hazran zul dalam kelas tadi waktu sesi naikkan semangat budak-budak membaca ayat ini.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. surah ibrahim-ayat 7
ya.perlunya kita bersyukur.mungkin retak.mungkin juga pecah.mungkin juga luka.tentu sekali kecewa.tetapi aku kira aku tidak layak untuk kecewa walau sesaat pun kerana kekecewaan ini berpunca dari aku. aku sendiri yang leka dan lalai , aku sendiri mengatur markah-markah lemah aku sendiri dan aku sendiri yang membiarkan diri aku dalam awang-awang yang entah apa-apa.
pahit,payau.dan kelat.waktu result di umumkan.aku terdiam sebenarnya.tak tahu nak bagi reaksi apa.sedih tu tak sangat sebab aku dah expect result yang tak seberapa tinggi.tapi tidaklah serupa ini yang aku idamkan.hati koyak sikit bila tengok subjek feberet fizik yang selalu jadi ayam tambatan terkulai di gred C.sejuk sikit bila tengok subjek kira-kira dapat A dan seperti dijangka kimia terkulai layu di gred C.
total up.hanya sebelas.kurang dua point dari takat untuk terbang .kurang tiga point dari target asal dan kurang empat point untuk tidak repeat paper.ohhh.dah lama aku tak rasa pahit kegagalan serupa ini.lama sangat.sejak dari PMR dan SPM. dan ini kali pertama.dalam benak otak aku hanya keluar dua wajah sahaja.ibu dan ayah.
sungguh.kalau tidak kerana mereka berdua.mesti aku tidak kecewa serupa ini.terpampang wajah emak yang sedang sakit dan melawan.wajah ayah yang berharap.oh retak..kata orang yang lepas biar lepas.kalau aku nak malu dengan result aku ini pun.tidak kemana.beranilah dengan realiti.dan jangan takut dengan bayang-bayang sendiri.
oke.sekarang bila sampai bilik habis kuliah.habis test math tadi.baru sikit-sikit rasa kecewa tu datang.mana tak nya.tengok jiran bilik si aidi pon dapat 15.si budak bilik pedos pon dapat 15.makin rasa la apa yang orang bilang retak remuk pecah dan rabak.cakap pon tak guna.sem 1 dan sem 2 memyaksikan sejarah pembuangan masa paling besar dalam sejarah pembelajaran aku.waktu bulan exam pon boleh buang masa.balik setiap minggu.kalau balik dengan buku dan setadi takpa.ini balik dengan laptop dan on9 sampai pagi,
well.god knows the best.tuhan dah berikan aku yang terbaik.ini yang aku usaha.ini yang aku dapat.tapi ini bukan bermakna aku akan sugul sampai ke sudah.aku akan bangun.itu sudah pasti.dan aku harap bulan lapan tahun depan bila result peperiksaan kedua tiba, tiada lagi kecewa utk ayah ibu aku.
kepada yang kecewa seperti aku , jangan dimainkan sangat perasaan itu.kerana jalan masih ada.dan Allah sentiasa ada.perjuangan belum berakhir.masih ada jalan.masih ada peluang.
worst start never stay too long , happy ending last forever
kalau dulu.aku kena mendaki bukit yang curamnya 30 degree.sekarang jadi 60 degree.ya. aku kena mula dari bawah tanah liat semula.takpa.its ok.better dari takda peluang langsung.kan?
journey to australia still on and will never off! aku redha ya Allah :) aku bersyukur.oke lupa nak ckp yang dua C aku ialah 69.jadi kalau naik satu.dapatlah tiga belas.but yet.still repeat kan? takda beza.tehee.