Tuesday, May 29, 2012

woah.

salam alaik.



haha. aku tak tahu la nak bagi reaksi apa.tak rasa marah langsung pun. just rasa macam woahh. that feeling when random people use your photo as their default picture .aku tak kenal kau. kau tak kenal aku.

tak rasa marah pun. nak marah buat apa. hahaha. aku tak rasa dia melakukan kesalahan. tapi just ada bibit2 senyuman juga bila tengok gambar kita diguna oleh orang yang tidak pernah kita kenali lagi ketahui.

sesungguhnya karya dan bakat itu milik tuhan seadanya. bukan milik saya. :  )

gambar asal.

model : syed alvin
pemilik topeng : amin jabar
pemilik benda warna warni : diri sendiri
film : lomo xprochrome 100
camera : Superheadz UWS (film camera)
tempat : pelabuhan klang
masa  : menjelang asar


: )

p/s : dah lama tak beranalog photography. lepas habis Alevel mungkin.
p/s : aku pun selalu juga ambil gambar dari Google. tapi lepas ni aku akan kredit dari mana sumber gambar itu.
p/s : perasaan itu bila hanya orang yang tak dikenali.kalau member2 pakai takda la rasa apa pun.

Saturday, May 26, 2012

the thing that made your day.

salam alaik



if it is real , im touched. very much.
terima kasih Pak A Samad Said.

Friday, May 25, 2012

Tapak.

salam alaik.

terima kasih Puisi Jadi Senjata kerana menerima karya saya untuk diterbitkan dalam siri dua Puisi Jadi Senjata II : Demokrasi Terdera. saya anggap ini sebagai titik tolak dan tapak untuk saya bergiat lebih aktif dalam penulisan bebas.

saya tidak mampu untuk berarak di jalanan , menjerit dan bersama-sama turun kerana pelbagai keterbatasan.tapi saya tidak pernah lekang menyokong keadilan.

terima kasih!


siri baru Puisi Jadi Senjata ,


Pak A Samad Said melancarkan buku ini pada 25 Mei 2012 di program Rock The Youth.

apa itu Puisi Jadi Senjata? sila buka sini , http://puisijadisenjata.blogspot.com/

Tuesday, May 8, 2012

sudah tiba masanya.

salam alaik.

oh.hai.hari ini 8 May. esok 9 May. esok aku akan memulakan peperiksaan Alevel untuk kali terakhir.kini hanya mampu berdoa dan bertawakkal.moga-moga Allah beri ilham dan bantuan.moga-moga Allah makbulkan doa.moga-moga Allah tidak hilangkan ilmu yang ada.tidak ada pihak lain yg aku ingin banggakan. selain mak dan abah.dan tak lupa keluarga.

dan inilah masanya.masanya sudah tiba.

* * *

oh.sebelum tu ,

















Lomo Fish Eye 2.

terima kasih KMS. terima kasih kawan-kawan.terima kasih atas semua kenangan. minta maaf atas segala keterlebihan dan kekurangan.goodluck pada semua! aku ingin tutup kisah di sini dengan tiket.tiket penerbangan ke Australia. Amin.


"everything will be fine at the end. if it's not fine. its not the end. "


p/s : mohon kawan2 doakan ye. mohon juga dihalalkan semua.

Thursday, April 19, 2012

momentum.

salam alaik.


dulu waktu aku habis SPM dan dapat result yang aku harapkan ,perkara pertama yang aku fikir tentunya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. tidak lama untuk aku buat keputusan lalu memohon scholarship MARA dengan harapan MARA akan terus bagi surat dan tiket penerbangan ke universiti-universiti di celah-celahan dunia.tak kisah la hantar di mana-mana kerana pada waktu itu dalam otak aku hanya berlegar dengan scene2 baju sejuk dan salam perantauan.lame.

*  *  *

alhamdulillah.aku dapat apa yang aku impikan. aku diberi biasiswa dan tawaran untuk keluar negara.tapi jalan dan liku aku tidaklah sama seperti rakan2 aku yang dapat terus ke sana.aku ditawar ke Australia dan hendaklah menghabiskan dua tahun Alevel sebelum aku dilayakkan terbang ke negeri orang.

aku percaya setiap liku itu kerja tuhan.dulu aku pernah rasa geram dengan ketidaksebelahan pemberian scholarship.aku ada seorang teman.dia tidaklah berada mana.rumah kampung.rumah kayu .anak sulung pulak tu. keluarga dia hidup sederhana dalam suasana kampung.ayah dan ibu dia bekerja sebagai petani.dan besar hati untuk tengok anak sulung dia berjaya.mungkin dalam gambaran ayah dia ,bagaimana besar hati si ayah bila anak yang ditatang dapat membanggakan bukan setakat keluarga sendiri , malah satu kampung.

bila aku teringat kawan aku yang tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang ke luar negara tadi walaupun kami berdua layak dari segi akademik dan pencapaian.aku jadi geram bila tengok sekelompok lagi golongan yang kaya raya.rumah besar dan harta banyak.mampu sangat nak hantar anak ke luar negara.bukan seorang.nak hantar lima orang anak guna duit sendiri pun mampu.tapi masih mohon biasiswa dan menyekat peluang kawan aku tadi. jika difikir siapa yang lebih layak untuk dibantu. tentulah kawan aku yang dapat kan?

tapi itu tanggapan aku dulu.kini ,  aku percaya liku itu kerja tuhan. jika aku mempersoal , seolah aku mempersoal takdir tuhan. jadi , penting untuk aku yang dah diberi peluang ini untuk mensyukuri apa yang diberi, sekurang-kurangnya aku tidak merabakkan lagi hati kawan aku tu kalau dia tahu aku main-main di sini.

jadi .aku kini di seremban .meniti hari-hari terakhir untuk menghabiskan Alevel. dan menduduki eksaminasi yang menentukan aku dimana .Australia atau Malaysia.

ini peluang terakhir aku , untuk pastikan kepul awan angan2 yang pernah aku panah dulu bakal jadi hujan air mata yang mengiringi perpisahan di lapangan terbang satu hari nanti.

aku berjuang kali ini untuk dua insan.yang bergelar ayah dan ibu.

momentum itu harus pergi.dan pergi.sehingga tiba saatnya , aku pecut tak berhenti.

p/s : sebulan tak berblogging. kekok juga rasanya. kih3

Sunday, March 11, 2012

tiada nafsu.

salam alaik.

oh.tengok2 kalendar masihi.sudah bulan tiga rupanya.gua rasa kini bumi makin cepat berputar.malam diganti siang.siang mengganti malam.tengok2 sudah bulan tiga.

tiada nafsu.

* * *

oh ya.tiada idea baru dalam penulisan sekarang ini. mungkin otak lebih tertumpu kepada yang lebih penting. iaitu eksaminasi bulan lima.jari jari tidak lagi dalam ritma menulis. tenaga-tenaga lebih terbucu ke otak.menghafal dan memahami.

ada apa-apa idea untuk aku tuliskan? mungkin boleh cadangkan.

biasalah. pasang surut dalam menulis.kadang-kadang idea banyak macam air terjun. kadang-kadang kering sekering tekak di bulan puasa. jadi , perlu rehatkan diri. perlu tenangkan hati . mungkin perlu fokus pada yang lebih penting dahulu.

F -forget

O-other

C-commitment

U-until

S-success

jadi . komitmen lain mungkin perlu disimpan didalam peti besi.bila masanya tiba.aku akan kembali.