Saturday, January 7, 2012

tribute to mum and dad.

abah.terima kasih atas semuanya.abah ayah terbaik.

buka sem baru , abah ada nasihat aku . hentikan kejap benda-benda yang tidak perlu dan fokus pada peperiksaan bulan lima ini.fokus pada belajar.dia nasihatkan aku belajar rajin-rajin dan pastikan aku lepas point untuk ke Australia.

sedar tak sedar , sebenarnya setiap ibu dan bapa kat dunia mahukan anak-anak berjaya.tidak kiralah sebagai apa , belajar di mana dan bekerja di mana , cukuplah anak-anak mereka  hidup selesa dan bahagia dan mereka tahu , tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa selesai melihatkan anak-anak mereka hidup senang dan tenang.

dulu , abah pernah bagitahu aku.dia dapat tawaran belajar di Amerika Syarikat.tapi atas sebab kesuntukan wang , dia tak dapat ke sana.dia menyambung pengajiannya di USM dan kemudian di UPM .dan bila aku dapat peluang sebegini rupa , dia cakap.

"dulu abah dapat jugak nas peluang belajar oversea , tapi abah tak pergi .takpelah abah tak dapat nak pergi dulu.abah nak anak abah yang dapat peluang ni guna betul-betul,abah nak anas fly untuk abah."

sejak emak aku ditimpa penyakit kanser paru-paru tahap 4 , abah tidak lagi berulang-alik ke Bandung ,Indonesia. Sebelum ini tempat itulah yang menjadi sumber rezeki bagi dia.menguruskan projek kecil-kecil.bunyi kerja di luar negara serupa projek besar.tapi tidak sebenarnya.sebelum tu , abah selalu cuba membuka bisnes dengan rakan-rakan tapi dia sering saja ditipu.ditikam dari belakang oleh rakan bisnes.takpalah lupakan tentang itu.

abah pernah menyebut.

"kalau abah mati , abah takda harta nak ditinggalkan kepada anak-anak macam keluarga orang lain ada.abah bukan ada duit banyak.bukan ada harta simpanan . tapi cukuplah abah tolong anak-anak berjaya dalam pelajaran,itu sahaja yang abah dapat tinggalkan."

apa yang menyebakkan hati aku bila mengetahui abah tidak lagi bekerja dan menguruskan projeknya di Bandung.sebenarnya dia dah melabur berpuluh ribu ringgit kat projek di situ dan belum pun sempat menuai hasilnya , emak pula diserang penyakit.waktu cuti haritu emak ada bagitahu , abah dah tak ke sana lagi.rezekinya tiada disana . dan bila aku persoalkan tentang laburan ribu ringgit yang belum sempat dituai hasilnya , mak hanya menjawab.

kita terima saja nas.rezeki abah bukan kat situ.ada la tu kat tempat lain.

* * * 

mungkin ada hikmahnya juga semua ini berlaku.emak kini yang sedang melawan barah tidaklah sunyi lagi di rumah tatkala abah di Bandung. kini 24 jam emak ada teman di rumah. abah dapat jaga mak setiap masa. kalau dulu aku dapat baca raut wajah sunyi emak bila abah di oustation. kadang kala outstation bukannya sehari dua.ada sampai dua tiga minggu.kini , abah dapat teman emak setiap masa.emak tidaklah sunyi sepi lagi di rumah bersama kucing-kucing .

kekasih.

baru-baru ini , abah ada bagitahu aku satu perkara. sejak emak diserang kanser , abah ada pergi berguru ilmu perubatan alternatif.dan abah ada bagitahu , dia ada kurniaan yang orang lain tiada..dan alhamdulillah .rezeki dari Allah , kini abah boleh menggunakan kurniaan itu pada sesiapa yang memerlukan. rumah aku kini setiap hari dikunjungi pesakit.pagi petang dan malam.macam2 pesakit datang untuk berubat dengan abah.yang hyper aktif , yang ada darah beku , yang lumpuh dan macam2 lagi.aku pernah bertanya pada mak , abah ada cas ke pada orang2 yang datang , mak menjawab.


"takda nas , abah tak boleh ambil untung .tapi kita terima saja berapa org nak bagi , abah tu ikhlas nak tolong orang"

aku tumpang gembira. mungkin ini hikmah yang tuhan beri selepas dari kesusahan. dan kini abah sendiri yang merawat emak.emak dah habiskan semua sesi kimoterapinya dan sebenarnya dari segi perubatan moden.lepas semua sesi kimoterapi dilalui , tidak ada lagi ubat untuk kanser paru-paru lebih2 lagi di tahap bahaya macam emak.dengan kata lain sudah tidak ada penawar jika selepas sesi kimoterapi , barah masih tidak reda.tapi abah selalu menyebut,


"takpa nas.tak boleh cara moden , kita cuba cara alternatif pula.kita ikhtiar.penawar ni bukan di hospital je."


 alhamdulillah ,emak makin pulih dan kembali tersenyum.terima kasih abah.dan terima kasih kepada yang selalu mendoakan emak.Allah saja yang dapat membalas budi kalian.


kini,urat-urat tua kedua mereka makin menerka.rambut mula memutih dan langkah demi langkah semakin perlahan.saat demi saat yang berlalu , usia makin jauh meninggalkan.keuzuran akan tiba dan kedut muka mula menjelma.bukan sahaja mereka , tetapi juga aku.


* * * 

aku sedar.20 tahun aku bernafas di muka bumi ini , aku terhutang jasa yang tak ternilai harganya pada kedua mak dan abah. tidak tersebut di ruang ini akan apa yang mereka berikan.

aku ada satu peluang.sekurang-kurangnya mengukir senyuman di bibir mereka.iaitu keputusan yang cemerlang dan bila mereka tahu aku telah lulus peperiksaan untuk ke luar negara mungkin itu boleh menjadi penawar kepada kanser emak dan kesusahan abah.itu peluang terbesar aku.dan aku harus gunakan.


* * * 

kita semua ada ibu dan bapa .dibesarkan oleh ibu dan bapa dan jika tidak kerana mereka berdua , kita tidak mungkin dapat kecap nikmat untuk hidup.dan ingatlah, selagi mereka bernyawa , sayangilah mereka dan hormatilah mereka. jadi anak yang baik dan balas jasa mereka.

satu hari nanti jika ditakdirkan mereka pergi sebelum kita , tika itu kita tiada lagi peluang untuk membalas jasa mereka. hanya doa saja yang akan diiringkan.

"mak , abah . anas tahu anas ni bukan jenis anak yang selalu borak-borak dengan mak dan abah.selalu ada bahan untuk dibualkan macam anak-anak lain.tapi anas nak mak dan abah tahu. setiap kali solat , anas berdoa pd Allah .moga mak dan abah sentiasa sihat dan panjang umur ,murah rezeki"

semoga satu hari nanti , mak dan abah dapat tengok anas pegang ijazah di Australia dan anas akan pastikan mak abah gembira bila tengok anas berjaya.anas janji.

anas sayang mak dan abah.


p/s : tidak pernah air mata aku mengalir ketika menulis di blog ,tapi hari ini entah kenapa , ia turun juga.

Friday, January 6, 2012

this is why i love analogue #9

salam alaik.

this is why i love analogue part 9.

tahukah anda dengan lohong-lohong film terpakai , anda boleh menghias dinding bilik bujang anda serupa ini.


tidaklah secantik mana kan? sebabnya haritu aku tidak berapa cukup plastik dan tangan untuk mengutip canister2 kosong dari kedai gambar. modal decoration? kosong ringgit.kih3.

barang yang diperlukan?.
*canister film. kedai gambar punya
*gunting. rumah punya
*double sided tape.jumpa bawah katil.

