Sunday, February 27, 2011

taik kerbau.

aizat mat lani suruh aku letak muka dia dalam belog ni.harharhar.
gambar : amin jabar.

salam alaik.

dalam kehidupan.gua tak nafikan.kita dipengaruhi oleh keadaan semasa.ingat tak zaman2 beyblade dulu? ha.semua orang main gasing kartun dalam kuali.berapi-rapi.selagi tak habis api.selagi tu main.lepas tu mak bising kuali hilang.lepas tu ada jugak zaman tamiya.zaman ni paling legend.semua orang ada kereta race sendiri.zaman gua.semua berkumpul depan kedai cina.tauke dia nama kim tong.dia lah supplier tamiya.dia jugak supplier bateri.dia jugak supplier trek lumba.dia jugak kaya.pandai uncle kim tong ni.petang2 berkumpullah bebudak beskal gipang depan kedai dia.race tamiya.

gua punya tamiya murah punya.gua tak kaya nak beli tamiya rege tiga puluh tu.gua beli kat kedai dua ringgit dengan harga dua ringgit.huhu.tu tamiya pertama gua.gua pasang sendiri.tapi lembab dia tak payah cerita.gua letak bateri paling mahal pon kereta dia cenggitu lah.gua takleh demand lebih2.harga dua ringgit.eyh.dah menyimpang dah cerita gua.

* * *

dalam kehidupan.keadaaan kiri kanan atas bawah kita memang bagi kesan.dulu gua sokolah laki.perangai pon perangai sokolah lelaki la.jantan dia lebih.kawan gua nama dafi ni selamba badak sumbu je gantung sotokin dia dekat tepi tingkat kelas setiap hari.memang kering.cikgu tegur dia buat muka dafi.memang legend.tapi gua tak macamtu.gua baik.gua tak terpengaruh.gua tak gantung stokin.gua pakai elok2.kemas2.gua malas nak gantung macam dia.sebab.err.sebab stokin gua lain2.sebelah kiri jenama palas.sebelah kanan hari-hari.mana nak ngam.hihi.gua pon heran kenapa stokin gua asyik hilang.eyh.dah menyimpang dah cerita gua.

* * *

dalam kehidupan.kita memang mudah sangat terleka.sebab kita manusia.manusia mudah lupa.gua nak cakap yang gua tengah malas gila nak setadi skang ni.elok2 gua dapat masuk kolej maahad seremban ni.kalau tak felai memang naya.huih.gua taknak cenggitu.dulu masa minggu pertama setadi bukan semangat salin nota.sekang gua malas.gua pon tak tahu kabel mana yang putus.bangunlah.oi.bangun.bangun.lu nak felai ke tak nak?keje main-main dalam kelas main henpon dalam bilik main tenet.camna nak felai?apokono ejang.

gua pon tak tahu apa motif gua tulis post ni.taik kerbau.aritu gua main bola.time tu ada budak2 bola jaring tengah prektis.gua ngan hariz men tanduk2 tepi padang.lepas tu hariz suruh gua sepak bola kat dia.gua kata gua malas.kang nanti takut ada orang cop gua bajet nak main tendang2 tepi court budak main bola jaring.lepas tu hariz kata.

penangkap bola KMS.status :kurang pasti.gay kot.

"alah nas,bullshit lah kalau dorang nak kata apa2.ko tahu apa ko buat tu tak salah sudahlah"

betul kata hariz. bullshit lah orang nak cop kita apa.janji kita tahu apa kita buat.dan tak ganggu mental dan emosi sesiapa.hik3.kita ni kadang2 selalu sangat fikir apa yang orang depan kiri kanan belakang kita cakap.padahal kadang2.kita kena percaya kat diri kita.memang betul kita kena fikirkan orang dibelakang kiri kanan depan kita.tapi ada masanya kita perlu kuat.dan buat saja.apa aku merepek.

gua ulang ayat haris ni masa2 gua memerlukan.yang penting kita happy!ok bye!

p/s : hariz kata.bullshit lah apa orang lain kata.jadi.bullshit lah apa hariz kata . : P

Monday, February 21, 2011

gua jual baju skang.ape ade hal?



klik gambar untuk tumbesaran. : )
salam alaik.

