Wednesday, September 14, 2011

selamat tinggal.

salam alaik.

sesungguhnya,harga tidak semestinya menunjukkan nilai sesuatu barang.dan nilai tidak langsung dapat melambangkan sesuatu harga.kereta dengan harga sejuta dua mungkin ada nilai pada ringgit malaysia dan us dollar.tapi tak semestinya ada nilai dalam hati dan jiwa.

nilai dan harga sangat berbeza ibarat liverpool dan Arsenal.dimana liverpool lebih mantap.pen stabilo seringgit lima puluh sen mungkin tidak gah pada harga.lagi murah dari pensel pilot shacker yang budak2 darjah enam nak bangga2 time jawab yu pi ess ar dengan harga lapan ringgit tu.tapi jika tiga tahun bersama hanya bertukar dakwat.nilainya mungkin lebih tinggi dari apa-apa yang setanding.sesungguh sungguhnya.harga ialah sesuatu yang mutlak.tetapi nilai itu subjektif.

seseorang miskin yang baik budi pekerti dan tinggi nilai agama mungkin tidak ada apa-apa pada harga rumah dan harta.mungkin berbumbungkan langit dan beralaskan tanah.mungkin juga beraroma badan dan ketiak.tapi mana mungkin nilai dirinya lebih rendah daripada si kaya buncit yang bongkak dengan kekenyangan dunia yang sementara.

ok.sudah dengan karangan.sebenarnya aku ada sesuatu yang bernilai.tetapi tidak lah berharga mana.hanya kamera antik tahun 90 yang sesetengah orang anggap boleh dicampak ke tong sampah.ketika minat di hati memuncak.aku keluarkan rm140 semata-mata untuk kamera yang antik tu.pada aku ia ada nilai.yang orang lain tak nampak.

tapi.tapi dan tapi.kamera tu kini sudah pergi untuk selamanya.rosak dimamah usia.patah di badannya.dan hanya mampu dijadikan hiasan.tepat waktu aku nak menggunakan khidmatnya.

sungguh.aku sedih.kerana nilai.dan bukan kerana harga.aku sedih kerana memori dan bukan kerana duit yang dilayang.selamat tinggal encik smena.terima kasih dengan gambar2 yang mungkin tidak ada nilai pada orang lain.tapi tak ternilai pada aku.

kau kamera hebat!


thanks for all the joy.

aku belajar satu benda harini.kita memang kena hargai seseorang atau sesuatu sebelum dia pergi buat selamanya.jangan kita meratap kemudian hari.jangan lepas sesuatu tu pergi baru penghargaan demi penghargaan diberi.yang sungguh takda erti.

 these are my favourite using it. long live old smena.







p/s : bak kata master Amin Jabar , jangan gopoh. : )

2 comments: