Thursday, February 2, 2012

perihal kucing kurap.

salam alaik.

dasar kejam sebuah dunia.

kalau kamu tidak mahu bersimpati terhadapku.tidak mengapa.aku redha.tapi jangan kau membenciku.aku hanya makhluk tuhan sepertimu juga.

yang cantik , yang comel , yang menarik , yang seksi dan yang sempurna pada rupa.semuanya dipuja.yang hodoh , yang tempang , yang kotor dan yang kurap pada rupa.semuanya dicerca.sesungguhnya manusia memang diciptakan begitu bukan.fitrah untuk mencintai sesuatu yang cantik dan dapat memikat hati.

tapi persoalannya jika itu fitrah manusia ,adakah fitrahnya juga manusia untuk mengherdik yang hina kedana?tidak.kita diciptakan dengan fitrah untuk menyukai sesuatu yang cantik pada mata kita , tapi tuhan tidak pernah ciptakan kita untuk menarik muka seluasnya , mengutuk dan mengadu bila kita ketemu sebuah lagi ciptaan agungnya , yang mungkin tidak sempurna pada mata kita.

kucing kurap sebagai contoh.

sejak minggu lepas , ada makhluk yang Allah ciptakan bertumpang teduh dari hujan di blok asrama aku.makhluk itu bukanlah makhluk yang mungkin orang belai dan apatah lagi dimanja-manja.makhluk itu hina.sangat hina.berkudis dan kurap.si Kurap namanya.

kucing kurap yang gelandangan itu. mungkin tidak bernasib baik serupa kawan-kawannya yang lain.yang dihidang pagi dan petang , dengan makanan lazat dari paket yang telah tersedia. yang ada perlindungan dan keselesaan. yang dibelai siang dan malam . diberi nama dan diberi teman bermain.

dia terdampar di sebuah bilik utiliti.mengharap sesaat belas warga-warga manusia yang mungkin simpati.kerana seperti cerita-cerita orang tuanya.manusia ini makhluk yang baik.jadi dia tersadai mengharap belas.sungguh sial nasib si kucing kurap.sudahlah tidak bertuan , sudahlah makan beralas apa saja yang dicampak-campak.sudahlah tidak bernama dan tidak langsung ingin disentuh sesiapa.sudahlah tuhan uji dia segetirnya dengan dugaan dan penyakit walaupun dia hanya seekor kucing .sudahlah nasib dia sebegitu , bertambah lagi dengan perangai bodoh sesetengah manusia.

perangai menarik muka sambil menjerit ,

"eeeeeeeeeeeeee, kucing kurap. F lah! siallah kau , babi betul! , blah dari sini"

* * *

sial.aku hanya mampu menggeleng kepala.dan dalam hati aku terbenak ,

" ha.memang ada hak untuk kau cakap camtu pada ciptaan Allah. kau kan sempurna. kau ada rupa. kau semuanya. memang kau ada hak untuk cakap camtu pada makhluk tuhan yang tidak ada apa-apa. kau kan semuanya "

common sense.aku ingin lontarkan persoalan di sini. dia memang gelandangan . busuk . kotor . kurap pulak tu.even aku pun tak berani dekat dengan dia.aku pun tak berani belai-belai dia.tapi sekurang-kurangnya aku ada belas dan simpati.dan tidak seperti kau dengan mengherdik sana sini.sekarang cuba kau tempatkan diri kau di tempat dia. disaat kau jadi begitu , kau merayu.merayu untuk orang membantu kau. merayu untuk orang beri sedikit sokongan pada kau. merayu orang memberi makan pada kau. dan ada yang membalas.

"eeeeeeeeeeee, budak busuk ni. F lah! siallah kau , babi betul! , blah dari sini"

apa kau rasa? oh.indahnya .oh sukanya orang mencerca fizikal aku.begitu? tidak bukan? benar. dia hanya kucing kurap yang busuk dan kotor. jadi apa lebihnya kau dari dia? adakah Allah ciptakan kau lebih mulia dari dia? bertambah tidak kalau begini sikap kau.even aku tak pegang dia.even aku pun tak suka kekurapannya.tapi sekurang-kurangnya aku ada belas.aku tidak menarik muka dan mengherdik.

jika tidak mahu bersimpati dan membantu.tidak mengapa.tidak mengapa.tapi jangan kau membenci makhluk lemah itu.itu sial.dia mungkin membawa penyakit dan masalah,aku tidak nafikan.tapi dalam sehari berapa kali kau ketemu dia?ada 24 jam? jangan kerana itu , kau tanamkan benci dalam diri.

