Tuesday, September 13, 2011

life must go on.

salam alaik.

sudah lama aku tidak menjengah disini.menaip dan menekan pepunat huruf.memuntahkan ayat dan menggarapkan karangan yang tidak seberapa.yang entah apa-apa.mungkin otak ini sudah kekontangan idea dan suara.mungkin juga dalam kehidupan ini tak semua benda perlu dicerita.mungkin hati teman paling setia.dan mungkin jari tidak mahu bernada.

dalam keheningan sarat dengan masalah dan kekusutan.disitu guna kawan.kawan bukan sekadar orang yang dicari untuk membahan dan dibahan.untuk bersuka riang ria raya.lebih dari itu.kawan ialah topeng berjalan.telinga.dan mata.aku mungkin kusut ketika ini.rasa kecamuk yang entah apa-apa.entah dari mana.

emosi ini bergelojak.entah apa-apa.entah dari mana.aku tidak tahu dari mana ia tiba.dan bila penghujungnya.gelak aku tidak bermakna.senyum aku tiada suka sebenarnya.

hidup mesti diteruskan.hidup mesti diteruskan.


dah setahun tiga bulan kau menemani.aku sayang kau nur amira syazwani.bukan senang untuk hidup tanpa kau.

aku harap kau tahu.

1 comment: