Sunday, June 26, 2011

the start.

salam alaik.

lately, i woke up in the morning try to gain all the excitements i feel when i updated my blog. kinda losing all those feelings. and perhaps this is the start.to the new excitement.

well yeah.can i speak in broken malay?

* * *

well yeah.kau boleh.sebelum aku bermula.aku ada persoalan.memang kalau kita pergi kenduri kendara kahwin.budak2 perempuan getah2 ni memang kena pakai baju jarang dedah2 kebaya ketat nampak alur dada peha apa semua eyh? memang ada dalam tema dan persoalan majlis?damn.

ok.blog ini tidak lama lagi akan bertambah sesawang.dan sebelum aku membiarkannya bersawang.aku kembalikan dia menjadi laman sesawang.

cuti ini cukup liar bagi aku.aku buat macam2. aku ketuk deram. aku petik gitar. aku melalak dengan kawan2 setadika sehingus bersama dalam jamming chamber. aku berlayang-layang di petang hari.menaik dan mengejar layang-layang yang kehabisan tali.aku gelak tak ingat dunia. aku berjoging dua round taman kanak-kanak.aku melontar bola boling.aku memasukkanya ke longkang.aku makan banyak ais krim. aku berlari ke penang .selama empat hari aku mencari char kuey teow terbaik. yang cair. yang tak cukup telur. yang tak cukup telur dan yang sedap.aku berjumpa dia. dan berjumpa keluarga dia.dan makan bersama. dan aku jumpa keindahan char keuy teow terbaik. tepat pada masanya.





aku bergambar sakan dalam kubu orang putih.aku naik bukit yang ada bendera. aku memasak telur dalam bilik bujang. aku bangun lambat. aku menghabiskan duit dengan jayanya. aku memetik kamera plastik antik fantastik. aku memandu ke sana ke sini, ke mamak. ke padang. ke kedai . dan kemana-mana. minyak ada lagi. aku memanjangkan rambut. aku memendekkan langkah. penat. cuti ini tidak terkira gembira.





















cuti ini bagi aku benar-benar cuti. aku tidak terperuk di bilik bujang bermuka buku dari senja ke senja. sebaliknya aku keluar berkhayal-khayal. oh yeah. ini baru lapan belas. oh well. ada sehari saja lagi untuk lapan belas tahun. lepas ini tutup cerita.

dalam cuti ini. aku ada kenangan yang sungguh istimewa .kenangan yang membuatkan aku rasa dupdap2 tapi pada masa yang sama teruja dan bersyukur.jika ini langkah pertama. aku mahu jadikannya penuh matang dan bukan angan tok jenin.

* * *
bertukar mood.

ya amira.saya berjumpa keluarga awak bukan?kita duduk makan malam bersama orang tua awak kan?.rasa janggal yang tak terkira.berjumpa keluarga awak kali pertama sebagai seorang yang istimewa.oh.aku rasa terlalu muda untuk pengalaman ini.tapi pada masa yang sama.aku rasa lega.hubungan ini diterima mereka.

ya.ketika aku dipenang bercuti bersama kawan2. aku ambil kesempatan bertemu ayah dan ibu amira.oh man.tuhan je yang tahu perasaan aku.makan malam bersama?oh man.aku ni cukup hensem ke nak face to face bapak dia.haha.kang tak hensem kena reject tak pasal2 kena bayar bil char kuey teow.

malam itu.familynya membawa aku pergi makan malam bersama.dan duduk.berborak-borak.dan tiba-tiba ayahnya bertanya.

ha anas.macammana leh terpikat dengan mira ni?

oh man.tersembur2 jawapan aku.aku pon tak tahu aku jawab apa depan ayah dia.tapi malam itu.satu perasaan yang bercambur baur.adakah aku memulakan langkah seterusnya? aku rasa ya.mungkin cukuplah sekadar pengenalan kepada keluarganya.

oh man.aku still tak percaya macammana aku leh terpacak di penang makan malam bersama satu family dia?

family awak sporting lah nur amira. : )

seminggu lagi untuk berjanggut dan bangun lambat. musim sekolah akan bermula.

thanks kepada semua kawan2 yang menceriakan cuti persekolahan aku.korang kawan terbaik.yeehaaa

Thursday, June 16, 2011

penyebar fikiran rakyat.

salam alaik.


menunjukkan betapa lekehnya ulama dan betapa mulianya sekular.
hasil utusan malaysia.

Wednesday, June 15, 2011

entri skema.

po kungfu panda yang aku cari. po telitabis yang aku jumpa.
salam alaik.

-entri agak skema-

"believe it son. In life , there is no secret ingredient.nothing special. To make something special , you just have to believe that it is special ."-ayah Po .

benar kata ayah Po. ayah Po ialah si itik yang jadikan the big fat panda sebagai anaknya dalam cerita KungFu Panda.benar.kadang-kadang.psikologi kita selalu mengawal kita tanpa kita sedar.kajian makmal perubatan universiti malaya selatan membuktikan orang yang sakit perut.dan diberi pil.kemudiannya merasa lega dan sihat.sedangkan pil yang diberikan kepada dia ialah pil kosong.takda sebarang zat penawar.tapi kerana psikologinya percaya dia boleh sembuh.dia akan sembuh dengan izin tuhan semestinya.

benar kata ayah Po. dalam dunia . takda apa yang istimewa. melainkan kita yang menjadikan dan percaya dia istimewa . kita selalu mengeluh tentang hidup kita. kita tiada apa yang orang lain ada. tapi kita boleh je anggap hidup kita istimewa kalau kita nak. tapi ya lah. manusia mana pernah bersyukur.
'
benar kata ayah Po. kalau kita rasa hidup kita ini dah cukup dan rasakannya dah istimewa.jadilah dia istimewa untuk kita. tidak ada bahan perasa istimewa. melainkan kita yang anggap dia istimewa. ada orang yang rasa tak cukup dalam hidup dia. dia selalu rasa dia tak istimewa. jadi dia akan rasa dia banyak kekurangan.ubat kepada masalah ini ialah pil bersyukur. kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada. kita akan rasakan kita dah cukup istimewa. takkan ada orang bunuh diri kes putus cinta sebab dia percaya dia salah seorang yang istimewa dapat putus cinta.

jadi.rasakanlah diri anda istimewa walaupun anda rasa anda tidak.kih3

Saturday, June 11, 2011

gua kadang2 tak malu jugak.

salam alaik.

bak kata yazid zakaria. sekarang ni semua orang pon nak jadi youtube stars. upload video dalam youtube.cakap2 seorang diri depan video dan entertain orang yang tersengih depan laptop.sekarang dunia dah maju.tak payah langgan astro warna nak tengok maharaja lawak.kah3 astro.padan muka anda.ada juga.gadis2 sekarang ni mencuba nasib.hihi.buat muka-muka ayu lalu try bakat mereka dorang ngan main gitar dengan suara bajet2 comel.aku tak kutuk.kih3.

it is a realiti dan ini aku punya pendapat.aku rasa kadang2 youtubers or spesifically yang dalam Malaysia ni kadang-kadang lagi berbakat dari yang ada dalam realiti.tapi mungkin sebab rupa or mereka memendam bakat or lebih suka low profile.dorang tak join bidang seni,arhh.tak payah join bidang seni.korang stay humble macam korang sekarang dah cukup.kang nanti tak habis2 kena kontroversi sana sini.gosip itu ini.lepas tu berubah.sosial.dan akhirnya sial.siapa tak kenal matlutfi? anwar hadi? maria elena? mentol pecah? setanmati yang cover lagu berapa banyak pon aku tak tahu dah dan ramai lagi orang2 berbakat kat youtube sana.dorang berbakat.kalau rasa tak pernah dengar maksudnya tak pernah bukak youtube lah kot.

eyh eyh.kejap.

budak2 hingusan nak try market dekat youtube.ini video 2008

tenung gambar di atas.entah mamat mana entah dengan pakai gitar kapok burok dan pakai spek hitam besar lepastu ada hati bawak lagu indie bertajuk penipu by piring hitam.suara dah la garau.tak hensem.tak comel plak tu.yang kiri tu ok sket la.dah la video kualiti rendah. tune gitar.hampeh.video tahun 2008 tapi sampai 2011 baru dapat 3265 view.haih.tak market langsung.tapi ada hati nak upload kat youtube.ada satu likes.eyh.maaf.like dan takda yang dislike.eyh.menarik.maksudnya percentage mamat2 ni 100% lah kan.

siapa dorang? keh3. figure out sendiri la. aku bet korang akan mute sound empat saat lepas video start.haih2 budak2 try market.

haih.

Friday, June 10, 2011

untuk mereka yang bergelar anak.

salam alaik.

matlutfi si youtuber terkenal malaysia mengatakan dalam video sempena hari ibu ,


betol kan? kita tahu mak kita sayang kita. tapi kita takkan tahu sebanyak mana. kerana tak terkira. hari itu , ayah cik- ayah saudara aku ada dirumah aku sebab abang aku kahwin. dia masuk ke bilik aku. lalu dia cakap dengan aku perlahan-lahan.aku mulanya hanya mengangguk.tapi lepas beberapa minit.aku sebak.

"anas , mak tu tengah sakit lagi tu. sekarang ni wedding abang , mesti la mak nak sembunyikan sakit dia.dia takkan tunjuk depan anak-anak. ayah cik pun nas , kalau tengah susah hati , ayah cik takkan bagitahu dekat anak-anak.

ibu bapa ni nas , dia nak anak dia senang je. walaupun benda tu simple. anas dah besar. boleh cari makan sendiri apa semua. boleh uruskan baju apa semua. tapi mak tetap akan tanya. anas.dah makan belum? hati mak abah ni runsing nas tengok anak2 dia dalam susah walaupun sikit.tambah2 lagi dia tengah sakit tenat sekarang ni.dia akan jadi sensitif.

mak tu perlukan sokongan.dia tengah melawan tu.jadi nas.lepas ni.cuba buat segala benda yang boleh bagi mak senang tau.kalau anas tengah susah macammana pun.cuba jangan bagi mak tahu.makan minum tu tak payah nak bising2 cakap lapar ke apa ke k.ayah cik bagi contoh je.kalau benda tu anas boleh setelkan sendiri.anas buat sendiri.jangan bebankan fikiran mak k.

anas duk rumah sebulan ni.ni lah masa anas nak jaga mak elok2.nak duduk dengan dia.mak abah ni nas.dia happy sangat ada anak2 dalam rumah dia.memang la masa dia hantar kita pergi kolej semua dia senyum je.tapi dalam hati nas.dia rasa sunyi sangat.tambah2 abah dekat oversea.mak yang sakit tu duduk la sorang2.jadi.lepas ni.anas belajar elok2.jangan susahkan mak abah lagi.buat semua benda yang bagi dia senang.lepas ni anas dah jauh.dekat australia tu.sementara ada setahun setengah lagi dekat dengan mak abah ni.layan dorang elok2.jangan bagi dorang susah hati.

kalau dia tak suruh pon kita belai2 dia.kita buat ja.ibu bapa ni tak mintak nas.tapi kalau kita buat dia suka.ayah cik pon ayah.ayah cik tahu.ibu bapa tak pernah mintak apa2 dari anak dia.kita doakan mak abah tu.mak tu boleh sembuh lagi.bukan tak boleh.tapi doa anak-anak dia la yg paling utama."

ok masa tu aku dah sebak.air mata turun tak turun.haih.terima kasih la ayah cik.aku cuba.apa yang korang boleh ambil iktibar dari pesan ayah saudara aku ni.korang ambillah ya.

"kita mudah untuk meminta-minta dari ayah dan ibu kita sesuatu. sedangkan ayah dan ibu kita langsung tidak meminta apa-apa dari kita"
"kita mudah merajuk bila apa yang kita hajatkan di tolak atau ditegah sedangkan ayah dan ibu kita sentiasa memaaf dan mengasihi kita"
"ayah dan ibu sudah lama bersusah untuk melihat kita senang.maka janganlah kita menyusahkan mereka bila mereka senang"

jadilah kita anak yang soleh dan solehah.

ibu..ibu..engkaulah..ratu hatiku..bila..ku terduka..engkau.. hiburkan selalu..ibu..ibu..engkaulah..ratu hatiku..

"Ya Allah , Kau kasihanilah ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani aku sejak aku masih kecil"
amin ya rabbal alamin.

Thursday, June 9, 2011

teringin kahwin cara tentera?



maaf.gambar2 tidak mencukupi..film belum cuci.kih3.gambar2 ciput ni masa wedding abang aku haritu.waktu pukul 12.30 masa menunggu ketibaan pengantin perempuan , abang Is iaitu abg ipar aku tanya ,

"eyh nas.mana kumpulan kompang nih.pengantin dah nak sampai"

aku dah lama fikir.apsal takda kompang.aku tahu la abang aku kahwin cara tentera.tapi mana kompang?kompang merupakan sumber ekonomi kedua terpenting masa cuti sekolah selepas catering.ahaha.tunggu punya tunggu.ha.amik kau.bag pipe terus mengiringi abang aku.wow.nampak macam gempak kan.

aku tahu perempuan kat luar sana mesti mengidam kahwin cenggini.lalu bawah pedang.diarak macam puteri raja yang kahwin dengan hero negara.dan dapat suami gagah dan tampan.aww.dream~ aha. jadi .awek-awek di luar sana. apa lagi. nak rasa perkahwinan anda diiringi bag pipe scottish dan pedang dan bukan bunga manggar warna warni.mengidam kahwin tema putih?.kahwin lah dengan pegawai tentera.

gua bangga dengan abang2 gua.sorang pegawai tentera laut.sorang lagi doktor.dua2 dah kahwin.gua?haha.masih bujang.tengoklah apa gua jadi nanti.
kepada amira syazwani.jangan nak menggatal cari tentera.saya babap awak nanti. : P engineer pon ok apa?