Sunday, September 27, 2009

perjalanan terakhir.mungkin.

salam alaik.

entry kali ini bersifat melankolik.tidak direka-reka.hati ini umpama dicucuk satu rasa.ku lihat kalendar.ku kira masa dan hari.oh.angka 50.50 hari lagi.ku hitung minggu.kira2 7 minggu lg.mungkin rasa lama.difikir-fikir.7 kali jumaat saja lagi.7 kali makan cendol lg.2 kali outing.tiada pulang bermalam.dan harinya akan tiba.

7 minggu.50 hari.9 subjek.2 form.tidak perlu dihitung sebenarnya angka2 ini.kerana harinya akan tiba juga.selama ini aku cuma mengadakan rasa takut menunggu hari itu.jika aku takut tidakkan aku akan menekapkan muka ini didepan komputer berjam-jam hanya untuk bahagia kosong.hanya takut palsu.tetapi hari ini pengakuan yg amat jujur.satu rasa menyelubungi diri.aku telah bangun.akhirnya aku dah bangun.alhamdulillah.syukur padamu ya Allah.

tidak mengapa.50 hari lg.berjuanglah sejujurnya.atas nama agama Allah dan ibu bapamu.setiap org ada insan yang ingin dibanggakan.tidak mengapa.lumrah kehidupan.berusahalah untuk mereka.masa masih ada.tapi ingat.ini hanya ujian dunia.ujian Allah setiap masa.tiada perhitungan hari dan ketika.sekadar peringatan.supaya tidak lupa.

oh.esok.pulang semula ke rumah kedua.ingat.bukan penjara.jika penjara masakan bisa kau peroleh ilmu? ada gurukah di penjara?.igt.mereka setia mendidikmu.berilah senyuman diatas segala pahit jerih mereka.oh.perjalanan terakhir.mungkin.kali terakhir mengemas barang dan menuju ke sekolah.sedih?sudah lali rasaya.debaran saja didada.mungkin selepas ini hanya akan kembali ke tempat itu bulan 3 tahun hadapan.apa kau rasa ketika itu?gembira?melonjak keriangan?menangis teresak-esak?50 hari saja lg utk kau menentukannya.

tentukanlah yang terbaik.dari tadika.hingga asrama.11 tahun pelaburan.mau terbang tinggi? inilah masanya.50 hari penentuan.buatlah seadanya.kerana kau ada upaya itu.aku percaya.bangkit kawan2.bangkit.tiada masa berpaling.jangan berpaling.pandang terus.satu cita2.mahu huruf pertama penuh dikanan.insya allah.ada usaha.ada habuan.lumrah alam.

sudah.lupakan segala permainan kosongmu.50 hari lg.tekad.itu penting.jangan patah.baiki semula.kalau patah bagaimana kau mahu terbang?tidak mungkin.oh.esok perjalanan terakhir.sebak rasanya.sebak.sebak.sumpah.melankolik melanda.bangun2.tiada masa untuk melankolik.tukar melankolik kepada magik.tiada mustahilnya.sudah.akhiri entry ini.baharui azammu.tiada duka dimuka ibubapa.hanya pancaran sinar.kau boleh.semua boleh.usaha.doa.tawakkal.tiada mustahil.

"there is no mistakes.no coincidences.all thing are happened for us to learn from"

50 hari saja lagi.50 hari saja lagi.50 hari saja lagi.

tidurku tenang hari ini.biasa sebelum balik ostel bilik tunggang-langgang.hari ini tidak lagi.haha.oh.akhirnya ada ketawa dlm entry ini.maaf.kena kurangkan ketawa.kurang ketawa.kurang ilmu hilang.

p/s : akan membuktikan.insya Allah.

2 comments: