Tuesday, June 29, 2010

bye homee hye kms , bye L hye P.

salam alaik.

hye hye. bye bye. tiga abjad dua ayat yang takkan lari dari kehidupan kita. hari ini kita gembira hye orang tu. esok maybe kita terpaksa bermelankolik bye dia. dan mungkin hari ini kita suram muram bye dia. tapi esok dia akan hye kita semula dengan sinaran gigi.

ok.hari ini pon aku hye dan bye.aku dah bye lesen noob L aku .haha. naseb baek lepas JPJ test td. skang dah dpt P.huhu.naseb baek lulus. dah la handbrake pon tak turun. cara pusing stereng pun kena tegur. gear pon salah. 1 2 terus 5 .wakaka.bukan niat aku. dah gear dia liat sgt.hehe. tp asal lulus pon cukup. lepas2 ni leh la aku meronggeng cik kelisa yang kesorangan di rumah sebab tuannya sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah.wah. tak sangka akak aku nak jadi cikgu pendidikan khas. hehe.

ok.esok pon aku hye dan bye.byee rumahh.byee gitar . byee katil empuk. byee kucing.byee taik kucing.byee cik kaloi. byee cik guppy . byee cik bunga kertas.bye roti canai.byee sirap limau ais. hyee KMS.hyee taman tasik. hyee terminal one. hyee bus suasana edaran.hye A-level hyee kepanasan. haha. esok hari . melangkah aku ke kolej MARA Seremban.dua tahun lagi untuk aku struggle untuk fly ke Australia.Insya Allah. peluang Allah dah bagi. aku akan guna elok2. post kali ini tidak panjang.kerana barang aku tak packing lagi.wakakaka. hyeee. byeee.

SI KUMBANG TERBANG DI KOLEJ MARA SEREMBAN MULAI ESOK. =)
kepong-seremban.

Sunday, June 27, 2010

sudah TUA.

salam alaik.

27 jun 1954- stesen janakuasa nuklear pertama dunia dibina di moscow.
27 jun 1967 - mesin ATM pertama di dunia beroperasi di London.
27 jun 1977 - seorang pemain bintang sepanyol Raul Gonzalez dilahirkan.
27 jun 1985 - pemandu F1 , nico rosberg dilahirkan.
27 jun 1985 - pemain tenis rusia , svetlana kuznetsova pun dilahirkan.
27 jun 1992 - Ahn So hee ,anggota wondergirl dilahirkan.
27 jun 1992 - seorang budak agak kurang2 kiut dilahirkan di Kuala Terengganu.namanya , Anas Saifuddin. :D

aku sudah tua. :Dehemm.matang barangkali.wakaka. tua dari semalam. dan tua dari kelmarin. :D kan? thanks for all the wishes dear friends.:)yang patut diraikan hari ini sebenarnya bukan aku. tapi ibu bapa aku. aku cuma menangis manja2 merengek keluar dari perut mak aku pada tarikh ini 18 tahun lepas pukul 5 petang. tapi yang meneran kesakitan sembilan bulan itu bukan aku.itu mak aku.dan yang berpanas sejuk mencari rezeki dan menjadikan aku 18 hari ini juga bukan aku.ayah aku.

terima kaseh mak abah.anas tak pernah wish mak ngan abah mcm budak2 lain buat masa hari jadi , hari ibu , hari bapa kan?.anas tak pernah bagi hadiah mcm budak2 lain buat kan?.anas tak pernah luahkan anas sayang mak abah kan?.anas takda pon bagi2 kad kat mak abah mcm budak laen buat kan?mungkin anas ni malu. apelah kau anas. ngan mak abah kau pon nak malu.takpelah.anas bukan tak ingat semua tu.bukan tak igt burfday mak abah.bukan tak igt mothers day fathers day.bukan taknak wish.anas hadiahkan doa setiap hari kat mak abah.dan anas akan hadiahkan kejayaan anas satu hari nanti kat mak abah.biarla bukan sekarang anas bagi hadiah untuk semua yg mak abah buat.satu hari nanti.hari tu akan tiba.

TERIMA KASEH MAK ABAH. =)
Mohd Shukri.
Nor Rizan.

