Tuesday, August 17, 2010

kerapu.

tiada unsur 18sx disini.jangan biarkan otak A+ anda fikir diluar bulatan.

salam alaik.

lampu pendaflor putih baru saja terpadam.kedengaran sayup2 jeritan manja di blok aminuddin. aww awww .lampu dah tutup.aww.semua maskulin2 pon cari lah sumber cahaya malap nak membaca lima minit buku fizik dan 40 minit borak kosong.tuptap.tido.then bangun sahur.then tido.miss subuh.then qada.ok.aku tak.aku baik.abaikan.mukadimah paling teruk dalam blog aku.ahaha.

ok.dulu aku suka makan dalam kelas.pagi2 lah biasanya.kadang2 pinggan mangkuk sudu garpu dewan makan semua ada dalam kelas aku.haha.pahtu tak reti2 nakpulangkan. :D .kadang2 termiss DM.karipap.karipap.karipap inti sardin.3 seringgit.kadang2 aku pau kawan baik aku,apek.kadang2 apek pau aku.tapi aku rasa aku pau dia lagi banyak dari dia pau aku.aku seorang yang takleh miss breakfast.bagi aku kalau miss breakfast macam worst start for the day lah.nanti start lah perut berpanca sitara.jadi karipap inti sardin kantin Along selalu menemani.

kat KMS dah takda karipap inti sardin.yang ada meehun goreng ngan mee goreng.not badlah.DM KMS bukan mcm DM SASER.lagi sedap.tapiiiii.kenapa mesti ada tiger puff?kenapa?kenapa tiger puff mesti ada? makan tiger puff ibarat makan kerepek lemau cicah susu.taraf dia atas sikit dari tak makan langsung.( demand punya anas ) takdalah.bagi aku dari dia serve tiger puff baik dia serve coco crunch.wakaka.kepada calon2 MPP yang sudi terjah blog tak seberapa aku ni.nak sangat manifesto tolonglah mansuhkan tiger puff dari senarai breakfast.confirm aku undi.
lindungi haiwan terancam.mansuhkan tiger puff.

ok.nak dekat2 SPM.DM aku serve telur separuh masak.wohoo.maka penuhlah kembali DM yang dulunya seribu sepi sebab semua tak suka tiger puff.kadang2 telur tak masak langsung.kadang2 over boiled.nasib baik pecah2 tak keluar anak ayam je.haha.*gambar diatas* dulu semua suka makan telur ayam separuh masak dengan mee goreng.perghh.memang pelangilah pagi tu.

ok.sekarang ni hari keenam puasa.asal aku cerita pasal sarapan pagi.patut ceritalah pasal sahur.waktu imsak.juadah berbuka.terawih 20 rakaat ke.haih.sebab.sebab.sebab.aku rindu saser.aku rindu saser.sabtu ni rakSASER gathering bukak puasa sama2.kita gegarkan k! oyeahhhh.


p/s : aku merapu utk post kali ini. XD

Sunday, August 15, 2010

transform.


bakal muncul dalam transformers 3 nanti.
salam alaik.

ubah2 layout and header sket derrr.
baru ada gayaa.
hahaha. :D
dulu pinky.minky.tak maskulin la derr.
kini garanggirang balek. :D

nak baca baca.taknak baca.baca.cerita sedih ni.

hidup ni wajb ada transformasi.barulah ada isi.kalau constant sampai mati.gila kelabu hidup kau jadi.kau tak bosan ke sikat rambut fashion sama dari tadika sampai universiti.tak bosan ke jadi orang yang sama petang,siang,malam,pagi.baik jadi robot besi.follow benda sama setiap hari.sekarang robot pon dah ada transformasi.manusia bila lagi.bukan aku suruh kau ubah personaliti.nehi.nehi.nehi.dari kau bangun 8 pagi naik ke 7.59 pagi.dari rambut belah tengah ke belah tepi.itu pon transformasi.tak payah ubah mendadak tinggi.cukup kau rasa happy.tak gundah hati.boring pon pergi.hidup kau tak rugi.

mari mari mari.transformasi.lagi2 bulan puasa ni.muhasabahsarawak lah diri.sembahyang kasi kaver lima kali sehari.carut karut hentikan dari beroperasi.jangan babi dan babi.aku bukanlah alim dan ada link dengan wali.bukan dr fadzillah kamsah pakar motivasi.bukan jetli mahupon mawi.sekadar nak berkongsi.apa yg termajalah di hati.kita ni mudah lupa diri.dapat rumah besar dah bongkak dan hidung tinggi.lupa siapa pencipta siapa Ilahi.apa lah sangat rumah besar mcm istana menanti.kalau hati dah basi.riak dan iri hati.suka sangat tengok orang menderita sampai mati.disko sampai pagi.subuh mana pergi.zuhur pon tak pasti.asar apetah lagi.maghrib reti pulak makan nasi.bukak puasa bajet ikut sunnah nabi.yang wajib dibiar sepi.

