Thursday, January 5, 2012

roti telur jantan.

salam alaik.


ini kisah roti telur jantan.

satu pagi yang tak berasap , macam biasa aktiviti gua dan family gua memang sarapan di gerai roti canai abang Mizan di Jalan Kuching. gua bukan nak cakap apa tapi roti canai situ memang paling best dan paling sedap gua pernah rasa sepanjang gua hidup.tiada tandingan.keempukan roti, kegebuan , kepanasan , kemanisan dan rasa kuah sardin yang memang dah familiar terhadap pelanggan2 tetap gerai abang Mizan.

cakap saja warung roti canai berdekatan jalan kuching yang paling ramai orang datang sampai terpaksa berdiri tunggu tempat kosong.mesti orang kenal warung abang Mizan.

* * *

tapi gua bukan nak cerita pasal tu.menu kat warung brader Mizan ni simple.apa2 jenis roti , air standard gerai dan telur separuh masak.setel.memang hidangan biasa warung melayu ini. satu hari gua duk tinjau2 dekat dia punya menu list yang terpampang kat banner tu. bukan apa , hari2 gua makan roti dia dengan roti tampal , kot2 la ada menu lain.sekali gua terpandang satu menu.

Roti telur jantan.

huihh.sepanjang gua hidup.belum pernah gua jumpa menu roti telur jantan.dalam otak gua.gua ingat roti telur jantan ialah roti telur biasa tapi guna telur ayam jantan.tapi bila gua fikir balik.ayam jantan mana bertelur.haha.jadi gua tanya akak tu roti telur jantan ni apa sebenarnya.

"kak , roti telur jantan ni apa bezanya dengan roti telur biasa? "-gua

akak tu menjawab , " bezanya roti telur jantan ada dua telur".

HAHAHAHA.akak tu dah sipu-sipu pergi dan anggap gua memang tak berminat dengan roti telur jantan.gua gelak tak gelak lah kat situ.aisehh punya lah subliminal makna "jantan" kat situ.letak la roti telur double ke.roti telur berganda ke.roti telur power ke. ini roti telur jantan. gua pun bangang jugak tak faham awal.

* * * 

kesimpulannya , kalau tak cukup satu telur , cari jantan. maksud gua roti telur jantan.kih3

persoalannya adakah gua sorang je yang baru dengar pasal roti telur jantan ni?

Tuesday, January 3, 2012

awal dan akhir sem.

salam alaik.

awal sem , stokin mesti beli baru .ada la dua tiga pasang.tapi nanti bila akhir sem , tinggal tiga pasang juga. tapi lain2 partner.

awal sem , pen mesti beli baru .ada la dalam tiga empat batang.tapi nanti bila akhir sem , pen sendiri hilang , tapi pen budak mana pulak ada dalam pencil case.

awal sem , beli sepaket mee sedap .harapnya tahan untuk sebulan . tapi nanti tak sampai dua minggu , dah beli paket baru.

awal sem , meja punya kemas , setitik habuk pun takda , rapi kalah bilik perempuan . akhir sem , meja dah macam tongkang pecah ,tunggang terbalik . buku bertimbun dah malas nak amik kesah.

awal sem , berjimat bukan main , nak keluar duit rasa segan sebab dah janji taknak boros.akhir sem , berjimat bukan main jugak.tapi sebab duit dah takda. nak beli apa pun tak dapat.

awal sem , pencil case bukan main gemuk . ada macam2 .sedap je bila pergi kelas .akhir sem , pencil case kempis .ada la pen sebatang dua. itu pun entah siapa punya.

awal sem , berazam taknak tidur dalam kelas ,siapkan homework dan dapat result gempak .akhir sem.hanya satu perkataan yang keluar.penyesalan.

aku kini diawal sem.tapi di sem yang terakhir dalam pengajian Alevel aku.dan aku harap.aku tidak lagi menjadi apa yang aku jadi diatas sepanjang tiga sem yang sudah pergi dan mana mungkin kembali.

back to school.

salam alaik.