Thursday, June 24, 2010

rangka ayam.





modul A-level aku.hahaha.
salam alaik.

hari ini indah.2 jam bermesra bermanja dengan kancil berenjin bersama cikgu ah lai.aku igt hari ini hari last aku belajar kereta.rupa-rupanya ada satu sesi lagi.oh ya.aku test 29 haribulan ini. kalau wajah sugul mongol yang korang lihat aku di KMS nanti.korang tahu la sebab apa.ahaha.bagi aku bukit aku boleh lepas.parking aku asyik langgar tiang. gatal betul tiang tu nak berkepit ngan kancil aku.eyh kancil encik ahlai.

tadi aku facebooking.tiba2 rasa gelodak kelodak memberontak nak belajar photography balik.eeee.aku tahu aku takda DSLR shining2 cam korang.sedap je snap2.gamba lawa.eleh.itu pon lepas edit guna photoshop.hahaha!yang aku ada cuma ZENIT TTL.camera usang dari rusia tahun 80an yang guna film.tak lupa kamera lomo pertama aku.GOLDEN HALF.sangat kiut.kamera 35mm terkecik dunia.masa aku nak pegi cuci gamba aritu.apek boroi kedai gambar tu gelak2.dah la boroi.nampak pusat.dia cakap kamera aku tak laku.bagi dia free pon dia taknak.kamera budak2 tadika dia cakap.eee.sapa nak bagi kau free.kau nak beli seratus lima puluh ringgit pon aku tak jual.sebab aku beli harga dua ratus.hahaha.

aku suka photography.lagi2 film2 ni.bagi aku cool sangat.tp cool2 pon duit kena ada dlm poket gak.nak cuci and beli film.huhu.oleh itu.tinggal lagi 5 hari.aku bertekad nak googling balek manual nak guna ZENIT TTL ni.haha.esok venue aku K.L.maybe area penjara pudu yang baru runtuh kot. yiah. aku nak habiskan film.yeahh.dan start balek snapping.woohoo.setakat ni ada gak la beberapa film aku cuci.tapi hasilnya tak cukup memuaskan lagi.gamba still lagi blur n gelap.well. kata bahasa penjajah lagi.praktis membawa sempurna.hehehe.

oh ya.rangka ayam.ahahaha.korang suka rangka ayam? korang penah terfikir camna leh dapat rangka ayam?mana pegi semua isi?hak3. ke dia amik ayam2 tak cukup zat je and then takut rugi dia buat la rangka ayam.haha.best ouh rangka ayam.baru rm2.50 kau dapat sekor.MCD or kepsi leh ke dapat camtu? alah.jangan cite la yg keje mcd n kepsi tu. mmg la muak makan ayam.mesti korang mimpi pon ayam en.bapak tak stim mimpi korang.

ok. sebelum merepek aku tuka jadi kerepek. baik aku berhenti. daaa. :D :D oh ya. nanti aku sumbat karya photography aku yang masih dara dan muda.korang komen ok. :)

Wednesday, June 23, 2010

pemberitahuan.

kesian brader tu mandul.isk3.
salam alaik.

minit terus berlari.jam terus berganti.pagi tukar petang.petang jadi malam.malam ganti pagi.hari pon berlalu pergi.tapi aku masih kat sini.kat sini mana.kat sini la.lebih kurang tolak tambah kali bahagi enam hari lagi , aku tak lagi disini.enam hari lagi pada waktu yang sama mungkin aku tengah terduduk kaku paku secara skema membukak telinga dengar taklimat pasal biasiswa yang aku guni tak lama lagi.tak pon masa tu tengah ada sesi memecahkan ais sesama sendiri.tak pon ngah ada sesi lari dalam guni.ahaha.ok. abaikan.tak pon ada sesi cara memasang kain cadar dan cara menggunakan dobi prabayar. :D

aku teruja ulam raja sebenarnya nak jejak situ.situ mana.kolej mara seremban.tapi rasa debar getar tu ada beb.gila weh. duduk sama kolej ngan bebudak otak geliga bakul raga satu malaysia raya.aku ni biasa saja.im not gifted.im struggle to be one.tp at the same time aku bersyukur.Allah bagi aku peluang dan rezeki yang membanjir. bersyukur.bersyukur.aku kena berusaha keras , tanda aku bersyukur.yiah.

yaa.tepat. otak aku masih berat , karat dan padat tanpa benda bermanfaat. tujuh bulan meninggalkan buku amatlah merugikan. cis baru sekarang kau nak rasa rugi. yalah.dulu2 baru habis spm , gila apa nak pegang buku balik. orang gila pon tak buat camtu. haha.

disebabkan agak lama otak ini tiada pelincir.aku rasa gementar halilintar gak nak belajar balik semua benda tu .takut nanti kena angin ahmar mahu pon kejang paru2.aku tak kahwin lagi weh. tapi takpa. semua tempat baru kena mula dari bawah dan sikit2.barulah boleh terbang.tidaklah fun tuk kau terus terbang tanpa kau tahu cara nak terbang.anda paham? cuma bagi aku. aku hanya harus follow the flow kata bahasa penjajah. tidak perlu terlalu exited mahu terkehadapan sangat.sebab itu aku tidak mahu exited mahu mencari2 ilmu yang bakal aku pelajari .kepada yang dah prepare awal , tabik spring katil aku kat korang.

