Friday, January 11, 2013

ketepi ketepi.

salam alaik.

aku dah boleh menulis dengan aman. setel dengan borang MARA.29 hari lagi.
BRISBANE AKU DATANG.

Thursday, January 3, 2013

it's time to get busy.

salam alaik.

hari ini hari yang cukup bersejarah. di mana hari ini , nescafe ais yang aku order di kedai mamak tadi tampak cukup sifat dan rasanya.sebati sungguh bancuhan serbuk nescafe dan kombinasi susu itu.Soal kicauan burung-burung aku tak mahu sentuh hari ni ,biasa-biasa aje aku tengok, cuma langit tadi ada la awan sikit-sikit.tak cukup bersejarah sangat untuk diceritakan.ahhh.dan satu lagi yang cukup bersejarah, hari ini aku mendapat dokumen rasmi dari MARA .sebagai perjanjian bertulis yang sah antara aku dan MARA , dimana MARA bersetuju membiayai pengajian dan kehidupan aku di bumi Australia.

cewah. gaya macam perjanjian jual beli saham syarikat. jadi ini bermakna , it's time to get busy !

gambar tiada motif .

berdebar juga bila pegawai MARA tadi bagi kami peluang nak pilih tarikh fly kami sendiri , based on bila kami akan memulakan pengajian.pergh.serius juga bunyinya. disebabkan University of Queensland mula ber-orientasi pada 18 Februari , jadi kawan-kawan gua sebulat suara memilih 9 Februari ( Sabtu ) sebagai tarikh yang paling power untuk seebuah pesawat terbang dengan jayanya.

amboi. borang sehelai pun tak isi lagi , sibuk pilih tarikh fly. kah3.

jadi , selamat mengisi borang kawan-kawan semua !byee!

p/s  : bila pegawai sebut tang duit , segar bugar semua budak.
-gambar dari myfacewhen.net-

sudah lama aku perhati fenomena ini.

salam alaik.

di sebuah kejiranan sederhana di tengah-tengah bandar Temerloh , tinggallah berjiran dua pasang suami isteri yang baru berkahwin .nak dijadikan cerita , encik Mustopa , seorang penternak lembu berjaya , berkahwin dengan Halimah ,manakala jirannya pula ialah encik Deraman ,seorang petani moden dan bini muda beliau yang bernama Wan Zubaidah.

mereka hidup harmoni hendaknya , burung-burung berkicau dengan bebas.awan pulak biru aje warnanya.tak ada masalah lah senang cerita ,disebabkan mereka hidup harmoni , jadi cerita ini haruslah di-skip ke plot yang lebih menarik.

* * *

selepas beberapa kali mencuba , akhirnya encik Deraman lebih man dari encik Mustopa , lalu buntinglah isterinya cik Zubaidah , dan dikurniakan la anak mereka yang pertama.

"alololo , comelnya anak awak ni , apa namanya? " - tanya cik Limah.
" terima kasih Limah , nama biasa-biasa je , aku nengok trend-trend nama masa kini , jadi aku letak danish adam.Danish Adam bin Deraman.kan sedap bunyinya. " - balas cik Zubaidah.
" iye tak yee. " - cik Limah membalas kontot.

* * *

selepas setahun berlalu , cik Limah yang tidak ingin mengalah berjaya mendapatkan anak sulong, persaingan sihat katanya.

"alololo ,comelnya anak sulung awak ni , apa namanya Limah? " - tanya cik Zubaidah.
" mekaseh la Bedah oi ,nama biasa-biasa je ,aku taknak nama pelik2 , jadi aku letak darwish miqael. Darwish Miqael bin Mustopa.kan sedap bunyinya " -cik Limah.
"iye tak yee. " - cik Zubaidah membalas kontot.

* * *

mengahut usaha kerajaan untuk mencapai populasi penduduk seramai 70 juta ,selepas beberapa tahun , cik Zubaidah kembali dihadapan dan mendapat anak kedua dengan bergayanya .

"alololo, comelnya anak kedua awak ni Bedah , apa namanya? " - tanya cik Limah
"mekaseh la Limah , aku buntu nak fikir nama anak kali ini , aku nengok trend semasa aje, jadi aku letak arwish alexander. Arwish Alexander bin Deraman.kan sedap bunyinya" - cik Zubaidah.
"iye tak yee" - cik Limah membalas kontot.

* * *
setahun kemudian , cik Limah mendapat anak lelaki kedua dan diberi nama Darien Darius bin Mustopa.scene bertarung bilangan anak akhirnya berakhir selepas keadaan ekonomi yang tidak stabil disebabkan harga barangan yang semakin meningkat ,di samping hutang kerajaan mencecah 500 billion di bawah pemerintahan Dato Sri Najib . jadi ,kedua-dua pasangan rilek-rilek honey moon dulu.lagipun Cik Limah dan Cik Bedah bercita-cita besar nak ada cincin berlian seorang sebiji , kenalah menabung dari awal macam Datin Rosmah buat. idola mereka la katakan.

Arwish , Darwish ,Danish dan Darien Darius membesar dengan nutrien yang cukup.nama aja moden , budu petai dibantainya saja.disamping hidangan tempe dan ikan singgang yang tidak dilupakan kerana kedua-dua pasangan mempunyai sejarah melayu yang pekat sebenarnya. mereka bersekolah seperti biasa.tapi bila di sekolah , pening cikgu-cikgu dibuatnya nak bezakan satu satu budak, kerana nama-nama sebegitu sudah menguasai tadika-tadika dan sekolah-sekolah rendah. carta nombor satu nama-nama paling pemes la senang cerita.

dipendekkan cerita ,kira-kira 50 tahun kemudian , Arwish Alexander , Darwish Miqael, Danish dan Darien Darius sudah menjadi warga emas. kini mereka tersengguk di tepian pintu , bermain-main dengan cucu cicit mereka.nama-nama comel mereka tidak lagi dapat dipanggil semesra ketika bayi. seperti "alolololo comelnya awishh~~~ " .baru mereka sedar, nama comel mereka cuma sedap disebut seawal mereka berumur 1 tahun hingga darjah enam saja.

anak cucu cicit mereka mula merasakan scene-scene nama comel sebegini tidak boleh lagi diteruskan dan tidak cool.maka anak cucu cicit mereka kembali menggunakan nama-nama standard melayu yang lebih bertenaga seperti Anas dan Saifuddin sebagai ganti.nama-nama seperti Umar Al-Khattab , Abu bakr ,Hambali , dan Zaid Harithah pula semakin mendapat tempat dan mengambil alih kedudukan selepas itu. nama Muhammad pula kekal teragung di singgah sana , dulu dan selamanya.

maka kembalilah kegemilangan Islam-Melayu dua generasi selepas itu.

* * *
-------------------------------------------------------------------------------------
pemilihan nama untuk seseorang anak bukanlah aspek paling utama sebenarnya bukan?. aspek dalaman dan pembangunan moral itu jauh lebih penting. pilihlah nama terbaik untuk anak-anak kamu nanti , semoga dengan nama yang diberi , memberi berkat kepada seluruh kehidupan mereka. ameen ya rabb.

sebolehnya ,pilihlah nama-nama yang dekat dengan agama dan budaya kita. nama-nama agung , nama-nama para sahabat , agamawan , nama-nama orang yang berjasa pada agama , para cendekiawan dan nama-nama orang yang hebat.
------------------------------------------------------------------------------------

p/s : bukan bermaksud aku meng-kondem sesiapa yang bernama seperti di atas.tidak ada niat untuk memburuk-burukkan sesiapa.
p/s : scene nama-nama gadis aku taknak sentuh , kerana terlalu banyak variasi. dan kacukan itali.

Tuesday, January 1, 2013

azam paling berwawasan.

salam alaik.

sejak nak start tahun baru, aku tengok azam-azam yang sangat padu di ilhamkan oleh kawan-kawan aku. berkobar-kobar aku tengok semangat dia which is bagi aku , ialah satu perkara yang baik.

* * *

sama ada kita nak mengaku atau tidak ,nak publish dan zahirkan ataupun tidak , menipu kalau ada di antara kita yang tidak terjebak dengan scene berazam di tahun baru ini. nipu benar. dalam hati korang , mesti terdetik kecil ayat macam ini ,

"eyh , dah nak start tahun baru ini , aku rasa eloknya aku mula ......(sambung sendiri ) "

.... tu korang sambung la sendiri.eloknya aku blajar menjahit ke , eloknya aku membakar lemak-lemak di badan ke.eloknya aku mula memangkah pakatan rakyat demi Malaysia yang lebih baik ke.

hihi.

* * *

dulu aku ni termasuk dalam golongan menongkah arus. bagi aku , buat apa tunggu tahun baru nak bersemangat , buat apa tunggu tahun baru , baru nak start berubah , nak berubah bila-bila masa pun boleh.

sebenarnya ada betulnya juga statement di atas.walaupun statement di atas ini betul dan langsung tidak salah, tetapi , aku harus sedar , tak semua statement yang betul perlu dizahirkan menjadi tulisan .kerana apa? kerana mungkin perkara itu boleh mengecilkan hati beberapa pihak lain.

aku baru sedar , aku sebenarnya tidak wajar dan tidak patut me-motong stim , semangat orang-orang yang ada keinginan nak berubah.

* * *

biarlah dia tunggu tahun baru ,baru nak tanam azam ke , nak berubah ke , daripada dia tak berubah langsung? tapi yang jenis gila berkobar punya azam , lepas hari ke 25 tahun baru dah kelaut.takda guna juga.

kan?

jadi , selamat ber-azam.

p/s : azam aku tahun ni satu je  , aku nak list down semua birthday date family , adik beradik dan kawan-kawan rapat. sebab aku selalu termiss. 

Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012.

salam alaik.

"seboleh-bolehnya, hidup ini biarlah dijalani dengan memberi manfaat kepada orang lain , walau sekecil-kecil perkara , apatah lagi sebesar-besar perkara"

hari terakhir di kalender 2012. dan setakat ini , 2012 ialah tahun paling drama dalam hidup aku. tahun yang aku boleh letakkan semua perkataan "paling" didepannya . tahun paling gembira , paling sedih , paling berdebar , dan semua paling-paling yang lain.

dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku tahun ini , aku nak petik dua peristiwa yang sememangnya tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.

1 ) Pemergian ibu selama-lamanya.
2 ) Result A-level.

* * *

ibu aku bertarung dengan kanser semenjak awal 2011 , dan sejak awal-awal lagi , dia bertarung dengan kanser paru-paru tahap 4. sepanjang penderitaannya itu , aku banyak menulis artikel dan post mengenai dia , mengenai kebencian aku terhadap rokok , mengenai harapan dan doa aku. mengenai apa yang pembaca boleh lakukan dan sedikit sebanyak aku nak bawa pembaca kembali kepada ibu bapa mereka .ya , ini penderitaan dan ujian kepada keluarga aku , tapi juga ingatan kepada semua.

aku sangat-sangat terharu kerana ramai yang menerima penulisan aku . ramai yang share artikel itu di facebook .yang berpesan-pesan kepada kawan yang lain.ramai juga random people yang menegur dan memberikan sokongan padahal aku langsung tidak mengenali mereka.terima kasih banyak-banyak. tidak ada perasaan paling gembira bagi seseorang penulis , selain daripada penerimaan positif dari pembaca.

dan seperti rancangan Allah , ibu pergi juga tanggal 21 June 2012. tarikh yang sudah terpahat dalam hati. tamat juga segala penderitaan , segala kesengsaraan dia yang tidak ada tara.

selamat tinggal ibu. : )

* * *

tahun 2012 juga tahun yang amat penting untuk aku. tidak ada seorang anak pun yang lahir di-dunia ini , yang tidak mahu menggembirakan ibubapa , yang mahu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah , apatah lagi si ibu nya sedang tenat di rumah .tidak ada cara lain untuk sang anak membantu dari jauh , hanya doa dan mungkin dengan keputusan peperiksaan yang membanggakan. mungkin itu penawar kepada semua duka yang menimpa keluarga.

aku menghadapi peperiksaan Alevel pada bulan Mei 2012 . apa yang aku perluka ialah 13 points dari 15 points total untuk melayakkan aku terbang ke bumi Australia. berat juga bebanan pada waktu itu. cuba kau bayangkan bagaimana kau nak fokus untuk peperiksaan sedang kau memikirkan keadaan ibu dirumah , meraung dan merintih derita akibat kanser nya. serba salah aku dibuatnya.

tapi itulah ujian yang aku hadapi tahun ini . dan apabila result Alevel diumumkan , seperti rancangan Allah , aku gagal secara merit ke Australia . keputusan di umumkan pada 13 Ogos 2012 , kira-kira 2 bulan selepas pemergian ibu . aku pernah berdoa kepada Allah ,

"Ya Allah , setelah dugaan demi dugaan yang kau berikan kepada aku tahun ini , bantulah hamba-Mu ini mendakap sedikit kebahagian dengan keputusan yang bagus ya Allah "

ketika result Alevel tidak menyebelahi aku , aku seolah-olah "sudah jatuh ditimpa tangga " , ibarat menerima dugaan berat berdas-das .tapi sesungguhnya Allah itu maha adil.

* * *

Allah tidak memberikan apa yang kita mahu , dia memberikan apa yang kita perlu.

aku berjaya juga untuk ke Australia selepas MARA bersetuju menerima rayuan yang dibuat oleh pihak kolej khusus nya guru-guru aku . selepas setahun yang dilalui penuh kesedihan , ada juga ruang untuk aku senyum dan gembira. walaupun mungkin aku tidak dapat kongsi kebahagian ini dengan ibu tercinta , tetapi cukuplah aku menyempurnakan impiannya.

begitulah berakhirnya 2012 dalam sejarah hidup aku . dan 2013 ialah cerita baru , setting baru , tempat baru. tapi mengharapkan Anas yang sama.

terima kasih semua. goodbye 2012 !

Saturday, December 29, 2012

hampir.

salam alaik.

bila dah start beli barang-barang kelengkapan ni baru la hati rasa berdebar-debar sikit.

"eyh? aku dah nak fly ke? "

kolej mara seremban.rasa macam semalam je aku memulakan hidup di situ.

* * *

excited pun ada. sedih pun ada.teruja pun ada.

"hidup ini tidak akan pernah ada tanda berhenti , selagi udara ini dapat dihela , selagi bumi berputar pada paksi dan selagi degup jantung ini masih sama ritmanya , selagi itulah hidup ini tiada henti. cuma dari setiap kepul-kepul langkah yang kita bina ini , adakah mempersiapkan kita untuk menghadapi tanda berhenti , yang terakhir kali"

p/s : amboih , post blog macam post status twitter dah.kih3