Tuesday, March 16, 2010

scholar oh scholar

salam alaik.

busy siot skang ni.
ngan keje tak berhenti henti lagi jual broadband.
and di malam hari sibuk mencari lubang2 biasiswa dan penajaan.
actually aku kesian kat budak2 pedalaman sana.
result da gempak.plus sana.plus sini.
kemudahan ICT kurang.skang isi sume online.
kasihan.kasihan.
aku dah keputusan.
keputusan yang menggemparkan.
maaf biology.
aku terpaksa melupakanmu.
memandangkan ko dpt A-.
aku bagi peluang kat subjek yang lebih menyerlah.
fizik.kimia.addmath.
aku kini mencintaimu.
ahahaha.
oleh sebab aku tension naik ktm yang ari2 lembab and tak punctual.
and perkhidmatannye boleh membuatkan kedutan dan penuaan dimuka.
aku memilih MECHANICAL ENGINEERING sebagai course aku.
aku tahu.
aku tahu.
amat susah lupakan biology.
tapi aku terpaksa.
impian aku?
nak jadikan komuter kat malaysia ni sepantas komuter kat Jepun.
ahaha.
biar orang naik sume mata terbeliak cuz laju sgt.
biar orang naik tak sempat duduk dah sampai.
biar orang naik takyah himpit2 mcm tin sardin cam ayam lg.
biar orang naik tak sempat masuk pintu da tutup da.
nak sangat laju en?
padan muka!
ahahahaha.
:D :D :D
biasiswa?
aku tengok bebudak bukan main isi.
suka plak men isi2 online ni kan?
ahahaha.
aku ada jugak la isi dua tiga.
just doa kalau ada rezeki.
insya allah.

dak2 yang nak apply engineering.
take note tajaan dibawah.

MARA.JPA.TM.TNB.PETRONAS.PROTON.UEM.SHELL.SAPURA.KHAZANAH.

aku tulis je byk.
apply sikit je.
ada idea lg?
mari share.
:D :D

tahniah cuz dah dpt biasiswa SIME DARBY in nursing.
gud luck.and i will pray for your success!
proud of you babeyh!.

Thursday, March 11, 2010

puas.

salam alaik.

datang aku ke sekolah itu penuh dengan berguni harapan ayah ibu.
pulang aku hari ini penuh dengan segenggam kejayaan untukmu ayah ibu.

" Ya Allah , aku panjatkan rasa syukur kepadamu pada hari ini,kerana memberikan aku segumpal nikmat diatas perit jerih yang aku tempuh 2 tahun di sains seremban.Aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku,ibu bapa , guru serta rakan-rakanku.Aku bersyukur aku tergolong dalam insan yang bertuah pada hari ini. "

puas.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
sembilan A dikanan slip.syukur.syukur.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
batch 7 sains seremban .
raksaser.kita memang berbisa.
aku bangga sangat2 ngan korang.
130 straight A.
PNG 0.97.
syukur.dapat balas balik jasa cikgu.
aku happy dapat straight A.
lagi aku happy tengok semua ceria hari ini.
straight A atau tidak.
bukan ukuran hari ini.
yang penting kedudukan itu bertahan.
tetap teratas namamu saser.
alhamdulillah.aku sayang saser.
aku sayang cikgu2.
congrate to all.
bukan kisah apa kita dapat.
tapi kisahkan apa kita buat lepas kita dapat.
peace.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG TAKHTA.

anas saifuddin.
proud saserian.
sm sains seremban.
2008-2009

Wednesday, March 10, 2010

dupdap.

salam alaik.

hati ronta-ronta.
huaaaa.
dupdap sana.
dupdap sini.
tak berhenti.tak mungkin.
aku naek ke x esok?
aku naek ke x esok?
tuhan saja tahu.
10 jam lagi.
yiah.
mengucap weh.
relax.relax.
tapi dah x leh relax.
memang tak leh wat apa.
aku x leh henti menulis.
takkan berhenti.
macammana mahu berhenti?
tunggu result esok hari.
hua hua hua.
sekian.

Saturday, March 6, 2010

sebelasmac.

salam alaik.

UPSR : 3A 2B
sk Taman Ehsan.

PMR : 8A.
smk Taman Ehsan.

SPM : ????
sm Sains Seremban.

woah.fill in the blank.
1? 2? 3? 4? 5? 9?
sebelas mac jawapannya.
dulu mana ada dupdap dalam dada.
sekarang dah tak berhenti lagi impulsenya.

anas.anas.anas.
reda sajalah.
kau dah usaha.doa.tawakkal.
ada rezeki adalah.takda rezeki bukan mati.
tunggu.Allah akan bagi.
tarik nafas.hembus.tarik nafas.hembus.
nama kau tak disebut?
tak pa.anas.tak pa.
tabah.tabah.
ok?
ok?

p/s : dalam hati tak sabar gila nak pegi sekolah.tapi rasa nak mati nak tahu result.

Sunday, February 21, 2010

anas dulu dan kini. versi 2

salam alaik.
INI WAJAH MEREKA:).
DULU.
2006-2010.
morrison.
gitar tong.

