Thursday, February 10, 2011

la tahzan.jangan bersedih.

salam alaik.

aku dah puas menangis.aku dah penat menangis.air mata mencurah curah keluar semalam.lepas abah call.abah cakap.aku kena bersabar.aku kena terima keadaan ni.aku kena banyak-banyak berdoa.emak aku.sudah ditahap kritikal.kanser paru-paru tahap empat.abah aku cakap sudah takda penawar.kecuali kimoterapi.dan semangat.semangat sajalah penawar untuh barah.

hati aku sudah runtun.aku sedih.sangat-sangat.tak tahu nak cakap macammana dah.depan semua orang aku gelak2.tapi dalam hati aku tak henti debar.aku benci bila handphone aku bergetar.takut ada berita yang tak menyenangkan.ya Allah.tolonglah kuat dan tabahkan hamba mu ini.

malam semalam masa mesyuarat DYC (dynamic youth club KMS )aku tak henti debar.debar tu datang dan pergi.dan bila aku kenang mak aku.aku tak boleh tahan.aku mahu pulang terus ke rumah.tapi aku takut.jika aku pulang dan menangis.ibu aku akan lagi sedih.tak boleh.barah kena ada semangat.dan terima kasih kepada Syafiah.bagi aku satu risalah.yang menguatkan semangat aku.terima kasih sangat2.la tahzan namanya.

kenapa aku di uji?
"apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
al ankabut 2-3

kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membenani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
al baqarah 286

rasa kecewa?
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"
ali imran 139

kepada siapa aku harus mengadu?
"dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-porang yang khusyuk"
al baqarah 45

bagaimana aku harus menghadapinya?
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) , dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya ."
ali imran 200

apa yang aku dapat dari semua ini?
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
at taubah 111

kepada siapa aku berharap?
"cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selain Nya.hanya kepadaNya aku bertawakkal."
at taubah 129

aku tak dapat bertahan!
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir"
yusuf 87

aku mohon semua pembaca or pelawat belog ini.tolonglah.aku mohon.tolong doakan mak aku.tolong sangat2 dan sangat.dan kepada semua yang bagi mesej dan support aku.terima kasih.aku memang memerlukan korang.aku tak biasa diuji begini.

Ya Allah.sembuhkanlah ibuku.aku mahu dia ada ketika aku terbang tinggi.dengan senyuman.dengan sihat dan sejahtera.aku mahu dia ada ketika aku berjaya mendapat segulung ijazah.dengan gagah dan gembira.aku mohon ya Allah.aku mohon.aku mahu dia ada.aku mahu dia ada.

sudah.aku mahu solat hajat.tak guna menangis.bukan boleh bagi mak aku sihat pon dengan menangis.kepada Allah juga tempat bergantung.

Sunday, February 6, 2011

kawin muda kan best.

salam alaik.

yiah.aku selesema.ini mesti kes melambai-lambai tak henti2 kat kereta semalam atas felai over lah ni.haishhhh.aku masih di rumah.tapi dua jam lagi.aku atas tren key ti em.keretapi paling lembab.balik ke ko kolej mara soromban bumi panas.entah la apa nasib aku hari ini.kalo nasib baik .dapat duduk dengan selesa sambil menghirup udara aircond key ti em yang tak berapa nak berudara tu.kalo nasib tak baik.berdiri sampai seremban dengan mampatan aksi padat maksimum kalah iklan milo hiperbola. alah key ti em. takyah mengharap mewah-mewah sangat la.dapat bergerak dan sampai tu pon dah kira bersyukur. ye dak? key ti em oo key ti em. tiba2 aku mengeluh lagi dulu sebelum naik. sinetron biasa pengguna key ti em.aku rasa lepas ni kat iklan2 key ti em boleh lah pelawa iklan milo mampat maksimum tu join venture. dengan moto "kalau tak mampat tak usah naik" .

ok.aku bukan nak cerita pasal key ti em sebenarnya.cerita pasal key ti em pon bukan ada perubahan.masuk tv dah berape kali.masuk paper pon dah naik basi.macamtu jugak servis nya.lembab.panas.dan mampat.emo betul lah cite pasal key ti em ni.aaaaa.ok.aku sedang menunggu sebuah lagi bungkusan dari cik adzwin fariza yang bermurah hati nak meminjam encik actionsampler beliau.

