Sunday, December 11, 2011

satu hari nanti .

salam alaik.

satu hari nanti , saya nak buat ibu bapa saya bangga ada anak yang akan menuntut ilmu di luar negara dan satu hari nanti akan membahagiakan mereka di hari tua.

satu hari nanti , saya nak buat adik beradik saya gembira ada adik bongsu yang akan post gambar2 musim sejuk dari Australia kat facebook dan satu hari nanti akan jadi adik bongsu paling ohsem dalam dunia.

satu hari nanti , saya nak buat kawan-kawan saya tersenyum bila mereka skype-ing dari jauh dengan saya dan mereka tahu saya berterima kasih kepada mereka yang byk berjasa kepada saya.

satu hari nanti , saya nak buat Nur Amira Syazwani rasa rindu menunggu kepulangan saya yang jauh dimata kerana sedang menuntut ilmu dan saya nak dia tahu , saya pun tak sabar nak balik dan jumpa dia.

oh ya, itu impian yang mungkin menjadi kenyataan dalam masa setahun yang akan datang.itu pun jika Allah mengkehendaki dan mengaturkan perjalanan hidup saya di sana.

disana? disana itu dimana?

besarnya!

di satu bahagian di atas peta Australia ini. hihihi.amin ya rabbal alamin.

peluang sudah sedia ada.tinggal aku saja yang kena tempah tiket terbang.

smily sunday.

salam alaik


senyum - ubat paling mujarab dalam dunia.semua orang memilikinya ,tinggal pakai guna saja.

oh ya . sudah berbulan-bulan saya memiliki akaun twitter. jadi marilah jaringan ke dunia twitter pula.

kamera : FED 5B
film : kodak EBX 

Saturday, December 10, 2011

tolong buka mata.

salam alaik.


"ingatlah , kita menghela oksigen yang sama , kita berkongsi warna darah yang sama dan pada bumi yang sama , kita berpijak"

kadang-kadang aku jadi muak , mual dan jelik dengan permainan bangsa dan negara.dan permainan politik duar parti.ada saja entiti yang berjuang menaikkan darjat bangsa dan negara ,kelompok dan parti.tapi sanggup menjadi bahlul dan bacul dan tahyul yang lupa dirinya siapa.oleh itu ,hari ini aku muntahkan pendapat aku.

dalam dunia ini ada beribu-ribu bangsa dan beratus negara .negara yang sempadannya itu ciptaan manusia yang hina.yang mereka-mereka garisan sesuka hati mereka.ada yang dilahirkan hitam , yang putih , yang busuk , yang wangi , yang pendek , yang duduk dalam hutan , yang sudah maju kedepan dan yang masih terkebelakang. yang kaya , yang raya , yang miskin dan papa. yang bangla , yang nepal , yang vietnam , yang melayu , yang jawa , yang cina dan yang india. tapi bicaralah seribu tahun tentang identiti sesuatu bangsa , hujungnya hanya satu. kita hamba tuhan yang hina dan pada bumi yang sama kita bertapak.

aku benci bangla . bangla busuk. aku benci indon pula. merempat di negara orang tapi tak reti nak bersyukur.aku benci melayu.bodoh pun masuk universiti. aku benci cina. berak tak basuh dan kurang ajar.aku benci india.cakap belit tak ingat dunia.aku benci negro , semua muka macam beruk dan perogol.aku benci singapura ,melayu kat sana semua bangang.aku benci org malaysia , perampas budaya dan pengotor. tapi ceritalah tentang kebencianmu sehingga seribu tahun lagi , hujungnya hanya satu , kita hamba kepada tuhan yang satu dan dalam tanah yang sama juga kita dikubur.