LOMORANGERS T-SHIRT.
for all lomolovers.this is for you.

t-shirt lubitel lomorangers.
price : RM25.00
color : black / white
size : S / M / L / XL

want to order? : kindly just message me at facebook ( click on the facebook button above) . sertakan:

NAMA :
KUANTITI :
SAIZ :
WARNA :
NO. TELEFON :
DAN ALAMAT PENGHANTARAN:

sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di facebook.tak add pon takpa.just send the message.i will reply A.S.AP.this order is open until 23/02/10.harga baju tidak termasuk kos penghantaran k? no akaun dan no telefon akan diberikan selepas pengesahan pembelian.terima kasih. : )

and.and.one more thing!
tada!
hihi.anda dah lama tak ke zoo? gian tengok rimau? nak tengok hipo sambil melomo?marilah.takda kamera filem?ape ada hal?tapi diharuswajibkan ada la.hihi.

lomolover.analogue passionate.lets go! maklumat selanjutkan sila tekan sini.

Sunday, February 20, 2011

bila di sekolah dulu part #2

salam alaik.

bila di sekolah dulu part2.sambungan dari bila disekolah dulu part#1 .

* * *

cerita ini memang rare dan bersejarah.cerita ini bukan tujuan mengaibkan.tidak sesekali.cuma tujuan mengimbau sejarah dan kenangan silam. :)

* * * 
hari sabtu.seperti biasa. gua basuh baju. gua kan maskulin. memang rutin hari sabtu gua ialah basuh baju.termasuklah baju outing saiz M gua.baju ini memang diguna hari-hari .dipakai semasa pegi kelas malam.dan keluar outing Seremban. gua gosok punya gosok baju tu sampai tak sedar gua dah jemur.eyh?ape gua cerita ni.ok sebenarnya itu trick gua nak pendekkan cerita.dah sudah dijemur ,gua penat.lalu gua tidur.


ni contoh baju saiz M gua.tapi dalam ni saiz L.keh3.

hari ahad.seperti biasa. gua kutip baju. gua kan maskulin. memang rutin hari ahad gua ialah kutip baju.termasuklah baju outing saiz M gua.gua kutip sampai gua tak sedar baju gua semakin membesar.dari saiz M pergi saiz L.gua ingat gua salah kutip.tapi untuk mencemaskan suasana, gua tengok ada nota dekat celahan penyangkut baju tu.difikir-fikir surat cinta.lupa pulak gua sekolah lelaki.

"kepada tuan punya baju, gua nak bagitahu yang gua dah tukarkan baju outing lu warna merah saiz M ni dengan baju baru saiz L yang gua baru beli ni .maaflah. baju gua hilang.gua tak muat pakai saiz L.jadi gua tukar.tapi takpa.jangan risau,gua kasi baru punya untuk lu.ni buktinya.gua beli di koperasi pada 28/04/2009 ( bukan tarikh sebenar ). terima kasih. "

***

hairan.memang gua hairan.pencuri di sekolah SBP ni educated juga.boleh diselitkan nota dekat baju outing.haih.memang gua tak puas hati betul masa tu.penat-penat dibasuh baju itu,sesuka hati ditukar-tukar.apasal tak suka baju saiz L cari baju saiz M pulak.yang lagi bengang baju gua jadi mangsa.baik pula tu belikan yang baru.tahulah baju gua wangi dan fit.tapi pencuri tu memang cari nahas la letak note.gua ni peminat separa tegar ditektif konan masa form 3 dulu.balik sekolah petang.pukul 7 terus bukak tv3.jadi.gua memulakan penyiasatan gua nak cari brader mana la yang baik hati sangat ni besarkan baju gua.

walaupun dia bagi gua baju baru.tapi saiz L! kalo saiz M gua boleh terima lagi.memang lagi gua alu-alukan lah .pening gua fikir.terpaksa la gua pakai baju besar tu pegi kelas malam.memang kurang semangat gua nak belajar malam tu.tak dapat nak tunjuk badan fit gua depan junior form 4.fikir punya fikir.gua try usha2 kawan gua.mana lah tahu kawan gua dapat menge-cam tulisan dia.pencuri tu pun satu hal..apasal tak hantar sms ke.hantar surat berantai guna tulisan arial komputer ke.ini guna hand writing.memang gua carik lah.

gua jalan rayau-rayau.sampai kelas 5 Zeta.gua terjumpa Boyak.Boyak ni suara lunak.tapi perut tak berapa lunak.keh3.ok.abaikan.gua pun tunjuk kertas tu kat dia.lama dia mengusha-usha.


boyak kini study kat alexandria.berkat tolong gua.hihi.