ini actionsampler. :)

saya encik actionsampler.comelkan saya kan kan kan?

actionsampler?
kamera lomo yang sungguh comel dan montel dengan berat 100gram.bersaiz segenggam tangan dengan empat lens di bodynya untuk membidik empat gambar dengan jarak masa antara satu lens ke satu lens ialan 0.22 saat.jadi empat gambar akan ditangkap bukan serentak.tapi lebih kurang satu saat untuk empat gambar.harus pantas!

keunikannya?
kamera murah dengan empat lens yang menepati kemahuan penggiat lomo untuk bersifat kreatif dalam membidik gambar.jadi orang yang guna camera ni kena pandai2 lah menggerakkan badan mencari subjek.hihi.

senang ke nak guna?
kamera lomo ini antara yang paling senang untuk digunakan.tak banyak setting sangat sebab shutter speed dan apperturenya telah pon difixkan.we just have to point and snap! point and snap!

harga?
dalam lingkungan rm150 ke rm200 sahaja.

tada!


ini contoh-contoh gambarnya.subjek atas sekali tu aku.ngahaha.gambar dari amirul hafidz.thanks ye shin!.ok.aku tak sabar nak tunggu kamera ni sampai kolej.ok.aku tak kemas barang lagi.ok.byeee.lomo on~!

nak tahu lebih lanjut tentang actionsampler. sila tekan sini.

p/s : headline kasi gempak.hhihi.takpe.nanti aku ulas pasal headline.byee.

Saturday, February 5, 2011

gua dah kata.sediakan payung sebelum hujan.sediakan minyak sebelum kontang.

subjek kurang bernasib baik,kiri.-
salam alaik.

lu orang kena baca cerita ni sampai habis.peringatan sempena musim raya cina.

"ni kalau takda minyak tengah2 hujan lebat atas felai over ni adventure jugak balik rumah ni."-hati anas.

gua harini berbangga.sebab gua dah pecahkan rekod abang gua.sebagai anak yang paling banyak habis minyak atas jalan.masuk kes harini dah dua kali gua habis minyak atas jalan.ini menunjukkan bahawa gua memang power buat ayah gua naik minyak memandangkan minyak pon dah naik rege.

petang tadi gua balik dari study grup dengan budak kolej gua,mimi kat mek D.eleh mimi.sukalah tu nama kau masuk.jangan risau.gua bukan buat kat tempat tertutup pon.jadi gua harap nama gua tak naik time mesyuarat lagi.kah3.ok.abaikan.petang makin larut.gua pon gerak dengan menaiki satria perkasa gua.hujan tadi memang ribut betul lah.memang haru jugak hujan dia.gua ada pengalaman dalam hujan ni.sebab gua test JPJ dulu pon time hujan.kekeke.

masa naik felai over.gua dah setart rasa satria perkasa gua macam semput. ni kes banyak sangat minum air hujan ni.gua try test power.gua tekan minyak dalam2.tapi tak naik jugak.disebabkan gua memang byk pengalaman habis minyak ni.gua rasa simptom2 habis minyak dah dekat.lagipon lampu amaran tu pon dah lama merah.gua abaikan je.hihi.haih.gua pon rasa tak sedap jantung dan paru-paru.makin tinggi naik felai over.makin semput.sampai mati.gua malas nak setart balik sebab bagi gua.dari habis terus.biar tinggal setitik.setitik minyak bersamaan setitik peluh abang tukang keluarkan minyak.

haishhh.gua dah agak dah.memang habis minyak lagi.gua malas nak try setart balik.nanti lagi meruntun hati remaja gua.jadi gua tengok henpon gua.cek kredit.tinggal 15 sen.kalo convert rupiah ada la dalam 200 rupiah kredit gua.bateri tinggal sepam dua nak habis.haishhh.nasib baik ada insan tersayang permata nilam gua tolong sharekan topup dia.mekaseh cik nurse.gua dah agak dah.kalo gua call ayah gua ni.mesti meletus gunung daik bercabang dua ni.tapi gua cool je.bila ayah gua angkat.ayah gua pon macam dah berpengalaman je dengar suara gua yang redup2 ni.

