Sunday, August 21, 2011

this is fantasy. #1

salam alaik.

damn.this is really fantasy.


ini ialah skorboard minggu satu.nampak di situ.sergio anasguero dengan team borhan dortmund berada di tangga pertama.pertama dari bawah.kah3.nampak sangat gua fail jadi manager.apa2 pon. ni baru result first week.gua tak reti main lagi.main taram je player2.

a wise man once said ,

HERO KALAH DULU.

we will see what happen this week. a born loser or a born comebacker. what type of english i used?damn.

Friday, August 19, 2011

oholiday

salam alaik
kiev 60, the antique.hey.

today is the beginning of raya holiday.sick of using KTM.i took a bus to go home.but unfortunately,same symptom and same case as KTM, the airconditioner felt to operate!aaa.one hour of sauna session.what happen to all public transport in Malaysia?wak hapeng?yep.i bring a lot of books like previous holiday. and to be fair , i dont know eether i will open at least a page of it or not during this holiday.but atleast , at leasst , i will bring along with the book some sort of motivation and inspiration.

i am an examinatin repeater.a repeater of chemistry and physics paper.and yep.i have to stop dreaming about Australia and work more.and talk less.cuz there will be no Australia for me if i fail again during next year examination.and what a dissapoinment i will throw to my parent faces, my family and ofcourse , myself. after two years i spend there for overseas preparation. i end it up study local.and please understand my word ,i dont label study local as a failure.but for a person like me who get the opportunity and ticket to study overseas and i fail to get there.it would be a major loss.

i wish. i wish. for the third time. i wish. this holiday will be not like usual. oh books.how can i love you when there is a  facebook? temptation.temptation. and that is why Allah give this challenge to me in ramadhan.

wait.why am i writing this post like a nerd? or maybe i am a nerd?

p/s : bajet tulis dalam b.i macam diari padahal takda isi nak update.kah3.
p/s : photo taken with my brother D90

Tuesday, August 16, 2011

aku atau topeng.

salam alaik.

aku atau topeng.

derap dalam hati debar-debar ,
nadi lari-lari tidak kemana-mana,
cuma makin deras di malam yang bisu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

sesimfoni peralihan bukannya senada dua,
perlukan sesaat yang lama dari seminggu.
dan bukan sedetik yang palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini baru.

tuhan tolong bujurkan aku.dalam jalanmu.
pintaskan gelap dengan terang.
benakkan senyum dalam suram.
aku merayu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini  muka baru.

jika sesaat yang benar ini palsu sebenarnya.
lambatkan sesaat itu oh tuhan.
agar mampu aku nikmati.
lagi dan lagi.
sebelum selepas sesaat baru aku sedar ia palsu.

adakah ini aku.
adakah ini topeng.
atau adakah ini muka baru.

moga alunan ini terbenam sedalamnya.
moga muka baru ini selamanya.
dan bukan kekal dalam nada yang palsu.

p/s : lama sudah tidak berpuisi.

Monday, August 15, 2011

tembak kena sendiri. #2

salam alaik.


sedar tak?
kita boleh kol kawan dan orang teristimewa berjam-jam setiap hari , tanya diri berapa lama kita peruntukkan untuk ibu bapa kita?

sedar tak?
kita boleh ber-dota berjam-jam tak henti-henti pagi petang siang malam. tapi untuk spend dua minit berdoa dngan ikhlas kat tuhan pon kita nak cepat-cepatkan?

sedar tak?
kita boleh beli beg guci , baju padini 50% off , seluar levis dan baju raya,tapi kenapa kita susah nak sedekahkan doa yang tidak berharga se sen pon untuk orang-orang yang memerlukan?

sedar tak?
kita boleh meminta-minta dari ibubapa kita macam-macam perkara ketika mereka susah. tapi ibu bapa tak pernah meminta apa-apa dari kita ketika kita senang.

sedar tak?
kita boleh salahkan subjek susah dan tak cukup masa untuk study dan cikgu tak bagus sebagai punca result teruk.tapi pernah tak kita salahkan diri kita malas, lalai dan kuat main?

sedar tak?
kita boleh melalak , berjamming , karaoke sepuas hati dengan kawan dan member ,tapi nak baca al quran satu surah pendek pon kadang-kadang tak terbuat kan?

sedar tak?
kita boleh mentertawakan orang lain terhadap kekurangan dirinya , tapi kita lupa kita ini penuh kecacatan dan kekurangan yang lebih dari dia.

sedar tak?
kita boleh mengumpat orang lain dan kita cerita kelemahan dia , tapi kita marah bila diri kita di cakap belakang sedangkan kita melakukannya.

sedar tak?
kita boleh tutup aurat waktu menghadap tuhan dan waktu ada kematian. tapi bila keluar jalan-jalan dan riadah  , kita singkat-singkatkan?

sedar tak?
kita boleh mengubah diri kita walaupun pernah buat silap.kerana jalan itu sentiasa ada.dan Allah selamanya ada. : )

p/s : tembak orang kena diri sendiri.memang pedih! semoga hati ini berubah.

Sunday, August 14, 2011

dari paint ke adobe ke snipping tool. #2

salam alaik.


"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- "
sedikit pengisian sebelum bermula.bulan baik hari baik.apa ada hal kongsi sikit2?


kisah dulu kala. ada seorang budak lelaki yang sungguh jeles melihat bertebaran header2 belog yang sungguh mantap dan wow wow bila dia memulakan operasi stalking blog kira-kira dua tahun yang lepas.pada ketika itu.dia berumur enam belas tahun.masih hingusan.adobe photoshop? apa itu.katanya dengan suara sudah garau.lalu dia meminta seorang kawan maya nya untuk menolong beliau membuat header agar bertambah seri dan berlemak manis belog ini.lalu hasilnyaa.


header pertama blog ini direka oleh fatin illinie.illy.sila baca pos ini.terima kasih buat header yang sungguh montel ini.selepas sekian lama header tidak ditukar.pemilik belog setart bosan.tapi dia tiada bakat dalam editing-editing ini.lalu dihasilkan kepala blog ini.



header diataas disiapkan  menggunakan software paint dengan main crop-crop dan angkat mengangkat serta tindan menyindan.dia juga menyiapkan header di bawah menggunakan software kanak2 lima tahun kebawah.



mengedari pentingnya software paint dalam laptop selain digunakan untuk main-main crayon dan lepas geram dekat orang tertentu.header pertama yang beliau buat just guna paint.almaklumlah.tak pandai lagi guna2 ardorbe phortorshorp time zaman muda-muda dulu.hehehe.kerana terlalu dull.dia telah mengerah segala punat-punat yang boleh ditekan di adobe.lalu terciptalah header di bawah ini.



ha.gambar ini ditangkap oleh amin jabar dan mendapat kelulusan beliau untuk dijadikan header belog.penulis menutup muka tanda muka bertambah jambu.batu.ketika ini belog si penulis bertemakan robot dan manusia.ceh.bajet.penulisan entah hapa-hapa.header lebih-lebih.ekeke.ada hal apa?


header ini pula gambar ditangkap menggunakan camera film tahun 1980 iaitu zenit TTL.tidak diubah warna serta tona.cuma ditambah caption diatasnya.penulis rasa header ni antara yang paling dia suka.kerana simple tetapi unik.itu bagi dia.bagi sesetengah orang pula mengatakan header ini meniru freemason.haihhh.macam2 lah korang ni.


header ditukar lagi.gambar ini juga dari amin jabar.diedit menggunakan software poladroid dan ardobe phortoshorp.alah.setakat buboh caption.takda edit pon.kih.penulis suka header ini kerana gambar ini real dan bersahaja.penulis sedang berkain sarong dan memperomosikan kain sarong bukan halangan.hihihi.


merasakan header beliau terlalu besar dan macam nak mencapub muka beliau yg kurang hensem.beliau menggunakan gambar hasil kamera tiga perpuluhan dua mega piksel nokia 5530 ini untuk dijadikan header.ditambah caption dan diedit serba serbi oleh amin jabar menggunakan photoshop.kembali kepada header simple sahaja.hihi.tulisan tak seberapa.header nak riuh bagai.


ini ialah application yang di sediakan oleh lomography.com untuk pengguna membuat lomo wall. tetapi aku gunakan untuk membuat header blog yang tidak seberapa dan menakutkan.header ini tidak bertahan lama kerana dirasakan mampu mengganggu keharmonian rumah tangga dan anak beranak.


header ini tidak di edit apa-apa.hanya ditambah caption di atas.warna wall memang kuning dan tu memang tangan penulis barangkali dalam usaha menyokong bersih dua.kih3.header ini juga hanya digunakan buat beberapa purnama malam sahaja.


header ini paling lama di gunakan.dan setakat ni feveret penulis .menggunakan kamera lomo fish eye dan ditangkap di atas titi parit sawah padi kuala selangor.tehee.Ikatan pelajar islam usah risau.ada orang ketiga dan ke empat di sebelah kiri dan kanan.cuma tak interfrem gambar.mereka ialah momoe ozawa dan amin jabar.

dan.

dan.

lepas sekian lama tak tuka header blog.

muncullah header bawah ini.teheee.


menggunakan snipping tool dan main save gambar curi-curi. imej tidak di edit.menggunakan kamera rm30 dan ditambah caption menggunakan paint.apa ada hal?

jadi itu je lah koleksi kepala-kepala blog yg pernah menghiasi blog aku setakat jam 1.46 hari ke 14 ramadan ni.penulis juga pernah amik idea dan ilham buat header-header ini dari beberapa blog yang pernah dia singgah.jadi kalau ad yang mcm lebih kurang sama.maaflah.bulan-bulan puasa ni baiklah kita memaafkan.kih3.

kpoptengssbaii.

p/s : post kopi pes dan di update seketul dua ayat.

Saturday, August 13, 2011

once upon a time.

salam alaik.

post ini panjang.sila habiskan.kah3

akak tak nak beli? bukan beli saya.beroadband ni.kih3

once upon a time . aku ialah seorang penjual broadband yang berjaya.dalam istilah profesionalnya sales executive celcom beroadband.haha.padahal jual broadband je pun.executive lah sangat.kira-kira enam bulan aku kerja.satu kuala lumpur aku jelajah. bawak booth besar gedabak dalam beg macam arkitek.lepastu usung ke hulu ke hilir.

kerja ni agak masyuk.walaupun kena tebal muka dan telinga dengan kerenah typical malaysian yang langsung tak boleh tengok orang bukak booth tepi jalan confirm nak lari dan tutup muka bajet artis.kerja ini banyak bagi aku pengalaman.bila aku fikir balik.aku dulu pon begitu , pantang orang panggil kita abang sambil tunjuk simkad percuma. aku mesti tepis dengan gahnya dan buat muka masam mencuka.typical malaysian.

tapi kalau ada sesetengah salesman yang kejar orang sampai ke hujung jalan sampai tunjuk2 produk jualan.aku pon bantai.bukan pukul.bantai lari cepat-cepat.tapi aku tak begitu.sebagai seorang penjual broadban yang berhemah.aku senyum dan tegur semua orang dengan wajah sesuci murni.kalau orang tu taknak layan.aku akan cakap terima kasih dan tak kacau hidup dia ,laki dia dan bini dia serta adik ipar dia.

tapi typical malaysian.memang begitu.kalau pun taknak , tak usahlah dibuat muka ibarat kita tu anak raja, orang tu cuma cari rezeki. bukan dia merompak. tapi kalau dia memaksa. memang wajib lah untuk kita tak layan dan mencarut.kih3.tapi aku tak begitu.sebagai seorang penjual broadband yang berhemah.aku senyum dan tegur semua orang dengan wajah sesuci murni.kalau orang tu taknak layan.aku akan cakap terima kasih dan tak kacau hidup dia, laki dia dan bini dia serta adik ipar dia.

bila takda customer.kita bergambar.hihi

pernah sekali ketika itu di jalan masjid india.ada insiden yang sungguh memalukan.bukan untuk aku.tapi kat akak tu. ,ada seorang kakak ni dia lalu depan booth aku dengan jalan dabik dada dan langsung tak hirau dekat aku.pakai baju cimb dan nak bangga la kot dia kerja bank.aku apa kisah.aku mencuba nasib aku senyum dan tegur.dia tidak melayan.its ok kata aku.tapi dia jeling dan kata , eeww menyampah lah dengan budak2 macamni.menyusahkan hidup i jew.bla.bla.bla.dalam hati aku, eyh akak ni.dah la tak lawa.aku tegur baik-baik.kalau taknak takpa.tak payah nak berleter bagai.dan mencuka semasamnya.ok.lupa nak mention.akak tu pakai seluar warna putih.

dia jalan dengan megahnya dan menjeling seolah-olah kerja aku ini hina.maklumlah.jual broadband je.jerit sepanjang hari mengharap simpati orang beli.seberlalunya dia di depan aku , aku nampak sesuatu yang sungguh memalukan bagi seorang perempuan yang dalam bulan percutian.di belakang seluar putihnya penuh dengan warna merah basah , di bahagian punggung.faham-faham jelah kan.dia masih berjalan megah.dan tak tahu apa-apa.semua orang terutamanya lelaki maskulin gatal semuanya gelak dekah-dekah bila pandang dia dari belakang.dan dia masih lagi megah.bajet macam orang semua nak ngorat dia.aku hanya mampu kah kah kah bila nampak muka masa mencukanya dan merah menyala di belakang seluar putih.

ok.cerita ini takda pengajaran sebenarnya.aku cuma mahu menyampaikan sesuatu.boleh tak lepas ni saudara dan saudari yang di luar sana kalau nampak orang jual-jual cenggini.jangan anggap lekeh dan menyusahkan kehidupan.kalau tak berminat.tak perlu mencuka dan bermasam muka.tak perlu tunjuk lagak dabik dada.dan anggap kita lagi mulia.kalau tak berminat.apa la salahnya angkat tangan tanda taknak dan senyum.tak susahpun.

lagi senang dari kita mencuka.cuba bayangkan anak beranak kita yang bekerja begitu.tapi kalau penjual tu dah tahap mendesak dan memaksa sampai tunjuk kurang ajar.lempang je kepala dia.dia nak duit kita tapi layang kita macam adik dia.a typical malaysian.jarak dua kilometer dari jurujual pon dah lari macam nampak hantu.typical malaysian.

sebagai bekas seorang penjual broadband yang skema,aku menyeru budak2 simkad percuma dan brader2 P1 yang kerja macam aku dulu.pakai tu eloklah sikit.rambut dye mohawk.subang nak besar gelang ac.seluar koyak ketat.pakai baju lusuh.lepastu harap orang beli produk kita.memang padanlah orang maki kau.penampilan tu satu first impression.tengok gambar diatas untuk penampilan yang unggul.

ahaha.ok.aku masih tak percaya yang aku pernah enam bulan bekerja ni.menebal muka di jalan masjid india.tegur semua orang dengan senyuman dari pagi sampai malam.perghh.serius aku tak percaya.banyak lagi story waktu zaman aku kerja.later aku story.

kpoptengsbaii.

tekan sini untuk baca cerita misteri aku ketika bekerja ( anas dan seorang pakcik misteri , anas dan seorang buta. )

p/s  :  aku pernah bukak booth broadband dekat jalan chowkit belakang lorong haji taib.yang lagi menarik kiri kanan aku pon ada booth.booth orang gila.dengan bohsia depan belakang .fuh.pengalaman2.