Saturday, January 29, 2011

tiada nafsu.

@dusun eco resort.
titi ni memang diiktiraf sebagai titi paling mencuakkan peringkat negeri pahang.

salam alaik.

betul kata abu.dalam kehidupan.kita cuma ada satu jalan.bila kita dah lalu.kita tak dapat nak patah rebah balik.kita cuma ada pilihan untuk menyerah kalah atau lawan dengan tabah.pilihan nombor satu memang loser.tapi pilihan nombor dua buat ramai orang kecewa.

kalau kau dah pilih satu jalan.takpayah nak menyesal sesal pendapatan bertan-tan.takda guna.harung perlahan-lahan.tak perlu laju2.gear 2 sampai habis pon takpa.janji kau sampai.kadang-kadang kita tak perlu obses sangat kejar kejayaan singkat.eksaminasi contohnya.tak dapat markah tinggi tuk certain exam terus monyok macam kena sampuk.mestilah frust.tapi tak perlulah mengungkit kegagalan tu.contohnya cenggini."aku bodoh dow.tak macam kau,pandai".macamlah bodoh kau tu kekal sampai mati.bodoh kau tu akan say goodbye dengan syarat sah kau berusaha.kalo duduk tepi longkang hajat hati nak pandai seratus lima puluh juta tahun pon tak pandai pandai.ini contoh.

nanti terbenih dalam hati pembaca ayat mcmni. " gila poyo anas.bajet kau pandai je" tolong jangan buat ulasan macam utusan malaysia terhadap statement aku.aku cakap contoh.ok?contoh.aku pon refleksisologi timbal balik dengan apa yang aku coret tanpa carut ni.kita ni terlalu banyak bercakap tapi tak berubah kan?contohnya esok aku nak sembahyang subuh kat surau.tapi tido separa koma tak bangun2.dan mission fail.berulang kali fail.padahal kita ada azam.mana silapnya?

pada cara.kita nak berubah tapi cara kita salah.kita ada azam.kita nak solat subuh kat surau.hari-hari berazam.tapi hari2 tidur tunggang langgang.tak niat betol2.kerja bergayut.mana nak bangun solat kat surau.ohh.sungguh tertembak kediri sendiri aku hari ini.tidak ada apa-apa.self motivation sangat membantu.tak percaya cubalah.

kau tak perlukan orang lain untuk motivate diri kau.sebab orang yang paling mengenali kau adalah diri kau.ok.aku pon tak tahu apa aku dah merepek.tiba2 macam terpanjang padahal aku seakan tiada nafsu nak berbeloging.tapi tiba-tiba jari menekan-nekan.ada hal apa?

p/s : aku harap hijau terus mengambang walaupun biru dengan dacingnya semakin karat mengeluarkan isu.

Tuesday, January 18, 2011

huruf.

salam alaik.

kalo otak aku ada perisian google seach .dalam otak aku sekarang penuh kalo dengan perkataan

pujuk dia , aku sayang dia , heksagon , arhhh tak paham , mural bila nak buat , sibuk macam saser lagi , shit , duhhhhhh , PRS , i love you , aku nak 15! bila nak terbang ni!

Sunday, January 16, 2011

hijau bumi tuhan.

salam alaik.

semalam.aku.mira edoora me luv.amin jabar otai photograher dan momoe the lomographer ke bendang sawah padi untuk mengekspresikan hijau bumi tuhan.hahaha.drive dari kepong amik budak nursing tu and then konvoi dengan budak kancil merah sampai kuala selangor.gua yang dah duduk lama kat k.l pon jarang pergi sana.panas nak koma smalam pegi sawah padi pukul satu tengahari.tapi puas hati la.then petang2 sket tengok kera2 berdondang sayang dekat bukit melawati.gua baru nak open pisang goreng dah semua kera naik gila.HAHA.tak cukup makan kau ni.

amaran : gambar di bawah bukan karya aku. ini semua karya amin jabar .penangkap gamba amatur yang gempak gilak. salute kat kau lah amin jabar!samat ari jadi.HAHAHA.







happy! : )
gamba dari fish eye dan lomolitos dalam perjalanan untuk dicuci.harap maklum.hahaha.

sila pergi facebook lalu taip amin jabar dgn gambar budak pakai spek kurang kiut. add dia kalo nak belajar photography! hahaha
p/s : ada budak tu da minat ngan lomography.wow.

