aku teringat pada satu ketika sewaktu di sem satu dulu , aku duduk di sebuah meja bulat bersama pelajar-pelajar tempatan mendengar lecture untuk subjek thermodynamics. di sebelah kiri ku , ialah seorang pelajar yang rapi gayanya. baju kemas , buku lengkap , file tersusun penuh note. tampak sekali gaya seorang pelajar. dan di sebelah kanan aku pula , ialah seorang gothic. gaya sikit punya my chemical romance dengan tindik penuh di bibir dan kening dan telinga ,bertatu, berbaju singlet hitam dan berseluar kusam .
maka lecture pun bermula dengan lecturer mengarahkan setiap meja berbincang sesama sendiri untuk selesaikan soalan thermo di depan. sejujurnya , aku memang tak faham sepatah apa tentang thermo pada waktu itu , konsep datang lecture ialah "untuk tahu , apa yang kita tak tahu" , jadi bila lecturer suruh berbincang , aku bisukan diri aja. cuma kadang-kadang aku menoleh kiri dan kanan , cuma berinteraksi.
orang kata , cuba ambil bahagian .
* * *
bermulanya sesi berbincang , Aussie di sebelah kiri aku yang penuh rapi persediaanya tadi cuba cuba untuk mencoret sesuatu. aku apa lagi , memang langsung tak pandang mamat gothic di belah kanan tadi , aku cuma berinteraksi dengan mamat di sebelah kiri tadi. tak mungkin aku nak berinteraksi dengan mamat gothic itu ,sudahla gaya bukan seorang pelajar,dengan tatu penuh .memang tidak mungkin untuk aku berbincang dengannya,perbincangan kami baru bermula lima minit , dan selepas itu , mamat kiri tadi hanya menghentak pen ke meja dan mulai bosan. meletakkan dagu di meja , dan mengeluarkan telefon bimbit.
aku diamkan saja , nak kata cuba menjawab , memang langsung aku tidak tahu. kami berdua terarah pula melihat mamat gothic yang penuh tindik dan celak tadi. dan waktu itu , aku terkesima.bersungguh sangat dia menjawab , diminta pinjam buku mamat di sebelah kiri tadi lalu di belek-belek , selepas seminit dua , dia bertanya pula pada kami tentang soalan itu. dia langsung tidak duduk diam. mulut terkumat kamit cuba mengingat formula, dan mata penuh tajam , dahi berkerut dan jari menari-nari. selepas beberapa minit , dia mengangkat tangan memanggil tutor , dia meminta pendapat dan tips untuk menjawab pula. beredarnya tutor , dia membelek buku lagi . dia ajak kami untuk berbincang dan selepas beberapa ketika , soalan itu dapat dijawab.
* * *
aku ketika itu hanya terpaku. terpaku dengan mesej yang tuhan beri pada aku , hari itu. lebih bernilai mesej itu dari input thermo yang memang dari awal tidak langsung ku faham. kita , manusia. mudah sangat tertipu dengan impresi pertama. kita gemar untuk menghukum terlalu awal . kita gemar untuk menilai berdasarkan luaran. kita gemar melompat masuk dalam bulatan penghukuman.
aku kadang-kala terfikir , kita gemar untuk menilai seseorang pada pandangan pertama , tentu sekali orang lain juga menilai kita pada pandangan pertama mereka juga.bukan? aku tidak sesekali mengatakan bahawasanya impresi pertama tidak penting. manakan mungkin tidak penting. adakah sebuah company mampu meletakkan kepercayaan pada calon yang bajunya compang camping dan tidak bersedia?
tentu sekali tidak.
tetapi berbalik pada kisah mamat gothic dan si mamat rapi tadi , salahnya aku ialah kerana aku terus menghukum mamat gothic tadi sebagai seorang yang tidak bersedia sedang yang mamat rapi tadi pula "nampak seperti bersedia" . dan , terkabur lah mata ini .
ya , first impresi penting . tetapi salahnya kita , manusia ialah kerana terlalu mengagungkan first impresi sehingga kita terkhayal dengan "balutan luar" itu saja , dan langsung selepas itu , kita takut untuk mendekati mereka , kerana kita rasa mereka akan membawa kita ke jalan negatif.
* * *
bergaul lah dengan semua orang , setiap susuk tubuh itu sudah tentu ada baik dan buruknya.jika kita memilih untuk tidak bergaul , seolah kita meletakkan diri kita di satu tahap yang mana kita merasakan diri kita "sudah baik".mamat gothic tadi pun ada buruknya juga , dan mamat bersikat rapi tadi pun , ada baiknya juga.
kerana kita ini namanya manusia. ada tambah dan tolaknya. kan? :)
"jangan cepat menghukum , dan jangan terlalu cepat menilai"
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment