Saturday, March 27, 2010

kepada sipot.

salam alaik.

warning : kami bukan gay.



salam alaik.

ko jaja aku en kat blog ko.nah.amik ko.
ahahaha.
kiri.air watercooler saser.
kanan.air mineral anas.

sipot minum yang kiri.
anas minum yang kanan.
hasil?

ahaha.
sama ja.
dua2 hidup lagi.
:D

lawa seh dorm aku.lalala.

Monday, March 22, 2010

kepada katil aku.

salam alaik.

this post is tribute to katil aku kat sains seremban.ahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.tak boleh baca.baca.dah baca.baca.
A202-07




kepada katilku,

aku amat2 merindukanmu.bantal.selimut busuk aku.cadar.gambar acha.dan juga conteng-contenganku.baru kini aku sedar.bagaimana aku harus menyayangimu.walaupun kini aku tido empuk dikatil rumah.kau tetap aku igt.sebab kaula aku kantoi hp ngan cekgu shahrul.ahaha.kaulah tempat aku bergayut malam2.dengan.dengan.sesape jelah!.kau jugak tempat aku mengintai budak2 kampung belakang yang tak abis2 baling mercun dalam sekolah.sakai tol.nasib baik mercun tak masuk dalam dorm.kalau tidak.abis kau.kau jugak saksi kepada pertelingkahan rumah tangga yang berlaku belakang sekolah yang membabitkan suami curang dengan isterinya memalam buta.sampai dak saser sume tak tido nak dgr.tp.tp.aku tido.maaf.maaf.

oh ye.aku takkan lupa saat2 study didadamu.walaupun mesej lg byk dari study.tapi sebab kat blog aku tulis la study.tp.da kantoi.takpa.aku takkan lupa setiap hari sabtu.ada spotcheck dorm.tp.tp.takda spotcek pon.sebab mad yg jage dorm aku.kekadang je cuak uncle(HEM) check.yela.selimut tak penah pasang.pakai selimut busuk dari rumah je.ahaha.oh ye.mereka tak tahan ngan selimut aku.mereka kata busuk.tapi aku kebal nyamuk memakai selimut itu.tp.tp.last2 siput tido jugak ngan selimut aku.mungkin sebab dia tak tahan kena gigit nyamuk kot.

ahahaha.oh katilku.baru kini aku mengingatimu.kini.kau dah dengan org laen.tp.tp.tp.aku bangga pernah tido didadamu.wakaka.kerana kau katil keramat.siapa penghuni semua stret A.oh.lupakan.kau jugak tempat aku menconteng-conteng.dah macam diari dah kau.macam2 aku conteng kau kan?tp.tp.tp.kau tetap sabar.mmg la.kau katil.bukan ada perasaan.

oh katil.kau nak tahu tak masa malam last aku tido disisimu.aku menangis.oh.tipu.hampir.sebab esoknya paper kimia.mengingatkan dua tahun kita bersama.aku sedih.aku sedih.oh katil.aku tahu.aku tidak lagi boleh tido diatasmu.tp.tp.tp.aku nak kau tahu.kau katil terhebat.8 tahun kau berjasa.aku bangga.aku bangga pernah tido diatasmu.sumpah.sumpah aku bangga.

kini.aku harap kau bahagia.walaupun kau tidak lagi bersama aku.

terima kasih.
semoga kau kebal tak kena makan anai2.
oh ya.kau besi.lupa.

yang benar,
ANAS.
A202.TUAH.saser.

Sunday, March 21, 2010

anas dan seorang pakcik misteri.

kucing aku capub.
salam alaik.

selepas versi anas dan seorang buta yang agk misteri
kini anas kembali dengan kisah bersama seorang pakcik.misteri jugak.
ahahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.

"tiba2 aku dikejutkan dengan kehadiran seorang pakcik berbasikal tua dan secara tiba2 meletakkan sebuah buku diatas booth aku.tanpa berkata apa2.dia berlalu pergi."

ecece.bajet suspen.

lokasi : PANDAN JAYA.
watak : Anas , Asree , abg Asree , Pakcik misteri.
suasana :bosan dan panas dan bosan.

sedang aku melontarkan lunak suara ke udara untuk menegur orang supaya singgah di booth celcom broadbandku , seorang pakcik yang agak2 emas bersama isterinya lalu di hadapan boothku.walaupun pakcik tersebut macam takda harapan nak beli,kami diajar untuk tegur sesapa saja yang melintas lalu asree pon menegurnya.

Asree : pakcik.celcom broadband pacik.free modem.takda contract.
Pacik : ha.apebenda plak ni?percuma?.ha cite2.

pakcik tu berhenti.Asree pon present.mungkin broadband itu untuk isterinya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan.haha.sweet.ok.pendekkan cerita.Asree pon menyambung.

Asree : jadi cik.harini saye collect seratus je registration fee.
Pacik : 100??celcom dah kaya pon collect seratus ke?

Asree cuba mempositifkan pacik tu.aku cuba memback up.tp tak dibenarkan pacik tu.dia suh asree yg jwb.dari loghat bunyinya.aku tahu pacik ni seorang kelantan.lalu aku menggunakan kelebihan aku.

Anas : bukey gapo pocik.100 rhiya ni cumo nok daftar jo.dop mahal.modem bagi percumo.doh jimak banyok doh.*bukan apa cik.100 ni tuk daftar.tak mahal.modem dah bg free.dah jimat k bukan jimak.. byk*

Pacik : toksey la ambo.tok kesoh modem free.hok keno byar seratus tu jah.*tanak la saye.tak kesah pasal modem.yg kena byr tu je*

Anas : 100 bukey tok celcom pocik.bla..bla..bla.*.jawapan ni aku taleh bgtau.sulit dan persendirian.haha.*

Pacik :tolak 10 markah! u must not answer like tat to customer.must be smart! lagi 5 markah tolak lepas ni.i dont buy.

Tkejut gak aku.mcm pertandingan soal jawab pon ada.men tolak2 markah plak ni.yang aku pelik asyik tolak je.tak tambah2 pon.ahaha.

Anas : berpeluh.dalam hati(aik.speaking plak pacik ni).anas menjawab lagi dengan hemah.bla.bla.bla.

Pacik : tolak lagi 5.awk taleh ckp mcmtu.bla.bla.bla.(sesi ceramah bersama pacik misteri).where u get the knowledge?

Anas : by training.everyday we have training session.

Pacik : not enough!!u must read! smart person will always read! not only hear and follow some one!get a book n read k?

Anas : senyum.senyum.

Pacik tu berlalu.aku tak kisah dia tak beli.sudah biasa.tapi.tapi.ayat dia agk pedas.dia suruh aku membaca.tapi buku apa??

----------------------------------------------------------

ok.Aku , asree n abgnya kepiluan.ahaha.aku terfikir.siapa dia?gaya dan percakapannya amat profesional walopon bajunya lusuh.jam 3.asree dan abgnya pergi solat.tinggal aku kesorangan.

tiba2 aku dikejutkan dengan kehadiran seorang pakcik berbasikal tua dan secara tiba2 meletakkan sebuah buku diatas booth aku.tanpa berkata apa2.dia berlalu pergi.

yiah.pacik yang sama.tapi kali ini dia berbasikal.aku terkesima.tapi aku mengejarnya.sumpah aku lari kejar dia.yang aku pelik macammana aku tak dpt kejar warga emas yang berbasikal tua.
haih.aku teliti buku tu.

CREATIVE SELLING.gambar diatas,dah buruk da buku tu.

itu nama buku itu.pakcik itu berlalu.dan tak pernah kembali.buku itu sungguh tebal.bahasa orang putih semuanya.didalamnya penuh skill of selling.aku terkesima lagi.siapa dia?didalamnya tertulis.

"the three of you.please photostat three more.this copy shall be the waste for others.When others get one,which shall be his master.make copy for others.so that it acting as master copy as well."

"treat this book with care and respect".

woah.terkejut aku.tetibe dapat buku tu.kalo dia bg buku how to tackle a woman ke.tak pe r gak.ni how to be a better salesman.hahaha..tapi aku bersyukur.dapat gak la selakselak.selak bukan baca.dol.ahaha.aku baru baca introduction je.wakaka.btw.pakcik tu misteri.mmg misteri.dia letak and terus pecut basikal dia.camna aku taleh kejar beskal dia pon aku tak tahu.

kepada pacik misteri.kalau pakcik baca blog saya.saya rindu pakcik.tu je.takda laen.wakaka.

p/s : aku masih bingung camna aku taleh kejar basikal dia.

