Saturday, February 19, 2011

perihal risaikel.

salam alaik.

uncle Lim Jek Soon berbaju lusuh berseluar pendek membawa plastik2 besar berisi karya2 resaikel dari kertas yang sungguh wow wow di sekitar JB.gua terserempak dengan dia masa gua tgh rancak jaga booth broadband dekat city square JB. masa ni dia meluahkan perasaan kecewa dia sebab kena halau dari city square JB. "orang di Vienna pernah ajk saya buat pameran di luar negara mengenai karya ni.orang kita?nampak baju lusuh sikit halau menghalau."ish.

lu ingat gua gebang pasal uncle lim jek soon? tekan sini ha.

risaikel.banyak tong kaler2 lu all nampak dekat sokolah.dekat kolej.dekat rumah sampah takpon dekat depan surau. tapi berapa kerat je orang mcm kita yang concern pasal resaikel? gua rasa kalau gua buat survey brape banyak tin kosong yang pernah dihitung di buang oleh kita umat manusia ke dalam tabung uji resaikel.maybe tak pernah sampai lima kot.kan? kan?nak buang sampah dalam tong pon liat lagi.inikan pula resaikel.masa kecik2 zaman duduk rumah dulu surat kabar tu biasa menimbun kat rumah.memang peberet lah tunggu masa sebulan kasi surat kabar tinggi.lepas tu jua.lepas dapat duit mak bagi duit tu kat kita.pastu buat beli eskem pedel pop.lepastu abis.memang legend.

***

ha.ada hari tu gua ade angkat tin yg terlantar dalam longkang.ada budak cop gua pengutip.bukan dorang cop kat dahi gua.pandang sikit punya tajam dan memang pandangan anak korporat betol dekat gua.yu all nak tahu macammana dorang pandang.ha.cuba try kutip tin.harharhar.tajam dia macam yu all edar dadah je.ni yang gua nak ubah mindset ni.orang-orang kita ni typical sangat.bila gua kutip tin.cop gua pengutip.haish.gua resaikel kot.commonlah.nampak macam agak kelas ke tiga puluh dalam masyarakat lah kan kerja gua.tapi apa ada hal? gua buat khidmat sosial kepada alam sekitar.gua rasa dari we all daftar nuffnang tunggu rating blog naik rm dua puluh sen dalam masa sebulan.lu orang kutip tin2 air koop pon boleh dapat tinggi dari tu.tak percaya?sapa suruh percaya.cubalah.

bagi gua.resaikel tu duit.duit kelas kedua yang dipandang hina.duit yang bagi we all kerja makcik tukang sapu sampah.dan cleaner.itu kira ok la jugak yang buang .yang tak buang ? apo kono ejang? cuba yu all try jadi macam gua. bila nampak tin bergelimpangan. cuba terbayang dua puloh sen. paling teruk pon bayangkan coki-coki yang tengah bergelimpangan. konfirm korang kutip.kalo buang pon dah kira ok.nak lagi elok jayakan kempen resaikel.

***

gua tengah berkempen ni sebenarnya.sebab kelab gua buat kempen resaikel.kah3.legend.macam gua ckap tadi. mindset gua sekarang tin2 terbiar ialah duit kelas kedua.tak amik rugi.kalo amik nanti orang cop pengutip.kah3.lepas yu all dapat duit.yu all belanja orang yang cop yu all pengutip.hadiahkan dia stem pad.tenyeh kat dahi dia.keh3.legend.tak payah fikir duit sangat pon takpe gamaknya.suci benar hati tu.paling teruk pon buanglah sampah tu.haih.sampah masyarakat betul orang yang tak reti buang sampah ni.nak ke buat pendidikan buang sampah dan kebersihan kat sokolah berprestasi rendah?legend betol.

ha.apa lagi.resaikel lah.legend betol.

Friday, February 18, 2011

prestasi tinggi.

ni maso upocaro pembotakan batch sompona ass pi em.rambot sapo la rosak tu ha.

salam alaik.

senarai sokolah sokolah berprestasi teknologi nano tinggi semalaysia tahun 2011.


  • Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  • Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  • Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  • Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  • Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  • SK Convent Muar, Johor
  • SK Seri Biram, Pahang
  • SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  • SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  • SK Sultan Ismail, Terengganu
  • SK Jalan Tiga, Selangor
  • SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  • SJK(C) Lick Hung, Selangor

    cop cop. SM SAINS SEREMBAN mano? mano? mano? apo kono ejang?

    kalau namo-namo sokolah korang ado. maknonya tinggilah tu prestasi nano nyo.kiro berprestasi lah tu.tahniah2. sokolah gua sm sains seremban (saser) tak dapat-dapat lagi sekolah berprestasi tinggi ni. mesti garu-garu kepala lah kan.kluster pon tak dapat. plaster banyak lah. keh3 nak kato sokolah baru. tu ha.atas ni. ado 5 sekolah yang dokek samo umur. lagi mudo lagi ado.tu ha integrasi integrasi tu.dapek pulak .

    nak kato tak power akademik.dah 5 tahun bermandi peluh nak kokal takhta no 1 peringkat SBP.SBP jang oi. 54 sekolah lagi ha. berboleh dah dapek dah.bermandi dakwat pen kilometrico nak dapek kejayaan dapat anugerah sekolah terbaik malaysia untuk ess pi emm.nak kato kokurikulum tak power. ado jugaklah sikit2 . tak banyak pon ado jugaklah ragbi international maso batch eden.ado jugak lah cikgu2 ni poyi indon tu ha. poyi vietkong. tapi tak dapek2 jugak SBT ni. takpo saser. takpo. biar sokolah takdo taraf apo2.humble tetap humble .teratos juo namo kito! hoben jang oi!

    tak payah lah es bi ti es bi ti . kelastor kelastor. tahu2 dah jadi juaro . kan kan ? tahniah kepado sokolah2 yang dapek.ado la tu kejayaan2 yang melayakkan korang dapat. somoga dengan anugerah ini sokolah akan lagi berusaho. haish. apo pasal eden cakap broken nogori. apo kono ejang? apo kono? hahaha

    kolas paling hebat saser.OMEGA.hensem o jang.
    eden cumo nak cakap.
    kepado cikgu-cikgu saser eden.kalian memang awesome! kalian memang da boom. pendidik anak bangsa. kepado semuo cikgu2 .selamat bokorja dan mendidik.hari guru lambek lagi nak wishing2. hihi.

    p/s : semangat saser betol budak ni.sekolah berjasa. kita jangan lupa. : ) bukan sonang nak buek post pasal akademik ni ha. hatoih
  • Wednesday, February 16, 2011

    perihal benci dan anti.


    salam alaik.

    post ini panjang tak panjang. pendek tak pendek. harap kalian baca. : ) terima kasih daun kari berapi .

    -kalau kau benci seseorang. percayalah. ada sepuluh orang lagi yang sebenarnya sedang membenci diri kau.-
    ulang.ulang lagi.dan ulang lagi empat kali.terima kasih.

    tak suka budak tu.benci budak tu.dah la bajet.dah la buat itu.dah la buat ini.dah la bla bla bla.dah la over.dah la .dah la tak hensem.dah la hensem.dah la.dah la tuu~dan secara tiba-tiba mulut mulut busuk pon bertasbih.bertasbih tasbih dosa.sesama mereka.kadang2 aku jua.bukan kadangkadang lah sangat.selalu juga.

    haih.benda ni dah lama aku perhatikan.dari zaman sekolah lagi.perihal benci dan anti.dalam satu komuniti. mesti lah ada dua tiga kucing berlari yang akan dibenci dan dianti orang-orang lain.contohnya.ada la si B ni. dia ni maybe la buat silap.terbajet masa main bola.maybe perwatakan dia orang tak suka.contoh bajet sangat.tak pon dia ni semangat lebih.lepastu si B buat hal pulak dengan si A.bila si A benci si B.dia pon cerita kat si C dan si D apa si B buat.kononnya si B teruk sangat.macam dah tak boleh diterima bumi.macam dah tak boleh terima langsung dah apa si B buat.kalau boleh nak je lari dari si B bila-bila dan di mana-mana.memang nak elaklah.dan nama si B pon jadi bahan panas dekat dewan makan dan minum dan mengumpat.ish.jadi lama tak lama nanti semua orang benci si B.sebab si B ni pernah buat silap.or maybe ada yang tak kena pasal dia.bergelak-gelak bila cerita pasal si B. dan si B sedih dan pedih. merintih.

    lepas tu wujudlah klik. klik ni akan pertahankan apa yang kepala dorang ckp sebab dorang sekepala.kepala lutut!keh3. jadi sesama mereka akan keluarlah nama-nama pisang goreng.yang satu or dua orang dari klik ni tak suka.pastu tum tam tum tam lah dalam klik di dewan makan atau dewan serbaguna. bla.bla.bla. aku baru sedar. aku pon tak kurang begitu. kita ada orang yang kita benci dan anti dan bila kita benci. lupa terus benda baik dia pernah buat. korang tum tam tum tam ejek-ejek dia.bila budak tu blanja korang karipap 3 seringgit korang amik jugak.lepas tu sambil makan sambil tum tam tum tam. ini realiti. aku perhati. dan aku tak nafikan kadang2 aku termasuk sekali.

    manusia memang senang tengok silap. bila orang buat baik . susah nak pandang. bila seseorang buat silap sikit. berdentum dia kena . yang tambah kebodohan bila si peng-anti tu libatkan orang lain dalam kes dia.dengan nama lain.geng2 dia.pom pam pom pam cerita perihal kebencian dia dengan kawan2.dengan tidak semena-mena kawan2 yang tak tahu apa2 pon sama2 berdentum dentam.kadang2 kawan2 lagi over dari si peng-anti.itu paling kelakar.kah3.

    kita takkan dapat buat semua orang suka kita .maybe ada orang boleh terima cara kita. ada yang tak .percayalah . dan aku percaya kepada pepatah . kalau kita benci dan anti seseorang. percayalah . ada sepuluh orang lagi yang senyap-senyap sedang membenci diri kita. semua orang buat silap
    .maafkanlah. maybe kita benci dia sebab dia over tapi kadang-kadang dia peramah dan pemurah.yang baik dari dia. kita ambil. yang buruk kita lemparlah jauh-jauh. tak payah nak berdentum sangat lah perasaan benci tu. syaitan memang suka perpecahan . suka tengok kita benci membenci. aku tak nafikan. aku pon ada anti seseorang. tapi aku rasa, aku dah jumpa solusi. solusi itu ialah dengan rasakan diri kita pon lemah dari budak yang kita benci. dengan itu. tak lah kita berapi api sangat.

    kawan . kalau kau benci seseorang pon. paling kurang kau pendam diri sendiri. tak payah nak sebar2. kau tak rasa sebab kau tak kena. cuba kau tempatkan diri kau kat tempat budak yang selalu kena ban tu.dan kau akan tahu apa dorang rasa. ceh. cerita macam aku pernah kena ban. harharhar.cepatlah tempatkan diri kau! cepatlah! kau sedap duk mengumpat sebab sekarang kau di atas. bagi kau. kau ni boleh kata bahagia. tapi cuba kau pula di caci maki.diberi kaki.

