Saturday, March 19, 2011

belon.

salam alaik.

sebelum gua mula.gua ada persoalan.code pakaian nak pegi festival belon antarabangsa untuk budak perempuan melayu memang kena pakai baju nampak lurah dada dengan mini skirt eh?majoriti gua nampak cenggitu.huih.yang menutup.tahniah.

* * *

gua ke putrajaya hari ini.gua keluar dengan si dia.dan di sana.gua harap dapat jumpa rakan-rakan yang teruja dengan belon besar-besar.bergambar dengan kamera mantap otai amin jabar.siapa yang tak ada semasa dia bersama kameranya ialah satu kehilangan nikmat dunia.tak lupa gua nak beli film.dan amik baju..serta habiskan petang dengan si dia.

* * *
perjalanan gua agak kurang mantap.baru sepuluh minit satria perkasa bergerak.enjin mampos.gua pemandu hebat.gua rileks je.sebab dekat dengan rumah.kih3.ayah gua sebagai pemandu berpengalaman memang power bab betulkan satria perkasa gua.rupanya.enjin tak warm up.gua terus setart.mampos di tengah jalan.gua pon tak paham.abaikan.

* * *
gua ke sungai buluh.ambil penumpang.ambil si dia.gua pecut ke putrajaya.gua sampai.otai amin jabar kol gua.dia cakap tengah happening.gua tambah teruja.gua cari-cari jalan.nak tengok belon.tapi jalan putrajaya buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.otai amin jabar kol gua lagi.dia cakap baik pergi alamanda.belon dah takda.aik.baru kejap naik dah turun.jadi gua terus ke alamanda.tapi jalan putrajaya buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.

sampai alamanda.gua makan.gua jumpa kawan-kawan maskulin dan feminin.ramai saser.buat aizat mat lani dan otai amin jabar awkward.kih3.dorang dah gerak dulu.tinggal gua dan si dia.ok.pendekkan.

* * *

gua keluar alamanda.nampak lampu minyak kelip2.sebagai pemegang rekod dua kali kereta mampos kat jalan sebab minyak habis.gua taknak buat trebel.gua cari petrol pam.tapi jalan putrajaya buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.ibarat cari ubat pensel tekan dalam bilik gelap.pusing berapa round pon gua tak tahu.sebab gua tak tahu berapa kali gua lalu jalan sama.last2 gua jumpa petronas.

* * *

dari petronas .gua nak cari belon.tapi jalan putrajaya buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.akhirnya gua jumpa belon.tak sebesar mana.gua sangka belon panas.rupanya belon banner.pissed.gua dah jumpa tapak belon.tapi gua tak nampak belon udara pon.

* * *

selang seminit dua.gua jumpa member2 lomo gua.ada ramai kat situ.ramai yang gua tak kenal juga.gua pon dah lama tak outing.semua dok load film.gua? gua tak da film.gua cari kawan gua.gua kol.henpon otai amin jabar asyik voicemail.ape cer?.tapi jalan putrajaya buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.dalam ribuan orang ramai.

* * *

sampai ke hujung gua tak jumpa otai amin jabar.dia bertenggek di jambatan.dia otai.dia tahu mana nak tangkap port baik.gua?gua pening dalam ribuan orang ramai.terkinja-kinja tengok belon naik pukul tujuh malam.gua tak enjoy langsung.kamera gua banyak buat hal.dan bising.dan ramai orang.gua takut kena culik.

* * *

jadi apa lagi.gua pulang.kesimpulannya.gua dapat la jugak tengok belon belon panas sepam dua macam bawah ni buat pertama kali dalam hidup gua.kira lepas ni kalau ada orang tanya gua camna rupa bentuknya.gua akan refer gambar otai amin jabar.

bukan gambar otai amin jabar.gambar hamdunnzakaria .

tapi belon cenggini lagi banyak gua tengok.keh3.jadi gua tak tahu nak takrifkan festival ni festival belon udara panas ke festival belon budak-budak.itu pemerhatian gua lah. lu orang lain cerita.

hihi hihi hihi.camna camna pon jalan putrajaya boleh buat gua gila.serius tahi.mencari dan mencari.macam harem.

ok.chow.
otai amin jabar.tak sabar tgk hasil lu.btw dia subscribe belog gua.hahahahaha.

2 comments: