad to see Soar so sore
just because See's saw sawed
Soar's seesaw.
-ulang 14 kali untuk mantapkan otak kiri dan kanan.
digalakkaan ketika menjawab kertas bahasa inggeris.

Sunday, November 21, 2010

bermula.


salam alaik.

kolej mara seremban first sem final exam.
22 november - 3 disember.
huha!

Friday, November 19, 2010

a blind photographer.

salam alaik.

video wajib tonton.ekstenstial sial.
*pergi ke ruang bawah blog untuk tutup lagu 150juta.

I am only a tourist in the sighted world-pete eckert.

pete eckert.seorang lelaki biasa.punya dua mata tapi tiada daya untuk merasa kehijaubiruan langit petang.dan keorenkuningan matahari pagi.bagi dia semuanya gelap dan kelam.hitam sudah menjadi pelangi dalam dunia dia.

dia bermata tetapi buta.buta tetapi ada daya berpacaindera seperti orang biasa.dia seorang photographer.penangkap gamba yang semestinya guna mata sebagai senjata utama untuk mendapat gambar terbaik.pete eckert tidak melihat.dia merasa dengan jiwa.dia istimewa.sangat istimewa.

kita yang punya panca indera ini pon tidak mampu merasa seperti dia.dia istimewa.dia pete eckert. a blind photographer.

tekan seblah untuk cerita seorang pete eckert.
tekan seblah untuk laman rasmi pete eckert.

karya pete eckert.

Thursday, November 18, 2010

taip ON.

salam alaik.

1)inginkan permainan video terkini di mobile phone 3310 terbaru anda?
taip AKU NAK GAME ALA2 PS3 TAPI TAKDA DUIT dan jangan hantar ke mana2 nombor.buat malu saja.

2)anda rasa sedih?mahukan lawak jenaka tak jadi yang gembirakan hati?
taip BODOHNYA AKU jarak YOUTUBE KAN BANYAK VIDEO LAWAK dan hantar ke 45222.
setiap lawak yang tidak jadi di cas rm2.55 sen.

3)jom tolong narutah? ingin tolong narutah? pengembaraan di alam maya versi gambar taraf PS1
taip JOM TOLONG jarak HABISKAN KREDIT SENDIRI dan hantar ke 32111.
*jaringan talian luar negara ( cas 3.00 lebih )

4)keseorangan? terasa handsome dan inginkan teman wanita hot?
taip SAYAHANDSOME , NAK KENAL BOLEH? dan hantar ke talian hotline majalah mangga.
*penghantar mesej ke seratus berpeluang menjadi poster tengah majalah.penghantar mesej berbulu ketiak lebat dan bermuka jambu diutamakan.

5)inginkan lagu2 terbaru menghiasai handphone anda?
taip BEBALNYA AKU jarak DOWNLOAD FREE INTERNET KAN BOLEH dan hantar ke nombor rakan sebelah.
*satu tumbukan padu dialu-alukan oleh rakan sebelah.tiada cas berlebihan mahupon insurans.

6)ingin set pelangsingan badan percuma?badan seperi nohra darnish? cepat.tawaran terhad.
taip AKU TAK BERSYUKUR jarak AKU NAK SLIM 20kali dan hantar ke Dokter Rosmey jusmate 5.
*5 pelanggan bertuah akan mendapat tawaran berlakon jadi hantu dalam filem Tiga Alam.

7)terasa ingin berak?
taip ON jarak SHIT dan hantar ke tandas berhampiran.
*cas 20sen tisu diperlukan.

gua rasa iklan iklan taip ON kat tv ni patut dihentikan untuk kemaslahatan panda-panda seluruh dunia.
chow.

Wednesday, November 17, 2010

rancangan makanan tambahan.

salam alaik.

gua perlukan rancangan makanan tambahan sekarang ni.makanan tambahan tak nak kasi ngantuk dan sesuai untuk mode study.makanan yang dapat kasi cereberum ni fungsi laju sikit dari 1 picobyte sesaat kepada 1 centibyte sesaat.sebab gua ngantuk sgt.kalo gua minum neskopi.gua akan jadi hiper yang amat dahsat.ini fakta.gua tak tipu.

dan gua rasa.gua dah jumpa rancangan makanan tambahan gua.

gamba berader bajet tough ni buat gua hilang ngantuk dua minit.
abang otot yang atas ni kasi adrenalin gua naik dua peratus.muka tak menahan.
brader protein atas ni usha gay dekat gua.teros gua hilang ngantuk.
ini terbaik.gua rasa bukan saja boleh hilangkan ngantuk.tapi hilangkan ilmu fizik yang tak seberapa gua belajar tadi.

ape-apepon.ngantuk gua dah hilang sekarang.tapi gua nak kasi persoalan.kenapa dorang suka bela otot2 pejal tu dekat badan dorang.nanti dah tua gua tak tahu la macammana.semua dah londeh abes.gua tak kutuk ok? gua cuma tanya.kang marah pulak geng2 gym kolej mara seremban.AHAHA.chill.

k.chow.gua nak sambung bace introduction kimia ni.dah dua hari gua tak katam.

korban tak korban.

