Thursday, November 17, 2011

sepi.

salam alaik.


irama canon rock versi biola dalam ruang kosong ini langsung tidak dapat menyembunyikan kesunyian.dan kesepian ruang legar yang semakin lama semakin suram ini.

apalah kira gunanya negara tanpa rakyat , aiskrim tanpa peti sejuk , gitar tanpa tali , jam tanpa nombor dan belog tanpa post dan pembaca.

aku kini sedang menghadapi saat-saat sukar.yang membuatkan anugerah masa itu tampak bernilai sangat-sangat.aku mengejar impian.impian aku untuk terbang ke negara orang , pada januari 2013 . dan detik penentuan itu semakin hari , semakin tiba dan apalah kiranya aku ingin terbang jika buku tidak ditelaah dan belajar semuka dua.

minggu depan - exam final sem 3 . exam yang sangat penting untuk orang yang repeat macam aku. untuk tengok aku ini makin tertinggal , selamat tinggal atau masih ada harapan. dan oleh kerana itu.laman sesawang ini bertambah sawang.irama canon rock beralun sendiri tanpa henti dan tiada entri2 untuk dimuntahkan.

mungkin selepa eksaminasi , otak ini sudah boleh menaip semula.
sekian.

1 comment: