Tuesday, August 31, 2010

kerana kau.




kamera 3.2mp 5530nokia.
salam alaik.

semenjak empat tiga suku menjak ni , wabak selsema kucing menjajah bilik aku. ni semua kau punya pasal. kucing betina kiut montel comel.naseb baek kau betina. HAHAHA.aritu pukul 3 pagi beliau menerjah katil lalu mengigit jari jemari kaku aku. aku rasa dia kena pakai spek.mana aku ada susu. T.T

p/s : lomo on!

Sunday, August 29, 2010

salam perantau.

salam alaik.

post pukul 4.20 pagi.
post ini panjang.nak baca.baca.taknak baca.baca.

keadaan di lapangan terbang semakin sayu dan pilu.pengumuman perlepasan buat kali ketiga sudah sayup kedengaran dan ini menandakan perpisahan akan tiba.air mata jernih putih mula jatuh luluh.sekental kuat mana hati,pada waktu itu tiada lagi ego.semuanya berpelukan.semuanya berteriakan.sanak saudara.kawan2 dan tidak lupa yang istimewa.masing2 tidak mahu melepaskan eratan pelukan dan salaman.mungkin ini kali terakhir tatapan dan uratan jari jemari dapat dirasa.teruk juga aku menangis malam itu.

pegawai2 mula mengarahkan pelajar-pelajar untuk ucapan terakhir sebelum pesawat berlepas.sayu.pilu.senyuman di muka langsung tidak dapat menyembunyikan kesedihan.ku kira ketika itu seluruh lapangan terbang dalam selubungan melankolik.memang bangga dapat menghantar seorang abang ke luar negara untuk menuntut ilmu.tetapi hati mana tak pilu berjauhan.aku masih ingat peristiwa itu.ketika itu aku berusia 12 tahun.masih setahun jagung di zaman UPSR.

di rumah lagi aku sudah berteriakan.mungkin aku terlebih emosi.aleh sangat2 rapat denganku.selalu bergurau senda dan selalu menghabiskan masanya denganku.kini dia sudah disana.dibumi rusia.dan aku keseorangan lagi di rumah.untuk enam tahun lagi.setiap saat malam itu aku ingat.sehingga kini , aku sudah 18 tahun.
aleh sudah selamat menghabiskan pengajian perubatannya di Russian state medical university.oh ya.dan esok.dia memulakan housemanship nya.kejap rasanya.dia pun sudah bekeluarga.dan aku tidak lagi di UPSR.di kolej pula.masa sungguh kilat.bagi aku,setiap kehidupan ada motivasi masing2.samalah aku.motivasi terbesar aku yang aku rasa sungguh bagi kesan ialah malam itu.malam aku menghantar abg aku ke luar negara.
Dr. Aliff Saifuddin.
setiap kali aku patah semangat.aku ingat malam itu.aku nak juga macam abg aku.aku nak juga merasa udara luar.nak juga terbang.nak juga rasa bahagia dan berjaya di sana.bukan aku kata malaysia tidak boleh.tidak.jgn manipulate ayat aku.cuma peluang itu sudah ada.rugi aku tidak gunakan.

setiap hari tgk salam perantauan ibarat rasa nak lonjak tinggi kurang sikit dari klcc.bila pulak aku nak masuk ruangan tu.bukan capub.jangan manipulate ayat aku lagi.tengok site tu sungguh memfazilah kamsahkan diri aku.terus bagi spirit.tapi tak over spirit lah.tipu kalau korang kata tak terdetik hati korang nak bergambar macam dorang.

"mak,abah, anas pergi sana bukan sebab suka-suka. anas pergi sana nak bagi mak abah bahagia.anas pergi sana tak lama.nanti anas balik bawak kejayaan.tolong doa-doakan anas kat sana.anas tahu byk sgt dugaan.selalu ingatkan anas ye.

"kakak,abang,aleh and cik.terima kasih sangat2 bagi support kat anas slama ni.dulu anas selalu pergi hantar sume daftar kat universiti kan?sampai dah graduate dan kerja dah semua.sdah ada doktor , pegawai tentera laut, pegawai bank dan cikgu dah dalam keluarga.sekarang giliran anas pulak.maaf salah silap yang anas buat selama ni."

"kawan-kawan,tanpa korang.takda warnalah hidup aku ni.terima kasih sudi jadi teman hidup aku.tak tersebut aku kat sini.ade mase kita jumpa lagi.tengs 4 everything kawan.