"gua dah kata jangan sembelih gua.lu orang degil.yiah yiah.rasakan kehangatan tandukan padu gua."

salam alaik.

gua rasa lembu2 seluruh dunia hari ni semua tak mengaku lembu.penyakit ni datang time raya korban je.ape apepon,gua tengah panas ni.sorang2 kawan gua kat luar negara sana dah post gamba dorang raya aidiladha kat obersea.pakai sweater tebal ngan baju melayu mcm coo.ni yang gua rasa sirap bandung ni.nah.amik kau! gamba raya gua.



mcm oversea en? ni bukan newzealand.ni kampung gua kat kelantan.

selamat hari raya aidiladha dari gua di perantauan gua ucapkan kat keluarga tercintan cintun di Malaysia , buah hati gua di Gelugor tu , kawan2 dalam negara mahupon yang dah kat tanah omputih tu.eid mubarak to all.gua jeles lu orang dapat makan daging unta.gua rasa nak makan daging kangaroo kot2 rezeki gua kat ostrorolia nanti.tapi kangaroo leh buat korban ke?

gua hari raya ape pon pakai baju melayu kain pelikat je.takda samping simpang warna warni.apa adahal?

*semua gamba ni gamba raya puasa gua.gamba raya haji gua buat pekasam dulu.HAHA.

p/s : nur amira syazwani.jangan bekukan diri gua sampai bila2 ok?

Sunday, November 14, 2010

pengadil mabuk.

wanted : worst referee ever.
klik untuk tengok siapa dia ben william ikut wikipedia.
salam alaik.

aku cuba mencari mukanya di google.ternyata dia terlalu suck untuk diletakkan di google.tapi dapat jugak gambar hasil blog rizalhashim.

mr ben william , u are the worst referee in the world.i hope u read this. i meant it.it is not because i am malaysian than i said that.because of stupidity of your decision.yah.stupid.full stop.

aku nak menyaksikan game bola petang tadi.tengok bola golek2 dan kot2 ada harapan tengok malaysia main game cantik.kalah menang belakang rumah punya cerita.tapi tadi aku tak tengok game bola.aku tengok game berat sebelah 8 player lawan 11 campor satu bak kata zainal abidin rawop.aku dapat tengok macammana china ada player import dari aussie yang kerjanya layang kad merah dan kuning.hanya untuk player malaysia.dan kebodohon seorang referee.

aku cuma dapat tengok seorang pengadil yang sepatutnya adil tapi just termenung tengok player malaysia mengerang tanpa tiup wisel hentikan game.memang taik kerbau punye referee.

aku nak bagitahu apa ben william buat kot2 tadi korang terlepas tengok game td kes pegi surau or pasar malam beli char keuy teow.

minit pertama dah layang yellow card kat mahali jasuli,player malaysia yang buat tekel ringan.sepatutnya diberi amaran.tapi terus yellow card.

minit ke 27 dah halau mahali jasuli keluar padang lepas kena yellow card kedua.alasan? sepak bola keluar kes protes keputusan linesman.korang boleh tengok dengan jelas si mahali keluarkan bola sebab ball picker dah masukkan sejibik lg bola ke padang tuk throw in team china.damn punye referee.

minit yang sama , safiq rahim , kapten malaysia kena direct red card lepas bantah keputusan encik ben kok william yang kasi red card kat mahali jasuli.aku rase time tu ben william dah mabuk terlebih minum teh cina.

game time tu tak genting langsung.dua2 team main as normal.kenapa dia kena layangkan 2 kad merah dalam tak sampai 2 minit?effect? malaysia main 9 orang tuk 70 minit berikutnya.

tak cukup ngan tu.encik benkok william layangkan lagi entah berapa ratus kad kuning kat player malaysia.aku rasa 9 kot.termasuk red card ketiga tuk s kunalan time second half.total.3 red card dalam game yang langsung tak genting dan tak payah tegas sangat.player cina yang sepet terus terbukak mata.tapi bangang jugak.dah lawan 8 player pon 3 gol je.2 set pieces.satu penalti.what a shame.one sided punye game.and totally not fair play macam encik benkok william belajar time jadi referee.

ben william.u suck.u suck.u suck.seriously i meant it.u dont have to understand what i wrote in malay in case u accidentally enter this blog,maybe because u find out that ur name become famous suddenly.it is because u suck.HAHAHA.

kesimpulan.encik ben william patut letak jawatan dan jadi pemotong rumput kat australia sana.tu pon kalo lembu2 kat sana sanggup terima la k.

to team bola malaysia.gud luck di second round.dan doakan cik ben tak adili game korang.sekian.