bukan semua cina kurang ajar. dan tak semua melayu sopan. bukan semua bangla busuk dan tak semua orang putih tu wangi. bukan semua india cakap belit dan tak semua orang melayu cakap lurus.bukan semua orang indon tu jahat dan tak semua orang malaysia baik.bukan semua orang negro penipu dan tak semua orang melayu itu cakapnya benar.dan bincanglah tentang perkara ini sampai seribu tahun lagi , hujungnya hanya satu , kita ini hamba tuhan.yang hina dan tak kira dimana kita bertapak , oksigen yang sama juga kita hela.

mentaliti kita ini sudah lapuk rasanya .dipekung teruk dengan sempadan bangsa dan negara.ada orang yang bila nampak indon saja mahu dilempar selipar ke kepala mereka .bangsa pendatang katanya. datang ke negara orang dan tak reti bersyukur .takkan kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga? kerana seorang indo itu jahat , satu indonesia dipalit hina? kerana seorang orang melayu pemalas nak kerja . satu bangsa melayu jadi mangsa? kerana seorang cina kurang ajar , habis semua orang cina di benci? dimana letaknya akal waras kamu?sedar tak yang tidak kira dimana kamu lahir dan apa bangsa kamu , kepada Dia juga kamu kembali.

pepatah menyebut , jika ingin membenci sesuatu kejahatan , jangan benci si pelakunya , tapi bencilah perbuatan yang dilakukannya. kerana si pelaku itu boleh jadi entiti yang sentiasa berubah semalam , hari ini dan akan datang.

* * *

wahai pembaca , pandanglah setiap orang cukup sebagai seorang manusia dan bukan sebagai seorang manusia yang berbangsa apa dan apa.kerana bangsa tidak ada apa yang istimewa didalamnya.kerana dihujungnya , kita tetap hamba Allah yang hina  tidak kira kita ini bangsa apa .lupakan sengketa bangsa yang tidak kemana dan jadi matang bila menilai.tuhan bagi kau otak dan akal .kerana tidak ada satu pun bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain.

kau rasa kalau lembu indonesia jumpa lembu malaysia , dorang akan jadi tak macam kita?mooo.malaysia rampas budaya gue.mooo.indon pendatang , kata lembu malaysia.ada macamtu?kalau gajah afrika jumpa gajah thailand ,agak2 dorang kutuk mengutuk tak?harus diingat bukannya aku memperlekeh perjuangan bangsa.perjuangan bangsa bukti kita prihatin dengan orang2 sebangsa kita dan mahu mereka berjaya bersama . tetapi jika kerana perjuangan ini sampai kepada satu tahap dimana kita menganggap diri kita mulia dari bangsa lain , maka tersimpanglah sudah perjuangan yang sebenar.dan bergelaklah bangsa penjajah yang melakar sempadan dunia mengikut atur mereka.

* * *

tuhan tak pandang kau bangsa melayu ke cina.tuhan tengok sembahyang kau cukup ke tak lima waktu sehari semalam.
tuhan tak pandang kau negara malaysia ke negara zimbabwe.tuhan tengok perangai dan sikap kau.jauh dari apa2.
tuhan tak pandang warna kulit kau hitam ke putih , tuhan tengok hati kau tu berdaki ke bersih.

terlalu banyak kebencian antara kita yang lahir dan mekar kerana perbezaan bangsa dan negara.ingatlah , dalam tanah yang sama juga jasad kita akan terkubur.tuhan ciptakan didunia ini bangsa2 yang berbeda untuk kita saling kenal mengenal dan bersyukur dengan perbezaan yang ada.dan ingatlah , tidak akan damai dunia tua ini jika kita hanya berbicara tentang perbezaan dan bukan persamaan , kerana tidak kira dimana asal usul dan budaya kita , darah yang mengalir merah warnanya.

alirlah senyuman yang sama dan hembuslah kegembiraan yang sama.dan pijaklah perbezaan kita.

aku berusia setahun anak jagung dan masih mengaji ilmu dan buta ilmu . aku boleh berfikir setitis tentang perkara ini.kenapa kalian yang sudah matang beranak-pinak , bergaji besar dan berperut besar tidak boleh berfikir sedetik pun perkara ini?

