Friday, February 4, 2011

aku kena malu dengan justin bieber.

salam alaik.

baby baby baby uhhhh.
baby baby baby uhhhh.
justin bieber,separa lelaki.separa errr.
baby baby baby uhhhh.
"saya berharap dengan adanya six pack ini.akan menambahkan lagi gene-gene lelaki didalam badan saya.harap semua jantan-jantan di Malaysia tidak malu untuk jadi peminat saya.baby uhhh." - kompas.com

p/s : demmm.baru sedar ni post ke 300th aku.pasal bieber? demm.patut pasal imam muda.

apa itu lomography?

salam alaik.


artikel ini di harap dapat meluaskan pengetahuan orang ramai terhadap basic lomography dan analogue photography. :) 


photo taken using a Lomography camera - Sprocket Rocket. I love this camera much!

" no matter how cheap the camera is , how bad the design is , how old it is , how poor the technology is . human error is still the perfect cause of poor photos. "

" a modern and expensive camera might contribute to production of a better photos but not a better story like the film camera did. "

" once you roll . you can never turn back. once you snap .you can never get back. this is life .it's the truth. "

" treat all cameras equally. like you want yourself to be treated equally by others. "

L o m o g r a p h y .

apa itu lomography?

Soalan ini boleh dijawab dari pelbagai sudut dan perspektif sebenarnya.lomography ialah gerakan dan komuniti pengguna film camera yang gemarkan effect-effect kreatif. Lomography Society diasaskan seawal tahun 1992 oleh sekumpulan pelajar yang menggunakan kamera LC-A (LOMO COMPACT- AUTOMAT) dan sangat menggemari effect unik ,experimental, warna menonjol yang dapat dihasilkan kamera tersebut . sehingga kini , LC-A ialah kamera yang sangat symbolic dengan asal usul penubuhan Lomographic society. kini , ibu pejabatnya terletak di Viena , Austria .Boleh dikatakan banyak negara di dunia ini sudah ada komuniti rasmi Lomography sendiri di negara mereka , tak lupa kini sudah bertapak di Malaysia.

Lomography juga sebenarnya ialah sebuah jenama.jenama untuk camera-camera film dan analog.hasil gambar dari kamera-kamera Lomography tentunya ada trademarknya sendiri , iaitu warna striking , gambar-gambar yang kreatif dan unik..tapi disebabkan kekuatan jenamanya , Lomography tidak lari dari jenama-jenama lain seperti Maggie dan Polaroid. dimana kekuatan nama dan marketingnya mengatasi jenama lain lalu menjadi sebuah "term" yang biasa digunakan untuk merujuk kepada analogue photography, yang khusus menggunakan toycamera , disumbat dengan seketul film dan sangat terkenal dengan trademark pada effect warna yang dihasilkan.



sebagai analoginya , kalau orang nak makan mee segera.kebanyakan orang ,tidak kira brand apa pun yang dia ngap di mulut , dia mesti akan sebut begini ,

"aku rasa nak masak maggie la"- sambil ambil se-pek mee segera jenama mamee.

dan asalkan kamera tu boleh keluarkan instant photo.tak kira jenama apa pun semua dipanggilnya "Polaroid".semua bekas makanan pun akan dipanggil Tupperware padahal Tupperware ialah brand bekas.biasa orang kita akan memanggil semua film sebagai "Kodak" walaupun "Kodak" juga ialah brand.begitu juga Lomography.bukan semua camera analog ialah camera Lomography tapi semua camera Lomography ialah camera analog.


secara mudahnya dan bahasa rakyatnya bagi saya Lomography itu ialah satu cabang seni kreatif fotografi yang menggunakan kamera-kamera film sama ada toy camera, antique film camera atau apa-apa jenis sekalipun film camera dengan effect dan keistimewaan tersendiri yang disumbat dengan film-film unik tertentu untuk menghasilkan foto-foto yang unik dan lain dari kebiasaannya.menangkap objek objek kebiasaan dan menjadikannya luar biasa.gambar dengan warna pekat dan vignette melampau.itulah pengertian lomography bagi saya.


taken with LOMO LCA.



jadi bila saya menggunakan term kamera lomo dalam post bawah ini , secara mudahnya untuk bagi orang faham ialah ia merujuk kepada kamera film , toycamera dan apa-apa saja yang analogue camera walaupun pada dasarnya , bukan semua camera analog ialah camera Lomography tapi semua camera lomography ialah camera analog.

tak faham? baca dua kali.hihi.

jika nak tahu lebih mendalam tentang definisi lomography boleh je official sitenya sendiri.

