post pukul 4.20 pagi.
post ini panjang.nak baca.baca.taknak baca.baca.
keadaan di lapangan terbang semakin sayu dan pilu.pengumuman perlepasan buat kali ketiga sudah sayup kedengaran dan ini menandakan perpisahan akan tiba.air mata jernih putih mula jatuh luluh.sekental kuat mana hati,pada waktu itu tiada lagi ego.semuanya berpelukan.semuanya berteriakan.sanak saudara.kawan2 dan tidak lupa yang istimewa.masing2 tidak mahu melepaskan eratan pelukan dan salaman.mungkin ini kali terakhir tatapan dan uratan jari jemari dapat dirasa.teruk juga aku menangis malam itu.
pegawai2 mula mengarahkan pelajar-pelajar untuk ucapan terakhir sebelum pesawat berlepas.sayu.pilu.senyuman di muka langsung tidak dapat menyembunyikan kesedihan.ku kira ketika itu seluruh lapangan terbang dalam selubungan melankolik.memang bangga dapat menghantar seorang abang ke luar negara untuk menuntut ilmu.tetapi hati mana tak pilu berjauhan.aku masih ingat peristiwa itu.ketika itu aku berusia 12 tahun.masih setahun jagung di zaman UPSR.
di rumah lagi aku sudah berteriakan.mungkin aku terlebih emosi.aleh sangat2 rapat denganku.selalu bergurau senda dan selalu menghabiskan masanya denganku.kini dia sudah disana.dibumi rusia.dan aku keseorangan lagi di rumah.untuk enam tahun lagi.setiap saat malam itu aku ingat.sehingga kini , aku sudah 18 tahun.
aleh sudah selamat menghabiskan pengajian perubatannya di Russian state medical university.oh ya.dan esok.dia memulakan housemanship nya.kejap rasanya.dia pun sudah bekeluarga.dan aku tidak lagi di UPSR.di kolej pula.masa sungguh kilat.bagi aku,setiap kehidupan ada motivasi masing2.samalah aku.motivasi terbesar aku yang aku rasa sungguh bagi kesan ialah malam itu.malam aku menghantar abg aku ke luar negara.
setiap kali aku patah semangat.aku ingat malam itu.aku nak juga macam abg aku.aku nak juga merasa udara luar.nak juga terbang.nak juga rasa bahagia dan berjaya di sana.bukan aku kata malaysia tidak boleh.tidak.jgn manipulate ayat aku.cuma peluang itu sudah ada.rugi aku tidak gunakan.
setiap hari tgk salam perantauan ibarat rasa nak lonjak tinggi kurang sikit dari klcc.bila pulak aku nak masuk ruangan tu.bukan capub.jangan manipulate ayat aku lagi.tengok site tu sungguh memfazilah kamsahkan diri aku.terus bagi spirit.tapi tak over spirit lah.tipu kalau korang kata tak terdetik hati korang nak bergambar macam dorang.
"mak,abah, anas pergi sana bukan sebab suka-suka. anas pergi sana nak bagi mak abah bahagia.anas pergi sana tak lama.nanti anas balik bawak kejayaan.tolong doa-doakan anas kat sana.anas tahu byk sgt dugaan.selalu ingatkan anas ye.
"kakak,abang,aleh and cik.terima kasih sangat2 bagi support kat anas slama ni.dulu anas selalu pergi hantar sume daftar kat universiti kan?sampai dah graduate dan kerja dah semua.sdah ada doktor , pegawai tentera laut, pegawai bank dan cikgu dah dalam keluarga.sekarang giliran anas pulak.maaf salah silap yang anas buat selama ni."
"kawan-kawan,tanpa korang.takda warnalah hidup aku ni.terima kasih sudi jadi teman hidup aku.tak tersebut aku kat sini.ade mase kita jumpa lagi.tengs 4 everything kawan.
"and kepada awak,saya tahu.berat tuk tinggalkan awak 4 tahun ni.sy tahu kita berpisah lama.tp sy sayangkan awak.dan sy tak henti cintakan awk.and walaupon awk jauh beribu batu,ingat awak sorang je dalam hati saya wahai nurseku"
ok.simpan skrip ini 4 tahun lagi.wake up nas.wake up.mid sem pon belom lagi nak terbang2.oklah.sampai masa tuk maraton adamaya di hari ahad.choww.
zenit TTL.
Selamat hari raya aidilfitri buat keluarga di kepong,sahabat di tadika kemas,sk taman ehsan,smk taman ehsan,sains seremban yang jauh nun di tanah air. dan sesiapa yang mengenali diri.tidak dilupakan kepada MARA.maaf zahir batin.
-anas saifuddin,Kolej Mara Seremban,Negeri Sembilan.
p/s : its my 200th post.wohoo.
Terbaik :)
ReplyDeletesedih lah anas :(
ReplyDeletemy brother is leaving for UK less than 3 weeks from now :(
Sejak start puasa lagi hari tu dah rasa sayu teringat yang ni ramadhan and syawal terakhir sebelum dia pergi :(
agak sedih entri ni . btw goodluck utk awk anas :)
ReplyDeletebaguslah ko ni..dah fikir masa depan even mid sem pun belum lepas..btw, wish u all d best..;-)
ReplyDeletehey anas !
ReplyDeletehuhu agak sayu ar post kali ni,
akak aku pon kat nz x balik raya ni. huhu. xpe xpe
malam raya boleh skype. ape susah. huhu
ahaha.sume ckp sayu.chill lah.tp agak sedih la perpisahan ni.haih
ReplyDelete