"and kepada awak,saya tahu.berat tuk tinggalkan awak 4 tahun ni.sy tahu kita berpisah lama.tp sy sayangkan awak.dan sy tak henti cintakan awk.and walaupon awk jauh beribu batu,ingat awak sorang je dalam hati saya wahai nurseku"

ok.simpan skrip ini 4 tahun lagi.wake up nas.wake up.mid sem pon belom lagi nak terbang2.oklah.sampai masa tuk maraton adamaya di hari ahad.choww.

zenit TTL.

Selamat hari raya aidilfitri buat keluarga di kepong,sahabat di tadika kemas,sk taman ehsan,smk taman ehsan,sains seremban yang jauh nun di tanah air. dan sesiapa yang mengenali diri.tidak dilupakan kepada MARA.maaf zahir batin.
-anas saifuddin,Kolej Mara Seremban,Negeri Sembilan.

p/s : its my 200th post.wohoo.

Friday, August 27, 2010

oh diana.oh lisa.


salam alaik.

DIANA MINI.
kenapa awk cute sangat??
you are my next destination cuttie.
rm230.before new year.
oyeahhh.terpaksa saya menghentikan nafsu makan yang menggelegak ini demi awk.
oh diana.
oh diana.
wait for me.
youll be mine !

ok.aku baru perasan bulan-bulan tahan lapar dan dahaga ini,disebabkan oesophagus makin kontang dengan air,small intestine kebosanan takda benda nak digest.synovial fluid makin layu , jadi dengan itu , cerebrum dan medulla oblongata pon kurang berfungsi menyebabkan aktiviti petang aku dihiasi kehitamputihan mimpi tidur petang.hadoihh.

aku perasan otak aku makin lembab.dalam kelas blur semacam.benda senang pon jadi its complicated macam status kat facebook.ini semua kes tidur petang.nasib baik lisa datang.kan lisa kan?oyeahhh.kini aku tidak lagi tidur petang.hari2 tenung lisa.haihhh.lisa.lisa.thanks for filling my time! hahaha.

pembetulan waktu tayangan.
isnin-ahad.6.30-bukak puasa.

hadoii.ADAMAYA.tak terlalu jiwang tuk aku cakap aku suka cerita ini.ahahaha.tarikan cerita ni mseti la terletak pada adik lisa surihani yang montel tuh.tapi siyeslah cerita ni best.aku pon tak tahu asal aku tgk skali lagi.cerita dia macam boleh terjadi dalam kehidupan kau, orang belakang kau dan orang depan kau.

aku ingat masa aku tgk cerita ni kat bilik,aku sorang yang layan.sekali pusing 315 darjah ke belakang.ada lebih kurang lima lelaki maskulin tengah berdiri.wakakaka.see.sapa kata laki tak layan cerita ni.bajet macho lah weh sapa yang kata dia anti cerita ini.just layan je lah.kau suka cerita bogel2 orang putih dan hitam.cerita melayu macam ni kau anggap sampah.tiba2 aku emosi.wakaka.

aku ada satu persoalan.kenapa takda orang buat kenduri kawin bulan2 puasa ni? jimat kos kot.kesian weh berader kompang dan berader DJ.berader katering pon kesian jugak.mak mak andam pon cuti lah sebulan.tak lupa berader silat yang hilang jap keje part time bulan2 puasa ni.haha.buatlah kenduri masa2 nak bukak puasa.elok terawih skali.lagi elok buat 20.geram je si pengantin tu nanti.wakaka.

baju ronyok tak apa,
asal pakai selesa.
berkilau tak bermakna,
jika hati tiada.
-fynn jamal-

p/s : diana? lisa? amira syazwani. :)

Friday, August 20, 2010

a reminder #2

salam alaik.

since my last week post entitled a reminder had created much of enthusiastic feedback from dear friends and fellow,i wish i want to make a series of it. perhaps the originality of the reminder itself wasnt originated from me , i am glad to share it with all of you as it can improve ourself mentally and physically rite? so this is part two of a reminder. and this series will continue Insya allah.

