Thursday, April 15, 2010

temu duga.air.kriket.lawak.

salam alaik.

sebelum aku bermula.aku nak korang senyum.yiah.senyum lagi.
ok teruskan.

blog ini akhirnya dipenuhi kata2 bunga dan bahagia selepas seakan tidak bernyawa.
harini. 15 APRIL 2010.
aku tidak menjerit "hye akak , free modem. celcom broadband "
cuz harini ni aku ada temu janji.ops maaf.temu duga.

nak kata prepare.
aku prepare.tp prepare to die la.
ahahaha.last minit punye kerja kot.
ngan essay tak siap lg.seb bek ada miss farah.
tengs miss.

aku wat la research sket pasal MECHANICAL.
tp namapun last minit. 1% je kot masuk otak.
tu pon aku tak guna masa interview.
wakakakaka.
ok pendek cerita.

aku sempat jumpa mongol(dak saser) , yana , safinah , n n dak2 skola rendah aku.
dulu men guli skali.wakaka.skang jumpa kat interview.
ok2.pendek cerita.

aku dpt panel 5.
sebelum aku adalah dak SMKA PEDAS.
aku bahan skola dia SMKA HOT.
wakaka.jahat.
ok.teruskan.
aku tgk budak laen kumat kamit mulutnya.
hafal atau berdoa.dorang jela tau.
aku time tu dah malas.sumpah.
bukan aku sedia.tp aku just nak wat sesempoi yang mungkin.
tapi cam tak berjaya.wakakaka skali lg.

ok.turn aku.

encik interviewer : tell us briefly about ur self , ur family n ur academic background.
anas : *jawapan.bla.bla.bla* i play kriket for my school.

encik interviewer : oh really?can u tell us the law of cricket n compare to baseball n roundess.
anas : *mampus* aku reti baling dan pukul.baling dan pukul je.reti la sgt.wakaka.fuuh.ape nak jawab ni.err.kriket need a skill not a strong of betting.bla.bla.bla.seb bek dpt jawab.

seb bek dia tak tanye aku kriket ade brape player.aku pon tak tahu.ahahaha.sumpah!

encik interviewer : so.engineering? what course? n specialist?
anas : mechanical.specialist in water resource.i want to develop underground water system in Malaysia.

aku pon berucap la kat situ.
bla.bla.bla.sume pasal air.
cuz aku nak bangunkan air bwh tanah kat Malaysia.
bajet.ok teruskan.
bermula detik lawak.

disebabkan aku memilih untuk berbicara ttg sistem air bwh tanah.
sume pasal air encik interviewer tu tanya aku.

1) ape beza air bwh tanah ngan air bukit
2) ape beza air mineral ngan drinking water.
3) air sungai klang leh minum ke tak?
4) kalau ada dua botol.cane nak bezakan air minuman ngan air mineral.
5)adakah semua brand sama sahaja?
6)adakah air bwh tanah terus boleh diminum.

aku?? o.0" 0.o" 0.0" o.o"
aku jawab jugak la semua.
seb bek aku tak berair kat situ.
sumpah.hampir menyesal aku pilih topik air.
wakakaka.
aku redah juga semuanya.
:D :D :D tiada penyesalan.
tiada betul dan salah bagi aku.
cuma konfiden kau saja.

bla.bla.bla.
berakhirlah interview aku.
yang penting senyum setiap masa.
disamping memberi sedekah.
korang akan hilang nervous.
percayalah!.
senyum.senyum lg. senyum. dan senyum.

with that.
i thank you.
ahahaha.

p/s : smile is cure for everything.trust me.

Monday, April 12, 2010

anas tak ganas tapi malas

salam alaik.

laman ini hampir bersawang.
dah memang namamun laman sesawang.
kan? kan? kan?

oh ya.
anggerik mall.
15 April 2010.
12.00 tengahari.
aku ada temu janji.ops.maaf.temu duga.
janji takda dugaan.
oh ya.
kawan2.
selamatlah bertemu janji.ops.maaf.temu duga.
soalan dia senang je.jawapan yg susah.
:D :D :D

sebenarnye mood aku bukan untuk berbloga.
mood aku tuk esei MARA yang tak siap2 lagi.
terima kasih kalau kalian masih membuka muka surat ini.
oh ya.
aku suka ofis aku sekarang.
shinchan , juliet .
dulu blog2.sekarang broadband2.
ahahaha.happening lah.bukan ha pening ok?

oh ya.
aku sudah ada laptop sendiri.
tahniah anas.
murah biar murah.
asal maruah tidak murah.

oh ya.
satu ayat untuk kalian.

sayang ko.
sayang ko.
sayang ko.
sayang ko.

ops.maaf.empat.
:D :D

Sunday, April 4, 2010

GRADUASI.


salam alaik.

kedengaran beribu-ribu fan negeri sembilan bertempiakan cuz kalahkan selangor.masak lomak.masak lomak.jerit acad ngan kamal.ahahaha.
kedengaran juga berjuta-juta fan chelsea bertempiakan cuz kalahkan manchester.opss.ayu.lalala.

oh ye.
aku hotel yg sama ngan player2 s'ngor tido smalam.
nampak jugak la.hardi jaafar.amri yaayah.steven gerrard.ops.maaf.
oh ye.
aku bukan nak cerita pasal mereka.
aku nak cerita pasal graduasi aku.
muahaha.
bukan diploma.bukan ijazah.bukan sarjana.
graduasi sekolah. :P:P
last aku pegi graduasi masa aku tadika kemas.hehe.