Friday, November 12, 2010

time to wake up.

cover depan surat kabar the star harini.
aku menyeru fan2 m.u dan man city tinggalkan team korang dan team maskulin anfield.liverpool :D
salam alaik.

aku di rumah sekarang ni.belum cuti penuh lagi.cuti raya haji.tujuh hari. cuti kali ini bukan cuti goyang kaki onlinekan diri depan laptop sambil makan capati.bukan masa tuk snap kamera filem anta kedai pegi cuci.dan bukan masa nak lenggang-lenggang depan tv.makan roti cicah kari.minum pepsi sampai berapi.

minggu lepas aku kena akademik hearing dengan kawan2 yang senasib dengan aku.huuu.aku tak rasa sikit pon malu or sayu.tak rasa benda tu akan memalukan aku.bagi aku memang fitrah manusia memang begitu.kena selalu diingatkan satu satu.result exam aku haritu tak berapa nak padu.otak dah kena laju.sekarang dah takleh gear satu.aku taknak membabi buntu sampai sem two.

aku dah jadi power rangers seremban skang.teruskan kontrak dua tahun yang mendatang.taklah bosan sangat duk kolej takda aktiviti nak ditatang.futsal je lah petang2.kalo hujan duduk dalam bilik tido terbongkang.bukan power rangers yang selalu terbang2 lawan raksasa bidang2.ni pembimbing rakan sebaya otak semua masuk air len chi kang.kelakar tung tang tung tang je semua.

kepada kawan teman.taulan.KMS.happy facing the book while facebooking.our hope.our tears.

worst start neva stay too long.happy ending last forever :)

yazid kata muka abe fernando torres abg angkat aku macam Bruno si mat gay.hahahahahaha.sama lah beb! tp torres suami yang baik.takda skandal seks macam rooney.opsss.sory yazid :D :D

tores kiri ke kanan ni weh? hahaha

Wednesday, November 10, 2010

bila di sekolah dulu.

subjek kurang comel dan handsome.maaf.masih sekolah.HAHA.
salam alaik.

bila di sekolah dulu,
ku suka buat cikgu berbulu,
kerana aku degil sangat, inilah cerita yang ku ingat,
mula 7.20 pagi,loceng pertama kan berbunyi.
kita kena keraskan diri,tunggu loceng yang satu lagi.

lepas itu kita assembly,
dimana budak jahat dirotani,
lepas tu kita nyanyi lagu sekolah tetapi off key,

waktu pertama pendidikan jasmani,
at that time kita are all so the happy,
kenapa bukan kelas lain begini,
we just run the field satu hari.

(cikgu)
malangnya kelas ku lepas P.E,
bau mereka semua ku nak mati,
tak ke mak bapak dorang ajar mandi,
sekor-sekor bau macam BA.BI la disekolah dulu,

ku suka buat cikgu berbulu,
kerana aku degil,
inilah cerita yang ku ingat.

secara jujurnya , hati aku tengah menangis sekarang. menangis tidak bererti sedih melankolik meratap2 tidak.tidak.tidak.tetapi secara tiba2 aku telah disedut ke mesin masa doraemon ke satu alam.alam yang dinamakan kenangan.dimana dalam alam ini otak khayal manusia akan mula beraksi-aksi dan menari-nari.dan semua peristiwa dan kenangan akan terbang sayup2 dalam pejal otak ini.

hari ini aku ke SASER.boys skul only dan bukan sekolah gay.tempat tanah tumpah sambal ikan keli kantin dan tempat aku menjalani usia maskulin ketika 16 dan 17 tahun.cuma 2 tahun aku disana.tapi dah cukup buat aku rindu tahap gaban.hari ini sebenarnya ada friendly ragbi.tapi siapalah sangat aku nak maen rugby.tidak lah sekental otot2 kuat kawan2 aku ni.hak3.sudah alang2 ke SASER.aku joinlah jugak.mesti ada yang cakap aku pegi SASER bukan nak main sangat pon.nak tengok sekolah.yap.mmg niat aku nak ke SASER.dan alang2 rugby buat friendly.aku joinlah.ok.sudah.