dunia ini bulat. kau ada simpati terhadap kucing hina , mungkin esok lusa kerana itu Allah bersimpati terhadap kau. lalu dia makbulkan doa-doa kau.

sesungguhnya kehadiran kucing kurap itu satu ujian.ujian yang Allah hantar untuk lihat kita bagaimana.adakah kia mengherdik dia dan tunjuk kita lebih mulia . atau kita bersimpati dan berdoa yang satu hari nanti , tuhan tidak menguji kita sekuat tuhan menguji kucing itu.

mencampakkan kau.jadi gelandangan.

jadi ingatlah.bila jumpa kucing kurap.atau kucing terbiar.orang-orang terbiar dan gelandangan.jangan kau tarik muka.sebaliknya bersyukurlah. kerana kau lebih bernasib baik.

"jika tidak mahu membantu dan bersimpati , tidak mengapa.cukup kau tidak membenci dan menarik muka.itu sial "

p/ s  : warga blok aminuddin ni baik-baik orangnya. siap beli friskis lagi.siap buat derma ikhlas. baguslah, tapi yang dua tiga orang lagi tu .harap berubahlah.

Wednesday, February 1, 2012

this is why i love analogue #13

salam alaik.

introducing , my new camera , and another member of my analogue film collection , the underrated camera but yet outstanding , Smena 6 !





review? tunggu habis first roll dulu. kalau review tapi tidak mencuba dulu dan tak tahu apa-apa .ibarat membaca membuat laporan dan membaca utusan malaysia. jijik.

Tuesday, January 31, 2012

the end of january.

salam alaik.

Goodbye January
see you soon next year. 
and hopefully the next January will be the last month i'll spend in Malaysia.


tinggal kira-kira tambah tolak square root semua , ada lagi lebih kurang empat bulan untuk dihabiskan di Kolej Mara Seremban. tempat aku menghabiskan Alevel Engineering. tatkala kanak-kanak lain semuanya sudah melangkah ke universiti dan memasuki sem 2 degree , aku masih lagi terkadang di kolej antik menghabiskan persediaan..tidak mengapa. tahun depan tahun aku pula : )

Friday, January 27, 2012

permohonan pada perokok.

salam alaik.


"naluri anak kepada ibu yang sedang menderita. aku jadi geram dan kalau boleh aku nak cari siapa la yang keluarkan asap menyebabkan mak aku terkena penyakit ini dan aku akan cakap depan muka dia .hari ini hisapan dan hembusan asap dari mulut kau membuatkan mak aku terkena kanser dan kini sedang parah. terima kasih banyak2.jangan esok lusa hisapan ini akan terkena keluarga kau sendiri baru kau tahu betapa seksanya hidup aku."


*entri ini panjang.tapi jika kalian membacanya sehingga habis.terima kasih banyak-banyak.aku dedikasikan entri ini untuk ibu aku yang sedang melawan barah paru-paru.

post ini aku terbitkan bukanlah ertinya aku anti kepada perokok. bukanlah bererti aku tidak mahu berkawan dengan perokok. dan bukan menggambarkan aku benci pada perokok.post ini terbit kerana peristiwa yang menimpa keluarga aku.jadi aku rasa tidak tertahan dan aku rasa lebih elok aku muntahkan saja.jika ada yang mengambil iktibar.aku ucapkan terima kasih. terima kasih banyak2 kerana dengar permohonon aku.

* * *

rokok.

rokok bagi aku ialah hak individu. buatlah kempen. buatlah iklan dan letaklah gambar sengeri mana pada kotaknya.naikkanlah harganya setinggi mana. rokok tetap tidak akan mati dan pada aku , aku beranggapan bahawa rokok itu hak individu.

jika kau berduit , kau suka , kau nak hisap sepuluh batang sehari pun.hisaplah.tidak ada orang yang halang.bahkan aku juga berkawan baik dengan perokok walaupun aku tak menghisapnya.bererti aku tidak menghalang sesiapa untuk merokok.kalau benci tidaklah jadi kawan baik kan?.tapi ada satu bahagian pada rokok yang bagi aku bukan milik si perokok.

asap.

rokok mana yang tidak keluarkan asap.dan asap mana yang memilih hidung? oh.si A bukan perokok.jangan masuk dalam paru-paru dia.si B perokok.jadi asap2 yang keluar dari hisapan semuanya akan singgah di badannya. tidak. asap itu tidak akan memilih tuan bukan?asal dihembus ke ruang udara milik tuhan , sesiapa saja di sekitarnya akan menghirupnya kembali.

