Sunday, January 15, 2012

capture the memory.

salam alaik.


ini roll pertama aku menggunakan kamera film.

gambar2 diatas aku tangkap sewaktu aku di zaman form 5. zaman hingusan menghadap biologi dan kimia setiap hari.dan zaman duduk asrama yang meletihkan.ketika gambar ini ditangkap ,sebenarnya mak ayah aku datang melawat aku di asrama.bawak bekal makanan dari rumah. makan sama-sama tepi padang sekolah. oh . kenangan.

bila dengar pengumuman nama aku dari bilik pengumuman. aku terus turun bawah. harap2 mak ayah aku datang dan bawak makanan sedap-sedap. haha. makanan asrama. apalah yang nak diharapkan sangat kan? jadi bila mak ayah datang. yang paling dinanti sekali mestilah masakan ibu. duduk tepi padang. dengar bebelan dan leteran ayah yang suruh aku berjaya. dan nasihat ibu supaya aku jgn tinggal solat.

ya.gambar di atas memang tak seberapa.memang tak boleh kemana pun.tapi.yang paling penting ,memang tak tergambar nilainya. memang sangat tinggi nilai estetiknya pada aku dan buat aku sayang gambar2 ni sampai bila-bila.

apa yang aku cuba sampaikan ialah , 

"dont just shoot for a good photo, just for an award winning photo. just for competition or for fame. It will not last forever.but shoot for memories. as long as your eyes can see and your heart beats , it will remain strong .forever. "

memori yang aku simpan bersama gambar2 di atas. aku bawa hingga hidup aku di kolej. aku tampal gambar2 ini  di dinding bilik aku. dan aku bawa dalam beg aku.



kerana aku tahu.

bila aku lihat gambar itu ,aku sedar yang aku ada impian nak belajar tinggi-tinggi sampai luar negara kerana mereka berdua.aku tekadkan balik niat aku hanya kerana mereka berdua.aku rasa aku kena bangkit hanya kerana mereka berdua.dansesungguhnya. mereka . inspirasi aku.

so guys. get a camera. no matter what type. digital. film .2mega pixel. 12mega pixel or what so ever. the most  important part is ,shoot for memories!

camera : zenit TTL
sejarah  : ini first roll aku main kamera analogue.
film : superia.

Friday, January 13, 2012

post godek-godek.

salam alaik.

hari jumaat memang hari untuk berehat. jadi bila dinamakan sebagai hari untuk berehat. maka secara separa automatisnya jari ini pun berehat. gua takda aktiviti hari ni. jadi bila takda kerja lain . gua godek blog gua ni tengok lah apa-apa yang ada. waktu2 senggang memang waktu paling ideal untuk memantapkan ilmu stalking.

oh ya . ini yang gua jumpa.

dari blog http://insolentmusical.blogspot.com/ . terima kasih!

perasaan? sudah tentu gembira dan terharu.takkan la ada org recommend tiba nak marah2 pulak.haha.terima kasih kerana ada juga orang yang menghargai sedikit sebanyak penulisan kurang matang aku.mungkin jika ada post yang sedikit sebanyak boleh improve diri kita masing-masing. sudah cukup sebenarnya. kalau boleh buat orang bahagia? lagi lah happy kan.terima kasih cik blogger.

oh ya. dan aku jumpa ini.


ini bukan soalan matematik.

perasaan? kahkahkah. macammana boleh sesat kau nak search cerita dara boleh jumpa blog aku pulak. ada juga yang nak cuci mata tengok lisa surihani tengok2 salah masuk blog aku.bukan setakat sakit mata. taik mata pun barangkali bertimbun lepas dia tahu blog ni takda gambar lisa surihani yang mantap2. abang , nak gambar lisa surihani sila pergi google. kih3. mungkin juga google image yang masukkan dia dalam blog jantan maskulin dan bukan beautiful nara ini.

ok. ini last one.

dari blog cik minem : http://resultmayvary.blogspot.com . klik untuk tumbesaran.

perasaan? 0.o" haha.tak terkata. dengar tu amira .anda sepatutnya sudah yakin dengan ketentuan ini. dia memang terbalik.hihi terima kasih kepada cik blogger kerana sudi menyinggah.

kesimpulannya , ilmu stalking bukanlah ilmu yang sia-sia. dan boleh diamalkan ketika waktu senggang.haha. terima kasih kepada yang sudi menyinggah : )

Wednesday, January 11, 2012

bila di sekolah dulu part #7

salam alaik.

gua seorang bekas pelajar sekolah menengah sains seremban batch yang ke-tujuh. dan tentunya , gua sayang sekolah gua. bila dah keluar sekolah dan jadi budak2 kolej dengan misai dan kumis ni , memang jarang sangat la kan dapat gathering batch ramai2. jadi , beberapa bulan lepas batch gua adakan friendly match bola dengan bebudak form 5 .