tadi ada kawan kol aku.dia cakap esok hari last dia kat sekolah.perghh.lagilah bwk otak aku ke zaman tanpa misai dan kumis.zaman masih jambu di kerusi sekolah.lagilah sekarang aku nak hargai zaman sekolah aku.kepada adik2 darjah dua yang mungkin tersesat masuk blog ni disebabkan nak cari gambar kumbang kat google ke apa ke.abg nasihatkan nikmatilah zaman sekolah tu.sumpah abg rindu.wakaka.bajet abg.

nikmati lah karipap kantin , bebola ikan dan karangan autobiografi tu.nanti dah masuk kolej or U.tak dapat dah nak buat karangan satu sebatang pen.main la bola kertas tu sampai puas.nanti da besar maen PES je.jangan lupa pegi perjumpaan pengakap tu.lagu pengakap jgn lupa hafal.nanti da abis sekolah rindu nak masak2 dlm hutan sampai hangus.HAHA.sayang la baju putih seluar hitam tu.walopon muak.kesian mak korang gosok setiap hari.nanti da masuk U pakai t shirt selipar jepon je.

aku rindu sekolah.sumpah aku rindu.kalo korang da abes sekolah macam aku.sebelum tido lepas ni baek korang imbau balik kenangan zaman tadika sampai sekolah menengah tu balik sambil dengar lagu brothers-teman sejati.aku yakin kalo tak nangis pon mesti meleleh.HAHA.mesti perasaan korang macam aku sekarang.aku tak tahu nak ungkap macammana.

hari2 ucap salam kat cikgu.waktu rehat.waktu PJK rembat2 baju budak kat ampaian.waktu pendidikan sivik yang mmg waktu tido satu kelas.waktu belajar biologi chapter 4,waktu kantoi handphone.waktu tido sekatil 2 orang.waktu mandi air takda.waktu makan ikan jaket dalam DM.waktu baling2 pokeball ( cekodok keras ) dalam DM.waktu botak beramai-ramai.waktu baca ikrar pelajar yang semua macam miming.waktu jadi junior kena pau makanan.waktu jadi senior pau makanan.waktu main-main surat cinta(bukan kat saser).hari pertama sekolah belajar kaler mengaler.hari last sekolah semua emosi.paper last SPM semua melonjak gila.hari terima result SPM.dan terlalu banyak sangat tuk aku ungkapkan.semua nya terbang rendah hari ini dalam otak aku.

kita tak dapat nak kembali ke sesaat yang lalu.tapi kita boleh hayati sesaat itu yang boleh bagi kita seminit keceriaan kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke seminit yang lalu.tapi kita boleh hayati seminit itu yang boleh bagi kita sejam senyuman kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke sejam yang lalu.tapi kita boleh ingati sejam itu yang boleh bagi kita sehari kegembiraan kemudiannya.
kita tak dapat nak kembali ke sehari yang lalul.tapi kita boleh imbau sehari itu yang boleh bagi kita dua hari ketenangan......

sekolah menengah sains seremban,
sekolah yang berwawasan,
berbakti penuh cekal,
harapan nusa bangsa,
bersemangat waja ,berpadu tenaga,
ilmu dituntut sepanjang masa.

tingkatkan iman dan takwa,
membentuk generasi mulia,
semua pengorbanan dihargai,
semua usaha dicontohi,
pemangkin kemajuan masa hadapan,
memartabatkan sains seremban,
memartabatkan sains seremban,
kamilah putera harapan.

anas,ex saserian 7batch.RAKSASER.TUAH A202.omega.

tadika kemas 1998.
sk taman ehsan 1999-2004.
smk taman ehsan 2005-2007.
sm sains seremban 2008-2009.

p/s : gudluck 8batch.jangan kasi hilang takhta.

Thursday, November 4, 2010

the future is analogue.






gambar guna camera film pon lawa apa? :) yeahh.kali ini aku puas hati.buat pertama kalinya satu roll film aku 36 frame berjaya diperfectkan menjadi secebis gambar.biarpon tak brape lawa.finally lepas beberapa kali percubaan maut, aku berjaya.yahooo.

esok akhbar berita hairan and putusan malaysia akan mengeluarkan berita-berita berbau kentut mengenai kemenangan BN di batu sapi dan galas.kalo pakatan menang.hampeh nak masuk paper.ade la kot size kotak mancis punye berita. :) :) kepada hijauputih.kalah atas undi bukan kalah atas berjuang! :D tidak ada kekesalan.yang benar ttp benar.



facebook shinchan.haha.takley bla.tekan untuk besarkan.