Monday, October 31, 2011

bila di sekolah dulu part #6

salam alaik

tak sangka aku PERNAH comel.
"
childhood moment is undeniable to be the most precious time ever as a homosapien. the time by which no acne attack our cute childish face .the time by which we were young and active. At that time , our job are simple . run as far as we can , laughing , jumping and crying. we have no responsibilities and we live life to fullest."

sekali lagi mesin masa telah menyedut aku ke satu zaman dahulu kala. membiarkan kotak otak fikiran aku berlegar dengan mainan kenangan.yang memang tak mungkin benak hati ini lupakan.gambar di atas rasanya ditangkap ketika darjah lima.tengoklah betapa comelnya.kalau bukan aku pun kawan aku.kih3.bila menatap gambar diatas , aku terfikir betapa cepatnya masa berlalu dan betapa cepatnya manusia tua.

gambar di atas membuatkan aku berfikir , betapa hidup ini pantas dan dengan kelajuan yang tidak terjangkau , kita menua. kita bergerak dan melangkah dari satu fasa ke fasa yang lain.

cepatnya!

* * *
gambar ini ketika aku darjah lima , Sk Taman Ehsan. majoriti watak2 diatas masih lagi menjadi kawan baik aku sampai sekarang.dan aku harap selamanya.semua dah melanjutkan pelajaran .ada yang berjaya di dalam negara.dan ada yang berjaya di lur negara.membuatkan aku bangga.ada kawan2 yang satu ketika dulu berhingus bersama.

kadang-kadang ada perkara yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.dan itulah yang aku alami sekarang.
aku rindu zaman ini.
sumpah.
aku rindu.

Friday, October 28, 2011

a motivation.

salam alaik.

hari ini aku malas nak menaip.yang aku minta cuma satu perkara.tengok video bawah ni sampai habis.
boleh tahan sayu pilu dan kelu la tengok video nick vujicic ni.lelaki tanpa kaki dan tangan yang menharung dunia tanpa rasa kurang dari orang lain.


*lagu dalam blog ini boleh dimutekan dengan scroll down blog ni sampai bawah dan pausekan lagu tu.terimas!

Nick vujicic berkata ,

dan dia menyambung.

"if you fail , are you going to try again? "
ask yourself.

this is a  must watch video.have a seat and watch it!
laman rasmi Nick Vujicic -http://www.lifewithoutlimbs.org/

p/s : jarang anas post video dalam blog.kalau ada video dalam blog dia.bermakna video tu sangat best.

Saturday, October 22, 2011

IDOLA.

salam alaik.


pemimpin idola.
"saya tidak bangga jadi melayu , saya bangga jadi islam"-kata beliau.

susah mencari pemimpin serupa ini lagi.pemimpin yang zuhud , sederhana dan tidak berlebih-lebih.pemimpin yang tidak perlu rumah besar-besar , kereta mahal-mahal dan harta banyak-banyak.tengok saja perwatakannya , air mukanya , pakaiannya. nilai islamnya dan sikap rendah dirinya.


rumah beliau? rumah kampung biasa.bukan sebab beliau tiada wang.beliau menteri besar.gaji sama saja macam menteri besar lain.tapi tengoklah peribadinya.hari ini ,ada kelompok rakyat memandang Kelantan sebagai sebuah negeri yang daif. yang tidak maju dan membangun.memandang kelantan lekeh dan tiada  apa-apa.tiada kompleks beli belah bertingkat-tingkat.tiada wayang.tiada tempat untuk muda mudi berlepak hujung minggu.beliau menjawab :


 "jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit . Di Kelantan , ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan , kerana negara komunis pun ada pembangunan. Tetapi yang saya bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak - Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

tengok saja di kelantan .ada tak papan tanda membuka aurat dan perempuan seksi sebagai model? ada tak kedai jual nombor ekor macam di negeri2 lain? ada tak disko dan pub?menyedihkan bila ketika kerajaan negeri Kelantan menguatkuasakan undang-undang tatacara pemakaian di tempat umum ,orang islam sendiri yang mengkritiknya! bukannya cina dan india! -sila rujuk The Star .laporan bertajuk kelantan get a dressing down , seorang yang bernama Akmal Zulkifli , pegawai komunikasi Sisters in Islam mengkritik kerajaan negeri atas penguatkuasaan undang2 tersebut.