:)

another snap during Mr Tan Ten Lee english reading class.
YES YOU CAN!
ok.ini iktibar.ini memang khas tuk aku.tp sebab dia iktibar.aku nak share kat korang.ini mimpi yang kawan aku alami.mirza.

keadaan sekeliling amat gelap.tiada ape yg aku nampak.tiba2 terdengar suara kawan aku,anas saifuddin.

anas:weyh mirza,sempit dowh.sane sikit.pinggang kaw himpit pinggang aku nie.
mirza:abeh?aku nak wat cmne?aku pown sempit.
anas:ish

kelihatan yg gelap menjadi terang.nampak tanah yang berlapis lapis.ada yg tebal,ade yg nipis,semuanya 6 lapis

anas:weyh mirza,die da dekat dowh,aku takut dowh.
mirza:asal nas?
anas:......
mirza:weyh..aku takot dowh.

anas kemudian tidak lagi kedengaran suaranya.

mirza:tidak,azab kubur.

kemudian,aku lari keluar.mcm mane aku keluar pown aku x taw.
baru aku taw.snanye aku dlm kubur td tu.haish

*tu lah ape yg aku(mirza) mimpi malam td.sekian.

mimpi diatas mimpi kawan aku.ok.aku cuak.siapa tak cuak.ok anas.ok.insafkan diri bulan2 puasa ni.oyeahhhh.

Wednesday, August 18, 2010

michael jordan cakap bahasa melayu.

salam alaik.
asal aku tak henti gelak ni?tolonggg.
tolonglah anak aku tak mcm ni. =.=
ini akibat makan GCB double 4 malam berturut-turut masa moreh.
salam alaik.

lokasi : aminudin.
pukul : tanye datuk harimau.
cuaca : -10 degree celcius(zero error -40 d.celcius.

sawadikap kepada firdauz faiz (aka pedos) kerana baik hati bg pinjam berukband maxis.
terima kasih kepada azrin abdul halim ( plasma , ca'in ) kerana sungguh hensem bg pinjam jugak.
macik DM kiut skali,esok lusa leh pnjam lagi.(tu cuma pembyg pantun.bkan realiti)

"weh,keje sekolah aku byk tak siap lagi beb."
kata amin arham.

hahaha.
hahahaha.
hahahahaha.

tiba2 aku terasa muda.tiba2 terasa janggut tiada di dagu.tiba2 rasa misai tak tumbuh segar.tiba2 aku rasa pakai kasut putih tak kapur.ape taknye.dah duduk kolej pon kita sume still lagi guna ayat keje sekolah.keje sekolah?.homework?asl tak dormwork.asal la tak tercipta istilah kerja kolej?apa ada kelas.assignment la beb.:P :P :P.

ok.ini assigment kolej.take note Alevel.test memanjang tu.study lah.update blog je keje.ops.terasa. :D.

aktiviti kolej selepas pukul 12.15.oeyahhh.bkan video biru atau merah ya.mereka budak baik jangan usha lama2 photo diatas.kurang pahala puasa anda.

*azrin abdul halim dan rafique musa 11.1 (bukan nama dan kelas sebenar)

p/s : kenapa DM asyik serve daging masa sahur.heee

Tuesday, August 17, 2010

kerapu.

tiada unsur 18sx disini.jangan biarkan otak A+ anda fikir diluar bulatan.

salam alaik.

lampu pendaflor putih baru saja terpadam.kedengaran sayup2 jeritan manja di blok aminuddin. aww awww .lampu dah tutup.aww.semua maskulin2 pon cari lah sumber cahaya malap nak membaca lima minit buku fizik dan 40 minit borak kosong.tuptap.tido.then bangun sahur.then tido.miss subuh.then qada.ok.aku tak.aku baik.abaikan.mukadimah paling teruk dalam blog aku.ahaha.

ok.dulu aku suka makan dalam kelas.pagi2 lah biasanya.kadang2 pinggan mangkuk sudu garpu dewan makan semua ada dalam kelas aku.haha.pahtu tak reti2 nakpulangkan. :D .kadang2 termiss DM.karipap.karipap.karipap inti sardin.3 seringgit.kadang2 aku pau kawan baik aku,apek.kadang2 apek pau aku.tapi aku rasa aku pau dia lagi banyak dari dia pau aku.aku seorang yang takleh miss breakfast.bagi aku kalau miss breakfast macam worst start for the day lah.nanti start lah perut berpanca sitara.jadi karipap inti sardin kantin Along selalu menemani.

kat KMS dah takda karipap inti sardin.yang ada meehun goreng ngan mee goreng.not badlah.DM KMS bukan mcm DM SASER.lagi sedap.tapiiiii.kenapa mesti ada tiger puff?kenapa?kenapa tiger puff mesti ada? makan tiger puff ibarat makan kerepek lemau cicah susu.taraf dia atas sikit dari tak makan langsung.( demand punya anas ) takdalah.bagi aku dari dia serve tiger puff baik dia serve coco crunch.wakaka.kepada calon2 MPP yang sudi terjah blog tak seberapa aku ni.nak sangat manifesto tolonglah mansuhkan tiger puff dari senarai breakfast.confirm aku undi.
lindungi haiwan terancam.mansuhkan tiger puff.

