Thursday, June 9, 2011

bila cerita dara ni nak habis.

salam alaik.

dulu minah ni kena caci maki saja diriku bak lagu sheila on 7 sebab dia mengaku yang dia pernah main dan dia dah hilang dara.sekarang dia baru 14 tahun.korang mesti dah kenal dia kan.blog dia terus femes mendadak.sampai masuk akhbar harian dengan banyak cerita seks iaitu harian metro.argh.malas nak ulas dah.meluat.

kadang-kadang baca metro lebih baik baca majalah mangga terus.tajuk nak up dan umpphh.dua page depan mesti cerita gempak.kalau tak sundal.mesti bohsia.tak pun semua headline2 meletop agar seringgit lima puluh sen sentiasa masuk poket company.aku tak salahkan metro.nak cari makan.nasib baik ruangan sukan kau mantap.

utusan malaysia?depan belakang semua hampeh.kalau takda perkataan anwar.liwat dan PAS pengkhianat bangsa dan agama.serta nik aziz tak boleh pakai.bukan utusan namanya.ok.aku dah menyimpang.aku bukan nak jadi satu lg blogger yang caci maki minah takda dara ni.dia muda lagi.tak matang.dan buat keputusan melulu.

aku dah baca satu blog dia.(takda kerja jugak kau ni anas)nak kata aku stalker pon kira boleh.tapi aku cuma nak tahu apa kehidupan sebenar minah yang mengaku takda dara ni.macam semua orang tahu hasil penulisan dia.tak habis sangap2 pasal nak boyfriend itu dan ini.hang out sana sini.suka hati kau lah datin.blog kau.freedom kau.tapi hari ni aku masuk jap blog dia lagi nak tengok kot2 la ada post dia menyesal dan bertaubat atau kembali ke pangkal jalan.tapi ini yang aku jumpa.


sigh*
dalam hati aku.aku ingat minah ni dah cuba hentikan publisiti yang melanda dirinya dengan stop jaja cerita dara dia.rupanya tak habis2 lg.kali ini dia mencari si pengambil daranya.

kalau dia baca blog aku.mungkin ayat ini yang keluar dari mulut dia.ko apasal.aku bukan ada kena mengena dengan hidup kau.sibuk apsal?dah la tak hensem.tak comel pulak tu.ahaha.

aku cuma nak cakap.kalau kau taknak orang lain caci caci kau lagi macam dalam post kau tu.stop2 lah cerita apa2 yang relate dengan dara tu.aku doakan kau berubah.aku tak berniat nak maki caci kau.kau mesti dah penat.

maybe kita kena tutup scene kutuk mencaci maki ini dan pergi ke scene refleksi diri.semua manusia pon ada salah.dan semua kejadian pon ada hikmah.jadi.sendiri cari lah apa yang kau boleh belajar dari minah ni.

terima kasih datin.kau jadi cikgu sekarang.

pencabar baru datin.
"seriously,if u dont like it,just fuck off.im in love with this guy" kata beliau.

seni melipat kertas sempena cuti sekolah.

salam alaik.

sudah.habis dengan melankolik.untuk mengisi masa gua yang makin melapang tiga minggu ini.gua decide buat kerja gila.mungkin kerja kanak-kanak darjah tiga.yang nak main PES dekat laptop or pi ess teri tapi kena tendang dengan abang2 dorang yang umur tiga tahun lagi tua.

dorang mungkin akan menceburi bidang yang gua nak post ini untuk menikmati sepak bola dalam bentuk 3D dengan kos yang murah.dan dekat belakang tu boleh la tulis nama player kegemaran masing-masing.siap boleh kaler-kaler dan highlighter.pinjam highlighter akak yang penat menghighlight gosip terbaru dalam mangga.jadi seni atau benda yang gua maksudkan ialah.

PAPERCRAFT DAN ORIGAMI
jadig

papercraft boleh la jugak di samakan dengan origami.cuma bezanya papercraft mempunyai acuan sendiri dan tinggal untuk kita untuk melipat lipat menjadi bentuk seni yang menarik.jadi gua nak meneruskan scene art berkos rendah gua sempena kenaikan harga gula pada cuti sem kali ni. gua harap gua dapat lipat-lipat kertas tu jadi model rozita che wan.takpun guntam-guntam.dulu gua suka kumpul gundam.tapi sebab gua banyak adik saudara.scene pasang gundam dah tinggal kenangan.sebab selengkap mana gua pasang.akhirnya barai juga dilunyai adik2 sedara.
saya perempuan.mana main gundam-amira, 6 tahun. selepas di soal siasat.