capati,nasi beriani,masak lomak cili api.makan sampai berapi.perut boroi lagi.tambah boroi di aidilfitri.sumbat lemang tak sedar diri.perut kecik kau ingat peti besi.boleh campak itu ini.ingatlah yang kais pagi makan pagi.kais tengahari makan tengahari.kata puasa.nafsu mesti mau kunci.kalau pergi bazar jangan lupa duit MARA bagi.beli punya beli sampai hutang keliling gigi.aku pesan pon kat diri sendiri.keje boros beli kat lahoma hari-hari.transformasi.transformasi.

hai kawan kat mana pon kau kini.ingat makbapak yang jauh di sisi.aku tahu aku balik kerap kali.mak aku seorang diri.rasa sedih hari2.yang jauh-jauh di felda terachi , kota tinggi tak pon sungai petani.tabahkan diri.esok lusa kau akan kembali.girang riang makbapak kau nanti.lenguh-lenguh urat sendi.akhirnya anak pulang bercuti.itujelah kot apa yang aku nak bagi.omwork tak sudah2 lagi.menggunung macam klcc.tipu lagi.hihi.

p/s : megan fox tu lelaki? hahaha

optimus perdana versi 2.0 KMS.
ehsan gambar amin jabar.

Saturday, August 14, 2010

oh lomo oh lomo.

abang zenit TTL gagah perkasa.
adik GOLDENHALF comel montel.

salam alaik.

sukaduka citanya saya memaklumkan saya sudah menjual kamera lomo kecil molek tampan bergaya saya iaitu GOLDENHALF kepada momoe ozawa dengan harga dirahsiakan.haha.tinggallah kamera antik rusia zenit ttl yang aku masih guna.

"anas , asal kau jual goldenhalf kau? mana passion lomo kau dulu2 tu,dah hilang dah ke? "

jual kamera pon jadi isu.haha.takdelah.minat aku terhadap kamera film tak pernah turun.luntur sikit je.mana taknya.tengok encik amin jabar dengan DLSR canonnya yang walaweh.mantap yang amat.picit2.snap.snap.tak suka.delete.tak suka.delete.suka.tak delete.aku guna kamera film kodak.gambar tak jadi.duit terbang.poket kayap.itulah risikonya.tapi kata orang.kalau kau dah ada jiwa ngan benda tu.mahal sikit pon tarak kisah.gambar hitam legam pon jadi seni yang lawa dimata sendiri.betul tak.betul tak.

aku jual goldenhalf tu banyak sebab.yang pertama aku rasa takda kimia lah ngan dia.nak snap takda passion.n takda semangat.muram je.perghh.kalau guna zenit TTL.sampai guling2 pon aku buat nak snap satu gambar yang tak tahu hasilnya lawa tak lawa.itulah kamera film.dia ada thrill and feel.eceh.aku cerita panas mcm dah lama main kamera je.tidak.aku masih belajar.kawan2 ramai yg dah start join lomography ini.tapi ramai yg still tak tahu pasal seni ni.lomo ni cabang fotografi.guna simple camera.mostly film.kena cuci kat kedai.kecik dan murah.tak complicated.kameranya kiut.dan gambarnya tak dpt digambarkan.haha.

buat masa ini, aku nak sambung balik experiment dengan zenit TTL antik klasik tu.kot2 dah rasa gamba semua dah lawa.baru main lomo baru balik!haha.
jom jom jom.beli lomo seketul dengan harga rm48 dan tangkaplah duniamu!

p/s : kucing aku , boby , kritikal selepas kena racun.peluang hidup 10% after dibius kat klinik haiwan.disahkan diracun.apa punya manusia.

Friday, August 13, 2010

a reminder.

kamera 3.2MP nokia 5530.*
salam alaik.

A REMINDER.
a snap during english reading period with Mr Tan Ten Lee.
just want to share it with all of you.
rise up your confidence friends!
your guts , your glory!
:)

p/s: rasa nak makan kebab ayam campur daging burung unta.

Thursday, August 12, 2010

terbanglah kawan.terbang tinggi.


encik kalkulator yang parah terhempas*
salam alaik.

2 ramadhan.
A120 katil 1 aminuddin aras 2.
angin sepoi2.

hey ho kawan.melankolik hari ini.hadeeihh.kalkulator casio 570MS sudah pergi tak kembali selepas aksi hempasan yang agak kurang kuat ke lantai depan bengkel kimia.kurang antibiotik lah kau ni.jatuh sikit pon dah arwah.huarghh.no more kalkulator kuning striking untuk aku.camna nak buat kimia n fizik camni?hahaha.bapak bajet.okeyh.encik kalkulator.terima kaseh menemani SPM aku.

terbanglah kawan.terbang tinggi.hati mana tak rasa debar tahan sabar tengok sorang demi sorang kawan dah bukak sayap pegi negara orang.United kingdom.Mesir.Rusia.US.France.aku masih disini.SEREMBAN BUMI PANAS.tapi.tapi.tapi.aku harus bersyukur sebab atleast aku dapat grab satu sayap tu.sekarang masih belajar terbang.ostrolia.ostrolia.tunggu aku.2 tahun lagi.itu pon aku sampai kalau aku pass test terbang.hopefully lah.