http://www.lomography.com/about/timeline . kalau malas mohon skip dan teruskan mengunyah keropok untuk mengelak dari mengantuk.

susah ke nak guna kamera lomo atau kamera analog ni?
sebenarnya kamera lomo amatlah senang untuk digunakan.Lomographer yang baru nak mencuba cuma perlu tahu basic nak sumbat film dan basic nak tekan punat di kamera.ahaha.begitulah mudahnya.tak lupa juga beberapa tips-tips yang wajib dipatuhi untuk menghasilkan sekeping gambar yang kreatif.kebiasaannya binaan kamera lomo atau kamera analog sangat simple.tidak complicated dan memeningkan kepala.tetapi segalanya manual.tidak ada skrin sesentuh mahupun digital ok?apa yang uniknya ialah setiap kamera lomo berlainan jenis dari yang lain.jadi semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri.terpulang kepada Lomographer untuk menggunakan kamera mana yang berkenan.

ibarat kalau korang main game Pokemon , lain Pokemon ada kuasa yang berlainan. amboih sampai ke Pokemon analogi aku.


lomo fish eye 2 . comel kamera ni. hihi

mahal ke kamera lomo?susah tak nak dapat dan beli?
dari segi kos,kamera lomo boleh dikategorikan murah atau sedap lagi , affordable.dengan rm100 pun korang dah boleh dapat seketul lomo yang sangat comel dan berguna.harga kebiasaan sebuah kamera ialah sekitar rm100-300.ada juga yang mencecah ribuan ringgit.harga semestinya mengikut jenis kerana setiap kamera lomo ada ciri-ciri yang tersendiri.sekarang ni pun dah senang nak dapat.dah banyak kedai-kedai lomo yang dibuka .tak pun beli saja secara online.kedai yang ada menjual lomo ialah antaranya Photocraft di Sunway Pyramid , The Clickshop di Pavilion , One Utama dan Petaling Jaya. bagi saya ,beli online lebih mudah.tapi harus waspada dengan harga yang kadang-kadang mencekik.cari yang betul-betul boleh percaya seperti ROFLCAM dan Theclickshop.cuba cari di facebook ye?

dekat mana nak cuci gambar?
sudah tentunya dikedai gambar.takkan mungkin di kedai jual ikan.haha.tapi kebiasaannya sesetengah kedai gambar akan letak harga mencekik darah kepada sesiapa yang tak tahu harga average untuk processing film.aku sendiri pernah kena sampai rm25 untuk satu roll film.itu mahal melampau.kita ada pilihan sama ada nak develop dan produce gambar-gambar itu ataupun develop dan scan ke dalam c.d .ikut gerak hati la.haha.tapi ada kedai yang tidak menyediakan perkhidmatan untuk scan ke dalam c.d jadi kedai akan produce gambar tersebut dalam bentuk 4R.

saya lebih gemar untuk suruh kedai develop dan scan masuk dalam pendrive . bila ada bajet lebih , baru produce balik gambar tu .sebab atleast gambar tu dah secure dalam simpanan kita.

apa yang best pasal kamera lomo dan kamera analog?
lomo camera ialah camera yang sesuai bagi penggemar seni fotografi dengan bajet yang rendah.bagi saya gambarnya istimewa.gambarnya mengembalikan nostalgia.warnanya.saturasinya.komposisinya.sangat lain dari kamera digital.kita cuma ada semaksimumnya 36 kali cubaan untuk menekan.lepas ditekan.tidak dapat di-delete seperti digital camera.dan ketika itulah keterujaan akan mula meresap.eksaited bila tunggu filem di-develop.dan bila hasilnya tiba.teruja bila tengok gambar-gambar yang kita inginkan menjadi.dan kamera lomo memang dicipta untuk kejutan.kadang-kadang gambar itu biasa saja.tiba-tiba jadi lawa.hihihihi.excitement! kamera lomo yang murah juga boleh menghasilkan efek gambar yang cantik tanpa perlu pon di edit guna picasa atau photoshop.


camera : Lomography Action Sampler.

dengan kamera lomo jugak.kita boleh buat macam-macam modification sendiri sesuai dengan konsepnya iaitu kreatif fotografi.boleh ubah itu dan ini.boleh tambah itu dan ini sesuka.ada film yang diletak dalam peti sejuk selama dua hari.dan ada juga yang direndam dalam air coke.ada juga lomographer yang melakukan ubahsuai kepada kamera-kamera mereka.ada byk lagi pengubahsuaian yang boleh dilakukan di rumah dengan harga yang sangat murah.kamera lomo itu milik kita.kawan baik kita. 