Photobucket

itu ketika aku 6 tahun.kini 12 tahun kemudian.
anas,azfar,arie,mad,haziq,dafi,apek,fish.
satu hari satu malam.
royale bintang seremban.
sumpah best.
maen2 air.tgk movie skali.men snuker.
sumpah aku rindu hang out ngan omegan.
sumpah aku rindu bau kentut korang.
bengong!keje kentut tak henti2.
tension aku.
ades.

SASERIAN.
gudluck all!
wat interview elok2.
fly sama2.
insya allah.
RAKSASER SE7EN is the best!







Add Image




ok.ok.ok.
papai semua!.

p/s : dimana hilang virus ketegaran memblogging aku.pulangkan.pulangkan.

Saturday, March 27, 2010

kepada sipot.

salam alaik.

warning : kami bukan gay.



salam alaik.

ko jaja aku en kat blog ko.nah.amik ko.
ahahaha.
kiri.air watercooler saser.
kanan.air mineral anas.

sipot minum yang kiri.
anas minum yang kanan.
hasil?

ahaha.
sama ja.
dua2 hidup lagi.
:D

lawa seh dorm aku.lalala.

Monday, March 22, 2010

kepada katil aku.

salam alaik.

this post is tribute to katil aku kat sains seremban.ahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.tak boleh baca.baca.dah baca.baca.
A202-07




kepada katilku,

aku amat2 merindukanmu.bantal.selimut busuk aku.cadar.gambar acha.dan juga conteng-contenganku.baru kini aku sedar.bagaimana aku harus menyayangimu.walaupun kini aku tido empuk dikatil rumah.kau tetap aku igt.sebab kaula aku kantoi hp ngan cekgu shahrul.ahaha.kaulah tempat aku bergayut malam2.dengan.dengan.sesape jelah!.kau jugak tempat aku mengintai budak2 kampung belakang yang tak abis2 baling mercun dalam sekolah.sakai tol.nasib baik mercun tak masuk dalam dorm.kalau tidak.abis kau.kau jugak saksi kepada pertelingkahan rumah tangga yang berlaku belakang sekolah yang membabitkan suami curang dengan isterinya memalam buta.sampai dak saser sume tak tido nak dgr.tp.tp.aku tido.maaf.maaf.

oh ye.aku takkan lupa saat2 study didadamu.walaupun mesej lg byk dari study.tapi sebab kat blog aku tulis la study.tp.da kantoi.takpa.aku takkan lupa setiap hari sabtu.ada spotcheck dorm.tp.tp.takda spotcek pon.sebab mad yg jage dorm aku.kekadang je cuak uncle(HEM) check.yela.selimut tak penah pasang.pakai selimut busuk dari rumah je.ahaha.oh ye.mereka tak tahan ngan selimut aku.mereka kata busuk.tapi aku kebal nyamuk memakai selimut itu.tp.tp.last2 siput tido jugak ngan selimut aku.mungkin sebab dia tak tahan kena gigit nyamuk kot.

ahahaha.oh katilku.baru kini aku mengingatimu.kini.kau dah dengan org laen.tp.tp.tp.aku bangga pernah tido didadamu.wakaka.kerana kau katil keramat.siapa penghuni semua stret A.oh.lupakan.kau jugak tempat aku menconteng-conteng.dah macam diari dah kau.macam2 aku conteng kau kan?tp.tp.tp.kau tetap sabar.mmg la.kau katil.bukan ada perasaan.

oh katil.kau nak tahu tak masa malam last aku tido disisimu.aku menangis.oh.tipu.hampir.sebab esoknya paper kimia.mengingatkan dua tahun kita bersama.aku sedih.aku sedih.oh katil.aku tahu.aku tidak lagi boleh tido diatasmu.tp.tp.tp.aku nak kau tahu.kau katil terhebat.8 tahun kau berjasa.aku bangga.aku bangga pernah tido diatasmu.sumpah.sumpah aku bangga.

kini.aku harap kau bahagia.walaupun kau tidak lagi bersama aku.

terima kasih.
semoga kau kebal tak kena makan anai2.
oh ya.kau besi.lupa.

yang benar,
ANAS.
A202.TUAH.saser.

Sunday, March 21, 2010

anas dan seorang pakcik misteri.

kucing aku capub.
salam alaik.

selepas versi anas dan seorang buta yang agk misteri
kini anas kembali dengan kisah bersama seorang pakcik.misteri jugak.
ahahaha.nak baca.baca.tak nak baca.baca.

"tiba2 aku dikejutkan dengan kehadiran seorang pakcik berbasikal tua dan secara tiba2 meletakkan sebuah buku diatas booth aku.tanpa berkata apa2.dia berlalu pergi."

ecece.bajet suspen.

lokasi : PANDAN JAYA.
watak : Anas , Asree , abg Asree , Pakcik misteri.
suasana :bosan dan panas dan bosan.

sedang aku melontarkan lunak suara ke udara untuk menegur orang supaya singgah di booth celcom broadbandku , seorang pakcik yang agak2 emas bersama isterinya lalu di hadapan boothku.walaupun pakcik tersebut macam takda harapan nak beli,kami diajar untuk tegur sesapa saja yang melintas lalu asree pon menegurnya.

Asree : pakcik.celcom broadband pacik.free modem.takda contract.
Pacik : ha.apebenda plak ni?percuma?.ha cite2.

pakcik tu berhenti.Asree pon present.mungkin broadband itu untuk isterinya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan.haha.sweet.ok.pendekkan cerita.Asree pon menyambung.

Asree : jadi cik.harini saye collect seratus je registration fee.
Pacik : 100??celcom dah kaya pon collect seratus ke?

Asree cuba mempositifkan pacik tu.aku cuba memback up.tp tak dibenarkan pacik tu.dia suh asree yg jwb.dari loghat bunyinya.aku tahu pacik ni seorang kelantan.lalu aku menggunakan kelebihan aku.

Anas : bukey gapo pocik.100 rhiya ni cumo nok daftar jo.dop mahal.modem bagi percumo.doh jimak banyok doh.*bukan apa cik.100 ni tuk daftar.tak mahal.modem dah bg free.dah jimat k bukan jimak.. byk*

Pacik : toksey la ambo.tok kesoh modem free.hok keno byar seratus tu jah.*tanak la saye.tak kesah pasal modem.yg kena byr tu je*

Anas : 100 bukey tok celcom pocik.bla..bla..bla.*.jawapan ni aku taleh bgtau.sulit dan persendirian.haha.*

Pacik :tolak 10 markah! u must not answer like tat to customer.must be smart! lagi 5 markah tolak lepas ni.i dont buy.

Tkejut gak aku.mcm pertandingan soal jawab pon ada.men tolak2 markah plak ni.yang aku pelik asyik tolak je.tak tambah2 pon.ahaha.

Anas : berpeluh.dalam hati(aik.speaking plak pacik ni).anas menjawab lagi dengan hemah.bla.bla.bla.

Pacik : tolak lagi 5.awk taleh ckp mcmtu.bla.bla.bla.(sesi ceramah bersama pacik misteri).where u get the knowledge?

Anas : by training.everyday we have training session.

Pacik : not enough!!u must read! smart person will always read! not only hear and follow some one!get a book n read k?

Anas : senyum.senyum.

Pacik tu berlalu.aku tak kisah dia tak beli.sudah biasa.tapi.tapi.ayat dia agk pedas.dia suruh aku membaca.tapi buku apa??

----------------------------------------------------------

ok.Aku , asree n abgnya kepiluan.ahaha.aku terfikir.siapa dia?gaya dan percakapannya amat profesional walopon bajunya lusuh.jam 3.asree dan abgnya pergi solat.tinggal aku kesorangan.

tiba2 aku dikejutkan dengan kehadiran seorang pakcik berbasikal tua dan secara tiba2 meletakkan sebuah buku diatas booth aku.tanpa berkata apa2.dia berlalu pergi.

yiah.pacik yang sama.tapi kali ini dia berbasikal.aku terkesima.tapi aku mengejarnya.sumpah aku lari kejar dia.yang aku pelik macammana aku tak dpt kejar warga emas yang berbasikal tua.
haih.aku teliti buku tu.

CREATIVE SELLING.gambar diatas,dah buruk da buku tu.

itu nama buku itu.pakcik itu berlalu.dan tak pernah kembali.buku itu sungguh tebal.bahasa orang putih semuanya.didalamnya penuh skill of selling.aku terkesima lagi.siapa dia?didalamnya tertulis.

"the three of you.please photostat three more.this copy shall be the waste for others.When others get one,which shall be his master.make copy for others.so that it acting as master copy as well."

"treat this book with care and respect".

woah.terkejut aku.tetibe dapat buku tu.kalo dia bg buku how to tackle a woman ke.tak pe r gak.ni how to be a better salesman.hahaha..tapi aku bersyukur.dapat gak la selakselak.selak bukan baca.dol.ahaha.aku baru baca introduction je.wakaka.btw.pakcik tu misteri.mmg misteri.dia letak and terus pecut basikal dia.camna aku taleh kejar beskal dia pon aku tak tahu.

kepada pacik misteri.kalau pakcik baca blog saya.saya rindu pakcik.tu je.takda laen.wakaka.

p/s : aku masih bingung camna aku taleh kejar basikal dia.