Thursday, January 13, 2011

otak gua padat dan mampat.

salam alaik.

sejak dua empat belas menjak ni, otak gua dah jadi padat dan mampat maksimum. gua dah setart rasa beban kerja dan tugas , antara belajar dan tanggungjawab.gua tak la sekaliber mana pon. tapi mereka dah bagi gua mandat jadi ketua .gua terima seadanya. gua ingat kata-kata kawan gua.

"amanah yang kita pikul , bukan cikgu or kawan2 yang bagi kat kau nas, Allah yang amanahkan"

ya.ayat dari teman gua bernama awie ni yang buat gua kental bertahan dan selagi gua mampu. gua harung perlahan-lahan. cakap soal kepimpinan . bagi gua. semua orang pon ketua. semua orang ada tanggungjawab . kita ketua diri kita. gua bukan tacing . tapi gua rasa macam nak bagi tumbukan separa padu bila ada mulut busuk yang kata gua bukan ada kerja pon .nama je ketua. tak pon ada la dua tiga yang mungkin sesemula jadinya membusuk dan mengata. bagi gua itu normal .

kita tak boleh bagi semua orang depan belakang atas bawah kita suka dan boleh terima kita. akan ada seorang dua yang ganjil. itu lumrah . gua tempuh . pengalaman gua jadi ketua setart masa gua darjah enam hingus meleleh.masa tu gua dapat jadi ketua pengawas. tapi sumpah gua cakap gua tak tahu apa gua buat masa jadi ketua. tahun first gua dilantik jadi pengawas. gua dipilih.tapi gua tahu. kepimpinan gua hancur gila masa tu. dah you pi ass ar gua hancur lebur.

manusia memang kena belajar dari kesilapan.kesilapan bagi gua ialah cikgu sejati.tak salah untuk kita buat silap. tapi jadi kesalahan kalau kita ulang kesilapan kita. antara kita ada yang masih jatuh. ada yang bangga di puncak , ada yang sedang balut luka lama dan ada yang menahan pedih. lepas gua menyepi tiga tahun meniti PMR, gua masuk asrama . dan gua dapat amanah lagi. gua jadi presiden PRS . masa ni gua cuba bangkit dan tak ulang silap masa gua darjah enam dulu bila tugas dan study digabung dan meletup .alhamdulillah . gua dapat imbangi . tapi gua still menyesal sebab gua rasa tugas gua .gua tak handle dengan baik. tapi gua dah cuba.

menyesal bukan ubat pelali kegagalan. bagi gua menyesal boleh bagi kita bukak mata dan hati untuk kita singkap salah.tapi untuk berada dalam kotak sesal lama-lama.gua rimas. masuk kolej , gua bosan tanpa aktiviti. jadi gua join PRS balik . gua tak sangka sangat-sangat gua dapat satu lagi amanah penting jadi presiden PRS buat kali kedua di alam lain . bagi gua , mungkin ini peluang Allah bagi untuk gua tebus kesalahan lalu.

berat. tugas mana yang tidak berat. tapi gua cuba . gua masih mencuba sampai hari ini. dan gua mulakan tugas gua tahun ini dengan senyuman .gua cuba habiskan dengan senyuman jugak. dalam otak kolej gua dah terpecah dua. antara study keenjinan dan tugas. gua cuba imbangi .harap-harap gua mampu.

gua hanya menulis.menulis cuma ekspresi sedapkan hati tenang diri. :)

Sunday, January 9, 2011

jalan-jalan buncitkan perut, #1




dari camera film antik, zenit TTL.
subjek : boss dan kuza.

salam alaik.

lokasi : tengah bandar seremban yang panas hot hot berdekatan piza domino.

macammana nak pergi? : dinasihatkan ada pengangkutan sendiri sebab teksi seremban tak berapa betul sangat dia caj.suka hati perot buncit dia je nak cas berapa!

nama port buncitkan perut : haji shariff cendol and corporation.

kepakaran : cendol lemak manis santan muda dan rojak mee kaww.

harga : tidak boleh dirunding.