    kawan. paling baik bertegurlah. kalau tiada daya maka berdoalah kepada Allah. agar sifat yang kau benci sangat pada seseorang tu hilang .maybe kau benci dia sebab dia busuk sangat. tegurlah. dengan sopan .moga2 dia berubah. tiada guna kau umpat dan umpat. dosa dan dosa . maybe dia over sangat. tegurlah. dan berdoalah . insya allah dia berubah .kawan . kau tak sempurna. jadi jangan umpat dan cerita serupa kau ini sudah sempurna semua.

    kawan. aku mohon. aku sedih tgk si A dan si B di lakukan begitu. dan aku bertekad. aku akan berubah. tiada lagi perihal benci dan anti. tiada lagi.

    kau kutuk orang sebab kau rasa kau lagi bagus!podah!

    p/s : aku luah bukan aku nak cerita aku suci sangat. aku nak lari dari perihal benci dan anti ini. moga2 tiada lagi. amin.

    Thursday, February 10, 2011

    la tahzan.jangan bersedih.

    salam alaik.

    aku dah puas menangis.aku dah penat menangis.air mata mencurah curah keluar semalam.lepas abah call.abah cakap.aku kena bersabar.aku kena terima keadaan ni.aku kena banyak-banyak berdoa.emak aku.sudah ditahap kritikal.kanser paru-paru tahap empat.abah aku cakap sudah takda penawar.kecuali kimoterapi.dan semangat.semangat sajalah penawar untuh barah.

    hati aku sudah runtun.aku sedih.sangat-sangat.tak tahu nak cakap macammana dah.depan semua orang aku gelak2.tapi dalam hati aku tak henti debar.aku benci bila handphone aku bergetar.takut ada berita yang tak menyenangkan.ya Allah.tolonglah kuat dan tabahkan hamba mu ini.

    malam semalam masa mesyuarat DYC (dynamic youth club KMS )aku tak henti debar.debar tu datang dan pergi.dan bila aku kenang mak aku.aku tak boleh tahan.aku mahu pulang terus ke rumah.tapi aku takut.jika aku pulang dan menangis.ibu aku akan lagi sedih.tak boleh.barah kena ada semangat.dan terima kasih kepada Syafiah.bagi aku satu risalah.yang menguatkan semangat aku.terima kasih sangat2.la tahzan namanya.

    kenapa aku di uji?
    "apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
    al ankabut 2-3

    kenapa ujian seberat ini?
    "Allah tidak membenani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
    al baqarah 286

    rasa kecewa?
    "janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"
    ali imran 139

    kepada siapa aku harus mengadu?
    "dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-porang yang khusyuk"
    al baqarah 45

    bagaimana aku harus menghadapinya?
    "wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) , dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya ."
    ali imran 200

    apa yang aku dapat dari semua ini?
    "sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
    at taubah 111

    kepada siapa aku berharap?
    "cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selain Nya.hanya kepadaNya aku bertawakkal."
    at taubah 129

    aku tak dapat bertahan!
    "..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir"
    yusuf 87

    aku mohon semua pembaca or pelawat belog ini.tolonglah.aku mohon.tolong doakan mak aku.tolong sangat2 dan sangat.dan kepada semua yang bagi mesej dan support aku.terima kasih.aku memang memerlukan korang.aku tak biasa diuji begini.

    Ya Allah.sembuhkanlah ibuku.aku mahu dia ada ketika aku terbang tinggi.dengan senyuman.dengan sihat dan sejahtera.aku mahu dia ada ketika aku berjaya mendapat segulung ijazah.dengan gagah dan gembira.aku mohon ya Allah.aku mohon.aku mahu dia ada.aku mahu dia ada.

    sudah.aku mahu solat hajat.tak guna menangis.bukan boleh bagi mak aku sihat pon dengan menangis.kepada Allah juga tempat bergantung.

