Monday, July 9, 2012

BTN.

salam alaik.

aku harap BTN kali ini lebih mematangkan. lebih berfaedah dan lebih memberi kesedaran kenegaraan.lebih menambahkan patriotisme dan kecintaan pada negara. dan bukan lagi menjadi medan untuk berceramah politik , bukan lagi medan untuk menyerang peribadi pihak tertentu dan bukan lagi menjadi medan "negara ini melayu yang punya , jangan bagi cina perintah " dilafaz sehari-sehari.

aku mengharapkan sesuatu yang lebih berfaedah.sesuatu tentang kesatuan bangsa di negara ini, aku berharap dan sangat berharap tidak ada lagi provokasi politik dan agenda politik kerajaan untuk meracuni minda peserta dengan kenyataan berat sebelah.aku bercakap atas dasar fakta kerana aku pernah melaluinya ketika di tingkatan lima.jadi aku harapkan sebuah kem yang memupuk perpaduan , bukan perpecahan.

sempena BTN , saya akan menjadi penyokong tegar 1Malaysia untuk lima hari! kah3!


1 comment: