Saturday, April 16, 2011

biar buta warna jangan buta hati.

salam alaik.

* * *
gua baru dapat result IELTS. syukur lah. lepas jugak point nak felai.gua dapat band 7.kira dah lebih dari apa yang gua harap la kan.gua dah lama tak berbeloging sejak dua empat belas menjak ini. ini menunjukkan usaha gua setadi. ceh. setadi lah sangat. kalau di hitung hari .gua ada lagi lebih kurang tambah tolak 21 hari nak exam besar.

21 hari.

tapi gua tak rasa apa-apa. wadefuf. wadefuf .jadi nafsu belog gua makin lama makin layu. kalau orang-orang kahwin mesti minum tongkat ali. gua tak tahu nak minum apa. nescafe? huhu. dalam menjalani kehidupan gua. gua baru sedar satu perkara pasal diri gua. eyh .takda baru sedar sangat.

gua tak dapat nak bezakan yang mana pink. yang mana ungu! wadefuf.

pink ke ungu ni weh? pink susu? ungu susu?

ni pon gua keliru.

if ditanya first jawapan aku pasal dua2 gambar diatas . jawapan gua ialah ungu dan ungu cair. sigh.salah! gua perasan masalah ni since gua form 4 rasanya.

* * *

masa gua kat saser. gua ada buat lawatan gedik2 pegi seseri. dapat lah jumpa PRS dorang. bajetlah kan nak jumpa PRS. padahal batak pegi sekolah perempuan .kah3. pengakuan berani mati 3 tahun selepas kejadian. seseri . memang tema sekolah dorang bunga orkid. seboleh-boleh semua nama pon orkid. gua tak pasti nama tandas dorang adakah dinamakan dengan nama orkid sapa. harap2 nama orkid orang yang rambut tinggi tu lah.lalala.

ok.gua bukan nak cerita pasal seseri. masa gua pergi. of kos lah gua tegur budak-budak dorang. tanya itu ini .ini itu. pastu gua tanya.

eyh. korang memang tema warna pink eyh blazer ni? semua pon ungu je.kata gua. minah seseri tu buat muka .lepas tengok kiri kanan. dia cakap. eyh . apa pulak pink. ungu la.

* * *

malu.sigh.gua pon kebil-kebil cakap. ungu korang ni dah macam pink dah ni ha sambil berlalu pergi. haih. gua pon tak tahu lah apsal gua ada masalah ni. tapi yang penting gua tak buta warna merah kuning hijau lah. yang paling gua peberet mesti lah warna hijau putih. lagi2 bentuk bulat. eyh. lalala
gambar ni gua cilok dari website seseri. bukan gua nak show off budak2 ni dapat anugerah. keh3. yang gua highlight merah tu lah warna blazer nye. ha. yang tu la yang gua cakap warna pink tu.sigh. eyh. ke yang sebelah dia tu yang pink? eyh. ke dua2 tak?ke yang tudung cikgu tu ungu? aaaaaaaaaaaaa.

ok. gua nak setadi. bye.

Sunday, April 10, 2011

kerja gila dan maharaja lawak.

salam alaik.

"dedikasi ini saya tujukan dekat mak di dapur yang tengah masak nasi lemak pataya tu. kepada adik kat belakang ni. jangan nangis-nangis. kepada kucing saya kat luar tu. selamat beristi rehat dan kepada along kat jamban tu. cepat sikit hoi. nak tercirit dah ni . tak lupa kepada awek tersayang. dengan ucapan . titew tayunk tiew tangat2 . muahhx "

* * *

kerja gila.dan bala. dedikasi di radio yang gua dengar setiap hari memang gua rasa dapat mengurangkan tekanan perasaan akibat exam dan kadang-kadang lagi lawak dari maharaja lawak.ape rasional nya call radio nak wish abang dalam jamban? dan emak dekat dapur? dan awek tersayang? bajet sweet.

meski pun berlandaskan freedom of speech. ekeke. aku rasa orang-orang serupa ini memang takda kerja. apa rasionalnya bagi dedikasi kalau orang yang dituju tak da jauh mana nye pun. memang kerja gila. lagi gila dari cabut ekor beruang. sigh.

* * *

sementara itu . gua dengan ini mengisytiharkan gua sebagai peminat team JAMBU dalam maharaja lawak.jeng3.

kelakar nak mampos gua gelak tengok dorang dua. dorang kurang publisiti. Yus menang juara raja lawak pertama dan tauke no empat rasanya di belakang zizan dan johan. tapi kemenangan Yus dipertikai. orang kata dia tagih simpati dia miskin masa final untuk bagi dia menang. orang cakap johan dan zizan lagi lawak masa tu.gua memang minat johan dan zizan.berdekah jugak. tapi bagi gua. masa siri pertama raja lawak dulu .yus memang deserve jadi juara.

dia orang teater. bukanlah lengkap dengan rupa . tapi bakat lakonan dan mimik muka kelakarnya. memang buat gua pecah perut. lawak nya dengan tauke memang lain dari yang lain. kelas lain. dan darjah lain. nak compare dengan peserta lain. dorang ada style tersendiri.papepon gua harap JAMBU kekal mantap . bagi gua ketawa dekah2 sambil hadapi exam A level. ekkeke.