ok.nak dekat2 SPM.DM aku serve telur separuh masak.wohoo.maka penuhlah kembali DM yang dulunya seribu sepi sebab semua tak suka tiger puff.kadang2 telur tak masak langsung.kadang2 over boiled.nasib baik pecah2 tak keluar anak ayam je.haha.*gambar diatas* dulu semua suka makan telur ayam separuh masak dengan mee goreng.perghh.memang pelangilah pagi tu.

ok.sekarang ni hari keenam puasa.asal aku cerita pasal sarapan pagi.patut ceritalah pasal sahur.waktu imsak.juadah berbuka.terawih 20 rakaat ke.haih.sebab.sebab.sebab.aku rindu saser.aku rindu saser.sabtu ni rakSASER gathering bukak puasa sama2.kita gegarkan k! oyeahhhh.


p/s : aku merapu utk post kali ini. XD

Sunday, August 15, 2010

transform.


bakal muncul dalam transformers 3 nanti.
salam alaik.

ubah2 layout and header sket derrr.
baru ada gayaa.
hahaha. :D
dulu pinky.minky.tak maskulin la derr.
kini garanggirang balek. :D

nak baca baca.taknak baca.baca.cerita sedih ni.

hidup ni wajb ada transformasi.barulah ada isi.kalau constant sampai mati.gila kelabu hidup kau jadi.kau tak bosan ke sikat rambut fashion sama dari tadika sampai universiti.tak bosan ke jadi orang yang sama petang,siang,malam,pagi.baik jadi robot besi.follow benda sama setiap hari.sekarang robot pon dah ada transformasi.manusia bila lagi.bukan aku suruh kau ubah personaliti.nehi.nehi.nehi.dari kau bangun 8 pagi naik ke 7.59 pagi.dari rambut belah tengah ke belah tepi.itu pon transformasi.tak payah ubah mendadak tinggi.cukup kau rasa happy.tak gundah hati.boring pon pergi.hidup kau tak rugi.

mari mari mari.transformasi.lagi2 bulan puasa ni.muhasabahsarawak lah diri.sembahyang kasi kaver lima kali sehari.carut karut hentikan dari beroperasi.jangan babi dan babi.aku bukanlah alim dan ada link dengan wali.bukan dr fadzillah kamsah pakar motivasi.bukan jetli mahupon mawi.sekadar nak berkongsi.apa yg termajalah di hati.kita ni mudah lupa diri.dapat rumah besar dah bongkak dan hidung tinggi.lupa siapa pencipta siapa Ilahi.apa lah sangat rumah besar mcm istana menanti.kalau hati dah basi.riak dan iri hati.suka sangat tengok orang menderita sampai mati.disko sampai pagi.subuh mana pergi.zuhur pon tak pasti.asar apetah lagi.maghrib reti pulak makan nasi.bukak puasa bajet ikut sunnah nabi.yang wajib dibiar sepi.

capati,nasi beriani,masak lomak cili api.makan sampai berapi.perut boroi lagi.tambah boroi di aidilfitri.sumbat lemang tak sedar diri.perut kecik kau ingat peti besi.boleh campak itu ini.ingatlah yang kais pagi makan pagi.kais tengahari makan tengahari.kata puasa.nafsu mesti mau kunci.kalau pergi bazar jangan lupa duit MARA bagi.beli punya beli sampai hutang keliling gigi.aku pesan pon kat diri sendiri.keje boros beli kat lahoma hari-hari.transformasi.transformasi.

hai kawan kat mana pon kau kini.ingat makbapak yang jauh di sisi.aku tahu aku balik kerap kali.mak aku seorang diri.rasa sedih hari2.yang jauh-jauh di felda terachi , kota tinggi tak pon sungai petani.tabahkan diri.esok lusa kau akan kembali.girang riang makbapak kau nanti.lenguh-lenguh urat sendi.akhirnya anak pulang bercuti.itujelah kot apa yang aku nak bagi.omwork tak sudah2 lagi.menggunung macam klcc.tipu lagi.hihi.

p/s : megan fox tu lelaki? hahaha

optimus perdana versi 2.0 KMS.
ehsan gambar amin jabar.