jadi gua pon tersadai lah atas felai over dalam hujan lebat.bateri henpon ciput.dupdap gua time tu.gua pon keluarlah dari satria perkasa lalu melalukan aktiviti regangan dengan melambai macam mamat bangla kerja JKR.gua pon tersipu menyuruh kereta ketepi.macam ada pengalaman je lah gua suruh kereta semua ketepi.lama jugak gua melambai-lambai mesra.gua makin cuak takut bateri henpon gua mampus.memang melambai lah gua sampai pagi takut2 bapak gua tak dapat kesan gua.

akhirnya.sang kelisa tiba.ayah gua muka sejibik macam haritu.harharhar.tapi yang gua pelik.dia suruh gua bawak kelisa.dia bawak satria.gua hairan.satria tu tengah nazak.macammana nak gerak.gua pon ikut arahan.gua pelik bila pulak ayah gua masukkan minyak? tiba2 satria perkasa gua gerak.haishh.gua memang rasa ajaib lah time tu.gua ingat dah mampus dah.maybe gua rasa dalam dua tiga meter lagi mampos lah tu.tapi tak mampos2 jugak! sampai kerumah akhirnya satria tu.

ayah gua bukak pintu sambil tersenyum comel.rupa-rupanya minyak gua tak habis pon. =.= .gua yang termatikan satria perkasa gua atas felai over.sungguh memalukan.boleh masuk muka gua dalam majalah mangga ruangan maskulin minggu ini.macamlah malunya rasa!

gua ada tips tuk lu orang bila nak mulakan perjalanan supaya tak jadi macam gua.

1)dalam kereta mesti ada payung.kalau tak lencun seksi macam gua.
2)bateri kasi cas sebelum jalan.henpon tu kasi ada kredit sikit der.
3)tangan mesti dah strectching dulu incase lu kena lambai2 macam gua.
4)jangan pakai makeup tebal2.nanti kena hujan cair jugak makeup2 lu orang.
5)jangan memandai-mandai nak mintak bukan2 ngan tuhan!.kang makbul baru tahu.
6)minyak kasi isi.

hihi.

p/s : gua sempat tangkap imej satria perkasa tengah2 melambai kat kereta2 tadi.nampak tak pengalaman gua? hihi

Friday, February 4, 2011

aku kena malu dengan justin bieber.

salam alaik.

baby baby baby uhhhh.
baby baby baby uhhhh.
justin bieber,separa lelaki.separa errr.
baby baby baby uhhhh.
"saya berharap dengan adanya six pack ini.akan menambahkan lagi gene-gene lelaki didalam badan saya.harap semua jantan-jantan di Malaysia tidak malu untuk jadi peminat saya.baby uhhh." - kompas.com

p/s : demmm.baru sedar ni post ke 300th aku.pasal bieber? demm.patut pasal imam muda.

apa itu lomography?

salam alaik.


artikel ini di harap dapat meluaskan pengetahuan orang ramai terhadap basic lomography dan analogue photography. :) 


photo taken using a Lomography camera - Sprocket Rocket. I love this camera much!

" no matter how cheap the camera is , how bad the design is , how old it is , how poor the technology is . human error is still the perfect cause of poor photos. "

" a modern and expensive camera might contribute to production of a better photos but not a better story like the film camera did. "

" once you roll . you can never turn back. once you snap .you can never get back. this is life .it's the truth. "

" treat all cameras equally. like you want yourself to be treated equally by others. "

L o m o g r a p h y .

apa itu lomography?

Soalan ini boleh dijawab dari pelbagai sudut dan perspektif sebenarnya.lomography ialah gerakan dan komuniti pengguna film camera yang gemarkan effect-effect kreatif. Lomography Society diasaskan seawal tahun 1992 oleh sekumpulan pelajar yang menggunakan kamera LC-A (LOMO COMPACT- AUTOMAT) dan sangat menggemari effect unik ,experimental, warna menonjol yang dapat dihasilkan kamera tersebut . sehingga kini , LC-A ialah kamera yang sangat symbolic dengan asal usul penubuhan Lomographic society. kini , ibu pejabatnya terletak di Viena , Austria .Boleh dikatakan banyak negara di dunia ini sudah ada komuniti rasmi Lomography sendiri di negara mereka , tak lupa kini sudah bertapak di Malaysia.