Borhan - menantikan kepulangan brader2 kesayangan ke KMS.

bercuti sebulan sudah tamat. dan hari ini , aku kembali ke Kolej Mara Seremban untuk sem yang terakhir sebelum peperiksaan maut tiba.dalam hati ini ada rasa excited.ada rasa happy.rasa takut.dan rasa sedih.

bila memikirkan yang aku ada lagi kira-kira lima bulan saja untuk menikmati kehidupan di KMS , membuatkan aku fikir yang sebenarnya aku takda masa lagi untuk main-main.kalau aku nak fly , kalau aku nak rasa hidup di Australia , kalau aku nak buat ibubapa aku menangis gembira. inilah masa paling sesuai untuk aku bangkit.

bangkit.bukan kuih bangkit.cakap memang senangkan?tapi aku harap 3 sem yang telah aku bazirkan begitu saja akan di tebus kembali di sem 4 ini.

ini sem terakhir.sem penentu masa depan aku.terbang atau terkandas di Malaysia!

Monday, January 2, 2012

this is why i love analogue #8

salam alaik.

this is why i love analogue.

Fish Eye 2.-gambar dari google.

kamera diatas ini dinamakan Fish eye 2.kerana lensa mata ikannya.ia sebuah produk keluaran Lomography dengan lens fish eye yang kekal pada badannnya .kenapa perlu ubah lens kalau dapat view dan hasil macam gambar2 di bawah ini?



fish eye 2 ialah kamera plastik yang mudah di pakai.tidak perlu banyak setting sana sini dan senang untuk digunakan oleh beginner.pengguna hanya perlu tahu membeli film.menyumbatnya, menekan dan kemudiannya mencuci film.semudah alif ba ta.kamera ini harganya sekitar rm250 hingga rm300 .mengikut corak dan warna dan harga cekik darah penjual.beratnya?sangat ringan.boleh dibawa tanpa ada halangan.nak shooting dalam gelap?jangan risau .anda tidak perlu beli flash berasingan kerana kamera ini ada built in flash didalamnya.(walaupun flash tu tak berapa nak best, tapi still kira ok la kan ada built in flash.haha)

bagi aku ada beberapa keistimewaan yang terdapat dalam kamera ini.mari kita selidik.

1)sudah tentu lens fish eye nya yang menawan.


lens fish eye yang sungguh wide memang sesuai untuk orang2 yang inginkan kelainan dalam gambar.lens ini boleh kata wide dan memang sesuai untuk menangkap apa2 saja object atau panorama.

2)kebolehan untuk mutiple exposure.





3) group photo? tiada lagi masalah.



4) cam whore? lagi takda masalah! HAHA


kesimpulannya kamera ini memang mudah dipakai untuk yang baru ingin bermula. lomo on dude!
oh ya.banyak gambar kawan baik saya iaitu Lydia. ini kamera dia. saya test roll sambil habiskan film saja.kih3

apa itu lomography?
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/02/lomography-apa-itu.html

tak tahu macammana nak bermula dalam lomography?
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/12/lomography-getting-start-1.html

Thursday, December 29, 2011

refresh

salam alaik

camera : La Sardina
film : expired 

semester baru akan menjengah. membunyikan siren kecemasan tanda aku ada lebih kurang empat bulan persediaan sebelum peperiksaan paling maut setakat ini dalam hidup aku.sama ada tertaut lagi di Malaysia atau booking tiket penerbangan ke Australia.

peperiksaan yang semestinya lebih maut dari SPM . jika dulu. aku berkejar untuk mendapat keputusan yang bagus bagi memburu apa yang dinamakan tempat dalam biasiswa.tetapi kini aku didalam tempat itu.peperiksaan ini tidak memerlukan setiap orang utk berkejaran mencari tempat masing2.kerana tempat itu sudah ada bagi aku dan sekarang ini tinggal untuk aku mengesahkan saja tempat itu.