    Sunday, February 6, 2011

    kawin muda kan best.

    salam alaik.

    yiah.aku selesema.ini mesti kes melambai-lambai tak henti2 kat kereta semalam atas felai over lah ni.haishhhh.aku masih di rumah.tapi dua jam lagi.aku atas tren key ti em.keretapi paling lembab.balik ke ko kolej mara soromban bumi panas.entah la apa nasib aku hari ini.kalo nasib baik .dapat duduk dengan selesa sambil menghirup udara aircond key ti em yang tak berapa nak berudara tu.kalo nasib tak baik.berdiri sampai seremban dengan mampatan aksi padat maksimum kalah iklan milo hiperbola. alah key ti em. takyah mengharap mewah-mewah sangat la.dapat bergerak dan sampai tu pon dah kira bersyukur. ye dak? key ti em oo key ti em. tiba2 aku mengeluh lagi dulu sebelum naik. sinetron biasa pengguna key ti em.aku rasa lepas ni kat iklan2 key ti em boleh lah pelawa iklan milo mampat maksimum tu join venture. dengan moto "kalau tak mampat tak usah naik" .

    ok.aku bukan nak cerita pasal key ti em sebenarnya.cerita pasal key ti em pon bukan ada perubahan.masuk tv dah berape kali.masuk paper pon dah naik basi.macamtu jugak servis nya.lembab.panas.dan mampat.emo betul lah cite pasal key ti em ni.aaaaa.ok.aku sedang menunggu sebuah lagi bungkusan dari cik adzwin fariza yang bermurah hati nak meminjam encik actionsampler beliau.

    ini actionsampler. :)

    saya encik actionsampler.comelkan saya kan kan kan?

    actionsampler?
    kamera lomo yang sungguh comel dan montel dengan berat 100gram.bersaiz segenggam tangan dengan empat lens di bodynya untuk membidik empat gambar dengan jarak masa antara satu lens ke satu lens ialan 0.22 saat.jadi empat gambar akan ditangkap bukan serentak.tapi lebih kurang satu saat untuk empat gambar.harus pantas!

    keunikannya?
    kamera murah dengan empat lens yang menepati kemahuan penggiat lomo untuk bersifat kreatif dalam membidik gambar.jadi orang yang guna camera ni kena pandai2 lah menggerakkan badan mencari subjek.hihi.

    senang ke nak guna?
    kamera lomo ini antara yang paling senang untuk digunakan.tak banyak setting sangat sebab shutter speed dan apperturenya telah pon difixkan.we just have to point and snap! point and snap!

    harga?
    dalam lingkungan rm150 ke rm200 sahaja.

    tada!


    ini contoh-contoh gambarnya.subjek atas sekali tu aku.ngahaha.gambar dari amirul hafidz.thanks ye shin!.ok.aku tak sabar nak tunggu kamera ni sampai kolej.ok.aku tak kemas barang lagi.ok.byeee.lomo on~!

    nak tahu lebih lanjut tentang actionsampler. sila tekan sini.

    p/s : headline kasi gempak.hhihi.takpe.nanti aku ulas pasal headline.byee.

    Saturday, February 5, 2011

    gua dah kata.sediakan payung sebelum hujan.sediakan minyak sebelum kontang.

    subjek kurang bernasib baik,kiri.-
    salam alaik.

    lu orang kena baca cerita ni sampai habis.peringatan sempena musim raya cina.

    "ni kalau takda minyak tengah2 hujan lebat atas felai over ni adventure jugak balik rumah ni."-hati anas.

    gua harini berbangga.sebab gua dah pecahkan rekod abang gua.sebagai anak yang paling banyak habis minyak atas jalan.masuk kes harini dah dua kali gua habis minyak atas jalan.ini menunjukkan bahawa gua memang power buat ayah gua naik minyak memandangkan minyak pon dah naik rege.

    petang tadi gua balik dari study grup dengan budak kolej gua,mimi kat mek D.eleh mimi.sukalah tu nama kau masuk.jangan risau.gua bukan buat kat tempat tertutup pon.jadi gua harap nama gua tak naik time mesyuarat lagi.kah3.ok.abaikan.petang makin larut.gua pon gerak dengan menaiki satria perkasa gua.hujan tadi memang ribut betul lah.memang haru jugak hujan dia.gua ada pengalaman dalam hujan ni.sebab gua test JPJ dulu pon time hujan.kekeke.

    masa naik felai over.gua dah setart rasa satria perkasa gua macam semput. ni kes banyak sangat minum air hujan ni.gua try test power.gua tekan minyak dalam2.tapi tak naik jugak.disebabkan gua memang byk pengalaman habis minyak ni.gua rasa simptom2 habis minyak dah dekat.lagipon lampu amaran tu pon dah lama merah.gua abaikan je.hihi.haih.gua pon rasa tak sedap jantung dan paru-paru.makin tinggi naik felai over.makin semput.sampai mati.gua malas nak setart balik sebab bagi gua.dari habis terus.biar tinggal setitik.setitik minyak bersamaan setitik peluh abang tukang keluarkan minyak.

    haishhh.gua dah agak dah.memang habis minyak lagi.gua malas nak try setart balik.nanti lagi meruntun hati remaja gua.jadi gua tengok henpon gua.cek kredit.tinggal 15 sen.kalo convert rupiah ada la dalam 200 rupiah kredit gua.bateri tinggal sepam dua nak habis.haishhh.nasib baik ada insan tersayang permata nilam gua tolong sharekan topup dia.mekaseh cik nurse.gua dah agak dah.kalo gua call ayah gua ni.mesti meletus gunung daik bercabang dua ni.tapi gua cool je.bila ayah gua angkat.ayah gua pon macam dah berpengalaman je dengar suara gua yang redup2 ni.

    jadi gua pon tersadai lah atas felai over dalam hujan lebat.bateri henpon ciput.dupdap gua time tu.gua pon keluarlah dari satria perkasa lalu melalukan aktiviti regangan dengan melambai macam mamat bangla kerja JKR.gua pon tersipu menyuruh kereta ketepi.macam ada pengalaman je lah gua suruh kereta semua ketepi.lama jugak gua melambai-lambai mesra.gua makin cuak takut bateri henpon gua mampus.memang melambai lah gua sampai pagi takut2 bapak gua tak dapat kesan gua.

    akhirnya.sang kelisa tiba.ayah gua muka sejibik macam haritu.harharhar.tapi yang gua pelik.dia suruh gua bawak kelisa.dia bawak satria.gua hairan.satria tu tengah nazak.macammana nak gerak.gua pon ikut arahan.gua pelik bila pulak ayah gua masukkan minyak? tiba2 satria perkasa gua gerak.haishh.gua memang rasa ajaib lah time tu.gua ingat dah mampus dah.maybe gua rasa dalam dua tiga meter lagi mampos lah tu.tapi tak mampos2 jugak! sampai kerumah akhirnya satria tu.

    ayah gua bukak pintu sambil tersenyum comel.rupa-rupanya minyak gua tak habis pon. =.= .gua yang termatikan satria perkasa gua atas felai over.sungguh memalukan.boleh masuk muka gua dalam majalah mangga ruangan maskulin minggu ini.macamlah malunya rasa!

    gua ada tips tuk lu orang bila nak mulakan perjalanan supaya tak jadi macam gua.

    1)dalam kereta mesti ada payung.kalau tak lencun seksi macam gua.
    2)bateri kasi cas sebelum jalan.henpon tu kasi ada kredit sikit der.
    3)tangan mesti dah strectching dulu incase lu kena lambai2 macam gua.
    4)jangan pakai makeup tebal2.nanti kena hujan cair jugak makeup2 lu orang.
    5)jangan memandai-mandai nak mintak bukan2 ngan tuhan!.kang makbul baru tahu.
    6)minyak kasi isi.

    hihi.

    p/s : gua sempat tangkap imej satria perkasa tengah2 melambai kat kereta2 tadi.nampak tak pengalaman gua? hihi