Thursday, December 29, 2011

post tiba-tiba #1

salam alaik


tiba-tiba aku rindu Sains Seremban.rindu saat-saat di sana.betul kata-kata senior sewaktu aku masih lagi berbaju seragam.

"kau sekarang ni memang la benci sekolah.benci duduk asrama.benci tidur lambat.benci mandi takda air.benci warden.benci sterika baju pagi buta,benci rollcall.benci itu.benci ini.tapi nanti bila kau dah keluar.hah time tu baru ko rasa sayang kat semua benda.baru kau rasa yang kebencian itu sebenarnya ialah perkara yang kau akan ingat.sampai bila-bila"

dan selepas terlucutnya baju putih berlencana dan seluar slack hitam.memang benar kata-kata dia.

* * *
kita tidak akan menghargai apa yang kita ada sewaktu ia masih ada. tapi bila perkara itu sudah berlalu dan pergi, waktu itu kita meronta-ronta rindukan dia.dasar seorang manusia

yep.its true.so true.
and now.i miss all moment i had in SASER.
please , dont get away from my head.
please stay.
forever.

Wednesday, December 28, 2011

The Amazing Bukit Tabur

salam alaik.

"indahnya bumi tuhan yang membiru dan menghijau. meninggi sampai ke awan.mencakar lapisan langit dengan  kecantikan yang tiada bandingnya.indahnya bumi tuhan , buat kita sedar. Allah itu maha agung dan kita ini hanya kerdil hina"

ekpedisi bukit tabur.

* * *

bukit tabur ialah sebuah bukit yang terletak di kawasan Taman Melawati , Selangor. dari carian google.puncak bukit ini setinggi lebih kurang 444m.ada dua bahagian yang boleh didaki.iaitu east dan west.minggu lepas saya memberanikan diri untuk mendaki bukit sebelah barat.dan masa yang diperlukan untuk memanjat ialah kira-kira dua jam lebih atau lebih kurang 6 batang rokok untuk yang menghisap.

terus terang saya katakan , pendakian bukit ini agak mencabar.sangat mencabar sebenarnya.bukit ini kali terakhir mengganas ketika 11 september 2011 apabila Sundar Ramachandran cedera parah selepas terjatuh sedalam 25m ketika dalam proses turun dari bukit tabur.cuba google tentang kemalangan bukit tabur ,boleh kata setiap tahun juga meragut nyawa kerana kecuraman tebing dan lekuk buminya yang turun dan naik. pendakian juga boleh kata tinggi dan tahap ketakutan boleh naik apabila melihat sarang tebuan sebesar sepeluk tubuh muncul didepan mata.sudah la penat daki meninggi , ada pulak adik2 tebuan duk terbang2 rendah kiri dan kanan.menyeramkan.

ada beberapa bahagian yang memerlukan pendaki mendaki tebing yang boleh kata 90 degree dan seoalah-olah mendaki seperti rock climbing.sudahlah naik , bila turun jadi kerja yang amat menyeksakan.terketar-ketar kaki. tapi ada beberapa checkpoint pendakian yang membolehkan pendaki menikmati pemandangan tasik dari empangan klang gate.itu satu kepuasan yang dirasakan bila dah berada di atas.










ada juga bahagian yang memerlukan kemantapan otot beku untuk menjerut tali untuk turun dan naik.senang cerita persediaan joging tiga kilometer sehari diperlukan untuk pendakian yang lancar(abaikan).tapi bila dah sampai atas dan tengok keindahan kuala lumpur dan keindahan alam.subhanallah! berbaloi.

kalau ada masa , try la panjat bukit ni. bukit ni tak sibuk macam bukit broga yang dah macam pasar malam khabarnya .nak menunjukkan ramainya orang yang mendaki bukit itu. bukit tabur ini tidak lah begitu. waktu saya mendaki , hanya kumpulan saya seramai 7 orang saja yang mendaki ketika itu dan dalam perjalanan pulang , ada satu lagi grup baru mula mendaki.







ya.bukit ini memang mencabar.bila dah turun , baru rasa macam tak percaya saya boleh habiskan pendakian.antara benda yang tak boleh lupa bila waktu nak panjat tebing tiba2 ada taik (dipercayai taik manusia dari segi tekstur dan warna)  melekat atas batu. pergh. memang mencabar!

p/s : gambar2 di atas ialah gambar peribadi saya. saya menggunakan kamera film mainan UWS yang saya beli dgn harga rm50 untuk segment gambar yang pertama dan kamera film slr tahun 80an kegemaran saya , zenit E yang saya beli dgn harga rm110.gambar2 ini LANGSUNG tidak diedit. : )thats is why i love analogue!