 gua rasa seni ni macam comel.sebab murah dan low cost.gua cuma perlu mendownload papercraft yang gua nak dan mengguntinglipat menjadi apa yang gua nak la.haha.nak memenuhkan cuti tiga minggu punya pasal.kot2 dapat buat sebijik gundam kertas pon dah cukup dengan elaun mara yang diberi.kih3.korang sedar tak sebenarnya dalam hidup korang .korang dah banyak buat origami tanpa korang sedari.contohnya kapal terbang kertas yang korang guna untuk tiru cliche filem dengan hantar surat cinta.tak lupa masa korang kecik korang lipat duit raya jadi bentuk love lepastu sorok dalam2 dompet taknak bagi mak nampak.nanti mak TOLONG simpan.kih3.

jadi sebulan ni.aku memerlukan sumbangan kertas yang banyak dalam bilik.harapnya origami2 yang gua bakal hasilkan tidak diangkat menjadi sampah akhirnya.

terimas!

boleh masuk laman web bawah ni untuk support papercraft.

Wednesday, June 8, 2011

tuhan tolong kuatkan aku.

salam alaik.

bukan aku mahu pinta simpati dengan melahirkan post sebegini.
bukan aku mahu pinta belas dan kasihan dengan menulis serupa ini.
yang aku pinta hanya kekuatan.dan juga sokongan.
kekuatan untuk aku hadapi ujian.
dari tuhan.

kalau diturut hati ini.sudah lama aku menangis.
kalau ditenung sehari hari.sudah lama aku merintih.
kalau difikir fikir boleh buat aku luluh.dan jatuh.

aku hanya inginkan sekelumit kekuatan.
dan bingkisan sokongan.dari kalian.
dan aku tidak malu mahu merayu.
bertalu-talu.kerana aku takut.
takut untuk tidak berusaha.
dan menyesal.sesal tidak bersudah.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.
tuhan.tolong kuatkan diri lemah ini.

teman.kawan.rakan.
aku merayu sekali lagi.
tolongkan doakan kesihatan ibunda aku .
yang masih lagi melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.
yang masih lagi kuat dan gagah untuk memberi senyuman.

aku merayu sekali lagi.
tuhan.tolong pasakkan kekuatan.
tolong.

aku merayu.

Tuesday, June 7, 2011

selamat tinggal cik putih.

PUTIH. terima kasih kerana melahirkan kucing yang comel-comel ye?selamat pergi.

salam alaik
ok.baru aku tahu yang rupanya blogspot punya post editor punyalah dah advance dan aku yang setart blogging dari form 3 ini yang ketinggalan zaman tak tahu. =.= ok.

siap boleh buat kaler-kaler lagi!

nah kau merah.
nak biru pon boleh.
kekekeke.

ok.ini betul2 punya baru aku tahu.
melankolik.

* * *

dulu.ketika aku masih muda bergaya .baru berumur 11 tahun. ada seekor anak kucing putih yang mengiau di bawah kereta iswara ayah aku.ketika itu hujan.dan rengekannya membuatkan aku simpati.lalu aku mengambilnya.dan akhirnya dia menjadi PUTIH.

PUTIH. dia seekor kucing dan juga ibu. ibu kepada banyak sangat anak. tak terkira.jika dikira umurnya pada tahun ini. dia dah boleh pergi ke sekolah kebangsaan di darjah tiga.usianya sudah sembilan tahun. tapi sayangnya. dia sudah pergi.dan tidak dapat lagi membelai dan mencium anak-anaknya seperti dulu. suasana yang membuatkan aku terfikir. jika seekor kucing boleh menunjukkan kasih sayang seperti ini. kenapa manusia kejam sangat?

dan ya. aku baru. dia baru pergi .PUTIH. kau kucing hebat. terima kasih. terima kasih. : )

Monday, June 6, 2011

kenyataan.

salam alaik.

ianya sebuah kenyataan.dalam drama melayu atau sinetron jawa mahupun filem tamil padiapa.bila seseorang watak dalam kritikal.maybe kerana kemalangan terjatuh pokok kelapa atau lemah jantung mahupun diliwat.keluarga terdekat akan berkejaran mencari doktor lalu bertanya.

"doktor,bagaimana peluang dia untuk sembuh doktor?"

doktor yang bebal dalam drama2 berkenaan kebanyakannya menjawab.

"(mengeluh) peluangnya tipis , dia hanya ada tiga bulan untuk hidup"

lalu berteriakan sakan keluarga si pesakit. meraung bagai nak rak . menatap meratap kerana si pesakit katanya ada lagi tiga bulan untuk hidup . diiringi lagu2 cina mati . mereka pon menangis kerana tak dapat terima kenyataan yang dia ada tiga bulan untuk menghela nafas.benar.bukan dalam drama sahaja.kalau berlalu dalam realiti.akan terjadi jugak scene2 macamtu.

tapi aku terfikir. adakah mereka yang menangis ini konfiden yang mereka akan mati lama lagi.lebih dari tiga bulan?lebih dari hayat pesakit. dan dengan confident berfikir bagaimana mereka akan hidup tanpa orang tersayang yang akan pergi lagi tiga bulan.adakah mereka tak pernah terfikir yang mungkin seminit dua lepas mereka menatap meratap.mereka yang pergi dulu?

mati itu sesuatu yang pasti.mati itu paling dekat dengan manusia.tapi kematian itu tidak ada tarikhnya.kan?bukanlah aku alim agama sangat.semua orang pun tahu.baru aku terfikir dalam-dalam yang kita boleh pergi bila-bila masa.seminit dua lepas aku menaip ini.mungkin aku tiada lagi.

kan? jadi point yang aku cuma mahu sampaikan ialah mati itu bila-bila.bukan bila dah dalam accident baru nak dekat dengan mati.or bila dah tua baru mati menjemput.or bila dah dalam penyakit kritikal maksudnya memang dekat benar dengan mati.tidak.bahkan kita yang sihat ini mungkin pergi dulu..mati ketawa tengok raja lawak sewaktu sihat walafiat.mungkin.jadi.jangan putus asa kawan-kawan.selagi hayat dikandung badan.berdoalah dan terus berdoa.Allah maha mendengar.

aku merayu kepada semua yang membaca agar mendoakan kesihatan ibu aku.dia masih dalam keadaan kanser paru-paru tahap empat.bunyi macam gerun.tapi itulah kenyataan yang aku kena tempuh.sudah enam bulan dia melawan.tolong doakan agar penyakitnya disembuhkan.


anas nak mak senyum macamni lagi. : )

Sunday, June 5, 2011

tribute.

oke.jangan pandang lama-lama.nanti imej buaya akan keluar di skrin.
salam alaik.

post ini berorientasi normal.bukan bi atau gay.lesbo jauh sekali.

dulu zaman sekolah laki dekat saser.aku ada seorang kawan baik.kawan yang dulu selalu teman aku study malam2 tepi padang.sambil story mory pasal awek dia.awek dia sorang lagi.dan sorang lagi awek.dia juga kawan baik yang paling hot di sekolah jiran tunku kurshiah college.dikhabarkan kat kolej tu ada kelab peminat dia.kelab yang mengisi kokurikulum mingguan budak TKC.hihi.gurau.tapi memang dia buaya.eyh.manusia.

kalau kelab peminat itu ada.maka nama kelab peminat itu akan jadi kelab peminat Hariri Manor.orang kata muka dia jamban.eyh.jambu.aku akui.selalunya .dalam geng2 hotties sekolah dan geng skirt pendek bajet comel.akan ada sorang muka yang spoil dalam group tu.tapi kalau group 24/7 ada pengecualia dimana semua muka spoil kena acid.kalau adalah group hotties tu disekolah aku.maka muka spoil dalam group tu ialah aku.sebab hariri si kawan baik aku ni. orang kata hot.orang kata ye.bukan aku kata.

dia pandai.dia bukan budak petaling sosial2 tapi tak jaga pelajaran.muka?huh lagilah dia jaga.body shop .smart shop. semua dia pakai. perempuan? arie tak layan perempuan. dia layan perempuans.tengok bawah katil dia.tak percaya pergi saser.bawah katil dia ada gambar perempuans. budak cheer leader ada. budak brass band ada.kalau dah nama hariri manor.muka jambu.awek kena kasi jaga mutu.

disebalik kesetiaans dia.hariri selalu kena tinggal dengan perempuan.aku pon tak tahu apa masalah dia.muka dah hot.badan dah tough.belajar pandai.pengawas.exco disiplin lagi tu.komander jepam.apa lagi awek-awek nak.tapi awek-awek dia selalu curang dan berlalu pergi.dan pada aku lah dia mengadu. natasha evans. lisa voxx.. nora elmira . farra dato kamal. dan macam-macam lagi nama myspace bajet hot dia lantunkan dekat aku. aku pendengar setia.sebagai kawan baik.aku ada nasihat untuk dia. jangan risau arie. kau memang dilahirkan untuk gay. kih3.

post ini tribute untuk dia.bulan lapan nanti.dia akan terbang tinggi. ke kanada . yah.dan seorang lagi kawan baik aku akan terbang.meninggalkan aku kepanasan selama setahun lagi di seremban.

to hariri manor.gua bukan gay untuk gua cakap gua pon rindu lu.ewwww.

bukti gua turun dewan makan dulu tapi kecewa dewan makan serve pokeball
bukti gua dulu tekun study.kah3
bukti budak kalau dah pandai.sumbat maggie pon tak apa.

* * *
itu gambar dulu-dulu.ketara sangat beza gua dengan arie.sekarang dah tak ketara dah.kah3 berdekah.nak stalk dia pegi facebook cari muhammad hariri.wadepak. aku dah macam mak ayam. =.=

hariri manor.semoga sukses.