"bawaklah bersama kamu itu perjuangan agama yang diiring dengan bangsa , dan bukannya perjuangan bangsa yang diiring dengan agama , kerana jika rosak agama , rosaklah bangsa. "

Tuesday, December 6, 2011

cemburu.

salam alaik


kalau boleh , aku nak buang semua rasa keladak cemburu yang berhabuk dalam dada. tapi ketika aku ingin amik vacuum dan nyahkan cemburu yang berkelana , baru aku sedar , cemburu itu tandanya sayang. dan kalau aku sapu semua cemburu yang ada , maka hilanglah juga sayang.

cemburu sebenarnya ibarat parasit . jauh sekali disamakan dengan paracetamol. cemburu tidak boleh dibuang. tapi boleh dikawal. jadi kenapa perlu buang kalau hadirnya ia itu tandanya sayang? jadi daripada aku membeban diri menyapu dan menyahvacuumkan semua cemburu yang ada , apa kata aku makan pil penenang. dan biarkan ia pergi dengan sendiri ibarat air pasang dan surut.

Friday, November 25, 2011

zoo. here i come.

salam alaik.

hello peeps. i am sub-officially active blogger again. i will finish my last paper next wednesday and ya.it will be 5 weeks holiday! so what should i do for the holiday? i am not a good planner , i make up a plan but at the end , not all of them come true . i mean majority of them.

holiday will be useless without activities . previously , i spent my holiday doing nothing. eat , sleep , farting , online and eat again for 3 weeks. at the end. i felt regret of wasting so much precious time. And when the collegue season start again , it will be the time you craving for more holiday after holiday.

and ya. finally i know what to do. and i hope this plan come true. to be honoust , im a big spender of money. i dont have much money.but when i have it , i'll be crazy. so at this particular time , i dont have the money. it's so sad to be in holiday wihout money rite?.so what should i do?

i should work part time!

i make a plan to work part time in Zoo Negara on this holiday.im not targetting the fullmonth salary.im just hoping to get some pocket money without make use of my parent one. they spent a lot on my mum's lung cancer cure. im hoping to get daily salary and when i called the admin , they offer rm30 per day. not so much money but hey. i dont want to work everyday cuz it is holiday but if i spend 10 days working there. i already make up rm300.thats should be enough for another three weeks .

i can spend on my lomography stuff , i have my own pocket money to go everywhere and above all , i dont ask money from my parent.

so animal! please be nice. ill be there in one week! haha.

entah2  kena pakai costume camni gamaknya? hahaha

Thursday, November 17, 2011

sepi.

salam alaik.


irama canon rock versi biola dalam ruang kosong ini langsung tidak dapat menyembunyikan kesunyian.dan kesepian ruang legar yang semakin lama semakin suram ini.

apalah kira gunanya negara tanpa rakyat , aiskrim tanpa peti sejuk , gitar tanpa tali , jam tanpa nombor dan belog tanpa post dan pembaca.

aku kini sedang menghadapi saat-saat sukar.yang membuatkan anugerah masa itu tampak bernilai sangat-sangat.aku mengejar impian.impian aku untuk terbang ke negara orang , pada januari 2013 . dan detik penentuan itu semakin hari , semakin tiba dan apalah kiranya aku ingin terbang jika buku tidak ditelaah dan belajar semuka dua.

minggu depan - exam final sem 3 . exam yang sangat penting untuk orang yang repeat macam aku. untuk tengok aku ini makin tertinggal , selamat tinggal atau masih ada harapan. dan oleh kerana itu.laman sesawang ini bertambah sawang.irama canon rock beralun sendiri tanpa henti dan tiada entri2 untuk dimuntahkan.

mungkin selepa eksaminasi , otak ini sudah boleh menaip semula.
sekian.