***

"aku kenal tulisan ni.dah dekat dah ni. aku kenal tulisan ni."-Boyak
"ni tulisan ***** ni. memang confirm.aku kenal tulisan buruk dia."-tambah Boyak mengumpat.

yes.gua dah dapat suspek pertama.suspek dia dari kelas Boyak jugak.tapi mamat tu muka dia suci.gua tak suspek dia.dia nampak lurus je.gua taknak jadi macam skuad terjah melodi.jadi gua kumpul bahan bukti.gua cuba cari cap jari.tapi tak dapat dapat lagi.last2 gua dapat idea kedua.brader yang curi baju gua ni dia tulis tarikh dia beli dekat koperasi gua.

terbaik.gua pon meluru ke koperasi.masa tu ada Naza.Naza merangkap abang koop memang amanah orangnya. dia jaga koop macam jaga bank.partner dia Bobo.tapi Bobo kita abaikan dulu.gua suka pau Bobo kat dorm.ok teruskan.jadi gua tanya Naza pasal baju outing.

***

"naza,ko tahu tak sape yang beli baju outing malam semalam? ingat tak? ingat tak? - gua
"hurmmm.jap2.macam takda.eyhh.tapi ada.macam takada.jap aku ingat eyh sapa. ha! " - naza
" =.= " - aku
"aku rasa ***** yang beli. ha betollah.aku ingat.semalam dia ada beli baju saiz L" -naza


                                                                naza di puncak alam.

yes kali kedua.memang suspek yang sama jugak macam boyak bagitahu.memang dah sah la mamat ni orangnya.haih.bukti dah kukuh ni.tapi cara gua.gua malas nak terjah-terjah.masa tu dah umur 17 belas tahun.jadi gua malas nak ribena2 sangat.tapi gua suruh kawan gua sampaikan salam kantoi kat dia.dia balas waalaikumsalam kantoi.hihihi..dia tak berani jumpa gua.malu kucin parsi kot.lepas tu.gua pegi kem.gua pon lupa gua pergi kem apa.lantak lah.jadi gua lupakan terus penyiasatan gua.

sekembalinya gua dari kem.gua bukak loker gua yang tak berkunci.jeng3.ada baju outing saiz M.masih bercahaya.beb.mission accomplished.keh3.si mamat itu pulangkan baju gua yang dia pakai.keh3.sory lah si mamat.lu punya gaya tersendiri dalam mencuri.gua puji.siap letak note mohon maaf.tapi silaplah lu curi baju gua.hihi.dan kesudahannya.gua rasa lama jugak gua tak bertegur sapa dengan si mamat tu.tapi skang.dia tetap kawan gua.gua dengan dia gelak kah kah kah bila ingat peristiwa ni.gelak bila tahu betapa noobnya dia mencuri letak note kat baju.dan betapa hebatnya gua.riak.riak.riak.

si mamat itu ialah! jeng3
YAZID ZAKARIA.wakakaka.belog dia best.lepas ni yu all bukak.i love you yazid. ewww. kitorang skang dah kamcing kot.gi tengok bola sama2. apadahal?haha.yazid. gua dah open story.lu bila lagi?moral of the value story is.nak mencuri jangan letak note.keh3.

gua pakai Coat sekarang.apa barang baju outing- yazid budak UIA.

post ini suka2.sudah mendapat kebenaran. : P kisah ni gua open after sekolah.dan sekarang semua dah saling memaafkan.yazid ni baik orangnya.patriotik dia takyah cerita.bukan patriotaik.cakap game malaysia apa yang dia tak pegi? kan yazid kan? :D

p/s : gua paling byk hilang boxer.gua suspek budak2 kampong belakang ni yang merasa nak pakai boxer gamaknya.

lu all jgn lupa baca kisah uncle lim jek soon bawah ni ye.

