salam alaik.
ini ramadhan pertama tanpa dia . dan selepas ini , tetap tanpa dia.hakikat mesti diterima dan hidup mesti dilalui.
* * *
Ibu meninggal dunia pada 1 syaaban. dan genap sebulan pemergiannya , umat Islam mula berpuasa. tidaklah dapat ditipu jika aku katakan aku tidak merasa apa-apa . sedih tetap sedih. kehilangan tetap kehilangan. apatah lagi kehilangan orang yang paling dekat dengan kita , darah daging kita.
dulu biasanya setiap kali 1 ramadhan , ibu akan memasak ayam percik sebagai juadah berbuka . tetapi tidak lagi tahun ini , dan tahun-tahun akan datang.perasaan untuk menghadapi bulan ini tanpa dia mungkin satu perasaan baru yang tidak pernah aku alami , tetapi harus aku jalani.
* * *
walaupun ramadhan ini tanpa ibu , tetapi ianya akan tetap juga dilalui.
p/s : mungkinkah ini ramadhan terakhir di bumi Malaysia? 13 August ada jawapannya.
Semoga terus tabah. BTW,Selamat Menyambut Ramdhan.
ReplyDeletesalam ramadhan :)
ReplyDelete