salam alaik.
dengan bingkas dan pantas , Mustakmal dan Usop Korjo berlari kedalam bilik lalu memakai jersi Itali masing-masing. mereka lantas turun ke tanah dan berlari sepantas mungkin ke padang depan sekolah agama , tempat big screen terbesar di Kampung Ketapang dipasang.
hari itu hari yang bersejarah bagi dunia bola sepak dunia . hari itu akan menentukan siapakah raja bagi bola sepak Eropah , antara Itali atau Spain . kalau ikut cerita orang tua , Liverpool memang king of europe dari dulu , tapi sebabkan ini pertandingan negara , Liverpool mengundur diri dan bersikap tidak tamak untuk menghantar pasukan.
Usop Korjo dan Mustakmal memang tidak akan lepaskan peluang keemasan ini. sudah lama mereka menunggu masa untuk pasukan kegemaran mereka ,Itali mengangkat piala. dengan berpandukan cahaya lampu picit , Mustakmal dan Usop Korjo berlari dengan cermat mencari padang depan sekolah agama.
pagi itu ramai sungguh orang.majoriti mereka termasuk pakcik2 lebai memakai jersi Spain made in Siam . ada yang menyokong Spain tapi kerana tak sempat membeli jersi , mereka memakai baju Liverpool. Mustakmal dan Usop Korjo langsung tidak ambil peduli. mereka bangga memakai jersi Itali original yang dibeli di Venice.tanpa membuang masa , Mustakmal dan Usop Korjo duduk mengambil tempat paling padu dan strategik.ketika lagu kebangsaan Itali dimainkan , bukan main lagi Mustakmal dan Usop Korjo menyanyi sambil berdiri. petah betul. begitulah sejatinya sokongan Mustakmal dan Usop Korjo terhadap Itali.bukannya tweet love spain , tapi player sepatah haram tak kenal. terkejut dibuatnya orang2 kampung Ketapang melihat gelagat Mustakmal dan Usop Korjo.
* * *
permainan masuk minit ke 14 , satu hantaran cantik dari fabregas dari arah kanan pintu gol ditanduk kemas oleh David Silva. ah cantik! bersorak sekalian Kampung Ketapang , lebih kuat sorakannya dari penyokong Spain di bandar Madrid. Mustakmal dan Usop Korjo terdiam kaku.mereka duduk saja dan dibahan oleh orang-orang kampung Ketapang yang menyokong Sepanyol secara rasmi.
Mustakmal dan Usop Korjo tidak ambil endah.mereka kekal di tempat masing-masing dan bersorak dalam bahasa Itali.
Forza Italia! pasta! pasta! pizza!- jerit Mustakmal dan Usop Korjo.
tidak lama kemudian , Buffon dibolosi lagi oleh Jordi Alba , orang-orang kampung yang duduk beramai-ramai di padang sekolah agama bersorak gembira , sampai tertanggal kain pelikat yang dipakai.mercun di bakar dan di baling.memang pesta hari itu di Kampung Ketapang.
* * *
tamat separuh masa pertama , Mustakmal dan Usop Korjo hanya terdiam kaku.sambil penyokong-penyokong Spain mula on wifi dari warung kopi Pak Mustopa dan memulakan aktiviti tweet menganjing.Mustakmal dan Usop Korjo berborak sesama sendiri , hanya berbahasakan raut wajah .
anak-anak muda Kampung Ketapang mula berani untuk bermain betting. ada yang betting Balotelli akan mengamuk lalu menumbuk telur pengadil.ada yang betting Itali kalah 4-0.ada juga yang betting fernando Torres sumbat own goal. tapi betting paling tinggi malam itu ialah Liverpool menang liga EPL tahun depan.memang konfiden anak-anak muda Kampung Ketapang.
* * *
separuh masa kedua bermula , dan nak dipendekkan cerita pendek ini , Itali bolos lagi dua gol. Mustakmal dan Usop Korjo hanya teresak-esak di tepi padang sambil orang-orang kampung penyokong Spain mula bersorak dan membahan Mustakmal dan Usop Korjo.
"pergi balik lah woi penyokong Itali! , dah kalah tu tak sedar diri lagi ke?" - jerit brader burger yang untung besar malam itu.dia lupa Mustakmal dan Usop Korjo ada order burger tadi.
Mustakmal dan Usop Korjo menerima hakikat yang Itali kalah. mereka cuma keliru dengan sikap orang-orang Kampung Ketapang , yang lebih Spain-er dari penyokong Spain sendiri. ada yang bergaduh , ada juga yang kalah bet.ada yang bertikam lidah di twitter , mengalahkan penyokong Spain di bandar Granada.ada juga Mustakmal lihat penyokong Itali di sebelahnya , yang mencarut di twitter.sambil emo tak tentu pasal.
Mustakmal dan Usop Korjo kemudiannya berjumpa dengan seorang brader melayu yang pakai jersi Spain.
"sir , what time is Malaysia vs Myanmar kick off for the Asian Cup qualification? - tanya Usop Korjo
" i dont know , what? what tournament?what game?" - balas brader.
pagi yang hening , ramai penduduk kampung Ketapang yang miss subuh.Mustakmal dan Usop Korjo hanya geleng kepala. dan mereka mengangkat beg pulang ke Itali .
p/s : Mustakmal dan Usop Korjo memang orang asal Itali. mereka ialah pelajar antarabangsa yang buat lawatan ke Kampung Ketapang. nama asal Mustakmal ialah Marco Starkisio dan Usop Korjo pulak ialah Mario Eusopio.melihat aksi orang-orang melayu yang bergaduh dan bertikam lidah seolah-olah mereka orang europe ,dan bila ditanya mengenai bola Malaysia ,tidak pula tahunya, Mustakmal dan Usop Korjo hanya geleng kepala sambil makan di dominos pizza.
p/s : tak salah pun tengok euro.dan sokong team uero.yang salah bila ter-over.dalam segala-gala. hik3.
nice
ReplyDelete