Saturday, August 14, 2010

oh lomo oh lomo.

abang zenit TTL gagah perkasa.
adik GOLDENHALF comel montel.

salam alaik.

sukaduka citanya saya memaklumkan saya sudah menjual kamera lomo kecil molek tampan bergaya saya iaitu GOLDENHALF kepada momoe ozawa dengan harga dirahsiakan.haha.tinggallah kamera antik rusia zenit ttl yang aku masih guna.

"anas , asal kau jual goldenhalf kau? mana passion lomo kau dulu2 tu,dah hilang dah ke? "

jual kamera pon jadi isu.haha.takdelah.minat aku terhadap kamera film tak pernah turun.luntur sikit je.mana taknya.tengok encik amin jabar dengan DLSR canonnya yang walaweh.mantap yang amat.picit2.snap.snap.tak suka.delete.tak suka.delete.suka.tak delete.aku guna kamera film kodak.gambar tak jadi.duit terbang.poket kayap.itulah risikonya.tapi kata orang.kalau kau dah ada jiwa ngan benda tu.mahal sikit pon tarak kisah.gambar hitam legam pon jadi seni yang lawa dimata sendiri.betul tak.betul tak.

aku jual goldenhalf tu banyak sebab.yang pertama aku rasa takda kimia lah ngan dia.nak snap takda passion.n takda semangat.muram je.perghh.kalau guna zenit TTL.sampai guling2 pon aku buat nak snap satu gambar yang tak tahu hasilnya lawa tak lawa.itulah kamera film.dia ada thrill and feel.eceh.aku cerita panas mcm dah lama main kamera je.tidak.aku masih belajar.kawan2 ramai yg dah start join lomography ini.tapi ramai yg still tak tahu pasal seni ni.lomo ni cabang fotografi.guna simple camera.mostly film.kena cuci kat kedai.kecik dan murah.tak complicated.kameranya kiut.dan gambarnya tak dpt digambarkan.haha.

buat masa ini, aku nak sambung balik experiment dengan zenit TTL antik klasik tu.kot2 dah rasa gamba semua dah lawa.baru main lomo baru balik!haha.
jom jom jom.beli lomo seketul dengan harga rm48 dan tangkaplah duniamu!

p/s : kucing aku , boby , kritikal selepas kena racun.peluang hidup 10% after dibius kat klinik haiwan.disahkan diracun.apa punya manusia.

Friday, August 13, 2010

a reminder.

kamera 3.2MP nokia 5530.*
salam alaik.

A REMINDER.
a snap during english reading period with Mr Tan Ten Lee.
just want to share it with all of you.
rise up your confidence friends!
your guts , your glory!
:)

p/s: rasa nak makan kebab ayam campur daging burung unta.

Thursday, August 12, 2010

terbanglah kawan.terbang tinggi.


encik kalkulator yang parah terhempas*
salam alaik.

2 ramadhan.
A120 katil 1 aminuddin aras 2.
angin sepoi2.

hey ho kawan.melankolik hari ini.hadeeihh.kalkulator casio 570MS sudah pergi tak kembali selepas aksi hempasan yang agak kurang kuat ke lantai depan bengkel kimia.kurang antibiotik lah kau ni.jatuh sikit pon dah arwah.huarghh.no more kalkulator kuning striking untuk aku.camna nak buat kimia n fizik camni?hahaha.bapak bajet.okeyh.encik kalkulator.terima kaseh menemani SPM aku.

terbanglah kawan.terbang tinggi.hati mana tak rasa debar tahan sabar tengok sorang demi sorang kawan dah bukak sayap pegi negara orang.United kingdom.Mesir.Rusia.US.France.aku masih disini.SEREMBAN BUMI PANAS.tapi.tapi.tapi.aku harus bersyukur sebab atleast aku dapat grab satu sayap tu.sekarang masih belajar terbang.ostrolia.ostrolia.tunggu aku.2 tahun lagi.itu pon aku sampai kalau aku pass test terbang.hopefully lah.

puasa-puasa ni kena kurangkan bercakap.jadi secara separa otomatiknya tangan pon kena kurangkan menulis.haha.tapi sebab dah lama tak update.jari jemari menari tak henti.

ini dadih yang dijual depan koop KMS.satu ringgit malaysia sahaja.tapi aku tak tahu la bulan2 pose ni jual ke tak.(gambar ni pon dah berkurun da)kalau lekat kaler kuning2 kat gigi time kelas tu.kantoilah anda makan dadih di bulan puasa.sumpah aku miss dadih kat bazar ramadan area rumah aku.dah 2 kali ramadhan tak makan.hahaha.puasa kat KMS?hari pertama dah miss sahur.tengs kpd arif yg kejut dan aku yg tak bgn.bagi aku dah makin TUA ni.kurang exited sikit lah.dulu zaman muda sikit2 bazar.sikit2 bazar.satu hari mesti ada dadih,tepung pelita,rojak dan kebab.kebab untuk sahur.ape barang makan nasi.hahaha.

