Friday, September 16, 2011

post pendek penuh makna.

salam alaik.

i love you , mum and dad
I always do.

Wednesday, September 14, 2011

selamat tinggal.

salam alaik.

sesungguhnya,harga tidak semestinya menunjukkan nilai sesuatu barang.dan nilai tidak langsung dapat melambangkan sesuatu harga.kereta dengan harga sejuta dua mungkin ada nilai pada ringgit malaysia dan us dollar.tapi tak semestinya ada nilai dalam hati dan jiwa.

nilai dan harga sangat berbeza ibarat liverpool dan Arsenal.dimana liverpool lebih mantap.pen stabilo seringgit lima puluh sen mungkin tidak gah pada harga.lagi murah dari pensel pilot shacker yang budak2 darjah enam nak bangga2 time jawab yu pi ess ar dengan harga lapan ringgit tu.tapi jika tiga tahun bersama hanya bertukar dakwat.nilainya mungkin lebih tinggi dari apa-apa yang setanding.sesungguh sungguhnya.harga ialah sesuatu yang mutlak.tetapi nilai itu subjektif.

seseorang miskin yang baik budi pekerti dan tinggi nilai agama mungkin tidak ada apa-apa pada harga rumah dan harta.mungkin berbumbungkan langit dan beralaskan tanah.mungkin juga beraroma badan dan ketiak.tapi mana mungkin nilai dirinya lebih rendah daripada si kaya buncit yang bongkak dengan kekenyangan dunia yang sementara.

ok.sudah dengan karangan.sebenarnya aku ada sesuatu yang bernilai.tetapi tidak lah berharga mana.hanya kamera antik tahun 90 yang sesetengah orang anggap boleh dicampak ke tong sampah.ketika minat di hati memuncak.aku keluarkan rm140 semata-mata untuk kamera yang antik tu.pada aku ia ada nilai.yang orang lain tak nampak.

tapi.tapi dan tapi.kamera tu kini sudah pergi untuk selamanya.rosak dimamah usia.patah di badannya.dan hanya mampu dijadikan hiasan.tepat waktu aku nak menggunakan khidmatnya.

sungguh.aku sedih.kerana nilai.dan bukan kerana harga.aku sedih kerana memori dan bukan kerana duit yang dilayang.selamat tinggal encik smena.terima kasih dengan gambar2 yang mungkin tidak ada nilai pada orang lain.tapi tak ternilai pada aku.

kau kamera hebat!


thanks for all the joy.

aku belajar satu benda harini.kita memang kena hargai seseorang atau sesuatu sebelum dia pergi buat selamanya.jangan kita meratap kemudian hari.jangan lepas sesuatu tu pergi baru penghargaan demi penghargaan diberi.yang sungguh takda erti.

 these are my favourite using it. long live old smena.







p/s : bak kata master Amin Jabar , jangan gopoh. : )

Tuesday, September 13, 2011

life must go on.

salam alaik.

sudah lama aku tidak menjengah disini.menaip dan menekan pepunat huruf.memuntahkan ayat dan menggarapkan karangan yang tidak seberapa.yang entah apa-apa.mungkin otak ini sudah kekontangan idea dan suara.mungkin juga dalam kehidupan ini tak semua benda perlu dicerita.mungkin hati teman paling setia.dan mungkin jari tidak mahu bernada.

dalam keheningan sarat dengan masalah dan kekusutan.disitu guna kawan.kawan bukan sekadar orang yang dicari untuk membahan dan dibahan.untuk bersuka riang ria raya.lebih dari itu.kawan ialah topeng berjalan.telinga.dan mata.aku mungkin kusut ketika ini.rasa kecamuk yang entah apa-apa.entah dari mana.

emosi ini bergelojak.entah apa-apa.entah dari mana.aku tidak tahu dari mana ia tiba.dan bila penghujungnya.gelak aku tidak bermakna.senyum aku tiada suka sebenarnya.

hidup mesti diteruskan.hidup mesti diteruskan.


dah setahun tiga bulan kau menemani.aku sayang kau nur amira syazwani.bukan senang untuk hidup tanpa kau.

aku harap kau tahu.

