Sunday, August 15, 2010

transform.


bakal muncul dalam transformers 3 nanti.
salam alaik.

ubah2 layout and header sket derrr.
baru ada gayaa.
hahaha. :D
dulu pinky.minky.tak maskulin la derr.
kini garanggirang balek. :D

nak baca baca.taknak baca.baca.cerita sedih ni.

hidup ni wajb ada transformasi.barulah ada isi.kalau constant sampai mati.gila kelabu hidup kau jadi.kau tak bosan ke sikat rambut fashion sama dari tadika sampai universiti.tak bosan ke jadi orang yang sama petang,siang,malam,pagi.baik jadi robot besi.follow benda sama setiap hari.sekarang robot pon dah ada transformasi.manusia bila lagi.bukan aku suruh kau ubah personaliti.nehi.nehi.nehi.dari kau bangun 8 pagi naik ke 7.59 pagi.dari rambut belah tengah ke belah tepi.itu pon transformasi.tak payah ubah mendadak tinggi.cukup kau rasa happy.tak gundah hati.boring pon pergi.hidup kau tak rugi.

mari mari mari.transformasi.lagi2 bulan puasa ni.muhasabahsarawak lah diri.sembahyang kasi kaver lima kali sehari.carut karut hentikan dari beroperasi.jangan babi dan babi.aku bukanlah alim dan ada link dengan wali.bukan dr fadzillah kamsah pakar motivasi.bukan jetli mahupon mawi.sekadar nak berkongsi.apa yg termajalah di hati.kita ni mudah lupa diri.dapat rumah besar dah bongkak dan hidung tinggi.lupa siapa pencipta siapa Ilahi.apa lah sangat rumah besar mcm istana menanti.kalau hati dah basi.riak dan iri hati.suka sangat tengok orang menderita sampai mati.disko sampai pagi.subuh mana pergi.zuhur pon tak pasti.asar apetah lagi.maghrib reti pulak makan nasi.bukak puasa bajet ikut sunnah nabi.yang wajib dibiar sepi.

capati,nasi beriani,masak lomak cili api.makan sampai berapi.perut boroi lagi.tambah boroi di aidilfitri.sumbat lemang tak sedar diri.perut kecik kau ingat peti besi.boleh campak itu ini.ingatlah yang kais pagi makan pagi.kais tengahari makan tengahari.kata puasa.nafsu mesti mau kunci.kalau pergi bazar jangan lupa duit MARA bagi.beli punya beli sampai hutang keliling gigi.aku pesan pon kat diri sendiri.keje boros beli kat lahoma hari-hari.transformasi.transformasi.

hai kawan kat mana pon kau kini.ingat makbapak yang jauh di sisi.aku tahu aku balik kerap kali.mak aku seorang diri.rasa sedih hari2.yang jauh-jauh di felda terachi , kota tinggi tak pon sungai petani.tabahkan diri.esok lusa kau akan kembali.girang riang makbapak kau nanti.lenguh-lenguh urat sendi.akhirnya anak pulang bercuti.itujelah kot apa yang aku nak bagi.omwork tak sudah2 lagi.menggunung macam klcc.tipu lagi.hihi.

p/s : megan fox tu lelaki? hahaha

optimus perdana versi 2.0 KMS.
ehsan gambar amin jabar.

7 comments:

  1. ko wat sajak ke pakcik???? bahasa bkn main lg.. adoy..but it is interesting..

    ReplyDelete
  2. sajak eyh?ntah.aku tulis je.pacik ko pggl aku.cis.

    ReplyDelete
  3. Whoaa~
    Kumbang sudah terbang.
    Kini tiba anaz yang girang!

    Anaz, semalam aku gath ngan si dia budak penang. Gembira tak terkata kerna tak diduga akhirnya jodoh kami bertemu jua!

    ReplyDelete
  4. ouhhh.tahu2.dia bgtahu :)baguslah.jumpe jugak en korang.dah kata dah.satu hari mesti jumpe jugak.

    ReplyDelete
  5. lawak ah ko ni
    hahaha..rajin btul menaip pnjg2

    ReplyDelete