teknik? potong double sided. picit dekat dinding.lekatkan film.ulang step satu sampai anda puas hati.
oh ya.aku punya wall ini versi amatur.versi lelaki bujang yang baru belajar.memang tak berapa ada feng shui dan bakal direject eric leong.aku tahu.sebenarnya aku dapat ilham canister wall ini dari tim lomokids a.k.a effekts di rantai.art event baru-baru ni.


subjek boleh diabaikan.

mungkin lepas ni aku akan mempergiatkan aktiviti mengutip lohong film kosong.kalau korang nak join,pastikan korang membawa plastik besar untuk lohong film yang maksimum.

and this is why i love analogue. : )

p/s : untuk melihat part2 this is why i love analogue yang lain . boleh tekan label itu di bawah.

Thursday, January 5, 2012

roti telur jantan.

salam alaik.


ini kisah roti telur jantan.

satu pagi yang tak berasap , macam biasa aktiviti gua dan family gua memang sarapan di gerai roti canai abang Mizan di Jalan Kuching. gua bukan nak cakap apa tapi roti canai situ memang paling best dan paling sedap gua pernah rasa sepanjang gua hidup.tiada tandingan.keempukan roti, kegebuan , kepanasan , kemanisan dan rasa kuah sardin yang memang dah familiar terhadap pelanggan2 tetap gerai abang Mizan.

cakap saja warung roti canai berdekatan jalan kuching yang paling ramai orang datang sampai terpaksa berdiri tunggu tempat kosong.mesti orang kenal warung abang Mizan.

* * *

tapi gua bukan nak cerita pasal tu.menu kat warung brader Mizan ni simple.apa2 jenis roti , air standard gerai dan telur separuh masak.setel.memang hidangan biasa warung melayu ini. satu hari gua duk tinjau2 dekat dia punya menu list yang terpampang kat banner tu. bukan apa , hari2 gua makan roti dia dengan roti tampal , kot2 la ada menu lain.sekali gua terpandang satu menu.

Roti telur jantan.

huihh.sepanjang gua hidup.belum pernah gua jumpa menu roti telur jantan.dalam otak gua.gua ingat roti telur jantan ialah roti telur biasa tapi guna telur ayam jantan.tapi bila gua fikir balik.ayam jantan mana bertelur.haha.jadi gua tanya akak tu roti telur jantan ni apa sebenarnya.

"kak , roti telur jantan ni apa bezanya dengan roti telur biasa? "-gua

akak tu menjawab , " bezanya roti telur jantan ada dua telur".

HAHAHAHA.akak tu dah sipu-sipu pergi dan anggap gua memang tak berminat dengan roti telur jantan.gua gelak tak gelak lah kat situ.aisehh punya lah subliminal makna "jantan" kat situ.letak la roti telur double ke.roti telur berganda ke.roti telur power ke. ini roti telur jantan. gua pun bangang jugak tak faham awal.

* * * 

kesimpulannya , kalau tak cukup satu telur , cari jantan. maksud gua roti telur jantan.kih3

persoalannya adakah gua sorang je yang baru dengar pasal roti telur jantan ni?

Tuesday, January 3, 2012

awal dan akhir sem.

salam alaik.

awal sem , stokin mesti beli baru .ada la dua tiga pasang.tapi nanti bila akhir sem , tinggal tiga pasang juga. tapi lain2 partner.

awal sem , pen mesti beli baru .ada la dalam tiga empat batang.tapi nanti bila akhir sem , pen sendiri hilang , tapi pen budak mana pulak ada dalam pencil case.

awal sem , beli sepaket mee sedap .harapnya tahan untuk sebulan . tapi nanti tak sampai dua minggu , dah beli paket baru.

awal sem , meja punya kemas , setitik habuk pun takda , rapi kalah bilik perempuan . akhir sem , meja dah macam tongkang pecah ,tunggang terbalik . buku bertimbun dah malas nak amik kesah.