“Wearing the hijab should be an individual choice and not dictated by law.--kata beliau.
dipetik dari the star.

persoalannya kenapa perkara2 seperti ini ditentang secara umum , tetapi perkara2 lain yang sepatutnya ditentang tidak pula diheboh? pub?disko?pelacuran?arak?menutup aurat dan sebagainya?apabila sebuah kerajaan negeri ingin menjalankan aspek keislamaman.orang Islam sendiri yang membuka mulut menolaknya.sadis.cukup sadis.Nik Aziz memegang tampuk menteri besar dari tahun 1990 ketika PAS pertama kali menakluk Kelantan dan sehingga kini , beliau masih sebagai menteri besar.cakap saja bila stadium sultan muhammad ke 4 tidak penuh dan banjir dengan muslimin dan muslimat ketika terdapatnya munajat bersama tuan guru pukul 5 pagi!


kuliah agama hari jumaat di Kota Bharu? siapa yang memberi kuliah?kalau tidak seorang menteri besarnya sendiri.menteri besar yang cukup sederhana.

Nik Aziz menjadi idola .seorang pemimpin sederhana yang cukup hebat!dan tidak perlu gah-gah di persada dunia tapi agama entah ke mana.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/21/nation/9743381&sec=nation

Saturday, October 15, 2011

pesanan hari sabtu.

salam alaik


LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST!

Friday, October 14, 2011

do remember this.

salam alaik.
abang brader karipap kat tepi city square JB ni tak pernah mengeluh pon meniaga kat mana2.

meminjam kata-kata kawan.

"its not place decides who you are , but you decide for yourself " -tweet rafique musa.


dalam kehidupan.ada titik perjalanan dimana kita nak sangat apa yang kita impikan.tapi kadang-kadang kita pilu kerana impian kita tidak bertapak pada realiti.ada juga titik dimana kita benci dengan apa yang kita dapat dan seolah-olah kalau ada bom di tangan dah kita lontar jauh-jauh untuk melepaskan geram dan kesumat.kita rasa dunia ini tidak adil.orang lain ada tapi kita takda.dan mungkin kita ada tapi kita tidak bersyukur.

manusia yang hina ini memang jarang bersyukur dan berpuas hati.selalu rasa kurang dan rasa nak lebih dan lebih dan lebih.tambah memalukan , tak pernah redha dengan apa yang dia ada.ingatlah.di belakang kita ada puluhan dan ribuan lagi orang2 yang kurang bernasib baik.yang tidak menghirup nikmat sebaik kita.tapi kita yang bebondong nikmat ini.sentiasa mahu lebih dan lebih.tapi tak pernah bersyukur.

"kau lain la nas.kau pandai.kau ada tu kau ada ni.aku ni.dah la bodoh.tak kemana pun hidup aku"

kau ingat kepandaian semata-mata boleh beli syurga?boleh buat kau berjaya hidup senang dunia akhirat? itu typical manusia yang hanya sandarkan akademik sebagai pengukur kejayaan.dan kalau kau putus asa.kau paling loser.

"alah.dia tu berniaga pasar malam je.takda masa depan.orang2 macam kita ni yang educated je ada masa depan"

tuih.kau ingat yang mencongak dunia ini kuasa kau? sekali tuhan putarkan dunia.orang2 yang bongkak di atas macam kau itu boleh terjelupuk kehinaan dibawah.itu salahnya orang-orang kita.memandang taraf dan darjat lebih kepada akademik tanpa isi didalamnya.dan memandang hidup ini satu kejayaan bila ada rumah besar. kereta besar dan bini besar.

"sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya"


sia-sialah sesuatu yang berlaku tanpa hikmah.hidup ini tidak sia-sia jadi sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.sesungguhnya tuhan itu maha adil.dia tebarkan rezeki yang sama rata untuk kita semua.tinggal kita cari guna sahaja.mungkin ada sahabat-sahabat yang di luar sana yang masih lagi kecewa kerana tidak berpeluang ke luar negara seperti orang2 yang bernasib baik macam aku.tapi ingatlah.its not the place decides who you are , you decide for yourself.belajar di luar negara tidak menjanjikan apa2 sebenarnya.dan belajar dalam negara tak semestinya taraf kau di bawah sesiapa.

* * *
ingatlah.ingatlah.tempat itu hanya medium sahaja.kalau kita berusaha.tuhan pasti membalas.lambat atau cepat sahaja.sama ada kau bersabar atau putus asa.ingatlah.ingatlah.sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.jadi jangan putus asa!

aku tembak kena diri aku balik jugak pada akhirnya.kerana aku insan hina.yang entah hapa-hapa.

p/s : semua pakat nak apply UK.haih.gamaknya aku kena try luck aku jugak la

Wednesday, October 12, 2011

gagak hitam.

salam alaik

BOLD AND BEAUTIFULL
dari kiri : ahmad ghazie , anas hensem saifuddin , abu d.zar , shukry shahudin , hazran zul , amin jabar

photo and editing by Amin Jabar
http://www.flickr.com/photos/amin15