Saturday, July 24, 2010

encik kasut.

credit to encik myspace yg masih menyimpan gambar ini. :)
salam alaik.

kasut berjasa.
VANS CIPLAK.
harga : rm60 tanpa diskaun.
tahun dibeli : 2007
tempat dibeli : pertama kompleks.
jangka hayat : 2007 - sekarang
fungsi dulu : kasut jalan dan kasut raya.
fungsi sekarang : kasut futsal menggantikan kasut umbro bajet ori tp pakai 2 minggu da koyak.

kau dipijak.berbau.bau kaki aku.hahaha.kawan kau stokin.stokin yg jarang2 sgt dibasuh.kau pon aku rasa sekali je kot aku basuh.so kau pon berbau mcm stokin.tapi kau tetap aku sarung.dah mmg kau je aku ada.haha.kehulu kehilir.sana sini.dah macam2 tanah kau cium.sampailah sekarang.kau mencium court putsal KMS.asal aku rembat je kau melayang terbang.kau terbang awal dari aku.cis.terima kasih encik kasut vans ciplak.anda berjasa.anda berjasa.

tolong.tolong jangan koyak.jangan rabak.tolonglah anas jaga elok2.wahai encik kasut vans ciplak.terima kasih.kau taklah mahal.macam kasut SALA ADIDAS mereka.kasut wedges high heel mereka.kasut converse buatan negara penjajah.kau pon buatan luar.made in china.tapi kau lagi tahan dari mereka.syabas!.

terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

selagi kaki ini masih di jasad.selagi itu kau boleh aku pakai.

p/s :kita tak perlu beli barang mahal2 tuk kita hargainya.cukup dia ada memori indah untuk kita.dan kita sumpah takkan cari yang lain.hargai barang2 anda. :) beg anda.tali pinggang anda.kasut putsal anda.henpon anda.dan juga orang tercinta anda.

Tuesday, July 20, 2010

3 kepala.


salam alaik.ok.KAMI pecahkan rekod basketball di jusco S2.ada berani?mari2 pecahkan.hahaha
(itu amin arham.nak kenal? )

hari ini hari selasa.esok hari rabu.khamis seterusnya.jumaat balik rumah.kan senang duk seremban.nak balek bila pon boleh.haha.disebabkan kebosanan gaban hari sabtu dan ahad.aku rasa encik lappy accer sudah boleh beraksi.oleh itu.aku akab balik rumah.oh yeahh.celcom.aku jual.tapi aku tak beli.maxis is better.hahaha.

ok.mula2 aku nak cakap aku enjoy gila duh duk kat sini.kolej ini taklah sebebas mana.tapi bagi aku.sudah sebebas yang aku perlukan.petang2 maen putsal dela mundo bersama capello and the geng.zenit ttl aku yang dulu berhabuk teruk kini dah ada fungsi.snap sana.snap sini.duit terbang lagi.hahaha.tapi puas hatilah.makan sedap.air laju(kadang2 je) oh yeahhh.

kelas pon fun.dengan budak otak gila je suma.aku rasa dah cukup kondusif lah untuk aku.haha.ok.tanpa melenguhkan jari jemari.aku copy paste jelah gambar untuk hari ini. :D

ini firdaus a.k.a pedos.
ex mrsm kuala kubu bharu.
penggegar bilik utama.
speaker beliau sumpah menawan.aku update ni pon pakai lappy die derr.tengs lah pedos

ini ariff.
ex mrsm kubang pasu.
penggerak subuh utama.pukul 5.50 da bangun.die cuba gerak aku yang mana mungkin bangun pukul 6.00. takpe arip. teruskan usaha anda.


ini katil anas.
:D :D



ini seremban.bukan australia lagi ok?


sapa kata seremban tak lawa?lawa ni bai.banting ada apa?hahaha.opss :D :D

p/s : tembikai susu is the best.haha

Monday, July 12, 2010

foto hari ini.



encikkumbang.nokia 5530 yang tangkap.
lokasi : LT8
anda dah ade buku fizik?koop KMS ada,
salam alaik.

walopon sudah bergelar pelajar Alevel kejuruteraan peringkat Cambridge.bpk bajet.ok teruskan.aku taknak berhenti update blog hampeh ini.haha.disebabkan jari jemari sudah mulai bergerak bernota dan berfizik serta bermatematik tidak lupa kaki berfutsal.oleh itu aku cuba tampil kepilkan a photo for a day.bunyi menarik? hehehe.