Saturday, February 19, 2011

perihal risaikel.

salam alaik.

uncle Lim Jek Soon berbaju lusuh berseluar pendek membawa plastik2 besar berisi karya2 resaikel dari kertas yang sungguh wow wow di sekitar JB.gua terserempak dengan dia masa gua tgh rancak jaga booth broadband dekat city square JB. masa ni dia meluahkan perasaan kecewa dia sebab kena halau dari city square JB. "orang di Vienna pernah ajk saya buat pameran di luar negara mengenai karya ni.orang kita?nampak baju lusuh sikit halau menghalau."ish.

lu ingat gua gebang pasal uncle lim jek soon? tekan sini ha.

risaikel.banyak tong kaler2 lu all nampak dekat sokolah.dekat kolej.dekat rumah sampah takpon dekat depan surau. tapi berapa kerat je orang mcm kita yang concern pasal resaikel? gua rasa kalau gua buat survey brape banyak tin kosong yang pernah dihitung di buang oleh kita umat manusia ke dalam tabung uji resaikel.maybe tak pernah sampai lima kot.kan? kan?nak buang sampah dalam tong pon liat lagi.inikan pula resaikel.masa kecik2 zaman duduk rumah dulu surat kabar tu biasa menimbun kat rumah.memang peberet lah tunggu masa sebulan kasi surat kabar tinggi.lepas tu jua.lepas dapat duit mak bagi duit tu kat kita.pastu buat beli eskem pedel pop.lepastu abis.memang legend.

***

ha.ada hari tu gua ade angkat tin yg terlantar dalam longkang.ada budak cop gua pengutip.bukan dorang cop kat dahi gua.pandang sikit punya tajam dan memang pandangan anak korporat betol dekat gua.yu all nak tahu macammana dorang pandang.ha.cuba try kutip tin.harharhar.tajam dia macam yu all edar dadah je.ni yang gua nak ubah mindset ni.orang-orang kita ni typical sangat.bila gua kutip tin.cop gua pengutip.haish.gua resaikel kot.commonlah.nampak macam agak kelas ke tiga puluh dalam masyarakat lah kan kerja gua.tapi apa ada hal? gua buat khidmat sosial kepada alam sekitar.gua rasa dari we all daftar nuffnang tunggu rating blog naik rm dua puluh sen dalam masa sebulan.lu orang kutip tin2 air koop pon boleh dapat tinggi dari tu.tak percaya?sapa suruh percaya.cubalah.

bagi gua.resaikel tu duit.duit kelas kedua yang dipandang hina.duit yang bagi we all kerja makcik tukang sapu sampah.dan cleaner.itu kira ok la jugak yang buang .yang tak buang ? apo kono ejang? cuba yu all try jadi macam gua. bila nampak tin bergelimpangan. cuba terbayang dua puloh sen. paling teruk pon bayangkan coki-coki yang tengah bergelimpangan. konfirm korang kutip.kalo buang pon dah kira ok.nak lagi elok jayakan kempen resaikel.

***

gua tengah berkempen ni sebenarnya.sebab kelab gua buat kempen resaikel.kah3.legend.macam gua ckap tadi. mindset gua sekarang tin2 terbiar ialah duit kelas kedua.tak amik rugi.kalo amik nanti orang cop pengutip.kah3.lepas yu all dapat duit.yu all belanja orang yang cop yu all pengutip.hadiahkan dia stem pad.tenyeh kat dahi dia.keh3.legend.tak payah fikir duit sangat pon takpe gamaknya.suci benar hati tu.paling teruk pon buanglah sampah tu.haih.sampah masyarakat betul orang yang tak reti buang sampah ni.nak ke buat pendidikan buang sampah dan kebersihan kat sokolah berprestasi rendah?legend betol.

ha.apa lagi.resaikel lah.legend betol.

Friday, February 18, 2011

prestasi tinggi.

ni maso upocaro pembotakan batch sompona ass pi em.rambot sapo la rosak tu ha.

salam alaik.

senarai sokolah sokolah berprestasi teknologi nano tinggi semalaysia tahun 2011.


  • Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  • Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  • Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  • Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  • Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  • SK Convent Muar, Johor
  • SK Seri Biram, Pahang
  • SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  • SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  • SK Sultan Ismail, Terengganu
  • SK Jalan Tiga, Selangor
  • SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  • SJK(C) Lick Hung, Selangor

    cop cop. SM SAINS SEREMBAN mano? mano? mano? apo kono ejang?

    kalau namo-namo sokolah korang ado. maknonya tinggilah tu prestasi nano nyo.kiro berprestasi lah tu.tahniah2. sokolah gua sm sains seremban (saser) tak dapat-dapat lagi sekolah berprestasi tinggi ni. mesti garu-garu kepala lah kan.kluster pon tak dapat. plaster banyak lah. keh3 nak kato sokolah baru. tu ha.atas ni. ado 5 sekolah yang dokek samo umur. lagi mudo lagi ado.tu ha integrasi integrasi tu.dapek pulak .

    nak kato tak power akademik.dah 5 tahun bermandi peluh nak kokal takhta no 1 peringkat SBP.SBP jang oi. 54 sekolah lagi ha. berboleh dah dapek dah.bermandi dakwat pen kilometrico nak dapek kejayaan dapat anugerah sekolah terbaik malaysia untuk ess pi emm.nak kato kokurikulum tak power. ado jugaklah sikit2 . tak banyak pon ado jugaklah ragbi international maso batch eden.ado jugak lah cikgu2 ni poyi indon tu ha. poyi vietkong. tapi tak dapek2 jugak SBT ni. takpo saser. takpo. biar sokolah takdo taraf apo2.humble tetap humble .teratos juo namo kito! hoben jang oi!

    tak payah lah es bi ti es bi ti . kelastor kelastor. tahu2 dah jadi juaro . kan kan ? tahniah kepado sokolah2 yang dapek.ado la tu kejayaan2 yang melayakkan korang dapat. somoga dengan anugerah ini sokolah akan lagi berusaho. haish. apo pasal eden cakap broken nogori. apo kono ejang? apo kono? hahaha

    kolas paling hebat saser.OMEGA.hensem o jang.
    eden cumo nak cakap.
    kepado cikgu-cikgu saser eden.kalian memang awesome! kalian memang da boom. pendidik anak bangsa. kepado semuo cikgu2 .selamat bokorja dan mendidik.hari guru lambek lagi nak wishing2. hihi.

    p/s : semangat saser betol budak ni.sekolah berjasa. kita jangan lupa. : ) bukan sonang nak buek post pasal akademik ni ha. hatoih
  • Wednesday, February 16, 2011

    perihal benci dan anti.


    salam alaik.

    post ini panjang tak panjang. pendek tak pendek. harap kalian baca. : ) terima kasih daun kari berapi .

    -kalau kau benci seseorang. percayalah. ada sepuluh orang lagi yang sebenarnya sedang membenci diri kau.-
    ulang.ulang lagi.dan ulang lagi empat kali.terima kasih.

    tak suka budak tu.benci budak tu.dah la bajet.dah la buat itu.dah la buat ini.dah la bla bla bla.dah la over.dah la .dah la tak hensem.dah la hensem.dah la.dah la tuu~dan secara tiba-tiba mulut mulut busuk pon bertasbih.bertasbih tasbih dosa.sesama mereka.kadang2 aku jua.bukan kadangkadang lah sangat.selalu juga.

    haih.benda ni dah lama aku perhatikan.dari zaman sekolah lagi.perihal benci dan anti.dalam satu komuniti. mesti lah ada dua tiga kucing berlari yang akan dibenci dan dianti orang-orang lain.contohnya.ada la si B ni. dia ni maybe la buat silap.terbajet masa main bola.maybe perwatakan dia orang tak suka.contoh bajet sangat.tak pon dia ni semangat lebih.lepastu si B buat hal pulak dengan si A.bila si A benci si B.dia pon cerita kat si C dan si D apa si B buat.kononnya si B teruk sangat.macam dah tak boleh diterima bumi.macam dah tak boleh terima langsung dah apa si B buat.kalau boleh nak je lari dari si B bila-bila dan di mana-mana.memang nak elaklah.dan nama si B pon jadi bahan panas dekat dewan makan dan minum dan mengumpat.ish.jadi lama tak lama nanti semua orang benci si B.sebab si B ni pernah buat silap.or maybe ada yang tak kena pasal dia.bergelak-gelak bila cerita pasal si B. dan si B sedih dan pedih. merintih.

    lepas tu wujudlah klik. klik ni akan pertahankan apa yang kepala dorang ckp sebab dorang sekepala.kepala lutut!keh3. jadi sesama mereka akan keluarlah nama-nama pisang goreng.yang satu or dua orang dari klik ni tak suka.pastu tum tam tum tam lah dalam klik di dewan makan atau dewan serbaguna. bla.bla.bla. aku baru sedar. aku pon tak kurang begitu. kita ada orang yang kita benci dan anti dan bila kita benci. lupa terus benda baik dia pernah buat. korang tum tam tum tam ejek-ejek dia.bila budak tu blanja korang karipap 3 seringgit korang amik jugak.lepas tu sambil makan sambil tum tam tum tam. ini realiti. aku perhati. dan aku tak nafikan kadang2 aku termasuk sekali.

    manusia memang senang tengok silap. bila orang buat baik . susah nak pandang. bila seseorang buat silap sikit. berdentum dia kena . yang tambah kebodohan bila si peng-anti tu libatkan orang lain dalam kes dia.dengan nama lain.geng2 dia.pom pam pom pam cerita perihal kebencian dia dengan kawan2.dengan tidak semena-mena kawan2 yang tak tahu apa2 pon sama2 berdentum dentam.kadang2 kawan2 lagi over dari si peng-anti.itu paling kelakar.kah3.

    kita takkan dapat buat semua orang suka kita .maybe ada orang boleh terima cara kita. ada yang tak .percayalah . dan aku percaya kepada pepatah . kalau kita benci dan anti seseorang. percayalah . ada sepuluh orang lagi yang senyap-senyap sedang membenci diri kita. semua orang buat silap
    .maafkanlah. maybe kita benci dia sebab dia over tapi kadang-kadang dia peramah dan pemurah.yang baik dari dia. kita ambil. yang buruk kita lemparlah jauh-jauh. tak payah nak berdentum sangat lah perasaan benci tu. syaitan memang suka perpecahan . suka tengok kita benci membenci. aku tak nafikan. aku pon ada anti seseorang. tapi aku rasa, aku dah jumpa solusi. solusi itu ialah dengan rasakan diri kita pon lemah dari budak yang kita benci. dengan itu. tak lah kita berapi api sangat.

    kawan . kalau kau benci seseorang pon. paling kurang kau pendam diri sendiri. tak payah nak sebar2. kau tak rasa sebab kau tak kena. cuba kau tempatkan diri kau kat tempat budak yang selalu kena ban tu.dan kau akan tahu apa dorang rasa. ceh. cerita macam aku pernah kena ban. harharhar.cepatlah tempatkan diri kau! cepatlah! kau sedap duk mengumpat sebab sekarang kau di atas. bagi kau. kau ni boleh kata bahagia. tapi cuba kau pula di caci maki.diberi kaki.

    kawan. paling baik bertegurlah. kalau tiada daya maka berdoalah kepada Allah. agar sifat yang kau benci sangat pada seseorang tu hilang .maybe kau benci dia sebab dia busuk sangat. tegurlah. dengan sopan .moga2 dia berubah. tiada guna kau umpat dan umpat. dosa dan dosa . maybe dia over sangat. tegurlah. dan berdoalah . insya allah dia berubah .kawan . kau tak sempurna. jadi jangan umpat dan cerita serupa kau ini sudah sempurna semua.

    kawan. aku mohon. aku sedih tgk si A dan si B di lakukan begitu. dan aku bertekad. aku akan berubah. tiada lagi perihal benci dan anti. tiada lagi.

    kau kutuk orang sebab kau rasa kau lagi bagus!podah!

    p/s : aku luah bukan aku nak cerita aku suci sangat. aku nak lari dari perihal benci dan anti ini. moga2 tiada lagi. amin.