Tuesday, July 12, 2011

viva.

salam alaik.

congrates to all activists that really dare to step in kuala lumpur for the walk of democrasy.voice is the only weapon you bring but you are treated like extremist and terrorist by the polices.what do you shout for?for free and fair and better election for the future generation.but tear gas and water cannon welcomed you.to the world of democrasy.malaysian style.

let the world know what is meant by democrasy.again.malaysian style.

source  :aljazeera

Thursday, July 7, 2011

sasterawan pemancung.

salam alaik.
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Sunday, July 3, 2011

zaman sekolah ialah zaman paling best.

salam alaik.

mari kembali ke sekolah budak2 sekolah mara seremban. kih4

grup orientasi gua yang skema masa minggu first dekat KMS. kih3

sekarang dah jadi senior dah semua. kih3

Saturday, July 2, 2011

this is why i love analogue. part #2

salam alaik

why i love analogue fotography? cause analogue photography can give me this!


a shot of multiple exposure.
combining two photos in one frame.
creating a special photo.of two in one.

hihi.sory nur amira syazwani. i paste u inside the chicken. hik3.

Thursday, June 30, 2011

demokerasi.

salam alaik.

pandangan ini hanya pandangan penulis.jangan takut untuk membacanya.bukannya penulisan politik semata.penulisan ini bukan tujuan untuk mempengaruhi.cukuplah sekadar menjetik dan mencelik mata.

nampaknya orang yang ditahan kerana memakai baju kuning menuntut keadilan lebih jijik bunyinya dari orang yang membuka aurat mendedah pusat dan dada.bontot dan peha bukan?.buktinya?kerana golongan ini jelas sekali tidak ditentang oleh sesiapa.bebas saja bergerak ke bukit bintang dan pavilion.megah.tidak ditangkap dan tidak ditegah.kerana itulah hukum dunia.demokrasi cara malaysia dan kesejahteraan rakyat.lain pula nasib yang menimpa aktivis2 keadilan.peguam dan rakyat marhaen.jika memakai baju kuning dan terlibat dengan himpunan keadilan, ditahanlah jawabnya.jika rakyat ditelan hari2 dengan media.maka tidak hairanlah aktivis digelar komunis.dan yang wangi jadi tengik.

akhbar dan media hari ini masih lagi tidak berhenti terpekik terlolong mempropagandakan isu bersih yang katanya kotor dan pilihanraya yang sudah adil.rakyat terus diputarputar dengan mainan media perdana yang tidak lagi segan silu menjadi bahan serta tunggangan kerajaan untuk terus bersama mereka.

ar ti em.tivi tiga.putuskan.berita hairan.dan segenap dimensi media yang sepatutnya neutral sebagai media yang wajar dihorati ditunggangkan kerajaan.seolah-olah bersih ini anarki.bersih ini komunis.huruhara.chaos dan kemusnahan.serupa perang bunyinya.hakikatnya yang diminta bukanlah harta dan kaya.yang dituntut bukanlah sesusahmana.dan yang dituntut itu untuk kebaikan semua dan bukan untuk kepentingan sebelah pihak.yang dituntut itu untuk pembaikan dan bukan kemusnahan.kecuali jika sbelah pihak lagi gentar ketar dengan apa yang dituntut dan diminta.kerana khuatir perkara yang diminta itu bakal memusnahkan kuasa mereka.

jadi.atas sebab apa mereka ini ditentang dibawah akta 122 kerana memerangi yang di pertuan agong?akta sama keatas kumpulan Al Maunah yang buat rampasan senjata satu ketika dulu.sampai berperangkah orang kuning yang hanya jalan dengan aman di tengah kuala lumpur ini?

mereka didakwa menimbulkan kekecohan dan rusuhan.kasihan.memang rakyat yang sanggup gadai masa dan tenaga dan tidak dibayar itu datang untuk buat kecoh dan merusuh.datang untuk tunjuk kepada anak2 mereka yang mereka ini perusuh negara.yang harus dikutuk.dan dikeji oleh anak2 mereka.sehingga anak-anak mereka menangis.melihat ayahanda digari diatas lori.memang itu tujuan mereka,memang bukan untuk keadilan.guru?diharamkan dari menyertai.digantung jawabnya!dibuang tugas!demokerasi.bukan begitu?hanya FRU sahaja mulia.membela rakyat.mempertahankan keselamatan negara dari diserang orang kuning yang hanya bersenjatakan suara dan keadilan.yang bersenjatakan banner dan tulisan.memekik pembelaan.

mereka terbela.gas pemedih di curah.air ditembak.dan cotar bermanja.sungguh terbela rakyat yang merayu pembelaan ini.sang kerajaan berdekah-dekah kegembiraan.gembira dalam ketakutan.yang amat sangat.permit? sehingga mati pon tidak akan dilayani.permit sehingga kiamat tidak diberi.yang diberi permit di malaysia ini hanya hiburan.kelab malam.konsert barat melalak dan melalok sehingga pagi.itu saja permit yang akan diberi.percayalah.kerana konsert serupa itu tidak menggangu ketenteraman bukan? aman saja bunyinya.bercampur lagi mudamudinya.bersorak ria hingga kepagi.tenteram sungguh.permit diberi.dan diberi.maka bergembiralah puak-puak ini bertebaran seluruh negara.tentangan?majlis agama saja rasanya.FRU mungkin tidak relevan.nanti ditembaknya baju jarang maka telanjanglah.

itulah demokrasi.sasterawan agung tidak lagi dapat bersuara.suara setajam pisau membuatkan pemerintah terketar dalam kesejukan.dan perhimpunan yang dipropagandakan haram dan kacau bilau ini tidak akan berhenti sehingga akhirnya.tidak akan senyap dan sunyi.ingatlah.yang diminta bukan penurunburukan.tapi utk penambaikan apa yang sedia ada.

* * *
sementara itu.lari dari politik.
A lomo wall - wall of expression and impression. wall of art. wall of satisfaction.

her.

the bear of light.

peace.

the temptation.

the fighter.

crazy.

addicted.

wide.

im using lomography.com lomowall aplication.doing lomo wall in the real world need a lot of sacrifices of money.arhhh.still have a dream to paint my room with all the photos.perhaps.one day. : )

Tuesday, June 28, 2011

this is why i love analogue.

salam alaik.









these photos were taken using sprocket rocket. lomo camera using simple kodak colourplus iso200 and fujifilm ultramax iso400.

and this is why i love analogue scene!

the composition. the unic effect and colours. the accidental art. the sprocket hole effect and the excitement waiting for the results.comparing film camera with digital camera is so unfair.both have their own advantages and disadvantages. as long as you love the scene. just go for it.

and for me. long live analogue! : )

btw,

Puisi : A. Samad Said 

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu


he was arrested by the polices regarding his support for bersih. damn. this is democrasy .malaysian style.