Tuesday, March 16, 2010

scholar oh scholar

salam alaik.

busy siot skang ni.
ngan keje tak berhenti henti lagi jual broadband.
and di malam hari sibuk mencari lubang2 biasiswa dan penajaan.
actually aku kesian kat budak2 pedalaman sana.
result da gempak.plus sana.plus sini.
kemudahan ICT kurang.skang isi sume online.
kasihan.kasihan.
aku dah keputusan.
keputusan yang menggemparkan.
maaf biology.
aku terpaksa melupakanmu.
memandangkan ko dpt A-.
aku bagi peluang kat subjek yang lebih menyerlah.
fizik.kimia.addmath.
aku kini mencintaimu.
ahahaha.
oleh sebab aku tension naik ktm yang ari2 lembab and tak punctual.
and perkhidmatannye boleh membuatkan kedutan dan penuaan dimuka.
aku memilih MECHANICAL ENGINEERING sebagai course aku.
aku tahu.
aku tahu.
amat susah lupakan biology.
tapi aku terpaksa.
impian aku?
nak jadikan komuter kat malaysia ni sepantas komuter kat Jepun.
ahaha.
biar orang naik sume mata terbeliak cuz laju sgt.
biar orang naik tak sempat duduk dah sampai.
biar orang naik takyah himpit2 mcm tin sardin cam ayam lg.
biar orang naik tak sempat masuk pintu da tutup da.
nak sangat laju en?
padan muka!
ahahahaha.
:D :D :D
biasiswa?
aku tengok bebudak bukan main isi.
suka plak men isi2 online ni kan?
ahahaha.
aku ada jugak la isi dua tiga.
just doa kalau ada rezeki.
insya allah.

dak2 yang nak apply engineering.
take note tajaan dibawah.

MARA.JPA.TM.TNB.PETRONAS.PROTON.UEM.SHELL.SAPURA.KHAZANAH.

aku tulis je byk.
apply sikit je.
ada idea lg?
mari share.
:D :D

tahniah cuz dah dpt biasiswa SIME DARBY in nursing.
gud luck.and i will pray for your success!
proud of you babeyh!.

Thursday, March 11, 2010

puas.

salam alaik.

datang aku ke sekolah itu penuh dengan berguni harapan ayah ibu.
pulang aku hari ini penuh dengan segenggam kejayaan untukmu ayah ibu.

" Ya Allah , aku panjatkan rasa syukur kepadamu pada hari ini,kerana memberikan aku segumpal nikmat diatas perit jerih yang aku tempuh 2 tahun di sains seremban.Aku bersyukur kepadaMu kerana memakbulkan doaku,ibu bapa , guru serta rakan-rakanku.Aku bersyukur aku tergolong dalam insan yang bertuah pada hari ini. "

puas.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
sembilan A dikanan slip.syukur.syukur.
alhamdulillah.tak tahu nak ckp macammana.
batch 7 sains seremban .
raksaser.kita memang berbisa.
aku bangga sangat2 ngan korang.
130 straight A.
PNG 0.97.
syukur.dapat balas balik jasa cikgu.
aku happy dapat straight A.
lagi aku happy tengok semua ceria hari ini.
straight A atau tidak.
bukan ukuran hari ini.
yang penting kedudukan itu bertahan.
tetap teratas namamu saser.
alhamdulillah.aku sayang saser.
aku sayang cikgu2.
congrate to all.
bukan kisah apa kita dapat.
tapi kisahkan apa kita buat lepas kita dapat.
peace.

SASER NAMAMU TERATAS.
TAKKAN SASER HILANG TAKHTA.

anas saifuddin.
proud saserian.
sm sains seremban.
2008-2009

Wednesday, March 10, 2010

dupdap.

salam alaik.

hati ronta-ronta.
huaaaa.
dupdap sana.
dupdap sini.
tak berhenti.tak mungkin.
aku naek ke x esok?
aku naek ke x esok?
tuhan saja tahu.
10 jam lagi.
yiah.
mengucap weh.
relax.relax.
tapi dah x leh relax.
memang tak leh wat apa.
aku x leh henti menulis.
takkan berhenti.
macammana mahu berhenti?
tunggu result esok hari.
hua hua hua.
sekian.

Saturday, March 6, 2010

sebelasmac.

salam alaik.

UPSR : 3A 2B
sk Taman Ehsan.

PMR : 8A.
smk Taman Ehsan.

SPM : ????
sm Sains Seremban.

woah.fill in the blank.
1? 2? 3? 4? 5? 9?
sebelas mac jawapannya.
dulu mana ada dupdap dalam dada.
sekarang dah tak berhenti lagi impulsenya.

anas.anas.anas.
reda sajalah.
kau dah usaha.doa.tawakkal.
ada rezeki adalah.takda rezeki bukan mati.
tunggu.Allah akan bagi.
tarik nafas.hembus.tarik nafas.hembus.
nama kau tak disebut?
tak pa.anas.tak pa.
tabah.tabah.
ok?
ok?

p/s : dalam hati tak sabar gila nak pegi sekolah.tapi rasa nak mati nak tahu result.