awal sem , berjimat bukan main , nak keluar duit rasa segan sebab dah janji taknak boros.akhir sem , berjimat bukan main jugak.tapi sebab duit dah takda. nak beli apa pun tak dapat.

awal sem , pencil case bukan main gemuk . ada macam2 .sedap je bila pergi kelas .akhir sem , pencil case kempis .ada la pen sebatang dua. itu pun entah siapa punya.

awal sem , berazam taknak tidur dalam kelas ,siapkan homework dan dapat result gempak .akhir sem.hanya satu perkataan yang keluar.penyesalan.

aku kini diawal sem.tapi di sem yang terakhir dalam pengajian Alevel aku.dan aku harap.aku tidak lagi menjadi apa yang aku jadi diatas sepanjang tiga sem yang sudah pergi dan mana mungkin kembali.

back to school.

salam alaik.

Borhan - menantikan kepulangan brader2 kesayangan ke KMS.

bercuti sebulan sudah tamat. dan hari ini , aku kembali ke Kolej Mara Seremban untuk sem yang terakhir sebelum peperiksaan maut tiba.dalam hati ini ada rasa excited.ada rasa happy.rasa takut.dan rasa sedih.

bila memikirkan yang aku ada lagi kira-kira lima bulan saja untuk menikmati kehidupan di KMS , membuatkan aku fikir yang sebenarnya aku takda masa lagi untuk main-main.kalau aku nak fly , kalau aku nak rasa hidup di Australia , kalau aku nak buat ibubapa aku menangis gembira. inilah masa paling sesuai untuk aku bangkit.

bangkit.bukan kuih bangkit.cakap memang senangkan?tapi aku harap 3 sem yang telah aku bazirkan begitu saja akan di tebus kembali di sem 4 ini.

ini sem terakhir.sem penentu masa depan aku.terbang atau terkandas di Malaysia!

Monday, January 2, 2012

this is why i love analogue #8

salam alaik.

this is why i love analogue.

Fish Eye 2.-gambar dari google.

kamera diatas ini dinamakan Fish eye 2.kerana lensa mata ikannya.ia sebuah produk keluaran Lomography dengan lens fish eye yang kekal pada badannnya .kenapa perlu ubah lens kalau dapat view dan hasil macam gambar2 di bawah ini?



fish eye 2 ialah kamera plastik yang mudah di pakai.tidak perlu banyak setting sana sini dan senang untuk digunakan oleh beginner.pengguna hanya perlu tahu membeli film.menyumbatnya, menekan dan kemudiannya mencuci film.semudah alif ba ta.kamera ini harganya sekitar rm250 hingga rm300 .mengikut corak dan warna dan harga cekik darah penjual.beratnya?sangat ringan.boleh dibawa tanpa ada halangan.nak shooting dalam gelap?jangan risau .anda tidak perlu beli flash berasingan kerana kamera ini ada built in flash didalamnya.(walaupun flash tu tak berapa nak best, tapi still kira ok la kan ada built in flash.haha)

bagi aku ada beberapa keistimewaan yang terdapat dalam kamera ini.mari kita selidik.

1)sudah tentu lens fish eye nya yang menawan.


lens fish eye yang sungguh wide memang sesuai untuk orang2 yang inginkan kelainan dalam gambar.lens ini boleh kata wide dan memang sesuai untuk menangkap apa2 saja object atau panorama.

2)kebolehan untuk mutiple exposure.





3) group photo? tiada lagi masalah.



4) cam whore? lagi takda masalah! HAHA


kesimpulannya kamera ini memang mudah dipakai untuk yang baru ingin bermula. lomo on dude!
oh ya.banyak gambar kawan baik saya iaitu Lydia. ini kamera dia. saya test roll sambil habiskan film saja.kih3

apa itu lomography?
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/02/lomography-apa-itu.html

tak tahu macammana nak bermula dalam lomography?
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/12/lomography-getting-start-1.html