Wednesday, October 12, 2011

gagak hitam.

salam alaik

BOLD AND BEAUTIFULL
dari kiri : ahmad ghazie , anas hensem saifuddin , abu d.zar , shukry shahudin , hazran zul , amin jabar

photo and editing by Amin Jabar
http://www.flickr.com/photos/amin15

Tuesday, October 11, 2011

luah muntah #1

salam alaik


penyepit baju.kuning ,.hijau muda.merah mahupun hitam sekalipun. kerjanya menyepit baju.perbezaan warna tidak langsung mencacatkan apa-apa.bahkan penyepit yang berlainan warna jika diletak kiri kanan makin meriah warnanya.dan harus diingat.penyepit baju tiada mata dan telinga.apatah lagi akal.

manusia.ada yang gemuk.kurus.hitam.legam.putih.sawo matang dan albino.ada yang kaya dan papa.ada yang kuat tacing dan ada pula yang kuat membahan.ada yang baran.dan ada yang buat tak heran.apa juga spesifikasinya.kerjanya menjadi hamba tuhan di muka bumi.tapi sayangnya.perbezaan yang ada membuatkan manusia makin dangkal.

* * *

penyepit baju yang tidak bernyawa ialah bukti kukuh manusia mudah lupa.yang dia hanya sekeping hina yang tidak apa-apa

Monday, October 10, 2011

senyumlah.

salam alaik



"kalau aku ada kuasa superpower.aku tak mintak untuk ada dada ketul2 dan tangan besi dan kuasa api-api terbang-terbang.aku cuma nak hentikan masa.dan bila masa terhenti.aku nak guna kuasa ghost buster dan sedut keluar semua duka lara dan melankolik yang berjimba jimba di dunia.aku nak pastikan bila dewan bahasa dan pustaka keluarkan edisi terbaru kamus.tidak akan ada perkataan sedih , duka , nestapa dan sedarahnya.yang ada cuma bahagia.dan langit cerah gembira.

tapi aku bukan tuhan .

* * * 

aku hanya sekerdil manusia lemah yang entah apa-apa.dan tidak boleh lari dari dikejar entiti-entiti emosi sebegitu.tapi tuhan sayangkan hambanya.segala serabut masalah yang menggoda tentu ada ubatnya.dan tuhan telah campakkan ubat itu pada kita.kita cuma tunggu guna saja.

jadi senyumlah.kerana senyum itu sebaik-baik penawar.melankolik sangat takut dengannya.maka senyumlah.

Sunday, October 9, 2011

bila di sekolah dulu part #5

salam alaik.

satu ketika dahulu.sewaktu zaman menghadapi peperiksaan yang mengubah arah hidup iaitu SPM.batch aku RAKSASER bertindak secara bersepadu dan jitu dengan arahan pembotakan kepala secara menyeluruh sebagai salah satu simbol penginsafan diri dari kemalasan dan kelalaian.

walaupun tidak semua yang menyahut seruan.tapi majoritinya berani bertindak.membotakkan kepala kawan.dan merelakan kepala sendiri di botakkan.








see? unite tak unite batch gua.rambut botak paling gempak mestila milik gua.dah macam castello dah kan?dan esok,gua akan membotakkan sekali lagi rambut gua.tanda penginsafan dan kembali nya gua ke jalan yang benar.haha.macam gua dah tersimpang jauh pulak.

enjoy la pic2 di atas ni.dan gua dah kata.zaman sekolah lelaki ialah zaman paling indah.








hasil unity ini.batch gua berjaya dengan cemerlangnya.apa da hal?
* * *
"botak ialah sebenarnya fashion rambut untuk seseorang yang boleh berdiri sendiri.tidak perlu bantuan untuk dirinya konfiden.dan boleh mengharung apa saja tanpa perlu rasa malu.sebaliknya percaya dengan diri"

im proud saserian
Omegan 0809
Tuah A202.

bila di sekolah dulu part #4

salam alaik.

tiga gambaran biasa di asrama .ni dekat asrama gua sains seremban.gua tak tahu budaya ni adakah sama saja di setiap sekolah ataupun cuma di sekolah gua sahaja.kikiki.

1) countdown balik rumah.

 

2) selipar tak pernah sama.



3) conteng-conteng kenangan.



will be going back to SASER next sunday for some batch reunion.gua sangat merindui zaman asrama lelaki.dimana pakai selipar lain2 kiri dan kanan bukannya satu masalah.malah satu perkara biasa.dimana buat kiraan countddown balik raya memang satu perkara yang dinanti-nanti dan menconteng meja dan bawah katil sebagai diari memang perkara rutin.

* * *

Saturday, October 8, 2011

REPOST : pakcik misteri

salam alaik.

baca dan hayati.
kerja aku sebagai penjaga kedai buku.aku bukan kaki buku pun.aku kaki tiru.dulu aku tiru pon dengan budak bodoh.jadi tak salah kot aku meniru.nak tunggu keputusan SPM lama lagi.arhh.buat apa.tunggu tak tunggu sama saja.aku bukan kemana.aku tahu.aku bodoh.kelas terakhir.aku sudah tahu takdir aku.tak payahlah aku cuba jadi pandai.sebab aku memang bodoh.dari kecil aku bodoh.jadi aku memang takkan pandai.aku memang tak bertuah.tuah ada dekat melaka.bermesra dengan sang puteri.biarkan aku.aku pon bukan sembahyang punya orang.hidup aku dah memang macamni.bebal itu makanan aku..jadi baik juga aku bekerja membanting tulang.keluarga aku bukan kaya mana.jadi setiap hari,aku bekerja disitu.

pelanggan kedai buku bukannya sikit.sudah namapun kedai buku aku FAMOUS,lagi lah berbondong orang datang.nak pula waktu hari minggu.budak2 bukan betul sangat.main cuba-cuba pen.bukak-bukak kotak krayon.main sorok-sorok,kejar-kejar..lepas tu pengumuman budak hilang.bukan budak je hilang.segala benda dia bawak lari.kalau lah kedai buku aku boleh buat pengumuman kehilangan barang.aku rasa.sampai malam pon tak abes.yang ibu bapak pon bukan betul sangat.dalam kedai buku aku jugaklah tempat dorang nak berjejak kasih.kawan lama tak jumpa.tgk2 dua duduk seblah tgk buku GALAXIE.lepastu bergosip tak sudah.GALAXIE ditinggal.aku bertambah sial.tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan.ini cerita aku,

kerja aku taklah penat sangat,aku jaga bahagian buku sekolah rendah dan menengah.mahu juga menyumpah sampah jampi serampah.letaklah aku bahagian buku rumah tangga ke.boleh aku selak2 halaman menarik untuk hari tua.eyh.aku bodoh.siapa nak aku.setiap hari kerja aku kemaslah buku2 soalan objektif yang bulat2 tu.dan setiap hari,akan datang seorang pakcik tua cina ke kedai aku.tidak lah tua mana.dewasalah.agk lusuh bajunya.dia tidak kemana.dia ke tempat aku.dan boleh kata setiap 2 hari.dia akan beli satu buku soalan objektif dikedai aku.dia bukan pilih2.dia datang , amik dan terus pergi.kadang-kadang aku jadi hairan,takkan lelaki yang lagi dua jumaat je tinggal ini mahu repeat SPM? gila.sedangkan aku yang bodoh ni pon takkan mahu repeat SPM.kadang2 buku ERT yang diambilnya.haha.mungkin untuk anaknya.tapi jika untuk anaknya.takkan sampai 2 hari skali.boleh gila anaknya kerja membulat sahaja.

aku biarkan sahaja.kerja aku kemas buku,kerja keselamatan dah dipikul abang guard didepan yang sibuk mesej aweknya yang bekerja sebagai guard jugak dibank.suatu hari,seperti biasa.pacik itu kembali.lepas dia ambil satu buku soalan objektif,dia hanya senyum dekat aku.aku takut.haha.tipu.mestilah aku senyum balik.pelanggan tetap.rupanya,hari itu,dia bilang dia tak bawa duit.jadi faham-fahamlah,kata orang senyum itu ada makna.nasib baik dia pilih buku bulat2 darjah lima.jadi murahlah sikit.aku tolong bayarkan.jauh dalam sudut hati aku betapa misteri nya lelaki tua ini.aku mahu tahu kisahnya.

aku tegur dia.aku tanya dia.tapi dia hanya pandai menggeleng.dia cuma kata,aku akan kembali ke sini.dengan kejayaan.terima kasih.aku jadi makin bingung.kejayaan apakah?selang beberapa hari selepas itu.seorang lelaki bertuksedo hitam kilat datang ke kedai buku aku.terus ke tempatku.aku kenal dia.dialah pakcik tua yang selalu membeli buku soalan objektif tu.aku gosokkan mata aku.betulkah dia?dulu bajunya lusuh tanpa tulisan.kini gaya ala2 dato jalaludin hassan.dia senyum pada aku.dia bagi aku rm50 note.dia masukkan ke kocek aku.tapi seperti biasa.dia masih ambil buku soalan objektif sambil tersengih dan berlalu pergi.dia masih membeli buku soalan objektif.boleh kata kerap.

lagi bertambah hairan dan raihan aku.selang lagi berapa hari.dia kembali.kembali dengan imej lusuhnya dan seribu kesedihan.tiada kejayaan.kegagalan katanya.aku tidak dapat menahan kemisterian.lalu aku bertanya padanya apa yang terjadi.

aku ini sudah miskin katanya.dulu aku anak orang kaya.aku ini cuma warisi harta bapak aku lah.kerja aku duduk ofis sahaja.semua dah ada.aku tukang sign saja.buat apa kerja penat2.usaha lebih2.tak kemana jugak kau.mudah.kereta besar.rumah besar.bini pon besar.tapi bisnes ayah aku bankrap.rumah aku kena jual.bini aku pergi.kereta aku lari.aku sudah tidak percaya tuhan.tuhan itu penipu.kalau betul dia ada.dia takkan bagi aku mcam ini.katanya keras.aku pelik.jadi apa kaitan buku soalan objektif dengan dirinya.aku percaya tuah aku.tuah aku aku yang tentukan.tuhan tidak ada.duit aku yang masih ada ini.aku cuba takdir aku.kau tahu kenapa aku beli buku itu semua?

setiap hari aku tandakan jawapan aku pada set2 soalan tu.aku tak tengok soalan.aku tanda sahaja.dan setiap hari.aku cuba nasib aku.aku semak jawapan aku.dan hari tu.aku dapat 50/50 betul.aku tahu.itu hari bertuah aku.aku pegi main judi.dan aku menang.aku tahu itu hari aku.hari bertuah aku.katanya sambil ketawa.kau bodoh mahu kerja macam ini.gaji tak seberapa.kuli orang pulak tuh.hahahaha.gelaknya lagi.kau tgk aku.usaha sikit saja dari dulu lagi.kaya jugak aku.

jadi kenapa pacik jadi macamni?tanya aku.buku itu penipu!berapa kali aku cuba.aku sudah tanda 50/50 betul.hari bertuah aku.hari bertuah aku.aku main judi.tapi! aku kalah.aku hilang semuanya!.buku penipu!buku penipu! aku mahu koyak buku itu! mana buku itu! jahanam! cilaka?chulalongkorn! habis duit aku! penipu! seakan niang rapik mula masuk ke rongga hidungnya.aku panggil abg guard yg hampir tertidur dihadapan.dan dia dibawa keluar.pada aku.hari itu.hari pertama dia gila.aku harap tidaklah sebab aku.

ouh.dia tak mahu berusaha tapi mahu semua.dari kecik dibesarkan keluarga kaya.bila susah.tidak pula cuba usaha.mengharap tuah saja.sekali mungkin tuhan bagi.tapi untuk bagi kau sedar.aku ini pula salahkan tuhan jadikan aku bodoh.tapi aku tidak berusaha.aku tiru.aku ponteng.sembahyang tinggal.tapi berangan jadi pandai.terima kasih pakcik yang baru gila.kau telah sedarkan aku.tuhan takkan bagi kau rezeki berjemba-jemba jika kau sendiri duduk termenung mengharap akal albert enstein jatuh dari langit.tuhan juga tidak akan biarkan kau menangis tragis kalau kau tak dpt tapi kau dah usaha kerana tuhan dah tetapkan yang terbaik utk kau.

TERIMA KASIH PAKCIK TUA GILA.


p/s : saje nak repost.my first karya panjang bebas.