Lomography juga sebenarnya ialah sebuah jenama.jenama untuk camera-camera film dan analog.hasil gambar dari kamera-kamera Lomography tentunya ada trademarknya sendiri , iaitu warna striking , gambar-gambar yang kreatif dan unik..tapi disebabkan kekuatan jenamanya , Lomography tidak lari dari jenama-jenama lain seperti Maggie dan Polaroid. dimana kekuatan nama dan marketingnya mengatasi jenama lain lalu menjadi sebuah "term" yang biasa digunakan untuk merujuk kepada analogue photography, yang khusus menggunakan toycamera , disumbat dengan seketul film dan sangat terkenal dengan trademark pada effect warna yang dihasilkan.



sebagai analoginya , kalau orang nak makan mee segera.kebanyakan orang ,tidak kira brand apa pun yang dia ngap di mulut , dia mesti akan sebut begini ,

"aku rasa nak masak maggie la"- sambil ambil se-pek mee segera jenama mamee.

dan asalkan kamera tu boleh keluarkan instant photo.tak kira jenama apa pun semua dipanggilnya "Polaroid".semua bekas makanan pun akan dipanggil Tupperware padahal Tupperware ialah brand bekas.biasa orang kita akan memanggil semua film sebagai "Kodak" walaupun "Kodak" juga ialah brand.begitu juga Lomography.bukan semua camera analog ialah camera Lomography tapi semua camera Lomography ialah camera analog.


secara mudahnya dan bahasa rakyatnya bagi saya Lomography itu ialah satu cabang seni kreatif fotografi yang menggunakan kamera-kamera film sama ada toy camera, antique film camera atau apa-apa jenis sekalipun film camera dengan effect dan keistimewaan tersendiri yang disumbat dengan film-film unik tertentu untuk menghasilkan foto-foto yang unik dan lain dari kebiasaannya.menangkap objek objek kebiasaan dan menjadikannya luar biasa.gambar dengan warna pekat dan vignette melampau.itulah pengertian lomography bagi saya.


taken with LOMO LCA.



jadi bila saya menggunakan term kamera lomo dalam post bawah ini , secara mudahnya untuk bagi orang faham ialah ia merujuk kepada kamera film , toycamera dan apa-apa saja yang analogue camera walaupun pada dasarnya , bukan semua camera analog ialah camera Lomography tapi semua camera lomography ialah camera analog.

tak faham? baca dua kali.hihi.

jika nak tahu lebih mendalam tentang definisi lomography boleh je official sitenya sendiri.

http://www.lomography.com/about/timeline . kalau malas mohon skip dan teruskan mengunyah keropok untuk mengelak dari mengantuk.

susah ke nak guna kamera lomo atau kamera analog ni?
sebenarnya kamera lomo amatlah senang untuk digunakan.Lomographer yang baru nak mencuba cuma perlu tahu basic nak sumbat film dan basic nak tekan punat di kamera.ahaha.begitulah mudahnya.tak lupa juga beberapa tips-tips yang wajib dipatuhi untuk menghasilkan sekeping gambar yang kreatif.kebiasaannya binaan kamera lomo atau kamera analog sangat simple.tidak complicated dan memeningkan kepala.tetapi segalanya manual.tidak ada skrin sesentuh mahupun digital ok?apa yang uniknya ialah setiap kamera lomo berlainan jenis dari yang lain.jadi semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri.terpulang kepada Lomographer untuk menggunakan kamera mana yang berkenan.

ibarat kalau korang main game Pokemon , lain Pokemon ada kuasa yang berlainan. amboih sampai ke Pokemon analogi aku.


lomo fish eye 2 . comel kamera ni. hihi

mahal ke kamera lomo?susah tak nak dapat dan beli?
dari segi kos,kamera lomo boleh dikategorikan murah atau sedap lagi , affordable.dengan rm100 pun korang dah boleh dapat seketul lomo yang sangat comel dan berguna.harga kebiasaan sebuah kamera ialah sekitar rm100-300.ada juga yang mencecah ribuan ringgit.harga semestinya mengikut jenis kerana setiap kamera lomo ada ciri-ciri yang tersendiri.sekarang ni pun dah senang nak dapat.dah banyak kedai-kedai lomo yang dibuka .tak pun beli saja secara online.kedai yang ada menjual lomo ialah antaranya Photocraft di Sunway Pyramid , The Clickshop di Pavilion , One Utama dan Petaling Jaya. bagi saya ,beli online lebih mudah.tapi harus waspada dengan harga yang kadang-kadang mencekik.cari yang betul-betul boleh percaya seperti ROFLCAM dan Theclickshop.cuba cari di facebook ye?