puasa-puasa ni kena kurangkan bercakap.jadi secara separa otomatiknya tangan pon kena kurangkan menulis.haha.tapi sebab dah lama tak update.jari jemari menari tak henti.

ini dadih yang dijual depan koop KMS.satu ringgit malaysia sahaja.tapi aku tak tahu la bulan2 pose ni jual ke tak.(gambar ni pon dah berkurun da)kalau lekat kaler kuning2 kat gigi time kelas tu.kantoilah anda makan dadih di bulan puasa.sumpah aku miss dadih kat bazar ramadan area rumah aku.dah 2 kali ramadhan tak makan.hahaha.puasa kat KMS?hari pertama dah miss sahur.tengs kpd arif yg kejut dan aku yg tak bgn.bagi aku dah makin TUA ni.kurang exited sikit lah.dulu zaman muda sikit2 bazar.sikit2 bazar.satu hari mesti ada dadih,tepung pelita,rojak dan kebab.kebab untuk sahur.ape barang makan nasi.hahaha.

aku rindu puasa kat SASER.pagi pagi dah sembur2 orang bangun sahur.lepas semayang maghrib and semayang sunat hajat berlari-lari pegi DM nak rebut ayam paling besar.pastu gi bazar ampangan beli air katira dan ratah rangka ayam sama2.lepas isyak lepak KODAI ALONG order burger and ice blended.waktu berbuka mana makan nasi terus.bantai murtabak.semayang baru makan.aku rindu.aku rindu.lepas tu bantai makaroni yg mak azfar masak and open 20 hidangan berbuka kat dorm aku.sob3.miss tat moment lah!




hai omegan.walau kat mana korang berada.aku still ingat korang lah.korang kawan terbaekk.oh tokcing.kucing bunting yang selalu menemani kelas aku dan selalu tidur kat meja aku masa trial.aku pon rindu kau lagi.dah berapa la anak kau ternak kat SASER tu.kalaulah ada lagi.muahaha.

kurangkan karut dan carut,tambahlah dalam hati apa2 yang patut.

Friday, August 6, 2010

beraksi aksi.




salam alaik.

terima kasih diatas segala perlian dan anjingan.aku lebih kuat.ok teruskan. :D

akhirnya aku di rumah.dan akhirnya dapat jugak aku lap habuk blog ini.3 minggu lah tanpa updatan.laptop takda kat tangan.baru skang dapat guna balik.oyehh.ok.aku penat.seminggu yang lepas aku kat kolej MARA kulim.masuk kem remaja hebat tuk pertandingan lagu kesihatan.menukar lirik lagu wondergirl agak cool.having fun lah ngan team KMS.tania bajet isteri beckam.syidin masuk air.azmir yakuza.iqmal hotties dan general sarjan komander izzat.haha.walopon just no 3 dari 10.yg penting beat KMB.wakakaka.ok.tanak provok2 lg ok.gurauan semata.team yg menang team nasyid dari KPM inder mahkota yg menang naysid taun lepas.err. n n .team yg dpt 2nd.err. aku taknak komen.tak sanggup.haha..

satu ayat bila pulang dari kulim.bersyukur dapat KMS.bukan nak kata Kolej Mara Kulim tu byk kelemahan.blok nye besar.fasilitinya lengkap.padang sana sini.padang ragbi satu.padang bola satu.court bola tampar 2 ke 3.court basket.dewan sini sana.macam2 dewan ada.tp.tp.tp byk yg lebih baik di KMS walopon KMS padang pon takde.but.kehidupan lebih tenang.syukurrr.and balik je dari kulim.huha!.terus minggu beraksi-aksi.minggu aksi KMS.seminggu tu macam2 aksi ada.haha.ni antara yg aku sempat :

beraksi-aksi kapankan ali seterusnya mentalkinnya.
beraksi-aksi cabut bulu ayam.potong 12 bahagian lalu makan tapi hampa kerana saiz ayam yg dipotong lagi kecik dari yg macik DM biasa potong.haha.
beraksi-aksi boria yg agak sakai dengan alvin ngan ali main2 payung atas pentas.
beraksi-aksi buat lagu sains bersama budak 11.1 yang dibuat 5 minit sebelum pertandingan.
beraksi-aksi main ketuk2 tamborin tuk team nasyid J2 aminuddin.
beraksi-aksi masuk rumah hantu yang aku diraba oleh aswad.haha.
beraksi-aksi gelak masa en. shah kirit bagi talk pasal agama.
beraksi-aksi buat origami bunga lotus kat booth japan.
beraksi-aksi tidur kat bilik A120 sebab kekeringan aktiviti.
beraksi-aksi dengar konsert UNIC rm2. :D
beraksi-aksi makan pulut durian yg farah inggak agak rakus memakannya.

overall just enjoy la that action week.terus menerus lepas balik Kulim.naseb baek whole week without lecture.tapi gumpalan otak ini dah karat balik lah.hayooo.hayooo.kekal ceria kawan!

p/s : al fatihah kepada seorang pelajar senior KMS yg baru meninggal dunia secara mengejut dua hari lepas.sesungguhnya kematian itu buta umur.