camera : zenit TTL  , kamera antik zaman Soviet


camera : Lomography Fish Eye 2 , camera dengan lens fish eye


camera : unbrand aquapix camera ,toycamera waterproof berharga rm30.kalau diletak dengan film yang betul , gambar akan menjadi.


camera : LOMO Smena 8m. kamera lomo Soviet yang boleh menempek gambar atas gambar(Multiple Exposure)

lomowall?apakah?
para penggiat lomo biasanya menjadikan hasil2 karya mereka sebagai wall di bilik tidur ataupun bilik mandi.mengikut kesesuaian feng shui.gambar2 ini akan ditempek ke dinding dan menghiasi seluruh dinding dengan gambar dan karya2 kreatif hasil kamera lomo.lomowall memang menarik.ini contohnya :


ehsan google .

cabaran yang dihadapi lomographer atau analogue photographer?
kena perli dekat kedai gambar?itu biasa.ada seorang Apek ni pernah gelak berdekah-dekah bila aku cakap aku nak cuci gambar dari kamera plastik mainan.dia gelak dekah dekah hampir guling sambil cakap kamera aku tiada nilai.DSLR baru ada nilai katanya.dah la boroi apek tu.ok takda kena mengena.haha.itulah yang dihadapi Lomographer.tapi itu sebenarnya rare case aje.ada sesetengah film yang susah nak dapat.dan kadang-kadang terlalu mahal bila nak di-develop.kadang-kadang gambar yang kita harapkan lawa tiba-tiba over gelap dan over terang.kadang-kadang nak tunggu film siap diproses pun sampai makan berhari-hari.ha biasalah tu.itu antara cabaran yang dihadapi oleh lomographer.

ada masa depan ke seni ni?
bukan soal ada masa depan ataupun tidak.tapi soal kepuasan.seorang Lomographer biasanya mengharapkan kepuasan dari gambar-gambar yang ditangkapnya dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada itu.Lomographer biasanya seseorang yang melihat gambar dari sudut berbeza.melihat gambar dari perspektif seni dan bukan sekadar gambar.




kamera lomo kan guna film,baik guna DSLR.boleh delete-delete gambar yang tak lawa.
untuk membandingkan kamera lomo , kamera film dan kamera DSLR bagi aku perbandingan yang tidak adil.masing-masing ada kelebihan tersendiri.dan masing-masing ada kelemahan tersendiri.terpulang kepada setiap individu.Lomography pada saya lebih kepada seni kreatif.saya tidak mempunyai bajet besar untuk membeli DSLR tapi saya suka menangkap gambar.jadi apa saya buat? laburkan duit pada seketul kamera plastik dan menggunakan ia sebaiknya,kerana saya yakin , toycamera yang harganya rm100 pun boleh menghasilkan gambar yang berkualiti.



komuniti lomography di Malaysia?
komuniti lomography dan penggiat film analogue semakin berkembang pesat di Malaysia.antara komuniti-komuniti lomography yang aktif ialah Effekt a.k.a Lomokids dan juga the Lomorangers.tidak lupa juga group seperti Smelly Plastik Fotography group bagi yang betul-betul serius dalam analogue photography .sila ke facebook dan taip saja nama-nama komuniti ini.komuniti lomo sangat mesra.mereka kerap mengadakan perjumpaan dan bertukar-tukar idea tentang teknik dan juga skill seseorang mendapat gambar yang mantap menggunakan kamera yang kosnya tidak seberapa!

akhir kata ,dont think.just shoot!

10 lomography golden rules.


  1. Take your camera everywhere you go.
  2. Use it any time – day and night.
  3. Lomography is not an interference in your life, but part of it.
  4. Try the shot from the hip
  5. Approach the objects of your Lomographic desire as close as possible.
  6. Don't think! Just Shoot (also the credo of Lomography).
  7. Be fast
  8. You don't have to know beforehand what you captured on film.
  9. Afterwards either.
  10. Don't worry about any rules


tak tahu macammana nak bermula dengan lomography? tekan sini.
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/12/lomography-getting-start-1.html

for more information . visit lomography website. tekan sini

p/s : DSLR pon best.contoh nya gambar diatas diambil menggunakan DSLR.tuntas dan pantas.


p/s : semua gambar diatas ialah karya-karya saya.jika ada sebarang soalan.boleh kemukakan di facebook saya.jangan malu-malu.lomography for all!