dekat mana nak cuci gambar?
sudah tentunya dikedai gambar.takkan mungkin di kedai jual ikan.haha.tapi kebiasaannya sesetengah kedai gambar akan letak harga mencekik darah kepada sesiapa yang tak tahu harga average untuk processing film.aku sendiri pernah kena sampai rm25 untuk satu roll film.itu mahal melampau.kita ada pilihan sama ada nak develop dan produce gambar-gambar itu ataupun develop dan scan ke dalam c.d .ikut gerak hati la.haha.tapi ada kedai yang tidak menyediakan perkhidmatan untuk scan ke dalam c.d jadi kedai akan produce gambar tersebut dalam bentuk 4R.

saya lebih gemar untuk suruh kedai develop dan scan masuk dalam pendrive . bila ada bajet lebih , baru produce balik gambar tu .sebab atleast gambar tu dah secure dalam simpanan kita.

apa yang best pasal kamera lomo dan kamera analog?
lomo camera ialah camera yang sesuai bagi penggemar seni fotografi dengan bajet yang rendah.bagi saya gambarnya istimewa.gambarnya mengembalikan nostalgia.warnanya.saturasinya.komposisinya.sangat lain dari kamera digital.kita cuma ada semaksimumnya 36 kali cubaan untuk menekan.lepas ditekan.tidak dapat di-delete seperti digital camera.dan ketika itulah keterujaan akan mula meresap.eksaited bila tunggu filem di-develop.dan bila hasilnya tiba.teruja bila tengok gambar-gambar yang kita inginkan menjadi.dan kamera lomo memang dicipta untuk kejutan.kadang-kadang gambar itu biasa saja.tiba-tiba jadi lawa.hihihihi.excitement! kamera lomo yang murah juga boleh menghasilkan efek gambar yang cantik tanpa perlu pon di edit guna picasa atau photoshop.


camera : Lomography Action Sampler.

dengan kamera lomo jugak.kita boleh buat macam-macam modification sendiri sesuai dengan konsepnya iaitu kreatif fotografi.boleh ubah itu dan ini.boleh tambah itu dan ini sesuka.ada film yang diletak dalam peti sejuk selama dua hari.dan ada juga yang direndam dalam air coke.ada juga lomographer yang melakukan ubahsuai kepada kamera-kamera mereka.ada byk lagi pengubahsuaian yang boleh dilakukan di rumah dengan harga yang sangat murah.kamera lomo itu milik kita.kawan baik kita. 



camera : zenit TTL  , kamera antik zaman Soviet


camera : Lomography Fish Eye 2 , camera dengan lens fish eye


camera : unbrand aquapix camera ,toycamera waterproof berharga rm30.kalau diletak dengan film yang betul , gambar akan menjadi.


camera : LOMO Smena 8m. kamera lomo Soviet yang boleh menempek gambar atas gambar(Multiple Exposure)

lomowall?apakah?
para penggiat lomo biasanya menjadikan hasil2 karya mereka sebagai wall di bilik tidur ataupun bilik mandi.mengikut kesesuaian feng shui.gambar2 ini akan ditempek ke dinding dan menghiasi seluruh dinding dengan gambar dan karya2 kreatif hasil kamera lomo.lomowall memang menarik.ini contohnya :


ehsan google .

cabaran yang dihadapi lomographer atau analogue photographer?
kena perli dekat kedai gambar?itu biasa.ada seorang Apek ni pernah gelak berdekah-dekah bila aku cakap aku nak cuci gambar dari kamera plastik mainan.dia gelak dekah dekah hampir guling sambil cakap kamera aku tiada nilai.DSLR baru ada nilai katanya.dah la boroi apek tu.ok takda kena mengena.haha.itulah yang dihadapi Lomographer.tapi itu sebenarnya rare case aje.ada sesetengah film yang susah nak dapat.dan kadang-kadang terlalu mahal bila nak di-develop.kadang-kadang gambar yang kita harapkan lawa tiba-tiba over gelap dan over terang.kadang-kadang nak tunggu film siap diproses pun sampai makan berhari-hari.ha biasalah tu.itu antara cabaran yang dihadapi oleh lomographer.

