Wednesday, May 30, 2012

Malaysia hari ini.

salam alaik.


semua gara-gara kritikan beliau mengenai duit yang terlalu besar digunakan untuk membeli sebuah nombor plat kereta yang bernilai sekitar rm500 , 000 .

di ugut pancung dan bunuh isteri dan anak beranak.

indah juga kalau ugutan sama dituju pada si pemakan rasuah dan pelesap wang rakyat.

oh Malaysiaku.


Tuesday, May 29, 2012

woah.

salam alaik.



haha. aku tak tahu la nak bagi reaksi apa.tak rasa marah langsung pun. just rasa macam woahh. that feeling when random people use your photo as their default picture .aku tak kenal kau. kau tak kenal aku.

tak rasa marah pun. nak marah buat apa. hahaha. aku tak rasa dia melakukan kesalahan. tapi just ada bibit2 senyuman juga bila tengok gambar kita diguna oleh orang yang tidak pernah kita kenali lagi ketahui.

sesungguhnya karya dan bakat itu milik tuhan seadanya. bukan milik saya. :  )

gambar asal.

model : syed alvin
pemilik topeng : amin jabar
pemilik benda warna warni : diri sendiri
film : lomo xprochrome 100
camera : Superheadz UWS (film camera)
tempat : pelabuhan klang
masa  : menjelang asar


: )

p/s : dah lama tak beranalog photography. lepas habis Alevel mungkin.
p/s : aku pun selalu juga ambil gambar dari Google. tapi lepas ni aku akan kredit dari mana sumber gambar itu.
p/s : perasaan itu bila hanya orang yang tak dikenali.kalau member2 pakai takda la rasa apa pun.

Saturday, May 26, 2012

the thing that made your day.

salam alaik



if it is real , im touched. very much.
terima kasih Pak A Samad Said.

Friday, May 25, 2012

Tapak.

salam alaik.

terima kasih Puisi Jadi Senjata kerana menerima karya saya untuk diterbitkan dalam siri dua Puisi Jadi Senjata II : Demokrasi Terdera. saya anggap ini sebagai titik tolak dan tapak untuk saya bergiat lebih aktif dalam penulisan bebas.

saya tidak mampu untuk berarak di jalanan , menjerit dan bersama-sama turun kerana pelbagai keterbatasan.tapi saya tidak pernah lekang menyokong keadilan.

terima kasih!


siri baru Puisi Jadi Senjata ,


Pak A Samad Said melancarkan buku ini pada 25 Mei 2012 di program Rock The Youth.

apa itu Puisi Jadi Senjata? sila buka sini , http://puisijadisenjata.blogspot.com/

Tuesday, May 8, 2012

sudah tiba masanya.

salam alaik.

oh.hai.hari ini 8 May. esok 9 May. esok aku akan memulakan peperiksaan Alevel untuk kali terakhir.kini hanya mampu berdoa dan bertawakkal.moga-moga Allah beri ilham dan bantuan.moga-moga Allah makbulkan doa.moga-moga Allah tidak hilangkan ilmu yang ada.tidak ada pihak lain yg aku ingin banggakan. selain mak dan abah.dan tak lupa keluarga.

dan inilah masanya.masanya sudah tiba.

* * *

oh.sebelum tu ,

















Lomo Fish Eye 2.

terima kasih KMS. terima kasih kawan-kawan.terima kasih atas semua kenangan. minta maaf atas segala keterlebihan dan kekurangan.goodluck pada semua! aku ingin tutup kisah di sini dengan tiket.tiket penerbangan ke Australia. Amin.


"everything will be fine at the end. if it's not fine. its not the end. "


p/s : mohon kawan2 doakan ye. mohon juga dihalalkan semua.