Thursday, February 3, 2011

i wish and i miss.

i WAS cute.
salam alaik.

oh.i wish.
if i can smell the moment one more time.
oh.i wish.
if i hear the shout out loud one more time.
oh.i wish.
if i can smile freely in the air one more time.
oh.i wish.
if i can jump as high as i can one more time.
oh.i wish.
if i can feel the warm evening one more time.
oh.i wish.
if i can run and run in the rain one more time.

like i did.
when i was 6 years old.
when i was 7 years old.
until form two.
time passing by.days by days.years by years.
all those grass is still there.
green but yet.no more laugh and tears.
of me.of me.of me.

i miss the old playground.i miss all those swings.
i miss 5.00 p.m everyday back to ten years past.
i miss the small drain where id been catching all the berudu.
i miss the small bench.place by which all the out of tune guitars were played.
by me.and myfriends.

it is true.when we grow up.
we will say goodbye to all those things.
tamiya.beyblade.roundess.kejar-kejar.polis sentri.
and we will say hye to new things.
exam.exam.study.exam.study.exam.
we say hye.and we say goodbye.
continuosly.in every second of my life.
goodbye chillhood.
hello maturity.
chillhood wont be back again.
and the memories are there.
deep in my heart.
: ) : )


p/s : tengok kanak2 riang main layang-layang kat taman metropolitan tadi buat aku rasa nak jadi kecik balik.zaman aku pernah jadi jambu air bukan jambu batu.tapi bila time kecik.nak jadi besar pulak.harharhar.

dari paint ke adobe.

tulisan kucing penulis.
salam alaik.

once upon a time.seorang budak lelaki sungguh jeles melihat bertebaran header2 belog yang sungguh mantap dan wow wow bila dia memulakan operasi stalking kira-kira dua tahun yang lepas.pada ketika itu.dia berumur enam belas tahun.masih hingusan.adobe photoshop? apa itu.katanya dengan suara sudah garau.lalu dia meminta seorang kawan maya nya untuk menolong beliau membuat header agar bertambah seri dan berlemak manis belog ini.lalu hasilnyaa.

header pertama belog ini direka oleh illy.illy.sila baca pos ini.terima kasih buat header yang sungguh montel ini.selepas sekian lama header tidak ditukar.pemilik belog setart bosan.tapi dia tiada bakat dalam editing-editing ini.
mengedari pentingnya software paint dalam laptop selain digunakan untuk main-main crayon.header pertama yang beliau buat just guna paint.almaklumlah.tak pandai lagi guna2 ardorbe phortorshorp time zaman muda-muda dulu.hehehe.kerana terlalu dull.dia telah mengerah segala punat-punat yang boleh ditekan di adobe.lalu terciptalah header di bawah ini.

ha.gambar ini ditangkap oleh amin jabar dan mendapat kelulusan beliau untuk dijadikan header belog.penulis menutup muka tanda muka bertambah jambu.batu.ketika ini belog si penulis bertemakan robot dan manusia.ceh.bajet.penulisan entah hapa-hapa.header lebih-lebih.ekeke.ada hal apa?

header ini pula gambar ditangkap menggunakan camera zenit TTL.tidak diubah warna serta tona.cuma ditambah caption diatasnya.penulis rasa header ni antara yang paling dia suka.kerana simple tetapi unik.itu bagi dia.bagi sesetengah orang pula mengatakan header ini meniru freemason.haihhh.

header ditukar lagi.gambar ini dari amin jabar.diedit menggunakan software poladroid dan ardobe phortoshorp.penulis suka header ini kerana gambar ini real dan bersahaja.penulis sedang berkain sarong.dia pakai boxer.hihihi.

merasakan header beliau terlalu besar.beliau menggunakan gambar hasil kamera tiga perpuluhan dua mega piksel nokia 5530 ini untuk dijadikan header.ditambah caption dan diedit serba serbi menggunakan photoshop.kembali kepada header simple sahaja.hihi

dan.

dan.

dan.

dan.

beliau rasa.beliau nak tuka header lagi.

dan.

dan.

dan.

TADA!

*bom bom bom bom.bunyi mercun tander kelap.bom.bom.bom*

menggunakan kamera lomo mata ikan dan seperti biasa di edit menggunakan photoshop.hihihi.penulis suka kedua-dua subjek ini.kakinya gebu dan berotot serta berteknologi nano.bagi penulis.tiada salahnya kita menghias belog ini.setidaknya sejuk mata lensa memandang walaupon penulisannya tidaklah sejejari runcing mana. : D

p/s : ada header yang tidak sempat di save. sob3. kenangan dalam berblogging terletak pada headernya. falsampah si penulis. tak boleh pakai. hihi.

