sungguh. manusia dipandu oleh dua perkara. pertamanya nafsu. dan keduanya motivasi. ada juga yang dipandu dengan keikhlasan. tetapi secara totalnya keikhlasan itu lutsinar warnanya. tiada siapa yang mampu menerka.
sungguh. nafsu memang musuh manusia . kita disuruh berperang melawannya . kerana nafsu ini tiada yang positif di dalamnya . nafsu ini puncanya hati . kata nabi . dalam diri manusia .ada seketul hati. baik nya daging itu .maka baiklah dia. daging itu ialah hati .nafsu banyak.hati pon hitam. nafsu ini jugalah memandu manusia makin saat. makin jahanam . tapi semua orang ada nafsu. seorang lelaki akan merogol kerana nafsu syahwatnya. seorang perempuan akan menghabiskan duit kerana nafsu beli belahnya. nafsu makan. nafsu tido. nafsu mengumpat. nafsu dota. nafsu tengok bola. nafsu serakah. hah . amik kau.
sungguh. manusia dipandu oleh motivasi . motivasi seorang islam ialah syurga. motivasi seorang pelajar ialah universiti. motivasi seorang penoreh getah ialah harga getah naik. motivasi seorang anak ialah ibu bapanya. motivasi si miskin untuk mengubah hidupnya. perkara2 ini lah yang menunjangkan usaha seseorang untuk apa dia buat sesuatu . bila tiada motivasi. semua orang di takuk gear satu. gear dua belum tentu. tiga empat hu hu hu hu.
sekarang ini gua malas belajar. kerana motivasi gua untuk belajar makin luntur. biasalah . bukanlah malas sangat. dah nama pun cuti duduk rumah. kalau boleh di buat rekod berape kilo buku gua balik rumah dengan berape kilo ilmu yang gua keluarkan dari buku masa cuti. memang tak boleh kira. sebab gua bukak pon tak. dan bila gua tiada motivasi. gua dipandu oleh nafsu . nafsu tido. nafsu tido . nafsu malas nak study. kekeke. tu pon kira nafsu jugaklah tu.
gua selidik selidik. ada dua benda yang boleh naikkan motivasi study gua sekarang ini.
1) ibu ayah.
ayah sudah habis tenaga untuk keluarga.ke indonesia ulang alik.cari rezeki.bunyi kerja luar negara mcm lumayan kan?oversea bunyinya.tidak.tidak.cukup makan saja.ibu? kanser paru-paru tahap 4.masih kritikal.masih tenat.di rumah.tidak bekerja.huhu.ini motivasi gua.motivasi paling besar dalam hidup gua.gua nak mereka gembira.mereka mengharapkan gua.satu hari nanti.dapat terbang ke luar sana.dapat kehidupan yang lebih baik untuk mereka.mak abah.anas takkan bagi mak abah sedih.
2) kawan-kawan.
nama dia syafiq rumzi.nama manja apeng. budak ni dormate gua.dia pandai.dia tak gay. dah kat rusia dia sekarang .amik medic. dia ni pon antara sumber motivasi gua. geram n jeles beb tengok gambo dia kat oversea. dulu kat sekolah kalau exam gua selalu compete dengan dia. macam biasalah gua selalu kalah. sebabtu dia fly dulu. gambar2 member2 gua kat oversea ni je yang sedarkan gua yang gua ada peluang yang sama dan satu hari nanti .gua nak bergambar belakang pokok krismas cenggini jugak.
* * *
jadi.carilah motivasi kengkorang.dan hindari nafsu nafsi. : )
jadi.mana nafsu study gua?mana?pulangkan oi.oi.
PULANGKAN SEMANGAT STUDY GUA.
untung la dpt fly :D
ReplyDelete