boleh jadi semua akan terkena.kalau tak hirup pun asap tu.cukuplah aroma nya melekat pada baju.asap ini bila tidak bertuan ,segala toksik moksik yang ada boleh menyerang sesiapa saja bukan?kau mungkin kuat dan imun pada asap tu. tapi bagaimana pula dengan orang kiri , kanan dan belakang kau yang mungkin tidak segagah mana? orang-orang tua dan ibu mengandung.makcik pakcik dan juga kanak-kanak.bahkan penghidap2 penyakit.pernah tak fikir sebelum korang bakar cigar tu?aku jamin jarang yang berfikir dahulu.korang bukan kenal kan siapa yang ada di depan .kiri dan kanan korang?bila-bila saja boleh terkena padah asapnya.

oh ya.ibu aku antara mangsanya.


ibu aku ialah seorang penghidap kanser paru-paru.bila aku terkenangkan betapa peritnya ibu aku menekap muka bila ada orang merokok di sekelilingnya dan betapa sakitnya mata dia menahan sel-sel yang kian merebak dalam paru-paru nya.aku jadi sedih.barah itu mula menular dan kini disahkan merebak pada bahagian tulangnya pula. aku rasa geram.aku rasa nak jerit pada orang-orang yang merokok tu.

keparat.

'bro , mak gua ni sakit .sakitnya tenat. asap2 yang lu sedap2 hembus tak ingat dunia ke atas tu .boleh jadi memarahkan lagi penyakit mak gua ni.sudahlah dia terkena kanser paru-paru kemungkinan besar pun dari asap rokok .walaupun mak gua bukan perokok.boleh tak kalau nak smoke tu cari tempat yang elok sikit? "

tapi apa hak aku?

yang merokok bukannya seorang.aku tidak ada hak pun untuk cakap begitu pada sesiapa saja. itu rokok mereka. suka hati mereka la nak hisap kan.tapi harus diingat bukan sesuka hati mereka untuk hisap dimana-mana mereka suka.kasihan ibu.dia juga menghirup udara yang sama.sudahlah dia sakit .dihirup pula kepul oksigen yang tercemar dan makin mencemar paru-parunya yang sudah parah. sungguh benar. penyakit itu takdir tuhan. kalau tuhan nak kita ada penyakit tu .bila-bila pun kita boleh kena.senang untuk kita cakap sebab kita takda dalam situasi tu.

kanser paru-paru boleh jadi sebab pencemaran , asap kereta dan juga asap rokok.dan asap rokok memang penyumbang besar pada kanser paru-paru kerana majoritinya pesakitnya juga ialah perokok.sudah Allah takdirkan ibu aku untuk menghidapnya. aku kena terima. tapi naluri anak kepada ibu yang sedang menderita. aku jadi geram dan kalau boleh aku nak cari siapa lah yang keluarkan asap yang menyebabkan mak aku terkena penyakit ini dan cakap depan muka dia . hari ini hisapan dan hembusan asap dari mulut kau membuatkan mak aku terkena kanser dan kini sedang parah. terima kasih banyak2.jangan esok lusa hisapan ini akan terkena keluarga kau sendiri baru kau tahu betapa seksanya hidup aku.

itu kerja gila.

tak mungkin aku akan buat begitu. tujuan aku tulis post ini hanya satu. bukan aku nak suruh korang stop merokok.apa gila aku mahu tulis begitu. dan sudah aku jelaskan pendirian aku di atas bahawa rokok itu hak individu. cuma satu sahaja .satu sahaja permintaan jujur yang keluar dari hati aku yang merupakan tujuan aku tulis post ini hari ini.

kalau nak merokok , boleh tak cari tempat yang sesuai dan bukan di tempat awam?
kalau nak merokok , boleh tak cari tempat yang asapnya itu kau sorang sahaja yang rasa?baru lah adil namanya.kalau nak merokok , boleh tak elakkan tempat2 yang ramai orang ?