kepuasan :
1) bila jalan dekat 1.5km dari kolej ke tempat kejadian dan cendol masih ada.
2) cendol cukup rasa dan lemak manis.dihidangkan dalam mangkuk besi.baru kaw.
3) bila minum masa musim panas sepanjang tahun dekat soromban

ketidakpuashatikan :
1)bila jalan dekat 1.5km dari kolej .kedai dah tutup.
2)perot kenyang penuh cendol. jalan patah balik kolej haus balik. last2 minum kat dewan makan.
3)tahun ketiga duduk seremban baru tahu ada kedai cendol yang sedap.

berapa bintang : bintang 386 tanda restoren mamak.

p/s : gua dah tolong promote.taknak bagi gua cendol jagung free ke abang sharif?

Tuesday, January 4, 2011

tiga belas.



holga 120 cfn plastik fanstastik wow wow. : )
salam alaik.

alhamdulillah. aku daki dan panjatkan kesyukuran kepadamu ya Allah.akhirnya kini aku dapat bangkit.bangkit untuk kali ini.tidak tahu peperiksaan esok lusa tulat bagaimana.cuma cukup rasa puas pada saat ini.kerana aku dapat bangkit.bangkit untuk kali ini saha.tidak tahu peperiksaan esok lusa tulat bagaimana.

dulu aku cuma lima. kini merasa aku tiga belas.tapi tidak tahu sampai bila.sampai kemana.cuma pada saat ini.aku puassss.tidak mahu riak.cuma rasa puas. dan mahu seperti ini sehingga akhir perlumbaan.
from 5 to 13.
one word.PUAS. :)
alhamdulillah syukur.

Sunday, January 2, 2011

aku budak sekolah.


kolej antik mara seremban*using lomo smena 8m.
salam alaik.

yahh.aku masih lagi budak sekolah lagi.dan aku happy.form 7 keenjinan tahun ini.bangun pagi-pagi lepas subuh tido lagi.pukul tujuh bangun lagi pergi mandi gosok gigi.sarung baju kemeja tuck in setiap sisi. , slack hitam dan kasut hitam setiap hari. rambut sikat tepi berbeg galas dari pagi. pergi dewan makan nasi ,rezeki baik ayam kari. masa ikan semua lari. makan sepinggan dua. tak cukup kenit mata lagi. kat makcik D.M mintak simpati.

tak cukup makan pergi koperasi .tibai roti dan coki-coki. ha.jangan lupa dobi. masuk kolej mana guna tangan lagi. tak 19 lah gini.pergi kelas gelak-gelak hi hi hi hi. tido separa mati. cekgu datang kaver sendiri. dapat homework hari-hari . kata nak terbang tinggi . homework mahu kasi lengkap .baru berprestasi tinggi. petang-petang layan futsal kalo kalah duduk tepi. tunggu giliran macam nak mati. last-last terbenam lagi matahari. takpe. esok ada lagi. malam ada usrah ramai nak lari. lahoma sekala skali gelak gelak hi hi hi hi. cukup masa pegi wispi . bajet study .depan buku laptop mp3 . memanglah masuk apa nak study.

hoyeahhh.sekolah lagi.sekolah lagi.best jugak bila diamati. hidup cuma sekali .sekolah berkali-kali.

Saturday, January 1, 2011

penangan camera vintage.ada berani?

salam alaik.



ZENIT TTL.



FED 5



lomo smena 8M.

HELLO DUA KOSONG SATU SATU.
aku mengharapkan tahun yang awesome wow wow.
oh ya.for more pictures , kindly visit my facebook. =) lomo on!
semua gambar ditangkap menggunakan kamera film tahun 80 dan 90 an.
harap maklum.

*to my super love camera , zenit TTL . akhirnya kau pergi jua selamanya. meninggalkan aku dalam ketegakan. mengharapkan kau masih ada. aku tahu aku ini penjaga yang pincang . berjimba-jimba jatuh air mata kau ketika aku menjagamu.debu tidak ku halang.dan aku membelai dikau seperti aku membelai penyokong indonesia. aku mintak maaf. dikau kamera terhebat. T.T
ZENIT TTL. rest in peace. 1980-2010.

klik untuk ALBUM FED5.