Thursday, April 19, 2012

momentum.

salam alaik.


dulu waktu aku habis SPM dan dapat result yang aku harapkan ,perkara pertama yang aku fikir tentunya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. tidak lama untuk aku buat keputusan lalu memohon scholarship MARA dengan harapan MARA akan terus bagi surat dan tiket penerbangan ke universiti-universiti di celah-celahan dunia.tak kisah la hantar di mana-mana kerana pada waktu itu dalam otak aku hanya berlegar dengan scene2 baju sejuk dan salam perantauan.lame.

*  *  *

alhamdulillah.aku dapat apa yang aku impikan. aku diberi biasiswa dan tawaran untuk keluar negara.tapi jalan dan liku aku tidaklah sama seperti rakan2 aku yang dapat terus ke sana.aku ditawar ke Australia dan hendaklah menghabiskan dua tahun Alevel sebelum aku dilayakkan terbang ke negeri orang.

aku percaya setiap liku itu kerja tuhan.dulu aku pernah rasa geram dengan ketidaksebelahan pemberian scholarship.aku ada seorang teman.dia tidaklah berada mana.rumah kampung.rumah kayu .anak sulung pulak tu. keluarga dia hidup sederhana dalam suasana kampung.ayah dan ibu dia bekerja sebagai petani.dan besar hati untuk tengok anak sulung dia berjaya.mungkin dalam gambaran ayah dia ,bagaimana besar hati si ayah bila anak yang ditatang dapat membanggakan bukan setakat keluarga sendiri , malah satu kampung.

bila aku teringat kawan aku yang tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang ke luar negara tadi walaupun kami berdua layak dari segi akademik dan pencapaian.aku jadi geram bila tengok sekelompok lagi golongan yang kaya raya.rumah besar dan harta banyak.mampu sangat nak hantar anak ke luar negara.bukan seorang.nak hantar lima orang anak guna duit sendiri pun mampu.tapi masih mohon biasiswa dan menyekat peluang kawan aku tadi. jika difikir siapa yang lebih layak untuk dibantu. tentulah kawan aku yang dapat kan?

tapi itu tanggapan aku dulu.kini ,  aku percaya liku itu kerja tuhan. jika aku mempersoal , seolah aku mempersoal takdir tuhan. jadi , penting untuk aku yang dah diberi peluang ini untuk mensyukuri apa yang diberi, sekurang-kurangnya aku tidak merabakkan lagi hati kawan aku tu kalau dia tahu aku main-main di sini.

jadi .aku kini di seremban .meniti hari-hari terakhir untuk menghabiskan Alevel. dan menduduki eksaminasi yang menentukan aku dimana .Australia atau Malaysia.

ini peluang terakhir aku , untuk pastikan kepul awan angan2 yang pernah aku panah dulu bakal jadi hujan air mata yang mengiringi perpisahan di lapangan terbang satu hari nanti.

aku berjuang kali ini untuk dua insan.yang bergelar ayah dan ibu.

momentum itu harus pergi.dan pergi.sehingga tiba saatnya , aku pecut tak berhenti.

p/s : sebulan tak berblogging. kekok juga rasanya. kih3