bukan apa.takut silap hari bulan , asap dari hembusan kau itu boleh jadi pencetus dan penyebab orang lain mendapat penyakit.dan kalau ditakdirkan pesakit itu menemui maut kerana satu hirupan udara dari rokok kau.memang tidak adil bukan?.mungkin ada yang ketawa dan cakap tak masuk akal .tak masuk akal selagi kau tak merasa apa yang aku rasa sampai saat ni.tolonglah.tak susah pun kan? rokok tu duit kau, kau hisap.jadi tidak manis kalau orang2 lain yang tak bayar tu pun dapat sekali faedah asapnya.tolonglah.aku mewakili ibu aku yang sudah semakin tenat dari hari ke hari merayu sangat-sangat.

korang nak merokok.itu hak korang.tapi kalau boleh jagalah juga perasaan orang kiri kanan depan dan belakang kau , lagi2 di tempat awam dan terbuka. aku tidaklah kisah sangat. kalau lepak kedai mamak dan kawan bakar sebatang dua sebelah aku , tidak pernah pun aku kisahkan.tak pernah pun aku tarik muka. kerana aku sihat dan aku boleh terima.tapi bila aku terkenangkan ibu aku. aku terfikir bagaimana pula dengan orang sekeliling aku.aku tidak tahu kisah mereka.dan sejarah mereka.dan penting untuk aku hormat ruang udara mereka.

melawak pun kena bertempat. apatah lagi merokok ?

kalau korang tak takutkan penyakit yang dah memang dihebah-hebah akibat rokok.itu hak kalian.tidak ada sebab untuk aku menentang atau mengkritik.cuma aku rayukan juga hak untuk orang lain.yang tidak menghisap dan pada masa sama menghirup udara yang dicemar asap-asap itu.

aku tahu,bukan semua perokok suka merokok di khalayak orang ramai,ada juga yang sedar dan memikirkan keadaan orang sekeliling sebelum membakar.tapi ingatlah. walaupun sepuluh sahaja yang masih lagi bertabiat seperti ini , seratus lagi boleh kena bahananya.

benar.jika bukan kerana ibu aku yang terkena azabnya , mungkin tidak akan terbit post ini.

itu saja yang aku rayukan sebagai seorang anak yang tidak tahan melihat ibunya menekap , menutup mata dan menahan pedihnya asap hembusan dari perokok bila kami keluar makan dan sebagainya.aku memohon juga korang doakan ibu aku yang kian tenat.bukan aku memohon simpati.tapi aku tahu , aku bukanlah sekuat mana untuk menghadapi ujian ini.aku hamba Allah yang lemah. tolong doakan kesihatan ibu aku, moga dia panjang umur , moga dia dapat lihat anak bongsunya ini terbang ke luar negara untuk dia.aku tahu ibu masih kuat melawan.dan dia tidak akan berhenti melawan.

amin ya rabbal amin.

terima kasih kerana sudi membaca.jika rasa patut disebarkan.tolong sebarkan.beritahu pada rakan2 kita yang merokok bahawasanya kita bukan tidak menyukai mereka.jauh sekali membenci.cuma ingin mengubah sikit saja tabiat buruk yang membawa maut.

p/s : ibu saya kini sudah kembali ke rahmatullah .alhamdulillah.tamat juga derita dia.tidak perlu lah lagi dia menelan dan terus menelan asap-asap jahat yang menyeksa paru-paru.mohon kalian sedekahkan al-fatihah. terima kasih.

Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday.

salam alaik

first time doing wordless wednesday.

insyaAllah. you can do it. ameen.

ingatlah.belajar berpuluh jam dan menghadap buku tanpa sesaat pun redha Allah , tiada guna dan tiada berkat sebenarnya.sia-sia dan tidak kemana.percayalah.

p/s : not so wordless i think?

Tuesday, January 24, 2012

koleksi kaki

salam alaik.

gua baru jumpa satu penemuan menakjubkan. gua tak pernah sangka gua akan temui benda ini. tapi ini yang gua temui.

ini kaki.

ini juga kaki.

eyh ada dua pasang pula kaki.

kaki tunjuk arah.

kaki tersipu malu.

kaki panjat bukit.

kakikih3

kaki bengkok.

***

hah. atas ini ialah gambar2 kaki dari kamera berbeza. disumbat dengan film berbeza. jadi kesimpulannya? gua memang suka shoot kaki. gua suka shoot. bau tu kena fikir dua kali. kih3 . gambar kaki lagi senang ditangkap dari camwhore. pandang bawah dan terus shoot. bagi sesetengah orang. dia menganggap menangkap kaki membawa sial atau dalam erti kata lain , LAME. tapi apa gua kesah. film gua. duit gua. bukan gua curi duit lu. haha. jangan marah. terpulang pada hak individu lah kan.

ini cuma satu penemuan : P