Sunday, September 4, 2011

hello goodbye.

salam alaik.

helo GALAXY MINI.
goodbye EXPRESS MUSIC 5530

happy birthday mum.

salam alaik.


setiap orang hanya ada satu ibu , yang mengandungkan kita dan membesarkan kita.jadi hargailah mereka seadanya.

anak mu ini tidak ada apa untuk dihadiahkan secara fizikal.secara luaran dan secara ketulan objeknya. anak mu ini hanya mampu berdoa dan berdoa agar diri mu ibu , kekal sihat untuk hari yang mendatang.
moga ibu gagah . dan kuat melawan ujian tuhan itu. insya Allah penyakit itu akan beransur jua.

anas sayang mak.walaupun anas ni tak macam adik beradik lain yang mungkin bagi hadiah atau apa-apa.anas bekalkan doa setiap hari kat mak.anas akan buat sehabisnya waktu belajar ni.

anas janji.

"selamat hari lahir yang ke 51 mak , anas sayang mak"

Thursday, September 1, 2011

analogue raya.

salam alaik.

raya tahun ni taklah semeriah mana.sederhana saja.aku tidak banyak kerumah saudara mara di kota baru sana.tapi mereka yang datang melawat keluarga aku di kuala krai.kerana keadaan mak aku yang tidak mengizinkan.dia masih lagi berjuang melawan barah paru-parunya.harap kalian sentiasa mendoakan ok?

raya kali ini ialah peluang pertama aku untuk mencuba adik baru , zenit E. aku beli slr rusia tahun 1980 ini dengan harga rm110 dengan seorang teman yang menuntut di rusia yang tidak mengambil untung sesen. kamera film pertama yang aku pakai ialah zenit TTL hadiah dari abang aku, tapi kamera ni menemui ajalnya tahun lepas. jadi aku yang kepingin kamera antik terus order zenit E ni.

raya ni jugak peluang aku untuk mengasah kemahiran menggunakan kamera film smena 8M , smena 8M ialah toycam rusia tahun 1990 yang aku beli dengan harga rm140 pada tahun lepas.aku jarang menggunanya kerana selalu saja menemui kegagalan.sakit hati bila tengok gambar banyak gelap.lumrah main film.

kali ni subjek2 aku kebanyakkannya adik2 sedara aku. yang tak lekang melihat kamera sibuk duk posing.orang besar besar semuanya malu dengan kamera , barang kali takut tgk kerut pada muka kot? haha

ini antara 5 gambar peberet aku dari album hari raya tahun ni menggunakan smena 8M.






well.warna dia strike sikit sebab aku guna slide film.slide film bila dicuci menggunakan chemical C-41 atau processnya dinamakan Cross Process akan hasilkan warna2 sebegini.oh ya.bagaimana pula dengan zenit E?






bokeh effect dia buat aku kagum habis.kamera berharga rm110 ni buat aku makin sayang kat dia.seriously aku happy dengan hasil2 gambar aku tuk kali ni.rasa segala kegagalan lalu tu hilang camtu je.siapa kata kamera film antik tahun 1980 tak dapat hasilkan gambar yang smooth dan soft.


sedikit tips yang aku boleh bagi sekadar sharing: 
-pastikan ada subject yang difocus,jangan biar gambar kosong tanpa subjek.
-ambil masa dua tiga saat setting kamera tu elok2 sebelum snap.
-kalau guna lomo camera , better guna outdoor dan elakkan indoor kalau pakai iso rendah spt 100
-guna ketika matahari terik memang waktu yang terbaik.
-pastikan matahari ada di belakang anda.
-jangan bazirkan film dengan main tekan je punat tanpa berfikir , hargai film anda.
-bersabar.tak rugi bersabar.

aku bagi tips macam aku dah power je.padahal terkapai lagi.haha.lolx.tak salah pon sharing.kan?

the future is absolutely analogue!

gambar2 lain boleh dilawat di laman facebook aku. kindly visit ya?
just click on facebook button above.

terdouble.film ini dipakai di pantai penang tapi diroll back.hihi

p/s : untung jadi anak last ni , dapat kakak-kakak dan abang-abang yg dah kerja n kawen.memang duit raya pon tak kemana la kalau tak ke adik bongsu,kih3