Sunday, December 25, 2011

tabung uji milo panas.

TABUNG UJI.


ada solid berwarna merah jambu ,yang pejalnya ia tidak rapuh.
tapi bila di campak ke tabung uji.dan dituang bersama larutan ekstrim penghakis sakti.
solid kental pejal tadi akan cair ibarat cairnya ketul ais didalam milo panas.
dan kadang-kala dalam tabung uji , merah jambu jadi kelabu .diam dan kelu.


tabung uji.sebuah lagi eksperimentasi analogi dunia.
dimana kau ialah solid merah jambu , yang kata kau pejalnya takkan rapuh.
tapi bila di campak dalam satu ekstrim musibah dan cabaran penghakis .
kau akan tahu berapa rapuhnya kau sebenarnya .
dan wajah bongkak warna merah jambu .akan kelu kelabu.


itulah tabung uji.itulah yang sebenarnya kuasa pencipta.
dan bongkak manusia kau tidak akan kemana.hanya akan cair.
ibarat cairnya ais.dalam milo panas.

Thursday, December 22, 2011

halwa telinga.

salam alaik.

bayang2 eksaitment mula berkabus dalam diri gua ketika menghayati alunan muzik ska jamaica band The siblings  tadi.bila gua dengar ,terus membuatkan ketul otak gua bergerak bebas ke satu masa lampau.sungguh. lagu dan memori memang tidak boleh diragut sepertinya bontot dan tahi.

hipotesis ini mungkin betul dan bagi gua selalunya betul. mungkin otak kita ini tuhan ciptakan mudah terusik dengan mainan irama dan lagu. bila gua dengar lagu kluangman - apa yang terpacul keluar ialah tv warna hitam. bantal kekabu sarung batik .dan baringan maut gua di depan tv menonton Borhan - sang hero dan kisah lari dari hospital sakit jiwa. dan bila lagu habis , bayangan tadi hilang dan pergi.

bila lagu mungkin nanti - ariel peterlucah yang memasuki ruang legar telinga , hati ini seolah terbawa ke tahun 2005 .peti memori terus enak menayangkan replay ketika janggut dan misai baru saja manja menumbuh .kasut jazz berkapur putih . jam casio digital warna hitam.dan rambut sisir tepi. kehidupan budak tingkatan satu yang agak skema tapi mahu berubah.

bagi gua , irama lagu sungguh lekat dan tepat pada memori. dengar saja lagu hujan , bila aku sudah tiada. diri ini ibarat berputar dan keadaan sekeliling terus bertukar . yang ada hanya mat-mat indie bertebaran , MCPA hall tempat tumbuh poser dan trender. radio era sudah sayangkan lagu tempatan dan apa yang gua ingat cuma zaman tingkatan tiga.zaman indie beroleh takhta. semua orang sayangkan muzik tempatan dan semua orang nak starting bisnes clothing. janda clothing , otakkapak clothing , dan seribu juta clothing yang lain.

itulah powernya lagu dan irama bagi gua. ada lagu yang boleh pacu gua ke satu memori . dan ada yang hanya sekadar penyedap halwa taik telinga. kalau lagu tu boleh kasi lu memory. lagu tu memang power.lagu kumpulan saujana - sepohon kayu. power gua cakap lu. zaman scene2 nasyid jadi trend. sekitar tahun 2000.

persoalannya sekarang adakah 10 tahun akan datang gua akan kenang lagu justin bieber sebagai lagu peng-ingat memori bagi gua? sama2 kita tunggu.harapnya tidak.

Tuesday, December 20, 2011

puisi jadi senjata #1

salam alaik.