Saturday, July 10, 2010

kolej.

salam alaik.

amaran.post ini panjang.gambar kemudian.

hujan tengah menangis kat luar.tak mengapa.aku tak hiraukan guruh gemuruh petir getir di luar sana.baru seminggu dekat Seremban,aku dah balik rumah.sapa kata aku homesick?tidak.tidak.tidak.actually aku balik nak sambut kepulangan abang aku , Dr Aliff Saifuddin dari Moscow,Russia.mesti la balik kan sambut abang dah bergelar doktor.woah.family aku sudah punya doktor.jurutera lambat lah lagi.lagi 7 tahun beb.kalah course medic.hahaha.

bahagia.ceria.gembira.aku dah masuk KOLEJ MARA SEREMBAN seminggu.dan apa yang aku boleh cakap.aku enjoy duduk situ.orientation week kinda cool.more than I expect.aku taklah mengharapkan kolej yang terlalu bebas dan mewah.fasiliti lengkap.itu ada.ini ada.tapi aku rasa KMS tu dah cukup dah bagi aku.maybe agak awal aku cakap benda ni.tapi aku just harap keenjoyan aku kekal sampai abis.

KOLEJ MARA SEREMBAN.
batch aku batch ke 11 Alevel engineering.130+ jumlahnya. sekali ganda lagi ramai dari batch senior.tp overall batch aku 297 tak silap aku.fully mara scholars and campur IB sekali.aku satu bilik dengan bebudak mrsm yang dah biasa dengan bilik.jadi bila aku sebut dorm.mereka pelik.haha.Pedos ex-mrsm KKB dan si budak bangun awal Arip ex-mrsm Kubang Pasu.mereka cool.bilik sebelah aku budak IB.Ayoi ngan Adl dan Nasrul budak Sakti.memula tu aku pakat ngan Ayoi ngan Adl nak bilik sekali.sekali ada asabiah plak ALevel ngan IB.jadi aku tercampak kebilik sebelah.hari pertama biasalah.kemas itu.kemas ini.tapi bagi aku sebagai budak SASER.aku ,Adl dan Ayoi mengalami kejutan budaya.

kenapa aku culture shock sementara?
dekat Saser dulu.mana ada shower room.open shower sahaja.shower tanpa pintu.masing2 memakai boxer bunga dan menakung air dekat paip yang ada cermin tu.kalau nak mandi shower.sharelah ramai2.kejap si A.si B tunggu kat belakang.si A berus gigi.si B guna shower.si B shampu badan.si A pulak guna.time tu lah pun nak terpekik menyanyi2 sambil eratkan ukhwah.haha.aku lagi suka takung air guna baldi kat paip.kepuasannya terjamin.lepastu kalau dah bosan guna shampu sama.pilih la shampu mana nak guna.haha.satu baldi share ramai2.baru best.pastu kalau dengki.simbah satu baldi terus.lepastu nanti si member pun tension kena takung air balik.haha.

ok.kali pertama aku ,Adl ngan Ayoi mandi.mcm kena culture shock.hahahaha.lawaklah.shower ada cuma bezanya ada pintu.tak open macam Saser.paip ada 3 kat luar beserta cermin.kami pon membawalah baldi masing2 lalu menakung air di luar sambil memberus gigi.dah tu.sorang2 bebudak masuk nak mandi.kitorang bukan pakai seluar dalam pon.standard lah boxer.aku pakai seluar hawai paras lutut lagi.tapi muka2 yang masuk semua macam terbeliak.itu satu.mereka buat muka pelik.dorang semua queue line nak masuk shower room.yang Aku ,Adl dan Ayoi ni duk menyimbah air kat paip luar.haha.jelingan mereka menyenyapkan kami.hairan betullah kitorang.korang tak biasa ke mandi camni dulu?tanya aku kat bebudak mrsm dlm bilik aku.dorang cakap tak biasa.