Wednesday, February 2, 2011

mari berbahasa google translate

salam alaik.

IELTS gua bulan empat.jadi gua taknak lama-lama.gua prepare awal.gua tengok budak TESL bukan main rajin lagi.gua budak engine pon nak mendalami b.i jugak.ada hal apa?

I now want to name anas.gua the age of nineteen years. I love this good enough tofriendly with people. dorang said I do love this man. but in a friendly-friendly gua.gua nisensitive. easy to shed tears. eww. I gelinya. guava cave. I like the word because I holdcapub presidential power rangers Seremban (PRS). I remember talk dorang matterwhat. the reason for the cave that position of trust from the gods. one foot caves to heaven. The other side to hell. Today I want berblogging takda motif. I just type andpress this button-nekan because I want to try google translate. I want to see googletranslator can not translate this cave Malay daily in the English south towards Australia. Iwant to see how google translate can translate English sentences in a cave withoutsigns memutarbelitmurugayahkan cave. google translate if you can translate thissentence betul.boleh cave nest cave cock kat kampung.

I was interested lomo. again I say this aromatic mouth capub again and wantedattention. I remember back to swallow and defecate their verses. they actually joking.hihi. I avoid the story. jokes that are sometimes closer kitorang. and sometimes wemereganggakan muscles. eyh. I saw her already smell the food from the ground floor.This belly has also not breathing. let's eat. Come eat salad king

I have poetry.
jog two or three cats.
jogging with the cat
-------------------------------------------------------------------------

salam alaik.

nama gua anas.gua sekarang nak masuk umur sembilan belas tahun . gua ni senang jugak nak ramah dengan orang .dorang kata gua ni senang buat kawan. tapi dalam ramah-ramah gua.gua ni sensitif. mudah mengalirkan air mata . eww. gelinya saya .gua jambu batu. orang kata gua suka capub sebab gua pegang jawatan presiden power rangers seremban ( PRS ). ingat gua peduli apa yang dorang cakap .sebab bagi gua jawatan itu amanah dari tuhan. sebelah kaki gua ke syurga . yang sebelah lagi ke neraka. hari ini gua takda motif nak berblogging. cuma gua menaip dan menekan-nekan punat ni sebab gua nak cuba google translate. gua nak tengok google translate boleh tak translate bahasa melayu seharian gua ni dalam bahasa inggeris arah australia selatan. gua nak tengok sejauh mana google translate boleh translate ayat gua dalam bahasa inggeris tanpa perlu memutarbelitmurugayahkan ayat-ayat gua. kalau google translate boleh translate ayat gua ni betul.boleh bertelur ayam jantan kat kampung gua .

lomo memang minat gua . sekali lagi mulut wangi berkata saya ini capub lagi dan mahukan perhatian . ingat gua telan dan berak balik ke ayat-ayat mereka. mereka bergurau sebenarnya . hihi. gua tarak kisah. gurauan itu kadang-kadang merapatkan kitorang. dan kadang-kadang mereganggakan otot-otot kami. eyh. nampak nya gua sudah terbau makanan dari aras bawah. perut ini juga sudah lama tidak bernafas. mari makan. marilah makan ulam raja

gua ada pantun.
dua tiga kucing berjoging.
joging dengan si kucing borhan.
gua pon dah naik pening.
baca traslate tak menahan.
hehehe.

p/s : google translate tak dapat translate pantun gua.nampak tak ketuanan melayu tu?hahaha

surat kepada abang stalker.

salam alaik.

kau boleh cuba kalau kau mahu.kau boleh usaha bertalu-talu.kau boleh bermadah puitis selagi kau mampu.kalau sanggup kau boleh menunggu.kalau tak malu kau boleh merayu.

buat lah apa saja.apa-apa saja yang terlintas.untuk memenangi hati dia.tetapi kami masih bersama.aku hormati perasaan kau.tapi kau juga kena hormati perasaan aku.selagi aku mampu.aku takkan lepaskan dia.dan dia takkan lepaskan aku.dan sekarang.kami bahagia.tidak perlu kau datang mengganggu.jalani hidup kau.sebaiknya.insya-allah sama-sama bahagia.amin.

terima kasih encik stalker belog.

kau mahukan yang kanan.tapi sesungguhnya yang kiri tidak akan sesaat memberi.
kerana kanan dan kiri sudah sebati.terpateri.

percaya pada what goes around comes around.kau buat begini pada kami.takut nanti kau merasa kembali. :)