"dalam demokrasi , suara harus dipertimbangkan. tiba-tiba tidak boleh bercakap . warna pun takut.  tidak mahu berunding , itu sudah membunuh demokrasi namanya "

"saya tidak hanya bersuara tapi bertindak. suara tanpa tindak , itu bukan suara"

- pak Samad

Monday, December 19, 2011

RANTAI.art REVISIT 2011

salam alaik.

RANTAI.art event. ialah sebuah event tahunan yang gua tak pernah miss untuk pergi. selepas bertahun diadakan di red bungalow berdekatan KLCC dan tahun lepas berlangsung di balai seni lukis yang bagi gua agak sedikit hambar , tahun ini RANTAI.art diadakan di Bangsar Urban Village. ini kali pertama sebenarnya gua jejak kampung urban ini. rupanya konsepnya macam red bungalow berdekatan KLCC. di mana benda-benda art tak kira apa di pamer dan dijual di halaman rumah dan di dalam rumah.

ada yang tanya aku. RANTAI.art ni apa?
RANTAI.art ialah sebuah NGO yang menggalakkan dan menghargai hasil2 karya seni kepada public tidak kira dalam bentuk seni apa. boleh jadi lukisan , seni kreatif , penulisan , handmande art , kugiran dan apa-apa yang berseni.

tahun ini tahun keempat aku kesana sejak 2008 aku mengikuti rantai.art.dari zaman hingusan form 4 hingga kini.aku suka ke sana sebab aku dapat jumpa karya2 seni macam penulisan yang korang tak jumpa dengan MPH atau popular.dan juga barang-barang handmade yang korang tak jumpa dekat KLCC. haha. tahun ini aku banyak spend duit pada barang lomography dan juga buku. hah. layan la gambar2 tak seberapa ni.










gua tak bagi komitmen menangkap gambar sangat sebab gua lagi layan lepak2 sana tengok booth .

10 perkara pasal event semalam :

1) gua dapat pegang iguana awek mana entah yang bawak iguana dia bawak masuk bungalow. boleh tahan terkejut jugak gua.tapi lama2 baru gua.iguana boleh tahan jinak juga.
2)cuaca semalam baik , tak hujan sampai petang dan disebabkan halaman rumahnya ber-tar.jadi tidaklah berlopak.
3)gua layan band heart-a-tack dengan iqbal M.iqbal M tu boleh tahap gila jugak waktu perform.habis semua awek dia datang dekat dan makin rapat.gahaha.
4)tahun ni gua dapat jumpa byk booth jual buku-buku bebas dan zine.sama ada tahun lepas gua terlepas pandang ataupun memang takda.
5)effeckts atau lomokids ada buat canister-wall kat dalam rumah.(ye ye je canister-wall) gua rasa tak dapat lawan tahun tahun 2009 dekat red bungalow. habis semua benda yang berdinding di tempek gambar.
6)duit gua boleh tahan habis juga.
7)gua beli buku PUISI JADI SENJATA dan gua rasa tak rugi. puisi dalam tu mantap habis.
8)gua beli baju bundle rm10 butang clothing.
9)gerai makanan agak kurang.kalau letak 3-4 lagi pun layan.bwak KFC bergerak ke. haha
10)gua nak suruh korang datang pun tak guna.event dah habis.tunggu tahun depan la pula.hihi.

bagi aku rantai tahun ini terbaik.lebih kemas.dan lebih teratur.org yang berniaga juga ada barang-barang yang best.aku dapat apa yang aku mahu.dan suasananya lebih tenang.
nak baca review post2 gua pasal event rantai.art yang terdahulu sejak tahun 2008? boleh tekan link bawah ini.maaf kalau post tahun 2008 dan 2009 bahasa gua agak kanak-kanak.sebab gua masih kanak-kanak ketika itu.
kompilasi event rantai art.

gua nak share satu ayat dari A samad said dalam buku PUISI JADI SENJATA :

"dunia ini untuk anak muda.suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini.mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara. " -A samad said


abang umno petaling jaya utara.kan lebih elok jika diperangnya warga asing yang membuat rosak , rempit yang mengganggu dan juga peleseran di ibu kota.dari diperangnya mahasiswa yang bersenjata suara.