KINI.
2010-
pyramid.
Boldsemi acoustic.

anas dulu dan kini versi 2.

melodi.seni.muzik.
semua ada dalam gumpal hati aku.
aku amat suka benda2 berseni.
tidak kisah seni apa.
asalkan dieja S, E, N, I.
dan bagi aku. seni muzik paling dekat.
ini cerita aku.

tahun 2006.
masa ni aku di tingkatan 2.
ketika ini aku mula bergitar.bukan bergetah ok.haha.
gitar pertama aku morrison.haha.macam dah byk je gitar kau.
itupon gitar tu abang aku yang bagi.baik hati.
aku mula lah explore bunyi-bunyian.
2 minggu pertama amat suck.
jari jemari hancur-lebur.
rekah-rekah.sakit.
hilang kelembutan ulir-ulir jari maskulin ini.

aku mula belajar sendiri.takdalah pegi kelas seperti anak org kaya.
beli buku gitar rm5.duduk dalam bilik.belajar la sendiri.
lagu pertama aku maen lagu OAG-biru.
ahaha.lawak bila diingat.
nak tuka tangan macam cacat pon ada.
haih.kenangan.
dengan gitar lusuh buruk itu aku tak kesepian.
hari2 mesti kena sound ngan mak aku cuz buat bising.
mak aku paham.remaja.

tahun 2007.
aku di tingkatan tiga.
aku mula berjinak dengan bilik jamming.
ahaha.ingat lagi first time jamming.
bilik kecik sumbat belas2 budak hingusan.
mmg hancur lah first time tu.
maen pon takda goreng2 lg.chord basic je.
ketuk drum mcm ketuk kompang.
bunyi gitar pon sumbang.
maklumlah. first time pegang gitar letrik.
macam biasalah partner aku.
dulu kini dan selamanya.
zul , abu ngan apar.
sampai matilah.

aku mula explore lagu2 baru.
tahun 2007. aku mula buat lagu sendiri.
wakakaka.lawak.sumpah.
bila dengar balik rasa nak menangis.
menangis gelak.tapi aku tak buang.
bagi aku itu kenangan.
ngan zul apar ngan abu.
kitorang maen rakam2 lagu tepi padang.
padang yang byk taik.siot.
haha.last2 bukan dengar pon.delete.

tahun 2008.
aku di tingkatan empat.
masa ini.aku mula berjauhan dengan gitar lusuh buruk aku.
aku di sains seremban.
yelah.junior.tak berani bawak gitar lagi.
kadang2 je pegi dorm A205 cari gitar Pesot.senior aku.
sempoi lah dia.ada jugak buat persembahan ngan dia.
tapi kesian Pesot.gitar dirampas.barang larangan.
aku kenal sipot.dia pon bergitar jugak.bukan bergetah ok.
hahaha.
gitar aku kian berdebu di rumah.takkan kucing aku nak maen kot.
hahaha.chord2 and note banyak aku dah lupa.sedih.

tahun 2009.
aku di tingkatan lima.
yiah.sudah senior.tapi masih takut nak bawak gitar.
last2 bawak jugak.
aku , sipot , kong dan apeng , shin , masa outing pegi jamming.
havoc jugak.walopon takda absorber bilik jamming tu.
pekak gegendan telinga dan cochlea.
pukul 2 pagi.distor dewan putera.
aku dan kong masih memetik gitar.masih ingat.
paling diingat masa hari guru.
aku sipot dan kong wat persembahan.
diiringi budak gila-gila form 5.
hahahaha.gitar aku dan sipot bersatu.
wakakaka.
spm mula dekat.gitar aku dah tinggal.
buku.buku.

tahun 2010.
aku di tingkatan rumah.
aku mula rapat balik dengan gitar lusuh buruk aku.
rindu.tapi aku rasa.sudah tiba masanya aku beralih.
empat tahun dengan kau.
biar kau berehat pulak.
dan ketika itu.aku beli kau.
Pyramid.mahal.
mak aku marah2.dia ckp membazir.
bagi aku kepuasan.
nak juga ada gitar sendiri.
sebelum ini abang bagi
jari jemari aku tak sakit lagi.
sedap petik2.geletek2 gitar tu.
puas.hehehe.

p/s : mak aku beli CD waliband???tak percaya.tak percaya.
p/s : aku amat fobia nak tune tali bawah sekali.gila cuak.sumpah.kalau putus abis muka aku.

Friday, February 19, 2010

jika.



salam alaik.

jika anda ternampak objek diatas.
ingat.kami bukan mahu menakutkan anda tau.
jangan la lari.usah jauhkan diri.
kami bukannya mintak sedekah.
atau atau.mintak couple.
kami tak paksa pon anda sign up.
atau atau.anda beli.
kami consult orang yg mahu.
tak mahu tak mengapa.
atleast jangan buat muka.
kami hanya mencari rezeki.

usah pandang buruk tau.
bukan haram pun kerja kami.
kami senyum.anda senyum.
ok? ok?
tak perlu muka ketat.
tak bernilai pon keketatan tu.
hehe.

jadi.jika jumpa objek ini.
anggap ia hanya orang yang mencari rezeki.
ok?ok?haha.
ubah tanggapan.baru otak segar.
sekian.
:D :D :D

p/s : aku tahu korang kalo nampak booth mcm ni korang mesti jauhkan diri.especially girl2 yg bajet cun.ops.maaf.aku pon camtu gak dulu.tapi sekarang tidak lg.aku phm perasaan mereka.