ada masa depan ke seni ni?
bukan soal ada masa depan ataupun tidak.tapi soal kepuasan.seorang Lomographer biasanya mengharapkan kepuasan dari gambar-gambar yang ditangkapnya dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada itu.Lomographer biasanya seseorang yang melihat gambar dari sudut berbeza.melihat gambar dari perspektif seni dan bukan sekadar gambar.




kamera lomo kan guna film,baik guna DSLR.boleh delete-delete gambar yang tak lawa.
untuk membandingkan kamera lomo , kamera film dan kamera DSLR bagi aku perbandingan yang tidak adil.masing-masing ada kelebihan tersendiri.dan masing-masing ada kelemahan tersendiri.terpulang kepada setiap individu.Lomography pada saya lebih kepada seni kreatif.saya tidak mempunyai bajet besar untuk membeli DSLR tapi saya suka menangkap gambar.jadi apa saya buat? laburkan duit pada seketul kamera plastik dan menggunakan ia sebaiknya,kerana saya yakin , toycamera yang harganya rm100 pun boleh menghasilkan gambar yang berkualiti.



komuniti lomography di Malaysia?
komuniti lomography dan penggiat film analogue semakin berkembang pesat di Malaysia.antara komuniti-komuniti lomography yang aktif ialah Effekt a.k.a Lomokids dan juga the Lomorangers.tidak lupa juga group seperti Smelly Plastik Fotography group bagi yang betul-betul serius dalam analogue photography .sila ke facebook dan taip saja nama-nama komuniti ini.komuniti lomo sangat mesra.mereka kerap mengadakan perjumpaan dan bertukar-tukar idea tentang teknik dan juga skill seseorang mendapat gambar yang mantap menggunakan kamera yang kosnya tidak seberapa!

akhir kata ,dont think.just shoot!

10 lomography golden rules.


  1. Take your camera everywhere you go.
  2. Use it any time – day and night.
  3. Lomography is not an interference in your life, but part of it.
  4. Try the shot from the hip
  5. Approach the objects of your Lomographic desire as close as possible.
  6. Don't think! Just Shoot (also the credo of Lomography).
  7. Be fast
  8. You don't have to know beforehand what you captured on film.
  9. Afterwards either.
  10. Don't worry about any rules


tak tahu macammana nak bermula dengan lomography? tekan sini.
http://kumbangterbang.blogspot.com/2011/12/lomography-getting-start-1.html

for more information . visit lomography website. tekan sini

p/s : DSLR pon best.contoh nya gambar diatas diambil menggunakan DSLR.tuntas dan pantas.


p/s : semua gambar diatas ialah karya-karya saya.jika ada sebarang soalan.boleh kemukakan di facebook saya.jangan malu-malu.lomography for all!

Thursday, February 3, 2011

i wish and i miss.

i WAS cute.
salam alaik.

oh.i wish.
if i can smell the moment one more time.
oh.i wish.
if i hear the shout out loud one more time.
oh.i wish.
if i can smile freely in the air one more time.
oh.i wish.
if i can jump as high as i can one more time.
oh.i wish.
if i can feel the warm evening one more time.
oh.i wish.
if i can run and run in the rain one more time.

like i did.
when i was 6 years old.
when i was 7 years old.
until form two.
time passing by.days by days.years by years.
all those grass is still there.
green but yet.no more laugh and tears.
of me.of me.of me.

i miss the old playground.i miss all those swings.
i miss 5.00 p.m everyday back to ten years past.
i miss the small drain where id been catching all the berudu.
i miss the small bench.place by which all the out of tune guitars were played.
by me.and myfriends.

it is true.when we grow up.
we will say goodbye to all those things.
tamiya.beyblade.roundess.kejar-kejar.polis sentri.
and we will say hye to new things.
exam.exam.study.exam.study.exam.
we say hye.and we say goodbye.
continuosly.in every second of my life.
goodbye chillhood.
hello maturity.
chillhood wont be back again.
and the memories are there.
deep in my heart.
: ) : )


p/s : tengok kanak2 riang main layang-layang kat taman metropolitan tadi buat aku rasa nak jadi kecik balik.zaman aku pernah jadi jambu air bukan jambu batu.tapi bila time kecik.nak jadi besar pulak.harharhar.