yaa. tujuh bulan dah pergi. kini masa aku struggle balek. amatlah disaster kalau aku tak dpt fly.gila.gila.tak mahu fikir.oh kepada korang yg masih setia membaca , terima kasih daun kari aku ucapkan . aku bukan penulis popular ataupon blogger harapan malaysia. ahaha. aku menulis untuk suka-suka.kalau ada orang baca. aku gembira.

ok.berbalik kepada tajuk post diatas . pemberitahuan. dah jauh menyimpang dah ni sebenarnya. biarlah post ini panjang. nak baca.taknak baca.baca.hehe.ayat cikgu harris.sekarang kan musim bola.mana2 pon bola.macik jual karipap pon da tuka nama karipap dia jadi karipap ronaldo, nasi lemak drogba .eee. yong tau fu samba , masak lemak chile api,kali kepala rooney. eyh.silap.hehe. masa gol , semua menjerit. mmg r suka . sebab judi menang lagi. padahal bukan layan bola pon. bengkok2 manusia sekarang. aku sebenarnya cuma nak bagitahu.lepas penilaian round pertama cawan dunia. aku dah tahu da sapa menang.hahaha.and team yang ada harapan sket tahun ni jatuh kepada. jeng3.

ARGENTINA.
memula nak sokong ITALY macam 2006 dulu.
tapi italy tahun ni agak bosanlah.
kurang makan piza mcm dulu kot.
ekekeke.

p/s : tolong lah byk lagi kad merah world cup ni. gila bangang lah.dah tak fun .referee sume datang bulan agaknya.

Saturday, June 19, 2010

siapa rasa dia pompuan.


salam alaik.

siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
siapa rasa dia pompuan??
bukan,bukan tutup aurat.itu wajib.takyah cerita.

siapa rasa dia pompuan?
siapa rasa dia pompuan?
masuklah koc wanita.biar jantan and org yg ada family je kat sini.
kata abang KTM.
buat apa nak sesak2 dalam koc awam.
koc khas tuk awak dah ada.
yang awk nak menyesakkan koc lain buat apa?
nak menggatal? (itu aku tambah )

siapa rasa dia pompuan?
masuk koc wanita tu.byk kosong lg.
nak menghimpit kat lelaki buat apa.
kesian lelaki takdak koc khas.
da berhimpit2 da ni ha.

siapa rasa dia pompuan?
awak rasa awk pompuan masuk koc wanita.
cepat.cepat.cepat.byk lagi lelaki tak masuk ni.
koc awak sana tu kosong lg.cepat masuk sana.

siapa rasa dia pompuan?
masuk koc merah jambu.

*credit to abg KTM.kesian maskulin.harap feminin faham.anda sudah ada koc khas.hargai. :)
*hope KTM buat koc lelaki plak lepas ni.baru adil. :D

p/s : thanks to Nur Amira Syazwani for today moment. :)

Wednesday, June 16, 2010

semua gara-gara gambar ini.



semua gara2 gambar ni.HAHAHA.tapi seblum aku upload gambar ini pon. ada yang dah cakap. bengkok betol. HAHAHA. lawak gila weh. gambar ni satu je kot tp pada realiti hampeh tak sama langsung.muahaha

















salam alaik

hahaha. hai kawan..semenjak empat dan lima menjak ni.ada gerombolan human being kata muka aku ada iras nabil raja lawak. ada ke patut . tak patut betul .laen la wehh. bapak lawak je. yang ckp tu plak dari individu berlainan yang saling tidak mengenali antara satu sama lain . dorang ckp benda yang sama. ada yang belom penah jumpa aku. ada yang kawan baek aku .ada yang dah lama tak jumpa aku. hahaha.

pelik betol aku. korang kalau da jumpa aku korang tgk. takda langsung sama. ada iras maxi rodriguez je.( argentina rock! ) kahakkahakkahak. apa2 pon . anda rasa anda muka anda ada iras artis? jangan bangga diri. artis skang dah pelik2. dadah. syabu. gambar bogel. video itu. video ini. arak teguk. peluk anjing bulldog.peluk anjing laut. pahtu wat statement. sy pegang anjing yg kering.tak berdosa kan?bodoh punya statement.pahtu budak2 la jerit2 keriangan menjadikan artis idola mereka. aku bukan comdemn semua teruk. tpi mostly la. ok . aku bukan nak meluahkan perasaan kat sini. muahahaha.

byee~

p/s : apa akan jadi kalau muka aku ada iras2 mr bean.