Sunday, April 24, 2011

masih ada jalan.

salam alaik.

rilek.tarik nafas.rilek.hembus nafas.rilek.
masih ada jalan lagi untuk kau.
hari ini belum penghujung.
esok bukan penentu.
dan lusa belum tentu.

rilek.takda guna putus asa.
kerana jalan masih ada.
pilihlah.nak lalu atau tidak.

rilek.jalan masih ada.
rilek.
berdoalah kawan.
untuk harini esok lusa dan seterusnya.
sesungguhnya Allah maha mendengar.
apatah lagi dari hambanya.

Friday, April 22, 2011

dunia ini petak.

salam alaik.

ingat.
DUNIA INI BULAT.
sesedap kau buat dekat orang lain.

sesedap itu kau bakal kena.
ingat.
dunia ini bulat.

buat lah lagi sesedap nafsu kau.
ingat.
itu yang bakal kau kena.
tunggu cepat atau lambat
esok atau lusa sahaja.

kerana sesungguhnya.
dunia ini bulat.

Thursday, April 21, 2011

gua ni bukan keras sangat.

salam alaik.

sebagai bukti.
gua lukis bunga.dan ada warna-warna.
gua lukis muka dan ada dua mata.
gua warna-warna guna highlighter.

kerana
gua ni bukan keras sangat.

* * *

rumput yang menjalar.
bukan halangan.
untuk kau mekar di atas.

senyumlah.
senyumlah.
kerana senyum itu.
baja sejati.

* * *

berbantalkan bantal.dan bertilamkan tilam.gua teruskan post ini.ok.dalam meniti perjalanan hidup gua.gua baru sedar yang semakin menua hidup gua.semakin bagai ragam manusia gua jumpa.gua suka untuk perhatikan.siapa gua nak judge orang.tapi manusia mana yang sempurna dan sesungguhnya.tuhan dah cipta kita dengan baik buruk.

sebenarnya gua takda idea nak tulis pasal apa.cuma dua minit yang lepas.entah macammana kawan gua aizat mat lani cakap kat gua yang kris dayanti dah mengandung empat bulan tapi kahwin baru sebulan.cit.gua tak tahu kenapa nama kris dayanti tiba-tiba buat gua bengang pukul dua pagi.

gua bukan minat artis-artis ni semua.gua bukan amik tahu pasal cerita dia.tapi gua amik tahu jugaklah pasal minah ni.ok.gua gelarkan dia minah.minah ni dikatakan curang depan anak-anaknya sendiri.dan oleh sebab itu.anang ceraikan dia.lagu anang tu memang kasi gua layu betollah.dan ditambah dengan cerita ini memang buat gua bengang.

* * *

bengang dengan perkataan curang.curang bagi gua ialah sifat seseorang bila dia rasa dia boleh jumpa yang lagi bagus dari apa yang dia dah ada.kalau pasangannya dah lengkap.apsal perlu curang.curang dan rampas memang adik beradik.dan rampas sambil curang tu bapak mertua kepada curang dan dirampas.wadeufuf.ini karya pukul tiga pagi.jangan expect otak gua normal.

gua bengang betollah.
bengang.

tapi gua ni bukan keras sangat.

sebagai bukti.
gua lukis bunga.dan ada warna-warna.
gua lukis muka dan ada dua mata.
gua warna-warna guna highlighter.

hihi.

p/s : gua baru perasan yang tarikh dekat atas ni gua letak tahun 2010.perasan muda rasanya.

Tuesday, April 19, 2011

sakit.

salam alaik.

sakit.dicipta untuk buat kita dekat dengan pencipta.pernah kita fikir.kenapa sakit dicipta?. kenapa perlu sakit? kenapa bila kena gigit dengan pacat kita tak rasa geli dan ketawa dekah2? kenapa kita rasa sakit walau sikit.kerana sakit itulah mengingatkan kita pada pencipta. mungkin gigitan pacat tak cukup untuk ingatkan kita pada tuhan.fikir.fikir.betapa banyak kau . kau dan kau sakit sepanjang hidup.dan masa itulah nama tuhan muncul depan mata.kan?dan sepatutnya ingatan ini bukan pada yang kena saja. yang di kiri kanan belakang juga.

kerana itu sakit dicipta.

* * *

sakit hoi tunggu delivery burger ijan ni sampai. lagi perit dari tunggu delivery mek di. lapar. pon dicipta untuk buat kita ingat tuhan. bahawasanya kita ini lemah dan perlukan makanan untuk tenaga.

* * *

lapar.aku lapar.mana burger tak sampai lagi.

mari setadi.

aku rindu kamera film zenit TTL aku. sumpah. dia rosak. buat aku ingat pada tuhan yang tiada benda kekal dan kita harus bersyukur.hu.

Monday, April 18, 2011

dan.

salam alaik.

DAN.
sheila on 7 .
gua sangap lagu ni.

never say never?
lagu ni ten times better.
keh.maaf aizat dan hasnul hafizi.

p/s : nur amira . <3

Sunday, April 17, 2011

mesin masa.

salam alaik.

the more you sacrifice , the more you get.

tidur , lepak , makan , gelak-gelak , lepak lagi, masa berak , masa calling , masa merapu .semuanya kena di korbankan semua ini. kerana aku percaya.

the more you sacrifice , the more you get.

* * *

mesin masa membawa aku 7 tahun yang lepas. ketika aku masih 12 tahun . waktu you pi ess arr . aku bukan budak cerdik. aku budak-budak hingus biasa. dan waktu kelas sains belajar michael jackson kena halau balik india utara , cikgu suhaila mengatakan.

apa yang awak usaha , itu awak dapat.

* * *

mesin masa membawa aku 4 tahun yang lepas.di kerusi calon pmr. ketika itu aku nak bangkit .aku nak follow abg aku. berjaya di luar negara. aku nak follow abang aku seorang lagi. berjaya . di perairan negara. dan aku berjaya ketika itu . kerana aku percaya.

apa yang awak usaha , itu awak dapat.

* * *

mesin masa membawa aku ke 2 tahun yang lepas. membuku biologi dan kimia . di sains seremban. dengan kata-kata kunci spm inilah akan bawak aku ke luar negara. aku berusaha. dan alhamdulillah. tuhan makbulkan . walaupun sejak awal lagi. aku bukan bijak cerdik pandai. fail bersepah sini sana.kerana aku percaya.

jangan tengok bagaimana kita bermula , tengok pada pengakhirannya.

* * *

mesin masa tidak lagi membawa aku ke mana-mana . kerana masa depan belum ada untuk aku. dan kata-kata lalu masih bernyawa. walaupun sedar tidak sedar. aku sudah 19 .

percayalah. self motivation ialah ahli motivasi terbaik dalam dunia.percayalah.

p/s : aku tak tahu apsal aizat mat lani dengan ghazie boleh melompat dalam bilik aku sambil berjoget lagu never say never oleh bieber.wadefuf.