aku rindu puasa kat SASER.pagi pagi dah sembur2 orang bangun sahur.lepas semayang maghrib and semayang sunat hajat berlari-lari pegi DM nak rebut ayam paling besar.pastu gi bazar ampangan beli air katira dan ratah rangka ayam sama2.lepas isyak lepak KODAI ALONG order burger and ice blended.waktu berbuka mana makan nasi terus.bantai murtabak.semayang baru makan.aku rindu.aku rindu.lepas tu bantai makaroni yg mak azfar masak and open 20 hidangan berbuka kat dorm aku.sob3.miss tat moment lah!




hai omegan.walau kat mana korang berada.aku still ingat korang lah.korang kawan terbaekk.oh tokcing.kucing bunting yang selalu menemani kelas aku dan selalu tidur kat meja aku masa trial.aku pon rindu kau lagi.dah berapa la anak kau ternak kat SASER tu.kalaulah ada lagi.muahaha.

kurangkan karut dan carut,tambahlah dalam hati apa2 yang patut.

Friday, August 6, 2010

beraksi aksi.




salam alaik.

terima kasih diatas segala perlian dan anjingan.aku lebih kuat.ok teruskan. :D

akhirnya aku di rumah.dan akhirnya dapat jugak aku lap habuk blog ini.3 minggu lah tanpa updatan.laptop takda kat tangan.baru skang dapat guna balik.oyehh.ok.aku penat.seminggu yang lepas aku kat kolej MARA kulim.masuk kem remaja hebat tuk pertandingan lagu kesihatan.menukar lirik lagu wondergirl agak cool.having fun lah ngan team KMS.tania bajet isteri beckam.syidin masuk air.azmir yakuza.iqmal hotties dan general sarjan komander izzat.haha.walopon just no 3 dari 10.yg penting beat KMB.wakakaka.ok.tanak provok2 lg ok.gurauan semata.team yg menang team nasyid dari KPM inder mahkota yg menang naysid taun lepas.err. n n .team yg dpt 2nd.err. aku taknak komen.tak sanggup.haha..

satu ayat bila pulang dari kulim.bersyukur dapat KMS.bukan nak kata Kolej Mara Kulim tu byk kelemahan.blok nye besar.fasilitinya lengkap.padang sana sini.padang ragbi satu.padang bola satu.court bola tampar 2 ke 3.court basket.dewan sini sana.macam2 dewan ada.tp.tp.tp byk yg lebih baik di KMS walopon KMS padang pon takde.but.kehidupan lebih tenang.syukurrr.and balik je dari kulim.huha!.terus minggu beraksi-aksi.minggu aksi KMS.seminggu tu macam2 aksi ada.haha.ni antara yg aku sempat :

beraksi-aksi kapankan ali seterusnya mentalkinnya.
beraksi-aksi cabut bulu ayam.potong 12 bahagian lalu makan tapi hampa kerana saiz ayam yg dipotong lagi kecik dari yg macik DM biasa potong.haha.
beraksi-aksi boria yg agak sakai dengan alvin ngan ali main2 payung atas pentas.
beraksi-aksi buat lagu sains bersama budak 11.1 yang dibuat 5 minit sebelum pertandingan.
beraksi-aksi main ketuk2 tamborin tuk team nasyid J2 aminuddin.
beraksi-aksi masuk rumah hantu yang aku diraba oleh aswad.haha.
beraksi-aksi gelak masa en. shah kirit bagi talk pasal agama.
beraksi-aksi buat origami bunga lotus kat booth japan.
beraksi-aksi tidur kat bilik A120 sebab kekeringan aktiviti.
beraksi-aksi dengar konsert UNIC rm2. :D
beraksi-aksi makan pulut durian yg farah inggak agak rakus memakannya.

overall just enjoy la that action week.terus menerus lepas balik Kulim.naseb baek whole week without lecture.tapi gumpalan otak ini dah karat balik lah.hayooo.hayooo.kekal ceria kawan!

p/s : al fatihah kepada seorang pelajar senior KMS yg baru meninggal dunia secara mengejut dua hari lepas.sesungguhnya kematian itu buta umur.