dorang macam amazed tgk aku ,Adl ngan Ayoi mandi cara open air.wakaka.commonlah beb.laki sama laki.nak malu apa.bukan bogel pun.hahamasa aku duk SBP dulu.ada SBP lagi teruk.mandi ramai2 pakai seluar dalam.yang tu aku tak dpt terima.atleast seluar pendek je pun aku guna.aku beli seluar hawai lagi haritu.hahaha.itu kali pertama dan terakhirlah aku mandi kat luar.lepastu queue line mcm dorang.kena jugaklah hormati dorang.itu budaya sekolah aku dulu.sekarang tempat baru.kena follow the flow lah kan?hehe.

orientasi?
bagi aku coollah orientasi kali ni.biasalah kalau ceramah mmg bosan.tapi aku just enjoy the week r.senior pon just ok n cool.semua cool lah.maybe sebab mind set otak aku masih dipenjara orientasi zaman sekolah dulu kot?haha.bangun awal.rollcall.tido lewat.dengar pulak cerita si Azfar dan Yana budak KMB yg ckp dorang bgn pukul 4.30 pagi.haha.KMS is just ok.

aku grup 10.kucaikrew.group leader mestilah Kucai.dah namapon kucaikrew.haha.kat dalam group ini aku ditemukan ngan dua budak yang aku dah kenal kat fb. MIRA LYANA dan SHAZWAN SALIMIN.dorang pon cool.haha.mmg coollah.grup aku pon enjoy jugak.ada kepala masuk air.gelak all the time.aktiviti?mcm biasalah kalau dah grouping.mestilah ada cheer ngan logo.tp logo dah ganti ngan shield.kitorang buat shield orang iban.pahtu jerit cikaraka cikabom. :D mmg cikabom tebabom roti bom lah cheer tu.

lepastu yang aku ingat lagi aktiviti buat menara guna surat kabar.typical la kan?hehe.ngan barisan terpanjang.mcm tuut lah kena baring atas tar panas tu regangkan badan.well.aku enjoy.men putsal pon kat court tenis.fun je aku rasa.KMS endurance tu fun.gilalah penat.aku makan petai 4 ketul.bau sampai malam.pahtu si mira tu tak abes2 menjerit masa shield kena conteng.lawak betollah.wakakaka.pahtu frendship nite.maybe tema dia tak kena kot buat parody.so agak hambar sket malam tu.just enjoylah maen gitar sambil wan ngan bieber rosakkan lagu wali band bersama iklan dekodin.haha.tengs to brader salman ngan brader don.fasci grup aku yang cool dan sempoi.overall.FUN.tengs lah kat senior2 yang palitkan senyuman kat mulut aku ni.haha.

kelas?
kelas aku 20 orang.15 lelaki.5 perempuan. kelas aku AL11.1 A level engineering ade 6 kelas.TESL ada satu.accounting ada satu.IB aku tak sure.haha.haru jugak lah kelas aku.and yang tak disangka dak2 laki ramai aku dah kenal through fb.haha.semua otak kuat bahan n masuk air je.ari pertama dah ramai dapat nama.franco.capello.plasma.sungai.hahaha.aku rasa kelas aku agak bising.tp aku fun je kot otak gila2 ni.budak perempuan so far ok je.5 org je.muahaha.mesti dorang jadi penyenyap pasni en? :P actually aku da start kelas 2 hari.tapi awl2 ni cikgu bagi test je.test fizik haram aku jawab.soalan dlm bm.muahaha.2/11.gila teruk kot.

so.dah panjang lebar dah aku tulis ni.hahaha.tak expect korang baca pon.aku nak baca balek post ini sebelum aku fly nanti insya Allah.januari 2013.woahhh.btw.aku sebenarnya boleh pilih nak pegi kemana n universiti apa.either australia or newzealand.auckland.sydney.canterbury.new south wales.monash.royal melbourne institute of technology.depend on pointer and test english aku.nak gi mana eyh? ada cadangan? bagi lepas 13 point dulu nas!

hey ho! lets start it. :D
-----------------------------------------------------------------------------------
*hai , ini Anas . sekarang sudah masuk tahun 2013. dia nak mohon maaf sangat-sangat sebab dia rasa post kat atas ni tahap lame dia luar biasa.kahkahkah.

maaf atas tulisan yang tak berapa nak matang. biasalah.manusia berubah mengikut zaman. dan zaman di atas dah tiga tahun berlalu. so ya , aku pun dah berubah dan tidak lagi menulis dengan cara kanak-kanak seperti di atas.

kanak-kanak mana pun penulisan aku diatas , ia tetap memori.

ok bai.