memang.memang batch gua menang.menanggung kekalahan.haha..memang lauk lah haritu. semua dah stok buncit dan boroi , gemuk dan gedempol tapi tu tak penting.yang paling penting. semua nampak bahagia.dan lepas dua tahun tinggalkan sekolah itu , perasaan bila jumpa muka2 yang pernah belajar sekali . memang epik. semua dah mcm muka bapak orang.

jadi biasalah , gua guna kamera film.gambar sebulan atau dua bulan dari tarikh kejadian baru ada bajet nak pergi cuci. kih3. jadi enjoy2 la muka hensem2 ex saser tahun 2009 ni.

enjoy la gambar2 bawah ni.semuanya calon penghias wajah majalah mangga bagi bulan june 2012. kalau mana2 yang rasa nak kenal sila kontek gua di fb. kih3




                           















semoga kalian berjaya di mana saja kalian berada. 
SASER NAMAMU TERATAS.
takkan saser hilang takhta.

eyh. mana gambar gua?

hah amik kau. calon rejected utk jadi cover majalah mangga.dah macam budak juvana mana dah.kih3

ini gambar masa form 5.ternyata sekarang lebih hensem.

camera : kamera film zenit E tahun 1980
film : kodak colourplus 200.


Tuesday, January 10, 2012

matryoshka.

salam alaik.

"A matryoshka doll is a Russian nesting doll (Russian: Матрёшка) which is a set of wooden dolls of decreasing size placed one inside the other. The first Russian nested doll set was carved in 1890 by Vasily Zvyozdochkin from a design by Sergey Malyutin, who was a folk crafts painter at Abramtsevo. Traditionally the outer layer is a woman, dressed in a sarafan, a long and shapeless traditional Russian peasant jumper dress. The figures inside may be of either gender; the smallest, innermost doll is typically a baby lathed from a single piece of wood."

copy and paste. sumber : wikipedia.







seronok juga main buka-buka patung matryoshka ni sampai habis. memang kenit betul la yang paling kecik tu. kalau ada kawan or sesiapa saja yang singgah di rusia , boleh la membeli matryoshka doll ini buat hiasan. comel . bak kata kawan aku , dekat pasar seni pun ada. tak payah terbang sampai rusia. haha.

tapi kalau pasar seni punya made in china la kan bukan made in russia. ( entah2 yang kat rusiaa tu pun datang dari cina ). oh ya. aku menggunakan kamera tahun 80 zenit E kegemaran aku. yelah , memang minat aku dalam analogue photography. nak beli DSLR tak cukup duit. haha.

camera : zenit E
lens : helios 44-m
film : klikmax expired tahun 2007
model : akak matryoshka.
sumber model : abang beli waktu zaman dia belajar kat russia.

gambar diatas ada kecacatan sikit iaitu light leak di kiri kanan dan tengah gambar. mungkin ada yang tidak kena pada kamera atau lens.

Monday, January 9, 2012

pesanan hari isnin.

salam alaik.

post pendek hari isnin.

aman untuk semua.

buat apa mencaci dan mencela?sedangkan hormat menghormati budaya kita?.lain orang lain muka , lain orang lain ragamnya , begitu juga lain orang lain pendapatnya. asalkan kau menghormati pandangan orang lain dan berfikir secara matang sebelum memuntahkan pendapat , maka lontarkan pendapat kita. dan penting untuk kita tidak mencantas pendapat orang lain sebaliknya terima pendapat itu sebagai satu buah fikiran.dunia ini ada berbilion orang. logik lah kan untuk ada berjuta pendapat yang berbeza kan?

kemonlah. Allah ciptakan kita berbeza-beza. dan oleh itu mungkin pendapat kita berbeza-beza.tapi hujungnya cuma satu.dan satu yang sama.iaitu kita hamba tuhan yang hina. jadi berhujahlah dengan hormat ,matang dan cermat dan jangan melontar provokasi murahan. ayat-ayat murahan yang kadang-kala sampai orang boleh cop kita ini kurang pendidikan bahasa melayu.

perbezaan pendapat sebenarnya takkan henti sampai ke mati , dan selagi kita tak ambil cara yang mudah dan matang untuk tangani. sampai bila pun manusia hina ini asyik berbalah. berperangkan kata dan dosa.

aku juga sedar ,dalam aku memberi pendapat , kadang-kala mungkin dan selalu mengganggu gugat ketenteraman orang lain bukan? aku minta maaf.yang sangat2.kadang-kadang aku tak peka orang sekeliling kan?dan seharusnya aku harus mula belajar untuk menerima pendapat orang lain juga.

sebenarnya tuhan ciptakan perbezaan untuk kita saling mengenali , bukan saling memerangi.

hidup ceria. chow. : )

Sunday, January 8, 2012

this is why i love analogue #10

salam alaik.