tinggal aku untuk mengesahkan saja.
tinggal aku untuk mengesahkan saja.
jika aku gagal?
tempat itu bukan diberi kepada orang lain pun.
tinggal sia-sia.

oleh itu ,aku tidak akan mengalah mudah.tiga sem dibazirkan dengan sia-sia dan ini lah masanya untuk aku cuci luka sewaktu peperiksaan tahun lepas.

it is the time for me to refresh.and restart!

tamat sudah.

salam alaik.


habis pun kerja sementara aku untuk mengisi waktu cuti di zoo negara.kerja tak da lama mana pun sebenarnya.tapi asalkan dapat la duit poket dan duit topup henset.kira ok la kan?

rupanya tanggapan aku bahawasanya zoo negara bukan lg tempat yang relevan untuk seisi keluarga berehat sangat meleset.mana tidaknya , dari pagi sampai ke petang orang berduyun-duyun turun.mungkin juga sebab cuti sekolah kan?

ada beberapa individu yang berjaya membuatkan aku ingat mereka dari beribu-ribu orang yang aku tegur sepanjang aku kerja.

1) ada seorang kakak ni.dah la lawa , bertudung manis menutup dada . memang kecantikan sejati .memimpin adiknya yang down syndrome pegi melawat zoo.tiket yang dibeli hanya dua.jadi untuk mereka saja.oh mencairkan betul.

2)ada tiga warga emas berbangsa cina yang melawat zoo .kesemuanya lelaki dan dah lebih 65 tahun.kawan dari sekolah tadika kot rasanya.haha sebab nampak sangat keakraban mereka.semua dah stok bertongkat dan beruban. pegi zoo bersama.haha.rasa macam tacing pulak.

3) 42 orang rakyat rusia yang tak faham bahasa.dorang tak pandang apa just serbu je kaunter zoo beramai-ramai lepastu menjerit-jerit dalam kawasan kaunter yang sempit.dah macam soviet betul la.dah la susah betul dorang nak faham inggeris.masalah2.

4) tiga gadis melayu islam yang hanya pakai singlet dan shortpant yang sangat singkat.pergi zoo bersama2 ibu bapa mereka.si ibu berambut perang dan nampak vogue.mana lah anak2 tak ikut.haish.

5) empat orang nyah yang jadi customer pertama zoo waktu hari last aku bekerja. tiga tu memang epic fail nak pretend jadi perempuan. tapi yang sorang ni memang .memang. memang sebijik perempuan.ada rupa pulak tu.takda kemusykilan yang dia ni lelaki kalau dia jalan sorang2.terkejut betul. AHAHA

6) seorang nyah thailand dan boyfriend buncit nya dari eropah.katanya dia orang malaysia.bila kawan gua suruh dia tunjuk i.c dia berlari-lari manja sebab dia ingat kawan gua nak confirmkan yang dia pondan. -,-

7) si cina yang complain dan marahkan kaunter kenapa tak bagi dia awal2 yang hujan akan turun. rasa nak lempang betul muka dia. bukan sebab perkauman ke apa. apa dia ingat kaunter boleh kawal bila hujan nak turun ke?

8) perempuan melayu berkepit dengan negro? hah.setiap hari gua kerja nampak.rasa nak muntah pun ada.rendah sangat maruah diri nak gadaikan agama dan bangsa.

9) sekumpulan orang buta yang nak masuk zoo.aku masih tak dapat nak berfikir bagaimana dorang bayangkan haiwan2 tu macammana rupanya.

10) ada sekumpulan brader myanmar yang nak masuk zoo.lepas dah bagitahu jumlah dorang. dia hulur lima ringgit kat aku.lepas aku cakap harga tiket utk non malaysian rm30. semua duk tersipu dan terus bla.kesian.sob3

so.tamat sudah kerja aku.kerja yang tak lah apa2 pun tapi at least penuhkan cuti aku dan takda la aku membongkang atas katil je setiap hari.

hihi!