Saturday, April 9, 2011

kau kan hebat.

salam alaik.

kita memang digalakkan dan boleh buat muka dekat orang yang buat silap.sebab kita kan hebat.orang hebat je boleh buat muka masa orang lain buat silap sikit.sigh.

* * *

Thursday, April 7, 2011

fokuslah!

salam alaik

fokuslah!
main-main tido-tido gelak-gelak.
pastu nak dapat lima belas.
sigh.

FOKUSLAH!

Sunday, April 3, 2011

eksaminasi.

salam alaik.

button untuk eksaminasi seakan akan sudah aku tekan.aku pon tak tahu bila aku tekan.tapi hati dan perasaan ini makin hari makin debar.dua minggu lagi.aku akan menghadapi trial AS.dua minggu selepas itu.trial aku berakhir.seminggu selepas trial.dan peperiksaan sebenar bermula.aku ada lagi 5 minggu untuk melengkapkan ilmu.

kini aku seperti kembali kepada bulan 9 tahun 2009 ketika mode untuk SPM sudah terasa bahang panasnya.semakin hari aku perhatikan.pemberian kismis.kekurangan budak turun riadah.semakin ramai yang mentelaah buku dan penambahan bebudak ke surau.menampakkan tanda-tanda exam makin tiba.

aku masih tak dapat kesedaran.hah.sampai bila entah.harap-harap esok jadi hari aku.

* * *

nah.blog ini makin hari dah jadi macam diari.tunggulah aku ada idea baru.otak ini dah tertumpu pada buku.aku harap esok bila aku bukak buku.tidak buntu macam selalu.

15.here i come.

If you are competing.
you are contender.

if you are fighting.
you are fighter.

if you give up.
you are loser.

if you win.
thats not forever.

if you lose.
thats not the end.

if you fall.
you'll get stronger.

if you rise.
you'll be better.


selamat musim exam semua bebudak kolej mara seremban!

* * *

oh ya.

kepada cik jururawat nur amira syazwani :) selamat menjalani praktikal selama dua bulan di hospital kuala lumpur. i know you can do it! ;) rawat pesakit elok-elok k.heeeee.

Friday, April 1, 2011

I ELTS YOU SO MUCH.

salam alaik.

aku tak tahu lah aku skipping ke speaking english tadi.sigh* muka examinor cina tu macam angguk2.tapi aku tak tahu dia angguk2 faham ke angguk2 mengantuk.aku dapat topik yang boleh kata senang.senang kepala hangguk lah.

*what is your full name?
my name is.

*where do you live?
i live in.

*well.are you studying or working?
study lah.

*what subject do you take in the college?
time ni confident lg.

*how important this subject in your country?
jawab tapi dah start tunggang.

*what kind of books you like during your childhood?
books with diagram.ngehehe.

*do you ever be in air plane?
NO.

*do you think you will use air plane more in the future?
YES.i want to fly.

*what do you think about air plane in future?
merepek.

*describe about family member that you admire the most.
alah. kacang je ni.

*well.do you think extended family in the future will live together?
sory?

*well.do you think extended family in the future will live together?
merapu.

*what do you think about small family and big size family?
potpetpotpet.

*what are the advantage and disadvantage of both?
banyak tanya pulak dah.

*which one has more responsibility?person with no siblings or many siblings?
merapu kuasa dua.

*do you think there will be the change of role of women and men of the family in future?
wadepak.

*who will make the decision in family.why?
of course father.bla.bla.bla.

OK.THATS ALL.

gaya aku tulis macam senang je kan soalan dia.tapi bahasa yang dia guna tadi sungguh ostrolia.tak paham aku.bukan aku takleh jawab.aku tak paham ape dia cakap. =.= ceh.luar bilik boleh la nak relax2.nampak macam happy.ko masuk dlm baru ko tahu lah ketar n betapa pantas ko jawab nanti.kalah usain bolt lah.serius tak tipu bhai.

gudluck lah sape2 yang second batch tu.sepiking lah korang dua minggu ni.nanti menyesal baru tahu.huhu.

SEPIKING.*setel.
WRAITING.
LISSENING.
REEDING.

satu lepas.tiga lagi!

* * *

apsal rasa macam tak amik eksaminasi pon?sigh.