"expired film - film murah , hasil menawan."




hari ini , aku akan menyambung entri this is why i love analogue part 10.

EXPIRED FILM.
gambar2 di atas nampak macam menggunakan film fresh bukan? tapi sebenarnya gambar di atas menggunakan film2 expired.apa itu expired film ? - macam roti expired . film juga ada tarikh luputnya . kalau roti yang dah habis tarikh luput ,  ramai orang yang akan buang kerana takut kulat akan menumbuh. yang lebih cerdik takkan bazirkan roti tu. dorang akan bakar dan boleh dimakan semula. tindakan yang lebih cerdik kalau sebelum bakar tengok dulu ada kulat ke tak. hihi. bagi company2 roti , tindakan diorang paling bijak bila mereka akan  merecyclekan roti2 tadi dan menerbitkan produk baru. hasilnya? roti keras yang bila korang cicah air terus lembut. itu semua roti expired yang boleh dimakan.

ok.expired film juga begitu. film2 yang expired pertamanya harga mereka lebih murah.maksud aku murah sangat-sangat. kalau harga film fresh sekitarnya rm10 ke atas. film expired harganya ada yang semurah rm4 ! kalau orang yang suka berjimat macam aku , memang sangat ideal untuk melempiaskan nafsu dengan membeli film2 expired.

ini contoh2 gambar menggunakan film expired.




first roll?
bagi yang baru menceburi lomography , adalah sangat digalakan untuk mencuba kamera anda menggunakan film expired terlebih dahulu sebelum mencuba film2 yang agak mahal yang lain. kerana , first roll biasanya ialah masa untuk anda mengenali kamera anda .jika anda menggunakan expired film , tidaklah begitu merugikan andai kata first roll tidak menjadi seperti yang diharapkan. bila anda makin selesa dan yakin dengan kamera , bolehla mencuba film2 mahal yang lain seperti slide film yang berharga sekitar rm20. cuba fikir kalau anda sumbat film rm20 dalam kamera yg anda tak biasa pakai , lepastu gambar tak berapa menjadi. kan naya namanya.

vintage effect?
kalau yang nak effect2 gambar vintage tahun 80 atau 90 an. boleh la anda mencuba film2 expired yg sangat murah ni. film expired kadang kala memberikan tona warna yang cantik tanpa perlu di edit. yang lebih penting sekali , harganya sangat murah!

kadang2 film murah mcm ni boleh bg hasil seperti fresh film.so tak rugi kan?
ini gambar tahun 2011.harap maklum.guna expired film tahun 2006 rasanya.

aku antara peminat film expired. expired film kadang kala memberikan warna yang cantik tapi harus diingat , jangan terlalu mengharapkan film ini boleh memberi warna pekat seperti film2 fresh . kerana sebaik saja film menemui tarikh luputnya , sensitivity film ini akan menurun . jadi nasihat saya , guna film ini ditempat2 yang terang , yang di lampui cahaya matahari yang terik untuk hasil maksimum.

expired film tahun 2007

expired tahun 2009.

bila aku shoot menggunakan film expired , perkara yang paling aku suka tentang film murah ini tentulah nilai nostalgianya. gambar yang terhasil amatlah vintage dan begitu bernilai sekali.


tips :
bagi yang menggunakan slr , anda dinasihatkan untuk setkan iso di kamera anda lebih rendah dari iso film expired yang digunakan. sebagai contoh , jika anda menggunakan film iso 200 , turunkan setting anda pada 100 kerana seperti kata brader Demang yang memberi tunjuk ajar tempoh hari , expired film sudah hilang sensitivitinya . jadi untuk gambar yang lebih baik , setkan iso lebih rendah dari iso asal.

bagi yang menggunakan point and shoot camera pula , gunakan di tempat yang terang dan elakkan shoot ketika mendung ataupun indoor.kalau nak shoot jugak.terpulanglah. hihihi.

jadi , itulah dia sedikit sebanyak tentang film expired. film expired boleh dibeli di kedai2 gambar antik dan klasik. begitu juga penjual2 di online. saya juga pernah menjualnya tetapi kerana fokus belajar , saya menghentikan penjualan buat seketika. : ) jika ada yang menjualnya , akan di update kemudian.

and this is why i love analogue : )




terima kasih kerana membaca!

p/s : gambar2 diatas ini semuanya koleksi peribadi saya hasil film2 expired.